pbs 3

8
Kenny Michael 2015 Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 – Elektif 1 Pendidikan Jasmani Pendahuluan Saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ke tiga di SK Tobobon Kota Kinabalu pada 09-13 Mac 2015. Pada hari pertama, kami telah berjumpa guru besar untuk lapor diri. Di sekolah tersebut terdapat dua sesi persekolahan sehari iaitu sesi pagi dan petang. Oleh itu kami diberikan sesi pagi yang mana hanya tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) berada di sekolah. Manakala sesi petang untuk tahap 1(tahun 1, 2 dan 3). Pada hari pertama juga kami berjumpa guru panitia Pendidikan Jasmani. Semasa pejumpaan dengan guru panitia tersebut kami telah menerangkan tugasan kami. Guru PJ telah menerangkan apa aktiviti yang berlaku pada minggu tersebut. Kami berkesempatan memerhati guru PJ mengajar pada hari selasa memandangkan ada guru PJ yang terlibat pertandingan bola sepak lelaki peringkat daerah pada hari rabu hingga jumaat. Pada hari kedua, kami telah melaksanakan tugasan kami yang mana bersama dengan guru PJ. Manakala pada jam 1.00 hingga 2,00 petang kami terlibat dengan 1Murid 1Sukan yang melibatkan tahap 2 dan menjadi aktiviti mingguan. Oleh itu, semasa aktiviti tersebut kami diberikan tugas untuk megajar dan melaksanakan permainan bola baling untuk lelaki yang bertempat di dewan. Oleh itu kami telah menjalankan aktiviti tersebut dengan berdasarkan prosedur kemahiran asas dalam permainan bola baling.

Upload: kenny-odukz

Post on 15-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

au noilaan

TRANSCRIPT

Kenny Michael

Kenny Michael 2015

Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 Elektif 1 Pendidikan JasmaniPendahuluan Saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ke tiga di SK Tobobon Kota Kinabalu pada 09-13 Mac 2015. Pada hari pertama, kami telah berjumpa guru besar untuk lapor diri. Di sekolah tersebut terdapat dua sesi persekolahan sehari iaitu sesi pagi dan petang. Oleh itu kami diberikan sesi pagi yang mana hanya tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) berada di sekolah. Manakala sesi petang untuk tahap 1(tahun 1, 2 dan 3). Pada hari pertama juga kami berjumpa guru panitia Pendidikan Jasmani. Semasa pejumpaan dengan guru panitia tersebut kami telah menerangkan tugasan kami. Guru PJ telah menerangkan apa aktiviti yang berlaku pada minggu tersebut. Kami berkesempatan memerhati guru PJ mengajar pada hari selasa memandangkan ada guru PJ yang terlibat pertandingan bola sepak lelaki peringkat daerah pada hari rabu hingga jumaat. Pada hari kedua, kami telah melaksanakan tugasan kami yang mana bersama dengan guru PJ. Manakala pada jam 1.00 hingga 2,00 petang kami terlibat dengan 1Murid 1Sukan yang melibatkan tahap 2 dan menjadi aktiviti mingguan. Oleh itu, semasa aktiviti tersebut kami diberikan tugas untuk megajar dan melaksanakan permainan bola baling untuk lelaki yang bertempat di dewan. Oleh itu kami telah menjalankan aktiviti tersebut dengan berdasarkan prosedur kemahiran asas dalam permainan bola baling. Pada hari ketiga kami terlibat dengan unit beruniform. Manakala hari khamis dan jumaat kami terlibat dalam persediaan aktiviti BAZAR anjuran PIBG di sekolah tersebut. Oleh itu, masa untuk memerhati bersama guru PJ di luar kelas sangat singkat. Kami tidak dapat bersama guru yang mengajar PJ tahap satu sebab mereka mengajar pada sesi petang. Laporan yang kami sediakan adalah masa yang dapat kami bersama dengan guru pj semasa melaksanakan aktiviti.

HASIL LAPORAN 1. AKTIVITI : PERMAINAN BOLA TAMPAR SASARAN : TAHUN 6 EFESIEN (48 MURID) MASA : 9.00-9.30 AM TARIKH : 10 MAC 2015 TEMPAT : PADANG SEKOLAHBILPERKARA/AKTIVITICATATAN

1Sesi memanaskan badan Sesi memanaskan badan tidak dilaksanakan oleh guru semasa memulakan aktiviti permainan bola tampar. Oleh itu, dalam permainan bola tampar tersebut kesediaan fisiologi murid tidak berlaku atau belum bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti. Sepatutnya, guru PJ tersebut harus mengambil masa sekurang-kurangnya 3-5 minit untuk melakukan pemanasan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

2. Sesi perkembangan Sesi perkembangan juga tidak dilakukan, melalui permerhatian kami. Murid terus kepada bermain. Kemahiran asas dalam permainan bola tampar seperti servis, menyangga tidak di ajar. Kawalan kelas tidak terkawal. Mungkin murid yang ramai iaitu 48 orang menyebabkan guru susah untuk mengawal kelasnya. Selain itu, guru tidak mengawal pergerakan murid dalam padang. Menyebabkan murid bermain sesuka hati, seperti murid melakukan aktiviti sendiri semasa menunggu giliran bermain bola tampar. Semasa guru menjaga murid yang bermain bola tampar murid yang lain bermain bola, berkeliaran dan duduk-duduk dalam keadaan cuaca yang panas. Oleh itu pada pendapat saya, sebagai seorang guru sesi perkembangan harus ditunjuk ajar, agar murid dapat melakukan kemahiran yang betul untuk pengembangan disiplin pergerakan asas sesuai untuk tahun 6. Selain itu, murid tidak dapat bermain atau melakukan sesuatu kemahiran asas permainan disebabkan sesi perkembangan atau ansur maju tidak dilaksanakan.

3Sesi permainan kecil Permainan kecil telah dilaksanakan oleh guru. Tetapi kurang sesuai dengan permainan kanak-kanak berdasarkan TGfU. Di sekolah tersebut tidak mempunyai gelanggang bola tampar. Jika berdasarkan TGFU, tiang gol bola sepak tidak sesuai digunakan sebagai net/jarring dalam permainan kecil. Dalam permainan kecil, guru tersebut harus mencari inisiatif lain bagi menggantikan tiang gol bola sepak sebab terlalu tinggi dan keselamatan murid tidak terjamin. Dalam permainan kecil guru tersebut harus memvariasikan permainan tersebut dalam aspek peraturan, bilangan pemain untuk memerikan keseronokan kepada murid.

4Sesi gerak kendur Sesi ini tidak dilaksanakan oleh guru. Selesai sahaja permainan, murid bergerak balik kelas. Mungkin kesuntukan masa. Sebaik-baiknya guru tersebut mengambil masa 5 minit terakhir untuk gerak kendur dan refleksi apa yang telah dipelajari dalam permainan bola tampar tersebut.

2. AKTIVITI: UJIAN SEGAK(NAIK TURUN BANGKU) SASARAN : MURID TAHUN 4 TEMPAT : DEWAN PERHIMPUNAN MASA : 9.30-10.00 TARIKH : 10 MAC 2015BILAKTIVITICATATAN

1Sesi memanaskan badan Sesi pemanasan badan atau persedian fisiologi dilaksanakan dengan baik. Malah guru memastikan setiap murid melakukan pemanasan dan pengawalan kelas terkawal. Setiap pergerakan pemanasan didahului oleh guru tersebut dan melakukan bersama. Hal ini dapat mengelakan kecederaan berlaku.

2Sesi perkembangan Guru telah menunjuk cara bagaimana melakukan pergerakan yang betul. Selain itu guru memastikan murid yang tidak faham akan lebih faham dalam ujian naik turun bangku ini agar murid melakukan dengan betul. Ansur maju perlakuan jelas. Kawalan kelas terkawal.

3Sesi ujian sebenar Guru menyediakan dan menggunakan kerusi dewan makan yang panjang untuk melaksanakan ujian ini. Dalam satu barisan melintang yang panjang beberapa murid akan menjalani ujian serentak. Hal ini bagi menjimat kan yang diperuntukan dalam masa 30 minit. Sebab banyak lagi murid akan melakukan yang seterusnya. Segala peralatan telah disediakan untuk kelancaran memulakan dan menamatkan sesi ujian. Ujian ini telah direkod oleh guru tersebut.

4Sesi gerak kendur Sesi gerak kendur tidak sempat dilakukan sebab masa rehat telah tiba. Dewan tersebut telah diguna pakai oleh murid untuk rehat makan