portfolio lengkap pbs 3 (pj)

37
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN FAIL PEMBELAJARAN SCE 3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SEHARIAN NAMA NORAZIZAH BT NAWIR NO. KAD PENGENALAN 920906-12-6876 ANGKA GILIRAN 2012271340131 KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 SAINS PENSYARAH DR YEOH POH CHOO

Upload: norazizah-nawir

Post on 01-Dec-2015

962 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

pengalaman berasaskan sekolah tahun 2 semester 1aktiviti regangan dan memanaskan badanaktiviti regangan yang tidak selamat untuk dilakukan di sekolah:)

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

FAIL PEMBELAJARAN

SCE 3105

FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SEHARIAN

NAMA NORAZIZAH BT NAWIRNO. KAD PENGENALAN 920906-12-6876ANGKA GILIRAN 2012271340131KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2012 SAINSPENSYARAH DR YEOH POH CHOO

1.0 BIODATA

1.0 BIODATA

1.1 NAMA : NORAZIZAH BT NAWIR

1.2 NO. KAD PENGENALAN: 920906-12-6876

1.3 MAJOR DAN AMBILAN: SAINS , PISMP AMBILAN JANUARI 2012

1.4 TARIKH PBS : 17 MAC 2013 - 21 MAC 2013

1.5 GAMBAR:

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

/ KONTRAK AKTIVITI

(LAMPIRAN 1 -1)

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

2.1 Pernyataan Sebelum PBS

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah

menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada Puan Mawar selaku pensyarah

penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di

Dewan Tanjung, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Ini merupakan kali

pertama kami guru pelatih semester 2 menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan

untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa pendidik tentang spesifikasi portfolio

pengalaman berasaskan sekolah serta mengedarkan senarai semak penyediaan

porffolio kepada semua pelajar. Selain itu , Puan Amy juga telah memberikan

penerangan yang lebih terperinci berkaitan tugasan minor iaitu Pendidikan Jasmani.

Fokus utama tugasan PBS pada kali ini adalah memberi kefahaman kepada

pelajar tentang budaya sekolah yang dipilih bagi menjalankan PBS . Selain itu, kami

perlu menyempurnakan tugasan subjek minor kami iaitu Pendidikan Jasmani. Dalam

tugasan ini, saya dikehendaki untuk membuat pemerhatian pada satu sesi pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berfokuskan kepada aktiviti memanaskan

badan.

Di samping itu, tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menerangkan

kepentingan aktiviti memanaskan badan dan kesan-kesan yang mungkin berlaku

sekiranya aktiviti memanaskan badan tidak dijalankan sebelum menjalankan aktiviti

fizikal.

Regangan adalah sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Saya

dikehendaki untuk memilih satu aktiviti regangan yang diperhatikan dalam satu kelas

Pendidikan Jasmani. Saya perlu melukis, mewarna dan menamakan otot utama yang

terlibat dalam regangan tersebut.Selain itu, saya juga dikehendaki memberi 2 contoh

regangan yang kurang selamat yang sering diamalkan oleh murid-murid sekolah, dan

beri penjelasan mengapa regangan ini kurang selamat. Pada masa yang sama, saya

dikehendaki menjelaskan kepentingan dan kesan-kesan aktiviti “ cooling – down”

Saya telah menjalankan PBS 3 di Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar, Lunas

Kedah bermula dari 17.03.2013 sehingga 21.03.2013. Saya harap saya dapat

menjalankannya dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah

mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi

sekolah tersebut.

2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan

beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak

tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di

sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang

tempoh PBS di SK Jalan Paya Besar, Lunas Kedah.

Bil. Tarikh Aktiviti Catatan

1. 17 Mac

(Ahad)

- Melapor diri melalui Guru Besar

- Guru Besar meminta berjumpa

dengan GPK Pentadbiran

- Menghadiri perhimpunan rasmi

- GPK Pentadbiran

memperkenalkan saya kepada

guru-guru dan staf sekolah.

- Menghadiri mesyuarat antara guru-

guru dan guru besar

- Menjadi guru ganti untuk kelas 1

Cempaka

Mesyuarat antara guru-dan

guru besar dijalankan pada

pukul 1.30- 3.30 petang.

2. 18 Mac

2013

(Isnin)

-Membuat pemerhatian aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani tahun 2

- Mengumpul maklumat sekolah

Sejarah

Carta organisasi

Kemudahan

- Menemu bual guru Pendidikan

Jasmani iaitu Encik Asmadi

- Menjadi guru ganti untuk subjek

- Cikgu Asmadi memberikan

kerjasama yang sangat baik

dan memudahkan kami

mendapatkan maklumat

yang diperlukan

Bahasa Inggeris tahun 5

3. 19 Mac

2013

(Selasa)

- Menjadi guru ganti untuk kelas 3

Kenanga

- Membuat pemerhatian tentang

budaya sekolah S.K Paya Besar

- Mengajar Pendidikan Sivik

dan Kewarganegaraan untuk

murid Tahun 3 Kenanga

4. 20 Mac

2013

(Rabu)

- Menjadi guru ganti untuk kelas

tahun 1 Teratai dan Dahlia

- Menyaksikan pertandingan

mendeklamasikan sajak sempena

kempen anti Dadah

- Mengajar Pendidikan Moral

untuk murid Tahun 1 Teratai

dan Dahlia

5. 21 Mac

2013

(Khamis

)

-Menjadi guru ganti untuk Tahun 2

Dahlia

- Berjumpa dengan guru besar untuk

mendapatkan pengesahan kehadiran

serta borang penilaian

- Mengajar Pendidikan Moral

untuk murid Tahun 2 Dahlia

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

BERHUBUNG TUGASAN

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa

kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui

pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara

keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.

Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang ke arah penambahbaikan.

Fokus utama semasa membuat pemerhatian adalah di kawasan padang

sekolah. Kawasan padang S. K Jalan Paya Besar boleh dikatakan sangat besar kerana

ianya dikongsi dengan S .M. K Jalan Paya Besar. Kelengkapan peralatan sukan adalah

mencukupi dan selamat digunakan untuk semua murid.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) Pendidikan Jasmani Tahun 2 Kenanga yang dijalankan oleh Cikgu Asmadi.

Beliau telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik kerana

semua murid melibatkan diri dengan aktif dan bersemangat

Guru memberi arahan yang jelas sebelum sesi pengajaran dan

pembelajaran dimulakan

Guru dan murid-murid menjalankan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti dimulakan

Semasa sesi pemanasan badan, murid-murid diarahkan untuk membuat bulatan bagi memudahkan guru memantau pergerakan setiap murid

Selepas sesi pembelajaran tamat, murid dikehendaki melakukan sesi “cooling –down” dan menyimpan peralatan di stor sukan

3.2 Senarai Semak

3.4 Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

1) Adakah anda berasa seronok ketika kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?

Ya Tidak

2) Adakah cikgu memulakan sesi pengajaran dengan aktiviti memanaskan badan?

Ya Tidak

3) Adakah cikgu pernah menjelaskan tentang kepentingan aktiviti pemanasan badan kepada anda?

Ya Tidak 4) Adakah cikgu pernah menunjukkan perlakuan aktiviti regangan yang betul

kepada anda?

Ya Tidak

5) Adakah cikgu pernah menjelaskan perlakuan aktiviti regangan yang tidak sesuai dilakukan semasa pembelajaran?

Ya Tidak

6) Adakah anda pernah merasa sakit badan selepas menjalani kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?

Ya Tidak

4.0 Kolaborasi

(Lampiran 1-4)

6.0 REFLEKSI

(Lampiran 1-6)

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Pemerhatian sesi pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani 4 Cempaka

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :- Menjalankan sesi pemanasan badan sebelum aktiviti bermula- Semua murid memakai baju dan kasut sukan yang sesuai-Menjalankan sesi “cooling down “ selepas tamat aktiviti

2.2 Kelemahan :- Terdapat regangan yang kurang selamat yang dilakukan

3. Cadangan

- Guru seharusnya lebih peka berkenaan contoh regangan yang kurang selamat yang sering diamalkan oleh murid sekolah- Guru seharusnya menjelaskan dan melarang murid-murid melakukan aktiviti regangan yang merbahaya ini.

LAMPIRAN 1-6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHAMALAN REFLEKSI

(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Perhimpunan pagi

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan :

2.1 Kekuatan :

-Melatih murid-murid untuk datang awal ke sekolah dan mengurangkan masalah datang lewat ke sekolah.-Murid-murid berpakaian lengkap kerana akan diperiksa oleh pengawas semasa perhimpunan.-Semua murid diberi peluang untuk membaca doa dan ikrar.-Murid diberi peluang menjadi pengerusi majlis

2.2 Kelemahan :

-Disiplin murid kurang terkawal

3. Cadangan

-Pengawas sepatutnya memainkan peranan dan memantau murid-murid yang bising dengan lebih tegas

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

-Pengagihan makanan kepada murid-murid berjalan dengan teratur dan efisien .-Makanan yang disediakan berkhasiat dan mencukupi.-Pelajar yang kurang kemampuan dapat dibantu.

2.2 Kelemahan :

-Pada hari tertentu terdapat segelintir pelajar tidak mengambil RMT.-Waktu rehat yang singkat menyebabkan terdapat pelajar yang tidak sempat untuk mengambil RMT

3. Cadangan

-Panjangkan sedikit waktu rehat pelajar.-Melakukan pemantauan dan pastikan semua pelajar yang mendapat RMT mengambil RMT yang telah disediakan.

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Menjadi Guru Ganti Pendidikan Moral Tahun 2 Dahlia

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan : - Aktiviti yang dijalankan seronok dan melibatkan aktiviti “hands-on” iaitu membuat lencana “Terima Kasih “

2.2 Kelemahan :- Kekurangan bahan-bahan semasa melakukan aktiviti seperti kertas warna dan gunting.

3. Cadangan

-Guru sepatutnya merancang aktiviti yang hendak dijalankan dan memastikan semua bahan telah disediakan .

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLA

AMALAN REFLEKSI(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Pemerhatian terhadap pembelajaran Pendidikan Jasmani 5 Kenanga

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan : - Aktiviti yang dirancang oleh guru Pendidikan Jasmani menarik iaitu murid perempuan bermain futsal manakala murid lelaki bermain bola jaring. - Memberi peluang kepada murid lelaki merasa pengalaman bermain bola jaring dan sebaliknya bagi murid perempuan

2.2 Kelemahan :- Terdapat murid lelaki yang merasakan bahawa permainan bola jaring amat senang dan tidak menunjukkan penglibatan yang aktif

3. Cadangan

- Guru seharusnya memberi variasi terhadap permainan bola jaring tersebut supaya lebih mencabar.

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

AMALAN REFLEKSI(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Meninjau stor sukan sekolah

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan : - Kedudukan stor sukan berdekatan dengan padang sekolah memudahkan murid-murid untuk mengambil peralatan sukan2.2 Kelemahan :

-Terdapat peralatan sukan yang telah usang dan rosak-Stor sukan sedikit berhabuk

3. Cadangan

-Mengemas kini senarai bahan peralatan sukan dan menggantikan peralatan yang telah rosak-Menyediakan jadual membersihkan stor sukan

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, aktiviti

memanaskan badan ( warm-up) adalah wajib.

1) Terangkan kepentingan aktiviti memanaskan badan dan kesan-kesan yang

mungkin berlaku sekiranya aktiviti memanaskan badan tidak dijalankan

sebelum menjalankan aktiviti fizikal.

Menurut Bompa, T.O. dalam bukunya Periodization Training for Sports menyatakan

bahawa aktiviti memanaskan badan adalah sangat penting sebelum seseorang atlit

memulakan acara. Hal ini kerana aktiviti tersebut akan meningkatkan suhu badan selain

menyediakan otot secara fisiologinya. Aktiviti memanaskan badan adalah satu aktiviti

dimana ianya dilakukan untuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan nadi.

Menurut Prof. Dr. Anuar Suun, acara memanas badan terbahagi kepada 2 bahagian

iaitu memanas badan am ‘general warm up’ dan memanas badan spesifik ‘specific

warm up’. Beliau berpendapat setiap atlit atau sesiapa sahaja yang ingin melakukan

aktiviti sukan harus membahagikan masa untuk memanaskan badan secara am dan

spesifik. Antara kepentingan aktiviti memanaskan badan adalah seperti yang berikut:

Apabila otot telah diregangkan, otot dapat mengendur dengan sempurna. Jika kita

melakukan aktiviti yang lasak tanpa melakukan regangan, otot masih dalam keadaan

sejuk dan tidak elastik. Jika otot diregangkan secara tiba-tiba, otot akan mengalami

kejutan dan kita akan mengalami kecederaan dan kesakitan.

1) Mengelakkan kecederaan

Apabila kadar pernafasan telah meningkat , jantung telah bersedia untuk melakukan

aktiviti yang memerlukan banyak oksigen seperti berlari. Apabila suhu otot meningkat,

otot bersedia untuk mengecut dan mengendur dengan selesa tanpa berlaku

kekejangan.

Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan jumlah nutrient dan oksigen yang

dihantar kepada otot. Apabila kadar pernafasan meningkat, proses penghantaran

oksigen dan nutrien kepada otot adalah mencukupi. Apabila keperluan oksigen oleh

otot mencukupi, otot dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

.

Apabila otot telah menjadi elastik, otot berkebolehan untuk mengendur dengan lebih

banyak. Apabila otot dapat mengendur dengan lebih banyak, banyak pergerakan dapat

dilakukan. Pergerakan yang terbatas mungkin dapat dilakukan apabila kita melakukan

aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.

Aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik.

Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan

oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan

kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan

sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi

2) Meningkatkan kadar pernafasan

3) Meningkatkan batas pergerakan

4)Mengelakkan kekejangan otot

Aktiviti memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa

anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi.

Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak “terkejut” dengan

tekanan yang datang secara tiba-tiba.

Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik.

Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita

berasa letih dan dan tidak bermaya. Aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan

pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih

lama ketika bersukan atau bersenam.

Secara psikologi aktiviti memanaskan badan dapat membantu kita untuk bersedia.

Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti

menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus

sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan , kita akan menjadi lebih

relaks dan berada di dalam “zon” kita sendiri. Hal Ini dapat membantu anda memberi

tumpuan terhadap aktiviti yang akan kita lakukan.

5) Menyesuaikan kadar denyutan jantung

6) Menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan

6)Membantu fokus dan relaks

Mengikut kajian yang dilakukan, seorang yang melakukan aktiviti memanaskan

badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka

yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti

memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan

pembahagian nutrient ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku

dengan lebih pantas

7) Meningkatkan prestasi

7) Meningkatkan Prestasi

Kesan tidak menjalankan aktiviti pemanasan badan sebelum menjalankan aktiviti fizikal:

2)Regangan adalah sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Pilih satu aktiviti regangan yang anda perhatikan dalam satu kelas Pendidikan Jasmani. Lukis, warna dan namakan otot utama yang terlibat dalam regangan tersebut.

Regangan Lengan

Dua tangan diregangkan ke sisi dan kaki di buka seluas dadaBengkokkan badan ke kanan dan kira sehingga tiga kiraanBerdiri tegak semulaBengkokkan badan ke kiri dan kira sehingga tiga kiraan

Sendi terlibat : sendi di bahagian bahu dan ankle iaitu sendi synovial

Tulang terlibat : tulang humerus, radius, ulna, rib, scapula

Otot utama terlibat : otot trapiziuz, latisimus dorsi, dan serratus enterior

2) Beri 2 contoh regangan yang kurang selamat yang sering diamalkan oleh murid-murid sekolah, dan beri penjelasan mengapa regangan ini kurang selamat.

4)Jelaskan kepentingan dan kesan- kesan aktiviti “cooling- down”.

Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.