pbs ikhwan

76
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DPLI-SR J-QAF AMBILAN DISEMBER 2012 PENDIDIKAN ISLAM 2 NAMA : MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ASHARI NO K/P : 900215-03-5141 NO MATRIX : 125091 OPSYEN : DPLI-SR J-QAF PENDIDIKAN ISLAM TARIKH PELAKSANAAN : TEMPAT PELAKSANAAN : SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) BUKIT SAGU 2, KUANTAN, PAHANG NAMA PENSYARAH : NAMA GURU PEMBIMBING : USTAZAH ROSNILAWATI BINTI MAMAT PENGHARGAAN:

Upload: al-faqir-abu-ghazali-al-tunjoniyyah

Post on 12-May-2015

1.832 views

Category:

Education


12 download

DESCRIPTION

bola

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs ikhwan

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

DPLI-SR J-QAF AMBILAN DISEMBER 2012PENDIDIKAN ISLAM 2

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ASHARINO K/P : 900215-03-5141NO MATRIX : 125091OPSYEN : DPLI-SR J-QAF PENDIDIKAN ISLAM TARIKH PELAKSANAAN : TEMPAT PELAKSANAAN : SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) BUKIT SAGU 2,

KUANTAN, PAHANGNAMA PENSYARAH : NAMAGURU PEMBIMBING : USTAZAH ROSNILAWATI BINTI MAMAT

Page 2: Pbs ikhwan

PENGHARGAAN:

Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan Tugasan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dengan sempurnanya.Sepanjang

tempoh yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini iaitu saya

ditugaskan untuk membuat pemerhatian di sekolah yang telah ditetapkan .Saya

menghadapi pelbagai pengalaman yang bermanfaat dan juga menarik.Sekolah yang

akan saya melaksanakan PBS ini ialah Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit sagu 2,

Kuantan, Pahang. Setelah selesai meninjau, mengkaji dan melakukan interaksi

dengan warga sekolah dan mendokumentasikan semula laporan, akhirnya dapat

juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah saya kerana telah memberi bimbingan,tunjuk ajar,dan sokongan sebelum

dan juga selepas menjalani program ini .Tanpa sokongan yang membangun

daripada beliau,saya mungkin tidak dapat menjalani program ini dengan baik dan

lancar. Panduan untuk melaksanakan PBS telah disediakan dan taklimatkan kepada

kami.

Seterusnya,saya juga ingin berterima kasih kepada guru pembimbing saya

yang banyak berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas

kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Hasil daripada perbincangan bersama

rakan-rakan saya telah menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam

proses menyiapkan laporan ini .Seterusnya tidak lupa juga kepada ibubapa saya

yang memberi dorongan sepanjang tempoh kajian dilakukan.Tanpa bantuan dan

dorongan kedua ibubapa saya,saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna .Selain itu,saya juga ingin memanjatkan ribuan terima kasih dan

penghargaan kepada warga Sekolah Kebangsaan Bukit Sagu 2 kerana memberi

kerjasama penuh dan bantuan sepanjang saya menjalani PBS di sana.Tanpa

kerjasama pihak sekolah,saya tidak mungkin dapat mengumpul maklumat-maklumat

serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini.

Page 3: Pbs ikhwan

Pengenalan

Saya Mohamad Khairul Ikhwan, pelajar DPLI-SR j-QAF pendidikan islam 2 telah

menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit

Sagu 2, Kuantan. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi seorang guru pelatih agar kami

mendapat pengalaman berada di sekolah. Ia perlu dijalankan selama 2 minggu dari

18 Ogos hingga 31 Ogos 2013.

Perkara ini perlu dipatuhi semasa menjalankan program pengalaman berasaskan

Sekolah. Antaranya seperti berikut :

Menghadiri taklimat

Memahami, menghayati dan berusaha mencapai obejektif PBS

Hadir ke sekolah dan melengkapkan boring kehadiran.

Membina hubungan professional dengan warga sekolah.

Menulis refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan

di dalam portfolio.

Berbincang dengan pihak sekolah bagi setiap aktiviti di sekolah.

Melaksanakan tugasan PBS yang telah ditentukan.

Hasil tugasan PBS dibincangkan bersama jabatan/pensyarah kursus major

semasa sesi refleksi selepas PBS.

Ini merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan, maka saya akan memberi

komitmen dalam menyiapkan tugasan ini.

Page 4: Pbs ikhwan

BIODATA

Page 5: Pbs ikhwan

BIODATA GURU PELATIH

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN ASHARI

ALAMAT 1 :

ALAMAT 2 :

NO K/P : 900215 03 5141

NO TEL : 014 5272213

OPSYEN : DPLI-SR J-QAF PENDIDIKAN ISLAM

AMBILAN : DISEMBER 2012

NAMA TUTOR :

Page 6: Pbs ikhwan

Pernyataan profesional

Page 7: Pbs ikhwan

2.0 Penyataan Profesional

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar

Program DPLI-SR j-QAF Pendidikan Islam. Program ini diharapkan dapat memberi

kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang

seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah

sebagai satu institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui

pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.

2.1 Penyataan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah

Perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah lebih memfokuskan kepada

pendedahan kepada guru pelatih tentang iklim sekolah dari perspektif seorang guru.

Program ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk

memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik

darjah melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, refleksi & interaksi dengan guru dan

komuniti sekolah serta waris murid-murid. Secara ringkasnya, program Pengalaman

Berasaskan Sekolah ini dirancang bagi membolehkan guru-guru pelatih memahami iklim

sekolah, mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pengurusan

serta pentadbiran secara sistematik pihak sekolah.

OBJEKTIF

- Membentuk sikap positif terhadap profesion keguruan

- Memahami budaya sekolah

- Membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah

- Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid

- Membina kemahiran berinteraksi denga komuniti sekolah

- Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim

pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah.

- Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

- Membuat refleksi mengenai tugas dan peranan guru.

Page 8: Pbs ikhwan

- Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

refleksi.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Taklimat pengenalan dan perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah

telah diberikan oleh pensyarah. Taklimat awal ini menjelaskan bahawa tempoh perlaksanaan

program adalah selama 2minggu iaitu bermula pada 18 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos

2013 bertempat di sekolah rendah kerajaan mengikut penempatan guru pelatih masing-

masing.

Di sekolah,guru pelatih akan dibantu oleh seorang mentor terdiri daripada guru yang

telah berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi membantu guru pelatih mengumpul

maklumat serta menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya sekolah tersebut.

2.2 Laporan Perlaksanaan Aktiviti yang difokus

Ketika berada di sekolah, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan.

Antara kawasan yang diperhati termasuklah kelas, taman permainan dan padang yang dapat

membantu menyemai rasa cinta murid-murid terhadap alam sekitar. Pemerhatian juga

dilakukan terhadap bangunan dan kemudahan di sekolah. Pusat sumber sekolah, makmal

komputer, makmal sains dan bilik kemahiran hidup dapat menyumbang ke arah

perkembangan intelektual murid.

Sesi soal selidik dijalankan kepada pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Guru

Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong

Kanan Ko kurikulum untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang struktur

pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kerjasama yang amat baik diberikan membolehkan

saya mendapatkan maklumat tersebut dengan mudah. Antara maklumat yang diperoleh

termasuklah struktur pengurusan dan organisasi sekolah, pelan fizikal sekolah, profil dan

peraturan sekolah serta maklumat tentang kemudahan yang terdapat di persekitaran

kawasan sekolah yang dapat membantu memperkembang aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek murid-murid.

Page 9: Pbs ikhwan

Berikut merupakan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah kebangsaan LKTP Bukit Sagu 2

bermula dari 18 Ogos hingga 31 Ogos 2013.

BIL. TARIKH TINDAKAN CACATAN

1 18.8.2013

- Memaklumkan kepada Guru Besar

tentang perlaksanaan PBS.

- Meninjau dan mengambil gambar

persekitaran sekolah.

- Memerhati dan

mendokumentasikan sesi

pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah.

- Berinteraksi dengan guru-guru dan

staf sokongan.

2 19.8.2013

- Meninjau dan mengenalpasti

kewujudan prasarana sekolah.

- Mendapatkan maklumat umum

berkenaan dengan sekolah.

- Memerhati tingkah laku murid dan

menemuduga murid tertentu dalam

mengenal pasti proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas.

3 21.8.2013 - Mengumpul maklumat-maklumat

umum mengenai sekolah.

- Mendapatkan bahan-bahan

kurikulum seperti sukatan

pelajaran,dan sumber pengajaran

dan pembelajaran.

- Mendapatkan maklumat mengenai

perlaksanaan kokurikulum

disekolah

- Mendapatkan maklumat

pengurusan dan organisasi sekolah

Page 10: Pbs ikhwan

seperti plan sekolah dan carta

organisasi.

4. 20.8.2013 –

23.8.2013

- Melibatkan diri dengan Program

Kursus Motivasi & Klinik UPSR.

5. 24.8.2013

- Menyemak dan mengumpul bahan-

bahan dan maklumat-maklumat

yang diperolehi.

- Mendapatkan pengesahan

kolaborasi bersama guru-guru dan

staf sokongan.

- Mendapatkan pengesahan

kedatangan dan penilaian daripada

guru besar.

- Memulangka bahan-bahan yang

dipinjam

8. 25.8.2013

- Memastikan kewujudan prasarana

sekolah seperti kemudahan

sekolah, mural sekolah, kata-kata

hikmah,rukun Negara,Falsafah

Pendidikan Kebangsaan paparan

nilai-nilai murni dan bilik darjah.

- Menemuduga Guru Besar,

Penolong Kanan 1, Penolong

kanan HEM dan Penolong Kanan

Kokurikulum.

- Menemuduga setiap Ketua Penitia

dan guru yang mengendalikan

bahagian kokurikulum.

- Menemuduga Guru Pra Sekolah

dan staf sokongan sekolah.

9. 26.8.2013

- Mengadakan Interaksi dengan

murid didalam kelas.

- Memerhatikan Pengajaran dan

Pembelajaran oleh GPI

Page 11: Pbs ikhwan

10. 27.8.2013

- Menyemak dan mengumpul bahan-

bahan dan maklumat-maklumat

yang diperolehi.

- Mendapatkan pengesahan

kolaborasi bersama guru-guru dan

staf sokongan.

- Mendapatkan pengesahan

kedatangan dan penilaian daripada

guru besar.

- Memulangka bahan-bahan yang

dipinjam.

11. 28.8.2013 - Memberikan penghargaan kepada

semua warga guru dan warga

sekolah atas kerjasama.

12. 29.8.2013 - Menyiapkan PBS.

2.3 Penilaian dan Laporan

Secara keseluruhannya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah

mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif yang ditetapkan merangkumi pendedahan

awal kepada guru pelatih budaya dan iklim di sekolah bagi membiasakan diri sebelum

menjadi guru kelak. Memang pelbagai maklumat dan perkara baru berjaya dikutip pada

setiap hari berada di sekolah. Objektif Pengalaman Berasaskan sekolah pada semester ini

juga menekankan kepada guru pelatih untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan

dan pentadbiran di sekolah seperti struktur organisasi sekolah, kemudahan dan prasarana

yang disediakan, aktiviti yang dirancang bagi memperkembang bakat dan potensi murid-

murid serta peluang untuk berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas. Memang

Page 12: Pbs ikhwan

suasana komuniti sekolah dapat dirasai perbezaannya jika mengenali melalui teori tanpa

praktikal yang sebenarnya.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah memberi maklumat dengan

lebih awal dan jelas kepada guru pelatih agar program penting sebegini dapat dijalankan

dengan lebih sempurna dan teratur. Penjelasan serta gambaran yang jelas kepada pihak

sekolah juga penting untuk memudahkan pihak sekolah bekerjasama dan memberikan

maklumat yang diperlukan oleh guru pelatih. Masa yang ditetapkan juga harus bersesuaian

dengan tugas yang diterima kerana Pengalaman Berasaskan Sekolah banyak membantu

persediaan guru pelatih dalam menghadapi dunia pendidikan kelak.

2.4 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS SEMASA PBS

Bermula pada hari pertama, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan.

Pemerhatian dilakukan terhadap infrastruktur sekolah, prasarana yang ada, pusat sumber

sekolah, bilik darjah, makmal komputer dan pejabat yang secara tidak langsung

menggambarkan budaya dan semangat yang ditunjukkan oleh pihak sekolah terhadap

bidang sukan.

Selepas melakukan pemerhatian, proses seterusnya adalah soal selidik terhadap

warga sekolah dimulakan dengan pentadbir sekolah iaitu Guru Besar pada hari pertama lagi

dan juga pada hari terakhir. Selain itu, soal selidik dijalankan terhadap Penolong Kanan

Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwah Murid, Guru Penonong Kanan Ko-Kurikulum,

Panitia Pendidikan Jasmani serta kepada Guru Pendidikan Jasmani Sendiri untuk

mendapatkan maklumat dengan lebih jelas lagi berkenaan dengan Pendidikan Jasmani di

sekolah tersebut

Syukur Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang ditunjukkan dari pihak sekolah

membolehkan saya serta rakan-rakan yang lain mendapatkan maklumat yang diingini

dengan mudah seperti yang dirancangkan. Antara maklumat yang diperolehi termasuklah

peranan panitia, kewangan bagi panitia Pendidikan Islam, bilangan guru yang dan soalan-

Page 13: Pbs ikhwan

soalan lain termasuklah berkenaan dengan prestasi pelajar-pelajar di sekolah ini dalam

matapelajaran Pendidikan Islam.

Aspek masa amat kami titik beratkan ketika di sana. Kami mengambil setiap peluang

yang ada untuk mendapatkan maklumat termasuklah mengambil gambar, selain

menjalankan temu ramah terhadap warga sekolah. Akhirnya kami berjaya memperoleh segal

maklumat yang diingini.

2.5 PENILAIAN DAN LAPORAN

Secara keseluruhannya, Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah

mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif yang ditetapkan merangkumi pendedahan

awal kepada guru pelatih terhadap budaya dan iklim di sekolah bagi membiasakan diri

sebelum menjadi guru kelak. Pelbagai maklumat dan perkara baru berjaya dikutip pada

setiap hari berada di sekolah. Objektif Pengalaman Berasaskan sekolah pada semester ini

juga menekankan kepada guru pelatih untuk mendapatkan maklumat berkenaan tentang

mata pelajaran major yang diambil oleh guru pelatih di Institut. Sememangnya suasana

komuniti sekolah dapat dirasai perbezaannya jika mengenali melalui teori tanpa praktikal

yang sebenarnya dan program seperti ini telah banyak memberikan pendedahan kepada

setiap guru pelatih..

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah memberi maklumat dengan

lebih awal dan jelas kepada guru pelatih agar program penting sebegini dapat dijalankan

dengan lebih sempurna dan teratur selain pemilihan sekolah yang bakal dibuat adalah

bertepatan dengan kehendak soalan agar guru pelatih mendapat faedahnya dengan

optimum atas kerjasama dari pihak sekolah. Masa yang ditetapkan juga harus bersesuaian

dengan tugas yang diterima kerana Pengalaman Berasaskan Sekolah banyak membantu

persediaan guru pelatih dalam menghadapi dunia pendidikan kelak.

Ketika di sekolah, kami mendapati bahawa hanya pihak pentadbiran yang memberi

penekanan tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya Guru Besar, Guru

Page 14: Pbs ikhwan

Penolong Kanan Ko-kurikulum dan Guru Pendidikan Islam yang bersemangat di dalam

melaksanakannya contohnya program bacaan yassin dan tahlil semasa program bagi pelajar

UPSR 2013. Ianya juga dapat dilihat ketika pengajaran Pendidikan Islam dijalankan semasa

di dalam kelas.

Page 15: Pbs ikhwan

Intrumen pengumpulan

data

PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

1. Plan bilik darjah

bilik agama/ j-Qaf

Papan Hitam

MEJA MEJA

PAPAN KENYATAAN

Page 16: Pbs ikhwan

2. Bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di

bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan?

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahan dan sumber pengajaran

dan pembelajaran dipamarkan di bilik darjah tersebut sangat menarik, teratur dan

mudah untuk murid menggunakan.Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad

perkataan dilekatkan di papan kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah

dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan

murid untuk menjalankan aktiviti tambahan samada dengan tanpa pengawasan

guru.Selain daripada itu,penggunaan Kad nombor pula disimpan bersama guru

kerana bilangan yang terhad supaya tidak hilang dan hanya digunakan ketika sesi

pembelajaran dan pengajaran.Tetapi jika murid ingin menggunakannya, murid boleh

datang ke bilik j-QAF di bawah seliaan guru.Buku latihan dan aktiviti pelajar

digalakkan tinggal di dalam kelas atau di bilik j-QAF bagi memudahkan guru untuk

memeriksa dan tidak berlaku murid lupa bawa buku.

Manakala, kedudukan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

daridapa tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 berlainan. Kad nombor di simpan kepada guru kelas

dan digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah seliaan guru. Carta

diletakkan dipapan kenyataan dan murid-murid boleh menggunakan selepas sesi

Page 17: Pbs ikhwan

pengajaran dan pembelajaran. Manakala Kad huruf digantung di dalam kelas untuk

memudahkan murid melihat dan membaca bila bila-bila masa sahaja. Gambar yang

pelbagai dipamerkan disetiap sudut kelas. Buku aktiviti disimpan oleh murid dan

digunkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Bahan bantu mengajar di dalam kelas

BIL

ALATAN LOKASI PENGGUNAAN

1. Kad huruf Bersama guru Ketika sesi penerangan

2. QuranDi belakang kelas di atas meja

Semasa proses P&P

3. Gambar Di setiap sudut kelas Selepas sesi penerangan guru

4.Buku Aktiviti & Buku Tulis

Di atas meja muridKetika pelajar memahami sesi pembelajaran

BIL ALATAN LOKASI PENGGUNAAN

1 Gambar/lukisan Di setiap sudut kelas Selepas sesi penerangan

2 Buku Aktiviti Di atas meja muridKetika pelajar memahami sesi penerangan

4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan ICT?

Penggunaan ICT kepada murid amat digalakkan penggunaanya kekita sesi

pengajaran dan pembelajaran,ini kerana penggunaan ICT dapat menambahkan

pengetahuan baru dan murid boleh mengakses maklumat tambahan berkaitan

pelajaran tersebut.Dan saya melihat ada sesetengah guru menggunakan

kemudahan tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaraan tetapi

penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut.

5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Page 18: Pbs ikhwan

Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran

dan pembelajaran seperti bertanya, menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan

menyurakan pendapat atau idea mereka.

6. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu.

Melalui pemerhatian saya ketika sewaktu P&P dijalankan saya difahamkan

kedudukan murid dialam kelas ditentukan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh

guru kelas.Murid-murid yang lemah diletakkan dihadapan untuk memudahkan guru

memantau pembelajaran mereka. Manakala untuk murid yang sederhana diletakkan

di bahagian tengah dan murid yang pandai diletakan dibelakang.

Page 19: Pbs ikhwan

Kolaborasi

Kolaborasi

Page 20: Pbs ikhwan

Sepanjang pengalaman berasaskan sekolah ini, pelajar akan melakukan beberapa

perbincangan bersama kakitangan sekolah kebangsaan Labang. Antara

perbincangan yang dilaksanakan seperti berikut :

4.1 Perbincangan Dengan Pengurusan Sekolah.

Perbincangan dilakukan bersama dengan Guru Hal Ehwal Murid Sk Labang iaitu En.

Tawai AK Ankan. Perbincangan yang difokuskan adalah tentang pelajar-pelajar

Sekolah Kebangsaan Labang.

Perbincangan yang pertama adalah mengenai bantuan yang akan diterima oleh

pelajar. Menurut En. Tawai AK Ankan setiap pelajar yang dari keluarga yang kurang

berkemampuan akan menerima bantuan daripada pihak kerajaan iaitu wang koam

sejumlah RM 100. Ia bertujuan untuk membeli barangan sekolah seperti alat tulis,

baju dan sebagainya. Selain itu juga, murid-murid akan menerima bantuan dari pihak

sekolah sekiranya murid tersebut mempunyai masalah dari segi perbelanjaan

sekolah.

Masalah displin juga merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh kebanyakkan

sekolah. Menurut beliau, sekolah akan mengambil tindakan yang tegas terhadap

pelajar yang melakukan kesalahan. Pelajar yang melakukan kesalahan akan

dihukum dan pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibubapa pelajar tersebut

untuk tindakan lanjut.

Pihak hal ehwal pelajar juga menguruskan pendaftaran kemasukan tahun 1 di

sekolah kebangsaan Labang. Sebelum pendaftaran dibuka, pihak sekolah akan

memaklumkan kepada ibu bapa mengenai pendaftaran baru supaya ibubapa

bersedia untuk mempersiapkan anak mereka ke sekolah.

4.2 Perbincangan Dengan Guru-Guru

Page 21: Pbs ikhwan

Perbincangan dilaksanakan bersama guru pendidikan islam SK Labang iaitu Ustaz

Mohd Taufik bin Hussin. Perbincangan ini lebih tertumpu kepada pengajaran dan

pembelajaran pendidikan islam di kelas.

Murid islam di sekolah ini berjumlah 58 orang. Kebanyakan dari mereka berbangsa

Melanau. Selain itu juga, tempat pengajaran dilaksanakan di bilik agama dan J-qaf

yang berada di bangunan asrama lelaki.

Aktiviti yang dirancang oleh panatia pendidikan islam adalah budaya solat zuhur

berjemaah, aktiviti solat hajat dan melatih murid-murid islam ke pertandingan majlis

tadarus Al-quran.

4.3 Perbincangan Dengan Kakitangan Sekolah.

Perbincangan bersama kakitangan sekolah bersama dengan pengawal keselamatan

sekolah iaitu En. Bujang B. Hj. Michi. Perbincangan lebih tertumpu kepada

keselamatan di sekolah. Sebagai pengawal keselamatan, beliau bertindak

mengambil laporan keluar masuk pelawat yang membuat urusan di sekolah.

Seterusnya keselamatan kediaman kuartes guru juga merupakan tanggungjawab

beliau dalam memastikan barang-barang milik guru dapat dijaga dengan selamat.

Pengawal keselamatan juga memastikan murid-murid tidak berada di kawasan

sekolah semasa jam 9.00 malam dan akan memastikan murid-murid tidur awal.

4,4 Interaksi Dengan Murid

Page 22: Pbs ikhwan

Interaksi merupakan Satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau

individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya.Manakala Bilik

Darjah merupakan Tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Diantara

contoh-contoh Interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah adalah seperti berikut;

Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran sedang berlaku,apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain

seperti murid bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang dipelajari, seterusnya

apabila murid membuat soalan daripada daripada buku kerja mereka.

Menurut Flander (1970), terdapat tiga jenis interaksi dalam biik darjah iaitu;

interaksi antara individu dan interaksi di antara alam sekitar.Interaksi antara individu

dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu melalui percakapan guru,

dalam percakapan guru ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu, pertama

pengaruh langsung bermaksud guru memberi arahan atau mengkritik kelakuan murid

di dalam kelas.Kedua,pengaruh tidak langsung iaitu secara menyoal bertujuan untuk

membina suahsana interaksi yang positif di dalam bilik darjah.

Seterusnya, Melalui percakapan murid yang mempunyai perbagai hala terdiri

daripada tindak balas dan respon murid dimana mereka mengambil inisiatif sendiri

untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, terdapat

juga perbincangan aktif antara murid dan guru & murid dengan murid.

Akhir sekali, kesenyapan iaitu, secara senyap sama ada di sebabkan kerana

kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid atau untuk menghentikan

gangguan komunikasi antara murid dan guru.

Page 23: Pbs ikhwan

Ilmu/ pengetahuan baru

5.0 Ilmu dan Pengetahuan Baru

a) Pemerhatian

b) Senarai Semak

c) Temu Bual

d) Soal Selidik

Page 24: Pbs ikhwan

5.1 Pemerhatian

Sejak hari pertama berada di sekolah ( 18 ogos 2013 ), pemerhatian mula

dilakukan di sekitar kawasan persekitaran sekolah. Kamera dibawa bersama untuk

mengambil gambar sebagai bukti pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh

perlaksanaan Program Pengalaman Berasaskan sekolah pada kali ini. Antara kawasan

yang dijadikan fokus utama adalah seperti taman-taman ilmiah, kantin dan sebagainya.

.

5.2 Senarai Semak

Senarai semak adalah instrumen yang penting bagi memastikan guru pelatih

melengkapkan sepenuhnya tugasan yang telah diberikan. Senarai semak bermula dengan

pengenalan diri diikuti penyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung

tugasan, kolaborasi pengalaman baru, refleksi dan akhirnya laporan. Setiap maklumat yang

diperoleh akan ditandakan dalam senarai semak tugasan. Bagi mendapatkan maklumat

yang lebih jelas, pelbagai kaedah dilaksanakan seperti temu bual dengan komuniti sekolah

dan soal selidik selain melakukan pemerhatian sendiri di kawasan sekitar sekolah.

5.3 Temu bual

Bermula hari pertama lagi sesi temu bual pertama diadakan dengan guru besar.

Pelbagai maklumat awal dan menyeluruh tentang latar belakang sekolah, perjalanan proses

pengajaran dan pembelajaran, peranan dan fungsi seorang guru dan perlaksanaan

pengurusan serta pentadbiran yang baik. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan Guru

Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehawal Murid dan Guru Penolong

Kanan Ko kurikulum. Temu bual juga dilakukan kepada guru kelas merangkap mentor

tentang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas dan membantu

dalam membiasakan diri dengan iklim sekolah serta komuniti dalamnya. Apabila ingin

mendapatkan maklumat yang lebih jelas, kaedah soal selidik dilakukan iaitu bertanyakan

soalan-soalan dengan lebih terperinci.

Page 25: Pbs ikhwan

5.4 Soal Selidik

Kaedah soal selidik dijalankan kepada semua pentadbir bermula dengan Guru Besar,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan

Ko Kurikulum bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang perlaksanaan pengurusan

dan pentadbiran sekolah dalam memperkembang potensi murid-murid dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek mereka sepanjang berada di sekolah selama 6 hingga 7 tahun.

Soal selidik juga dilakukan kepada Pembantu Am Rendah bagi mendapatkan maklumat

tentang fungsi dan peranan kerani, pengurusan sistem fail dan surat-menyurat yang

melibatkan hal-hal rasmi.

Page 26: Pbs ikhwan

Refleksi

6.1 Refleksi tentang Aktiviti yang dilaksanakan:

Reflaksi yang dapat saya simpulkan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan ialah

berkaitan dengan kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran

dan saya mendapati murid dapat mengikuti pembelajaran jika seorang guru itu

menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar.Di antara

Page 27: Pbs ikhwan

isu yang saya pertengahkan ketika melaksanakan PBS ini berkaitan Strategi

Pengajaran dan Pembelajaran melalui Pengalaman (Experiential Learning)

merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti

pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman

boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut:

         Ujikaji (eksperimen)

         Pemerhatian lapang

         Lawatan

         Gambaran berfokus

         Permainan

         Pembinaan model

         Main peranan

         Simulasi

         Tinjauan

Dan antara yang difokuskan mengenai Pengajaran Pembelajaran Melalui

Pengalaman (Experiential Learning) ialah kekuatan dan kelemahan kaedah tersebut.

Antara kekuatan kaedah ini ialah Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang

mereka pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran

dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on

akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk

topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat

dan sebagainya) serta muamalat. Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh

menyediakan pelajar supaya berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara

kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini.

Seterusnya, mengenai kelemahan kaedah ini ialah; Strategi Pembelajaran

Melalui Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan

sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak.Seringkali melibatkan usaha

Page 28: Pbs ikhwan

yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji,

lawatan dan sebagainya.Walau bagaimanapun, impak pembelajaran melalui

pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang

menjadi pilihan guru.Justeru itu,antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk

memperbaiki perlaksanaan aktiviti tersebut ialah guru perlulah memperbanyakkan

menggunakan strategi yang banyak memberi peluang kepada murid untuk

berinteraksi,berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan sebaya serta

guru .Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan

pengalaman pendidikan mereka.

Diantara faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau

menambahbaik perlaksanaan aktiviti tersebut ialah disebabkan oleh sikap pelajar

lebih bermotivasi untuk belajar, kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka

seronok untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan,

dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama,

mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada

pembelajaran sepanjang hayat murid.

6.2 Refleksi mengenai Perbincangan/interaksi:

Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perbincangan dengan

kakitangan sekolah dan berinteraksi dengan murid berkaitan dengan kaedah

pengajaran dan bagaimana murid dapat menerima isi pembelajaran yang

disampaikan guru menggunakan kaedah tertuntu.Selain itu,melalui pemerhatian

Page 29: Pbs ikhwan

secara tidak langsung di bilik darjah. Malah, saya juga dapat mengetahui perubahan

yang jelas kelihatan di dalam kelas; misalnya dari aspek emosi murid, ketegangan

murid serta perubahan tingkahlaku.Semua ini menjadikan saya lebih memahami

keadaan sebenar kerjaya seorang guru yang perlu saya lalui nanti.

Justeru itu,Saya tidak menafikan lagi bahawa perbincangan/interaksi perlu

untuk seseorang itu memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu

perkara.Selain itu melalui perbincangan juga saya dapat meningkatkan

keberkesanan dan kreativiti sesuatu aktiviti yang dilaksanakan hasil dari cantuman

buah fikiran yang diberikan.Bahkan saya tidak berkerja secara sendirian sebaliknya

merujuk kepada kepada guru-guru yang lain untuk mendapatkan idea demi

menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna.

Menurut Bailey (1996 ), Kolaborasi diantara guru merupakan satu mekanisma

yang kuat untuk meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pengajaran masing-

masing.Oleh yang demikian itu,perbincangan harus dilakukan bagi meningkatkan

kecermelangan.Keberkesananya memang tidak dapat dipertikaikan ia bukan sahaja

membentuk kerjasama dikalangan kumpulan malah lebih memudahkan sesuatu

perkara.

Page 30: Pbs ikhwan

Laporan akhir

Laporan Akhir berkaitan Kajian Mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah:

Page 31: Pbs ikhwan

Hasi kajian menunjukkan bahawa Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dapat

dijalankan dengan berkesan dan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui

pengalaman Berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan prestasi pembelajaran

murid.Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai

dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat pelajar yang tinggi di kalangan

pelajar.Apa yang penting adalah para guru,ibubapa dan pelajar haruslah

berkerjasama dan menjayakan misi kerajaan yang meminta rakyatnya

menambahkan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup pada masa akan datang.Kadah

pengajarana melalui pengalaman mampu menarik minat murid dan jika

ditambahbaikkan lagi sememangnya lebih memberikan kesan yang

memuaskan.Disini peranan guru amat penting iaitu memberi pendedahan kepada

murid tentang pentingnya pelajaran dan guru haruslah memperbanyakkan

menggunakkan pelbagai teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

member peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi

dengan rakan-rakan sebaya serta guru.Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain

dapat memperluaskan pengalaman pendidikan murid.

LAMPIRAN MENGENAI TUGASAN:

Page 32: Pbs ikhwan
Page 33: Pbs ikhwan
Page 34: Pbs ikhwan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PIM 2203 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENGENALAN

pengalaman berasaskan sekolah merupakan suatu cara untuk guru pelatih untuk

melihat dan merasai pengalaman berada di sekolah. Ini juga bertujuan untuk guru

pelatih memahami bagaimana caranya pengurusan pentadbiran sekolah,

pembelajaran dan pengajaran di kelas dan suasana di sekolah.

Melalui pengalaman berasaskan sekolah yang telah dijalankan ,saya telah

melakukan pemerhatian terhadap teknik dan kaedah pembelajaran dan pengajaran

pendidikan islam di Sekolah Kebangsaan Labang.

1.1 Teknik Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam

1.1.1 Tunjuk Cara

Semasa di dalam kelas, saya memerhatikan cara guru pendidikan islam

menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Pelbagai tunjuk cara yang

dilakukan iaitu sebelum memulakan pengajaran Guru Pendidikan Islam akan

meminta murid-murid membaca al-fatihah dan doa sebelum belajar. Selepas

itu murid-murid akan mengucap dua kalimah shahadah sebagai tanda tauhid

kita kepada Allah. Selain itu juga, guru pendidikan islam akan memastikan

bacaan niat solat fardhu murid-murid lancar agar mereka mudah dalam

membaca niat ketika melakukan solat.

Page 35: Pbs ikhwan

a) Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat dalam proses pengajaran ini, murid-murid

akan sentiasa ingat akan apa yang mereka lakukan seharian.

Contohnya, niat solat fardhu merupakan perkara penting dalam

melaksanakan solat. Ini akan menguatkan ingatan murid-murid

terhadap cara melaksanakan solat dan bila ia perlu dilakukan.

Selain itu juga, lafaz shahadah yang disebut oleh murid-murid akan

menguatkan akidah mereka dan mengenali siapa tuhan dan utusan

yang membawa ajaran islam sebagai agama yang dirahmati oleh Allah.

a) Kelemahan

Setiap kekuatan bagi sesuatu pasti ada kelemahannya. Terdapat juga

segelintir murid yang kebiasaannya tidak melaksanakan apa yang

diajar oleh guru. Ini kerana murid-murid tidak mendapat ajaran di

rumah kerana mereka hanya mempelajari subjek agama di sekolah dan

tidak dilakukan di sekolah.

1.1.2 Penerangan

Penerangan merupakan kaedah pendidikan tradisional. Ia digunakan

secara meluas oleh para guru dan pensyarah dan disampaikan secara

lisan. Struktur kaedah penerangan merupakan pengucapan yang

mengandungi semua bahagian  ciri yang diikuti dengan hujjah dan

pandangan (arguments) serta penyoalan retorikal (metaforikal, simbolik,

tidak literal dan abstrak). Ia boleh dibina dalam bentuk menyatakan,

kuliah, narration, mendedahkan, menjelaskan atau ucapan mudah  

Page 36: Pbs ikhwan

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, perkara

yang paling utama adalah sesi penerangan yang diberi oleh guru.

Penerangan yang dilaksanakan oleh guru pendidikan islam di sekolah

ini jelas dan mudah difahami bagi pelajar yang menumpukan perhatian.

Antara langkah-langkah yang digunapakai semasa sesi penerangan

adalah guru pendidikan islam membaca teks dan menghurai isi

kandungan teks tersebut. Bagi pengajaran tilawah Al-quran, guru akan

menulis di papan hitam dan akan membaca serta diikuti oleh pelajar-

pelajar. Guru pendidikan islam juga akan penjelaskan isi kandungan

ayat-ayat yang dibaca.

a) Kekuatan

Berdasarkan kaedah ini, terdapat murid-murid mampu untuk

mengikutinya dan memahami segala penerangan dari guru

pendidikan islam. Selain itu juga, cara penerangan yang

disampaikan juga amat jelas dan mudah untuk difahami.

b) Kelemahan

Dari segi penerangan yang dilakukan oleh guru kepada pelajar jelas

tetapi terdapat juga pelajar yang kurang memberi tumpuan dan

membantutkan sesi penerangan di kelas. Ini kerana jika perkara ini

berlaku, pelajar yang kurang memberi tumpuan akan cuba

menganggu pelajar yang lain. Ini pasti akan melemahkan semangat

pelajar lain dalam mendapatkan penerangan di kelas.

Page 37: Pbs ikhwan

1.1.3 Perbincangan dan Dialog

Kaedah dialog

Kaedah dialog dianggap sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

penting. Ia adalah kaedah yang berdasarkan dialog atau perbincangan melalui

soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan , di kritik dan di

bantah.

Rasulullah s.a.w selalu menggunakan kaedah dialog dengan para sahabat

dan juga dengan musuh-musuh Islam dari golongan musyrikin dan ahli kitab

Kaedah Perbincangan

Suatu kaedah yang melibatkan perbualan yang mengeluarkan pendapat

bertukar fikiran berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah

dengan tujuan mencari penyelesaian.

Terdapat beberapa prinsip di dalam kaedah pembincangan

Tajuk yang sesuai

Maklumkan tujuan perbincangan

Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan

Guru sebagai fasilatator

Penglibatan pelajar perlu aktif

Pelajar digalakkan catat idea yang disarankan

Adakan rumusan akhir

Peruntukkan masa guru buat ulasan

Beri pujian dan galakan

Page 38: Pbs ikhwan

a) Kekuatan

Berdasarkan kenyataan ini, bahawa kekuatan perbincangan dan dialog

yang boleh dibawa dalam pengajaran pendidikan islam addalah pelajar

akan sentiasa diberi peluang untuk mengemukakan pendapat. Pelajar juga

berpeluang untuk berbincang mengenai tajuk-tajuk yang sesuai dalam

tahap mereka. Guru juga haruslah memberi kepercayaan kepada pelajar

yang lemah agar mereka boleh melibatkan diri dalam sesi perbincangan

bersama rakan-rakan mereka.

b) Kelemahan

Dalam melaksanakan kaedah perbincangan dan dialog ini, terdapat

kelemahan yang akan berlaku seperti pelajar yang lemah akan tidak akan

aktiv jika mereka bersama pelajar yang sama tahap dengan mereka. Ini

kerana perbincangan tidak akan terjadi jika mereka tidak memulakan

dialog sesama mereka. Justeru itu, guru harus berperanan memberi

peluang kepada pelajar yang lemah ini untuk bercampur bersama pelajar

yang cemerlang agar mereka boleh dibimbing dan berani untuk memberi

pendapat dan idea.

1.1.4 Sokratik Dan Soal Jawab

Telah diketahui bahawa kaedah soaljawab boleh digunakan untuk

menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia ada

yang digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian,

inferens, jangkaan dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat

sesuatu fenomena secara lebih luas.

Page 39: Pbs ikhwan

Penggunaan penyoalan Sokratik(pelbagai soalan pelbagai dimensi

dikemukakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif dan

mencari jawapannya) pelbagai aras domain kognitif Taksonomi

Anderson  dan Krathwohl (2000) {mengingat, memaham, mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta}, akan dapat meningkatkan daya

berfikir murid (pembelajaran berfikrah).

Soalan-soalan yang baik (melibatkan kata tanya 5W1H) akan membuat

murid meneroka maklumat baru (melalui perbincangan, perkongsian,

pencarian maklumat, berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan

terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran soalan akan memantapkan lagi

pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari.

Pembelajaran kooperatif menyediakan peluang kepada murid untuk

berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi

dengan orang lain serta melakukan refleksi pembelajaran.

Teknik Number-Head-Together (pembelajaran kooperatif) sebagai

contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai

empat orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru

menentukan ahli-ahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan

keupayaan). Setiap ahli dalam kumpulan akan ditandai dengan nombor

1 hingga 4. Guru akan mengemukakan soalan kepada kelas (pastikan

soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan turutan yang

betul).

Page 40: Pbs ikhwan

Contoh Soalan Untuk Tajuk Aqidah Allah Maha Kuasa.

Apakah maksud kuasa? Apakah yang kamu faham dengan

maksud berkuasa? Soalan mencabar konsep (aras

mengingat /memaham) lingkaran satu: perkara

Apakah perbezaan antara kuasa dan berkuasa? Soalan

mencabar konsep dan interpretasi (aras memaham /

menganalisis) lingkaran satu: perkara

Siapakah yang mempunyai kuasa? Soalan meminta

penjelasan (aras mengingat) lingkaran tujuh: perkara dan luar

Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Soalan

meminta pandangan, penjelasan dan interpretasi tentang

konsep (aras memaham) lingkaran lima: perkara dan luar

Sejauh manakah manusia dapat menunjukkan

kuasanya? Soalan mengenai pandangan (aras

menilai) lingkaran lima: perkara dan luar

Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada

kuasa Allah? Soalan meminta alasan dan penjelasan (aras

menganalisis) lingkaran lima: perkara dan luar

Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas

manusia dan alam semesta? Soalan meminta penjelasan (aras

memaham) lingkaran lima: perkara, dan luar

Apakah contoh-contoh kuasa Allah ke atas manusia dan alam

semesta?.Soalan meminta alasan dan bukti (aras memaham)

Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan

Allah? Soalan meminta penjelasan (aras mengingat)

Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi

penting dalam kehidupan anda? Soalan implikasi dan

akibat (aras menganalisis) lingkaran empat

Apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya anda tidak

percaya dengan kekuasaan Allah? Soalan implikasi dan

akibat (aras menilai) 

lingkaran empat

Page 41: Pbs ikhwan

Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam

kumpulan. Kemudian guru akan memanggil nombor secara

rawak (antara nombor 1 hingga 4) dan murid dengan nombor

yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya. Untuk

menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan

kemahiran mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga

soalan sekaligus (bergantung kepada tahap murid) dan murid

yang dipanggil nombornya akan menjawab soalan-soalan yang

berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan

yang sama. Harus diingat bahawa dengan berfikir dan

berbincang untuk mencari  jawapan secara aktif, proses ingatan

akan dapat bertahan lebih lama berbanding sekadar mendengar

fakta dan maklumat daripada guru secara pasif.

Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan

grafik banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, murid akan membuat

rumusan sendiri tentang Allah Maha Berkuasa.

a) Kekuatan

Melalui soal jawab ini, terdapat kekuatan yang akan diterima oleh

pelajar iaitu mereka akan lebih mengingati apa yang mereka

belajar. Ini kerana setiap soalan yang dikemukan akan menguji

minda pelajar dalam mendapatkan jawapan yang tepat. Melalui

proses soal jawab ini mereka akan berbincang sesama sendiri dan

berusaha menyampaikan jawapan.

b) Kelemahan

Kelemahan yang didapati melalui proses ini adalah pelajar yang

lemah pasti akan mendiamkan diri dan tidak cuba untuk berusaha

Page 42: Pbs ikhwan

dalam mencari jawapan. Jika mereka ditanya pasti mendiamkan diri

kerana takut jika jawapan yang diberi salah. Guru haruslah

membimbing mereka agar mereka tidak takut dalam menyampaikan

jawapan jika mereka disoal oleh guru mereka.

1.1.5 Bercerita

Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam

mana-mana pelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran.

Bercerita dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap

pelajaran dan boleh merangsang kanak-kanak

melahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai

suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bercerita juga dapat

dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya.

Misalnya memilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita,

memikirkan soalan-soalan yang boleh dikemukakan, perkataan atau

frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka cerita sebagai

panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita

kepada kanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau

mencatat butir-butir penting atas kad-kad kecil sebagai rujukan dan

menentukan alat atau bahan yang akan digunakan semasa bercerita.

a) Kekuatan

Kaedah bercerita pasti menarik minat pelajar kerana dengan

kaedah ini pasti akan memudahkan guru untuk mengawal kelas.

Guru yang baik pasti akan merancang dan bijak dalam menyusun

plot cerita. Cerita yang menarik dan guru pandai mengawal

Page 43: Pbs ikhwan

antonisasi suara pasti akan membuat pelajar di dalam kelas senyap

dan memberi tumpuan kepada guru yang bercerita.

b) Kelemahan

Dalam melaksanakan kaedah ini, guru yang kurang dalam

penceritaan pasti sukar dalam menyampaikannya. Jika guru tidak

membuat persediaan dalam menyampaikan kisah-kisah tertentu

pasti penceritaan itu tidak akan diminati dan pelajar-pelajar hanya

akan mendengar tetapi tidak menghayati.

1.1.6 Penyelesaian Masalah

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif

di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang

sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat.

Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai:

“ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini

melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat

andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silannya”

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi

halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan

tertentu.Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran

kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan

menimbulkan keseronokan.

Page 44: Pbs ikhwan

Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita

terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira

kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif,

maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

1.1.7 Permainan

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara

spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main merupakan

expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada

peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan

dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

a) Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran

ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa

b) Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor,

domino, catur dan congak

c) Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal

digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan

kemahiran fizikal.

d) Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran

bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan

bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan

suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna

e) Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan

daripada keseronokkan bermain

f) Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu

kanak-kanak menyelesaikan masalah

Page 45: Pbs ikhwan

1.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM (KSSR)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.2.1 BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN

1. Mata Pelajaran: Tilawah Al-quran

2. Kelas : Tahun 4

3. Tarikh : 27 Ogos 2013

4. Masa : 10.20 – 11.20 pagi

5. Bilangan Murid: 8 orang murid

6. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-3

7. Fokus : -

I. Pemikiran : Memahami makna,isi penting dan pengajaran

daripada surah al-maun.

II. Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim,fakir

miskin untuk bertakwa

III. Penghayatan:Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan

mensyukuri nikmatnya.

8. Hasil Pembelajaran:

- Di akhir pembelajaran murid dapat:

Aras 1: Memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara

Page 46: Pbs ikhwan

keseluruhan.

Aras 2: - Menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun

surah al-Maun.

- Menghuraikan isi kandungan surah al-Maun.

Aras 3: Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun

9. Kaedah:

1. Penerangan

2. Perbincangan kumpulan

3. Sumbang saran

4. Kajian massa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu

pengetahuan)

10. Sumber pengajaran dan pembelajaran:

1. LCD

2. Carta ayat dan terjemahan

3. Gambar berkaitan anak yatim

4. VCD surah dan pengertianya.

11. Pengetahuan sedia ada:

- Murid boleh membaca ayat daripada surah al-maun yang telah dipelajarinya.

Page 47: Pbs ikhwan

12. Strategik pengajaran dan pembelajaran:

Pendahuluan:

(2minit)

Kandungan:

- Memberi salam dan bacaan doa.

Aktiviti P&P:

Guru A: 1) Guru masuk kedalam kelas dan member salam kepada murid.

2) Guru membimbing murid membaca doa.

Guru B: 1) Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

2) Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab

Ketika membaca doa.

Aktiviti murid: Murid menjawab salam guru dan murid membaca doa.

SET INDUKSI:

(3 minit)

Kandungan;

- Gambar anak yatim dan fakir miskin

Aktiviti P&P:

Page 48: Pbs ikhwan

Guru A: 1) Bersoal jawab berkaitan gambar.

2) Ini gambar apa?

Guru B: 1) Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin.

Aktiviti murid: Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

LANGKAH 1

(15minit)

Aras 1

- Pengenalan surah :

1. Nama surah

2. Tempat surah diturunkan

3. Sebab diturunkan.

- Memahami maksud ayat dari surah al-maun ayat 1-3.

GURU (A)

Aktiviti P&P:

- Guru memberi penerangan pengenalan surah.

- Maksud ayat dari surah al-maun 1-3

- Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-maun.

- Contoh soalan :

I. Siapakah orang yang mendustakan agama?

Page 49: Pbs ikhwan

II. Nyatakan hukum orang yang tidak membantu anak yatim.

III. Siapkah yang dikatakan anak yatim?

GURU (B)

- Guru B membantu guru A memaparkan perkara yang ditayangkan dl LCD

berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah al-Maun.

- Guru B membantu guru A membimbing murid menjawab soalan

- Guru B membantu mencatat jawapan murid di papan hitam.

Aktiviti Murid:

1. Murid mendengar penerangan penerangan guru dengan teliti

2. Murid mencatat jawapan.

3. Murid bertanya dan menjawab soalan mengikut arahan guru.

Cacatan:

LCD

Guru sebagai fasilitator

LANGKAH 2

(15minit)

Aras 2

- Menyenaraikan perkara yang penting di dalam surah al-Maun.

- Cara membuat baik terhadap anak yatim dan fakir miskin.

Page 50: Pbs ikhwan

Guru (A):

Aktiviti P&P

1. Menerangkan isi-isi penting berdasarkan kepada paparan LCD

2. Bersoal jawab

3. KBKK

Contoh:

I. Istilah anak ” yatim “

II. Maksud “miskin”

III. Maksud “yang mendustakan agama”

Penilaian:

- Apakah maksud anak yatim dan fakir miskin.

- Menyatakan contoh “orang yang mendustakan agama”.

Guru memperbaiki jawapan murid.

Guru (B):

1. Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan.

2. Guru B mengawas murid-murid.

3. Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi

pembelajaran.

Aktiviti murid:

1. Murid menjawab soalan guru

2. Murid memaparkan kad imbasan (jawapan)

3. Murid menjawab soalan guru.

Cacatan:

Page 51: Pbs ikhwan

LCD

Kad imbasan

LANGKAH 3

(20minit)

Aras 3

Kandungan:

Huraikan isi kandungan surah al-maun ayat 1-3

1. Peranan kita kepada anak yatim dan fakir miskin

2. Golongan yang mendustakan agama.

Aktiviti P&P

Guru (A):

1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.

2. Guru mengarahkan murid membincang:

I. Peranan terhadap anak yatim dan fakir miskin

II. Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melengkapkan

peta minda yang diedarkan.

Isi kandungan surah

Contoh:

- Senaraikan orang yang mendustakan agama

Page 52: Pbs ikhwan

3. Guru mengarahkan setiap wakil murid untuk menampalkan peta

minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di

dalam kelas mereka.

Penilaian:

(Guru menyoal murid)

Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “yang mendustakan

agama”?.

Guru (B):

1. Guru membantu membimbing dalam sesi perbincangan

2. Guru mengedarkan kertas pada peta minda pada setiap murid

3. Guru mengawas dan membimbing murid melengkapkan minda

4. Guru mengawas muris semasa perbincangan

5. Guru mencatat jawapan murid di papan hitam

6. Guru membantu murid menampalkan peta minda mereka di dinding

kelas mereka.

7. Guru juga memastikan murid mematuhit arahan

8. Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan.

Aktiviti murid

1. Murid membincangkan isi surah al-maun ayat 1-2

2. Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda

3. Murid melengkapkan peta minda

4. Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka

5. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru

Page 53: Pbs ikhwan

Cacatan:

- Lembaran kerja.

PENUTUP:

(5minit)

Kandungan:

- Rumusan dan penilaian

Aktiviti P&P:

Guru (A)

1. Guru mengigatkan murid murid supaya mengamalkan sifat

mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah

2. Guru juga menasihatkan murid mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3

surah al-Maun

Guru (B)

1. Guru B bersama guru A menasihatkan murid supaya mengamalkan

tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin.

Aktiviti Murid:

- Mendengar nasihat guru dengan teliti.

Page 54: Pbs ikhwan

1.2.2 BAHAGIAN SIRAH

Mata Pelajaran: Sirah

Kelas : Tahun 3

Tarikh :

Masa :

Bilangan Murid: 5 orang murid

Tajuk : Wahyu pertama

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid-murid telah mengetahui tentang Peristiwa di Gua Hira’ melalui

media massa.

2. Murid-murid telah mengetahui tentang Peristiwa di Gua Hira’melalui

unit pelajaran sebelumnya.

HASIL PEMBELAJARAN:

- Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

1. Menerangkan kedudukan Gua Hira’.

2. Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad S.A.W ke Gua

Hira’.

3. Menceritakan perisiwa wahyu pertama diturunkan.

KEMAHIRAN BERFIKIR:

1. Menyusun atur

2. Membuat interans dan kesimpulan

Page 55: Pbs ikhwan

3. Membanding beza.

PENERAPAN NILAI:

1. Menuntut ilmu satu kewajipan.

2. Mencontohi kesabaran Nabi Muhammad S.A.W.

3. Mengambil Ikhtibar daripada Peristiwa di Gua Hira’.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1. Tayangan video

2. Tayangan Slide

3. Buku Teks

4. Kad Manila

5. Kertas Mahjong

PENDAHULUAN:

(3 minit)

- Bacaan doa pelajaran :

1. Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa

pelajaran.

2. Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa.

SET INDUKSI:

(7 minit)

- Menayangkan video berkaitan sejarah Gua Hira’ yang terdapat di

Mekkah.

- Guru menyoal murid:

Page 56: Pbs ikhwan

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan

tersebut?

- Guru menayangkan video berkaitan Gua Hirai yang terdapat di

Mekkah.

- Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian.

- Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.

- Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.

- Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini.

Tayangan Video.

Langkah 1:

(12minit)

1. Guru membaca petikan tentang Gua Hira’ di dalam buku teks.

I. Guru pusatkan kepada kedudukan Gua Hira’ dan

kegigihan Nabi Muhammad S.A.W mendakinya untuk

mencari kebenaran.

2. Guru menunjukan peta kedudukan Gua Hira’ didalam saiz

yang lebih besar.

3. Guru menerangkan tentang peristiwa penurunan wahyu yang

Pertama dengan lebih terperinci

4. Guru menjelaskan dengan terperinci maksud surah al-Alaq

Ayat 1-5

5. Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti

6. Guru menyoal kepada murid dimanakah terletaknya Gua Hira’?

Page 57: Pbs ikhwan

7. Murid manjawab soalan guru.

8. Guru memintak seorang murid untuk menceritakan kembali

peristiwa wahyu pertama diturunkan.

9. Guru memintak murid membaca secara beramai-ramai surah

Al-alaq ayat 1-5 dengan kuat sambil melihat slide.

Alatan Bantu Mengajar:

- Tayangan slide

- Buku teks

Langkah 2:

(10minit)

1. Guru menyenaraikan akibat daripada peristiwa di Gua Hira’.

2. Guru mengaitkan surah al-alaq dengan kepentingan membaca dan

menuntut ilmu.

3. Guru menerapkan pegajaran daripada peristiwa di Gua Hira’ dalam

kehidupan murid.

4. Guru memintak beberapa orang murid menyenaraikan akibat

daripada peristiwa di Gua Hira’.

5. Murid yang di pilih mengikut arahan guru.

6. Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah

jawapan yang diberikan oleh pelajar.

7. Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai.

Page 58: Pbs ikhwan

8. Guru merangkan sekali lagi wahyu pertama diturunkan dan

mengaikatkan surah al-alaq dengan kewajipan menuntut ilmu.

Alat Bantu Mengajar:

- Buku Teks.

Langkah 3:

(13minit)

Kronologi peristiwa wahyu pertama diturunkan

Peristiwa berlaku pada 17 Ramadhan, ketika Nabi Muhammad

S.AW berumur 40 tahun.

Allah S.W.T mengutuskan malaikat Jibrail a.s bertemu baginda di

Gua Hira’.

Malaikat Jibril a.s meyuruh baginda membaca,tetapi baginda tidak

tahu membaca.Malaikat Jibril a.s terus memeluk Nabi Muhammad

S.A.W dengan kuat kemudian melepaskan baginda.

Selepas tiga kali Jibril a.s memeluk dan menyuruh Nabi Muhammad

S.A.W membaca .Dan Jibril mengajar baginda membaca surah al-

alaq ayat 1-5.

Nabi Muhammad S.A.W bergegas pulang ke rumah dalam

ketakutan dan isteri baginda Khadijah meyelimut dan menenagkan

baginda.

Kemudia Nabi Muhammad S.A.W menceritakan peristiwa tersebut

kepada isterinya Khadijah.

Page 59: Pbs ikhwan

Khadijah membawa Nabi Muhammad S.A.W bertemu sepupunya

Warakah Bin Naufal merupakan pendeta Nasrani yang sangat

berilmu.

Warakah berkata “jangan bimbang itulah malaikat yang datang

kepada para rasul sebelum ini,Muhammad dilantik sebagai rasul

utusan Allah.”

- Guru memintak murid membentuk beberapa kumpulan

- Murid-murid mendegar arahan guru.

- Guru meminta murid melihat video tentang wahyu petama dan

meminta murid menyatakan kedudukan Gua Hira’,dan kenapakah

Nabi Muhammad S.A.W pergi ke gua hira’?,Apakah yang Khadijah

lakukan setelah mendegar Nabi Muhammad S.A.W menceritakan

peristiwa di Gua Hira’?

- Murid berbincang dalam kumpulan tentang soalan dan

menyenaraikan jawapan tersebut.

- Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan jawapan yang

dibincangkan sebentar tadi.

- Murid menjawab soalan guru.

Alat bantu mengajar:

-Tayangan video.

Langkah 4:

(10minit)

Page 60: Pbs ikhwan

Iktibar daripada peristiwa di Gua Hira’

Nabi Muhammad tidak terpegaruh dengan masyarakat di

sekelilingnya yang sesat.

Nabi Muhammad gigih beribadah.

Nabi seorang yang berani.

Membaca dan rajin bertanya adalah cara mendapatkan ilmu

Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu.

- Guru menerangkan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa di

Gua Hira’.

- Murid-murid dengar dengan teliti penerangan guru.

- Guru memberi arahan kepada murid untuk mencari maklumat

tambahan tentang peristiwa di Gua Hira’ dan bersedia untuk

menjawab soalan yang diberikan dalam kumpulan masing-masing.

- Murid mendegar arahan daripada guru.

- Setiap kumpulan wakil menghantar seorang wakil untuk berkongsi

maklumat tambahan yang diperolehi.

- Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan iktibar

daripada peristiwa di gua hira’

Alat bantu mengajar:

- Kertas Mahjong

- Buku rujukan

Page 61: Pbs ikhwan

Penutup:

(5minit)

Kesimpulan dan rumusan:

- Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan

membuat rumusan tentang topik yang dipelajari.

- Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari.

- Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari.

- Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di

rumah.

Soalan penilaian:

1) Nyatakan kedudukan Gua Hira’

2) Kenapakah Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Gua Hira’?

3) Apakah nama malaikat yang diutus oleh Allah untuk menyapaikan

wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W?

4) Siapakah pendeta Nasrani yang Khajidah bertemu selepas peristiwa

tersebut?

5) Senaraikan iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa di Gua

Hira’.

Page 62: Pbs ikhwan

1.2.3 Rancangan Pengajaran Harian (Akhlak Tahun 3)

Persediaan sebelum mengajar :

Guru pendidikan islam (GPI) dan guru j-QAF bersama-sama

merancang mengenai tajuk pelajaran yang yang akan diajar.

GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan

BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hendaklah menjediakan persediaan mengajar yang

sama berdasarkan persediaan mengajar mengajar GPI

Mata Pelajaran: Akhlak

Kelas : Tahun 3

Tarikh : 30.9.2013

Masa : 10.20 -11.20

Bilangan Murid: 5 orang murid

Tajuk : Adab Terhadap Al-quran.

1) Kemahiran:

- Memahami dan mengamalkan adab terhadap al-quran.

2)Pengetahuan sedia ada:

- Murid mengetahui dan memahami tentang pentingnya memuliakan

al-quran.

- Murid pernah melakukan adab memuliakan al-quran.

Page 63: Pbs ikhwan

3)Hasil pembelajaran:

- Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

Aras1:Menyatakan hukum memuliakan al-quran.

Aras2:Menyatakan adab memuliakan al-quran.

Aras3:Menyenaraikan faedah beradab terhadap al-quran

4)Kemahiran Berfikir:

- Menyusun atur

- Membuat interens dan kesimpulan

- Membamding beza.

5)Penerapan Nilai:

- Sayangi al-quran dan pelihara adab-adabnya.

- Selalu membaca al-quran.

- Menghormati al-quran dan menghayati kandugannya.

6)Kaedah:

- Penerangan

- Sumbang saran

- Perbincangan

- Simulasi

7)Sumber pengajaran dan pembelajaran:

- LCD

- Lembaran kerja

- Carta

- gambar yang berkaitan

Page 64: Pbs ikhwan

8)Persedian guru j-QAF dan GPI:

- LCD dalam Power Point / gambar.

- Gambar-gambar yang berkaitan dengan adab memuliakan al-quran.

9)Strategi pengajaran dan pembelajaran:

Mukadimah:

(2minit)

Kandungan:

- Memberi salam

- Membaca doa

Aktiviti P&P:

Guru (A)

- Guru masuk kedalam kelas dan memberi salam kepada murid.

- Guru membimbing bacaan doa.

Guru (B)

- Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

- Membantu murid-murid membaca doa dan memperbetulkan adab

ketika membaca doa.

Aktiviti murid:

- Murid menjawab salam guru.

- Murid membaca doa.

Page 65: Pbs ikhwan

Langkah 1:

(5minit)

Kandungan:

Aras 1: Pengertian Al-quran

Aktiviti P&P

Guru (A)

- Guru memberi penerangan mengenai pengertian al-quran.

- Guru memintak murid membaca pengertian al-quran berdasarkan

carta secara kelas ,kumpulan,dan individu.

- Membahagikan lembaran kerja pada semua murid.

Guru (B)

- Guru menampal carta berkaitan pengertian al-quran

- Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan mendapat carta

yang dipamirkan.

- Membantu guru A mengedarkan lembaran kerja dan membuat

penilaian berdasarkan lembaran kerjayang diberikan kepada murid

dan mengklafikasikan murid mengikut aras.

Aktiviti murid:

- Murid melihat carta yang dipamirkan.

- Murid membaca carta secara kelas,kumpulan dan individu.

- Menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Cacatan:

- Carta

Page 66: Pbs ikhwan

- Lembaran kerja

Langkah 2:

(8minit)

Kandungan:

Aras 2: Adab memuliakan al-quran sebelum,semasa dan selepas

membaca al-quran.

- Contoh adab memuliakan al-quran dalam bentuk gambar:

Sebelum membaca al-quran:

- Menggosok gigi

- Berwuduk

- Berkeadaan bersih

- Menuntup aurat

- Membawa dengan sopan

Semasa membaca al-quran:

- Memulakan bacaan dengan membaca ‘ تعوذ ’ dan ‘ بسملة ’

- Membaca dengan bertajwid

- Meletakkan al-quran ditempat yang lebih tinggi daripada

paras kaki.

Selepas membaca al-quran;

- Sudahi dengan bacaan " العظيم صدقالله "

- Membaca doa

- Menyimpan ditempat yang sesuai.

Aktiviti P&P:

Guru (A)

- Guru membahagikan murid kepada kumpulan mengikut aras.

- Guru bersoal jawab mengenai adab-adab memuliakan al-quran.

Page 67: Pbs ikhwan

- Guru mempamerkan adab-adab memuliakan al-quran dalam bentuk

gambar.

- Guru memintak murid megklafikasikan gambar-gambar adab-adab

memuliakan al-quran.

- Guru memintak murid menyebut semula adab-adab memuliakan

al-quran.

- Membuat penilaian murid pada aras 2.

Guru (B)

- Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam

kumpulan mengikut aras.

- Membantu menampal gambar dipapan hitam.

- Membantu murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

- Membantu murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru A.

- Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada

murid dalam melakukan aktiviti secara berkumpulan.

- Bersama guru A dalam membuat penilaian pada aras 2.

Aktiviti murid:

- Murid bergerak kearah kumpulan masing-masing mengikut arahan

guru.

- Murid mendegar penerangan guru dengan teliti.

- Murid berada di kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1.

- Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing untuk

menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru.

- Wakil kumpulan membentang hasil kerja masing-masing.

Cacatan:

- LCD / carta.

- Bahan mawjud.

- Simulasi contoh:Menggosok gigi sebelum membaca al-quran.

- Lembaran kerja.

- Penyediaan alatan: gunting dan gam.

Page 68: Pbs ikhwan

- Guru-guru saling bertukar peranan.Guru B ambil alih peranan guru

A sebagai fasilitator utama dan guru A menjadi pembantu kepada

guru B pada peringkat ini dan seterusnya.

Langkah 3

(5minit)

Kandungan:

- Faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan

al-quran.

Slide show.

Aktiviti P&P:

Guru (A)

- Guru menerangkan tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat

tidak memuliakan al-quran.

- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai faedah memuliakan al-

quran dan akibat tidak memuliakan al-quran.

- Guru memintak murid menyebut semula tentang faedah

memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran

berdasarkan gambar.

Guru (B)

- Guru menampal flash card yang menjelaskan tentang faedah

memuliakan al-quran dan akibat tidak memuliakan al-quran.

- Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia

menjawab soalan.

- Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan

rangsangan interaksi di antara guru dan murid.

Aktiviti murid:

- Murid mendegar penerangan guru.

Page 69: Pbs ikhwan

- Murid memberi tndak balas terhadap soalan guru.

- Murid didalam kumpulan berbincang soalan dengan guru.

Cacatan:

- Power Point tentang faedah memuliakan al-quran dan akibat tidak

memuliakan al-quran.

Penutup:

(5minit)

Penilaian:

Guru (A)

- Guru menasihatkan murid agar melaksanakan adab-adab

memuliakan al-quran didalam kehidupan seharian.

- Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab

lembaran kerja.

Guru (B)

- Bersama guru A mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

- Bersama guru A membimbing dan mengawas murid semasa

menjawab lembaran kerja yang disediakan.

Page 70: Pbs ikhwan

Laporan Reflaksi

Penilaian melalui sistem peperiksaan masih menjadi pengukuran terhadap

pencapaian bagi seseorang pelajar.Sebahagian guru seolah-olah telah ketandusan

jalan penyelesaian apabila saban tahun ada sahaja muridnya tidak mencapai tahap

yang membanggakan atau gagal dalam peperiksaan.Bagi guru yang memiliki

semangat keguruan yang tinggi tidak mudah mengeluh dan berputus asa malah

ianya disusuli dengan refelksi demi refleksi untuk mencari pendekatan yang terbaik

agar berlaku peningkatan prestasi seperti yang tercatat dalam pelunjuran tahunan.

Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam

konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik,

pembimbing, pemudahcara, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola,

penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina

masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan

yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama atau

dikenali insan kamil. Pengalaman yang telah saya tempohi semasa menyiapkan

tugasan yang diberikan pensyarah di Sekolah Kebangsaan yang ditempatkan terlalu

berharga buat saya kerana banyak perkara yang perlu saya tempuhi untuk

menyiapkan tugasan ini di samping aktiviti yang terlalu padat serta tugasan dari

pensyarah lain serata kesukaran untuk mendapatkan buku-buku rujukan malah

kemudahan internit tidak disediakan di sekolah ini.Saya terpaksa keluar ke Bandar

Bintulu dua minggu sekali untuk mencari bahan rujukan dan juga mencari maklumat

dari internet.Kesusahan ini membuat saya lebih menghargai masa yang terluang dan

menjadikan saya lebih berdisiplin dalam menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulannya , kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan

prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan

teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang

peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan

kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat

pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh

Page 71: Pbs ikhwan

pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan

pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa

dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik

dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Kajian tindakan atau soal selidik boleh

dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah

peningkatan prestasi murid.Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah

satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran.Bagi

melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa

kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan.Usaha dan ikhtiar

yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil

daripada kreativiti dan inovasi serta komitmen guru yang tinggi.Kepuasan bagi

seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. Insya’ Allah

dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana

Allah akan mendapat keberkatanNya jua.Terlalu banyak pengalaman yang saya lalui

dan tidak dinafikan lagi melalui pengalaman-pengalaman ini, saya dapat

meningkatkan dan memperkembangan lagi profesion saya sebagai guru Pendidikan

Islam di masa hadapan dan melahirkan insan-insan yang berilmu, beriman dan

bertakwa serta seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berjasa kepada agama

dan negara.

Page 72: Pbs ikhwan

Rujukan

1). http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com –diambil pada

30.8.2013

2). Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah

Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3). Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.