panduan menjawab peperiksaan - jabatan bahasa...

17
PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

Upload: lediep

Post on 07-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

PANDUAN

MENJAWAB

PEPERIKSAAN

Page 2: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

CABARANCABARANCABARANCABARAN

KERTAS 2KERTAS 2KERTAS 2KERTAS 2

Page 3: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

BAHASA MELAYUBAHASA MELAYUBAHASA MELAYUBAHASA MELAYU

KANDUNGAN

1. Kaedah Menjawab Soalan

Kefahaman Bahagian B & C

2. Kaedah Menjawab

Melengkapkan Teks dan

Prosedur Kloz

3. Kaedah Membina Ayat

4. Kaedah Meneka Makna

Perkataan di dalam petikan

5. Langkah Menjawab Kertas 2

Page 4: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

(1) Kaedah menjawab soalanKaedah menjawab soalanKaedah menjawab soalanKaedah menjawab soalan----soalansoalansoalansoalan

KEFAHAMAN (Bahagian B) dan (Bahagian C)

A. KEFAHAMAN (Bahagian B – Kefahaman dengan 4 jawapan)

1. Kaedah MEMBACA Petikan.

1. Cari Ayat Topik (memberi isi utama dalam perenggan).

Gunakan Highlighter untuk menandakan Ayat Topik dan/atau perkataan-

perkataan utama.

2. Kalau boleh dan masa mengizinkan, tulis nota dengan menggunakan

perkataan kamu sendiri di sebelah perenggan tertentu, yang dapat

membantu kamu lebih memahami dan mengingati isi kandungan setiap

perenggan.

2. Kaedah MENCARI Jawapan.

1. Baca soalan-soalan. Lazimnya, soalan-soalan diatur mengikut urutan

perenggan iaitu jawapan bagi soalan satu biasanya ada di perenggan

pertama atau awal perenggan kedua.

2. Perhatikan perkataan-perkataan yang ada di dalam soalan.

- Perkataan-perkataan manakah yang penting di dalam soalan?

- Boleh kamu cari perkataan-perkataan itu di dalam petikan?

Kalau boleh, jawapannya berada BERDEKATAN atau DI

SEKELILING perkataan-perkataan yang kamu jumpa di

dalam petikan itu.

- Jika kamu tidak menjumpai perkataan-perkataan yang sama di

dalam petikan, cari perkataan-perkataan yang sama atau

hampir sama MAKNAnya (kata-kata seerti/seiras) dengan

perkataan-perkataan di dalam soalan. Jawapannya berada

BERDEKATAN atau DI SEKELILINGnya.

Page 5: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

3. Kaedah MEMILIH Jawapan.

1. Lihat keempat-empat jawapan yang diberikan.

Baca kesemua jawapan yang diberikan SEBELUM kamu memilih

jawapan mana yang pada kamu ialah jawapan yang paling tepat.

2. Jawapan mana yang JELAS SALAH? Jawapan A, B, C atau D?

Pangkah HURUF pada jawapan yang jelas salah atau pangkah

seluruh jawapan yang jelas salah itu. Setelah memangkah kesemua

jawapan yang jelas salah, teruskan dengan langkah seterusnya.

3. Lihat jawapan yang tinggal setelah kamu memangkah kesemua jawapan

yang jelas salah. Pilih jawapan mana yang tepat. Semasa memilih, kamu

perlu memikirkan soalan berikut :

- Jawapan mana yang membuat jawapan lain tidak boleh diterima

sebagai jawapan yang tepat?

4. Kalau keempat-empat jawapan seperti boleh diterima, pilih satu jawapan

yang dapat MERANGKUMKAN tiga jawapan lain yang diberikan.

B. KEFAHAMAN (Bahagian C – Kefahaman tiada jawapan)

1. Kaedah MEMBACA Petikan.

1. Baca petikan untuk memahami jalan cerita, maksud, mesej dan

maklumat yang ingin disampaikan oleh pengarang petikan.

2. Kaedah MENCARI Jawapan.

1. Ikut kaedah bagi Kefahaman (Bahagian B).

2. Cari MAKSUD yang TERSURAT dan TERSIRAT di dalam

petikan.

TERSURAT – kata-kata di dalam petikan yang JELAS menunjukkan

maksud, mesej dan maklumat yang hendak disampaikan oleh pengarang

petikan.

TERSIRAT – kata-kata di dalam petikan yang TIDAK JELAS

menunjukkan maksud, mesej dan maklumat yang hendak disampaikan;

maksud, mesej dan maklumat tersembunyi yang perlu ditafsir atau

diteka oleh pelajar.

3. Kaedah MENULIS Jawapan.

Page 6: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

1. Lazimnya, soalan-soalan diatur mengikut urutan perenggan iaitu jawapan

bagi soalan satu biasanya ada di perenggan pertama atau awal perenggan

kedua.

2. Berikan apa yang dikehendaki oleh soalan berdasarkan perkataan-

perkataan di dalam soalan seperti :

i. ‘Mengapakah...’ – berikan sebab-sebab.

ii. ‘Apakah...’ – berikan jenis isi yang diminta oleh soalan.

iii. ‘Senaraikan...’ – berikan jenis isi yang diminta oleh soalan.

iv. ‘Pada pendapat kamu...’ – berikan pendapat kamu sendiri.

v. ‘bukti...’ - berikan jumlah bukti yang dikehendaki.

vi. Sebarang perkataan lain yang penting seperti

- ‘Wajarkah...’

- ‘Sejauh mana...’

- ‘menggambarkan...’

- ‘yang menyumbang kepada...’

- ‘mungkin...’

3. Berikan jawapan yang layak diberikan markah yang ditetapkan bagi setiap

soalan. Bahagian C mengandungi 6 soalan dan markah penuh 30 markah.

Maka, markah penuh bagi setiap soalan ialah 5 markah.

5 markah – 2 isi perlu diberikan dan 2½ markah bagi setiap isi yang

tepat.

Tip : Jawapan yang terlalu pendek berkemungkinan besar tidak

mengandungi isi yang mencukupi.

4. Seupaya kamu, gunakan perkataan-perkataan kamu sendiri di

dalam jawapan.

Page 7: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

(2) Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz(2) Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz(2) Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz(2) Kaedah Menjawab Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz

Sila klik pada rangkaian ini untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah tersebut

F:\Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah Menjawab Prosedur Kloz.ppt

Page 8: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

(3) (3) (3) (3) KAEDAH KAEDAH KAEDAH KAEDAH MEMBINA AYATMEMBINA AYATMEMBINA AYATMEMBINA AYAT

Tujuan pelajar diminta Membina Ayat adalah untuk menguji pengetahuan pelajar tentang :

- MAKNA atau MAKSUD perkataan-perkataan/frasa-frasa; dan

- PENGGUNAANNYA

di dalam sepotong ayat di dalam Bahasa Melayu.

Oleh itu, arahan di bahagian Membina Ayat di dalam kertas peperiksaan meminta pelajar

menunjukkan MAKNA perkataan yang diberikan di dalam ayat yang dibina seperti berikut

:

Arahan : Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan yang

diberi. Ayat kamu haruslah menunjukkan makna/frasa perkataan tersebut.

______________________________________________________________________________

KAEDAH MEMBINA AYAT

NOTA RINGKAS

1. Jangan menambahkan atau mengurangkan apa-apa pada perkataan/frasa yang

diberikan. Contohnya, tidak boleh memberi imbuhan kepada perkataan.

2. Bolehkah perkataan yang diberikan dijadikan KATA KOLOKASI untuk

memudahkan pembinaan ayat?

3. Gunakan NAMA-NAMA BIASA seperti Ali, Ahmad, dan KATA GANTI NAMA

DIRI seperti saya, dia, kita.

4. Gunakan KEADAAN (KONTEKS) KEHIDUPAN YANG DIKENALI OLEH

PELAJAR, seperti zaman remaja, zaman persekolahan.

5. Gunakan CONTOH yang KUKUH dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersalahkan.

6. Gunakan KATA BERLAWAN bagi perkataan yang diberikan (jika ada).

7. Ayat mengandungi MESEJ/MAKLUMAT yang MASUK AKAL.

8. Ayat TIDAK TERLALU PENDEK ATAU PANJANG.

9. Ayat dapat MENJAWAB SOALAN-SOALAN berikut :

Siapa...? Apa...? Mengapa...? Bagaimana...? Bila...? Di mana...?

Page 9: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

10. Ayat yang lengkap dan dapat menunjukkan makna/maksud perkataan/frasa yang

diberikan biasanya terbahagi kepada 3 bahagian – Bahagian Awal Ayat, Bahagian

Pertengahan Ayat dan Bahagian Akhir Ayat.

11. Ayat bersifat POSITIF.

12. Jangan menggunakan sebarang perkataan di dalam ayat jika pelajar tidak benar-

benar faham makna dan penggunaan perkataan itu.

13. Jangan menyempitkan makna perkataan yang diberikan. Contohnya, jika sesuatu itu

boleh berlaku di seluruh dunia, tidak boleh disempitkan makna perkataan itu dengan

mengatakan ia berlaku di Singapura sahaja.

14. Setelah selesai membaca ayat yang dibina, tidak seharusnya timbul TANDA TANYA

di fikiran pembaca akan mesej/maklumat yang ingin disampaikan oleh pelajar.

Bermakna ayat yang dibina MESTI dapat menerangkan makna perkataan

DENGAN JELAS.

1

KAEDAH-KAEDAH MEMBINA AYAT

PENERANGAN LANJUT

1. Tidak boleh menambahkan atau mengurangkan apa-apa pada perkataan/frasa

yang diberikan. Contohnya, tidak boleh memberi imbuhan kepada perkataan/frasa dan

tidak boleh mengubah atau menggugurkan sebarang perkataan yang diberikan.

2. Bolehkah perkataan yang diberikan dijadikan Kata Kolokasi untuk memudahkan

pembinaan ayat?

perbalahan ���� Kata Kolokasi - mencetuskan perbalahan

mengutarakan ���� Kata Kolokasi - mengutarakan/mengemukakan pendapat

3. Gunakan NAMA-NAMA BIASA seperti Ali, Ahmad dan KATA GANTI NAMA

DIRI seperti saya, dia, kita.

4. Gunakan KEADAAN (KONTEKS) KEHIDUPAN YANG DIKENALI OLEH

PELAJAR, seperti zaman remaja, zaman persekolahan.

Page 10: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

5. Gunakan CONTOH yang KUKUH yang tidak boleh dipertikaikan atau

dipersalahkan.

6. Gunakan KATA BERLAWAN bagi perkataan yang diberikan (jika ada).

Contoh kata yang diberikan : jalan penyelesaian lawan

Contoh ayat :

Jika kita mempunyai masalah, kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaian

baginya, bukan melarikan diri dari masalah itu.

7. Ayat mengandungi MESEJ/MAKLUMAT yang MASUK AKAL.

8. Ayat TIDAK TERLALU PENDEK ATAU PANJANG.

Ayat yang terlalu pendek kemungkinan besar tidak dapat menunjukkan makna

perkataan yang diberikan.

Ayat yang terlalu panjang pula dibimbangkan akan mengandungi lebih banyak kesalahan

bahasa. Lagipula, ayat yang terlalu panjang boleh membuat pembaca keliru, kurang

faham atau berasa bosan membacanya, yang boleh menyebabkan pelajar kehilangan

markah.

9. Ayat DAPAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN berikut :

Siapa...? Apa...? Mengapa...? Bagaimana...? Bila...? Di mana...?

Contohnya :

10. Lazimnya, ayat yang lengkap dan dapat menunjukkan makna/maksud perkataan

yang diberikan terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Bahagian Awal Ayat :

Biasanya dimasukkan perkataan yang diberikan tetapi tidak menunjukkan

makna/maksud perkataan yang diberikan.

2. Bahagian Pertengahan Ayat :

Menghubungkan kedua-dua bahagian awal dan akhir ayat, biasanya dengan Kata

Hubung seperti ‘kerana’ atau Kata Sendi Nama seperti ‘agar’.

Page 11: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

3. Bahagian Akhir Ayat :

Menunjukkan makna/maksud perkataan yang diberikan.

Contoh perkataan : terkemuka

Contoh ayat :

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah lapangan terbang yang terkemuka di

dunia kerana telah dianugerahkan Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia

selama sepuluh tahun berturut-turut.

11. Ayat bersifat POSITIF.

12. Jangan menggunakan sebarang perkataan di dalam ayat jika pelajar tidak benar-

benar faham makna dan penggunaan perkataan itu.

13. Jangan menyempitkan makna perkataan yang diberikan. Contohnya, jika sesuatu itu

boleh berlaku di seluruh dunia, tidak boleh disempitkan makna perkataan itu dengan

mengatakan ia berlaku di Singapura sahaja.

14. Setelah selesai membaca ayat yang dibina, tidak timbul TANDA TANYA di fikiran

pembaca akan mesej/maklumat yang ingin disampaikan oleh pelajar. Bermakna

ayat yang dibina MESTI dapat menerangkan makna perkataan DENGAN JELAS.

Contoh TANDA TANYA yang tidak patut timbul di fikiran pembaca :

1. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pelajar ini?

2. Apakah maksud pelajar?

3. Mengapakah pelajar menulis begini?

Page 12: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

Kertas Bahasa Melayu (Kertas 2)

Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kamus.

Soalan :

Bagaimana untuk memahami makna perkataan-perkataan di dalam

petikan-petikan Kefahaman, Melengkapkan Teks dan Prosedur Kloz?

(4)(4)(4)(4) Kaedah MEMAHAMI makna/maksud perkataanKaedah MEMAHAMI makna/maksud perkataanKaedah MEMAHAMI makna/maksud perkataanKaedah MEMAHAMI makna/maksud perkataan----

perkataan di dalam petikanperkataan di dalam petikanperkataan di dalam petikanperkataan di dalam petikan----petikan.petikan.petikan.petikan.

MENEKA makna/maksud perkataan-perkataan di dalam petikan

1. Penanda (clue) yang ada pada perkataan-perkataan :

i. di dalam AYAT yang mengandungi perkataan tersebut ATAU

ii. di dalam AYAT-AYAT SEBELUMNYA atau SELEPASNYA ATAU

iii. di dalam PERENGGAN yang sama ATAU

iv. di dalam PERENGGAN-PERENGGAN SEBELUMNYA atau SELEPASNYA.

2. Makna/maksud bagi perkataan-perkataan mungkin : - TERSURAT

- KATA-KATA atau FRASA-FRASA yang SEERTI/SEIRAS.

Page 13: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

- TERSIRAT

- kata-kata atau frasa-frasa yang terdapat di dalam petikan yang mungkin mengandungi makna/maksud bagi perkataan-perkataan tetapi TIDAK JELAS KELIHATAN.

- sering kali KATA-KATA ADJEKTIF/SIFAT yang digunakan untuk tujuan ini.

Page 14: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

(5)(5)(5)(5) Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2 Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2 Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2 Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2

1. Bahagian C (Kefahaman tiada jawapan)

2. Soalan A1 (Melengkapkan Teks)

3. Soalan A4 (Prosedur Kloz)

4. Soalan A2 (Peribahasa)

5. Bahagian B (Kefahaman dengan 4 jawapan)

6. Soalan A3 (Bina Ayat)

MENGAPA?

Sebelum masuk ke dewan atau bilik peperiksaan, apakah perasaan para pelajar? Takut, bimbang, gemuruh, gementar, fikiran berkecamuk, seram sejuk. Kesemua perasaan itu lazimnya menyelubungi diri pelajar sebelum pelajar masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan, semasa menunggu kertas peperiksaan dibahagikan dan mungkin juga sebaik sahaja kertas peperiksaan sudah berada di tangan pelajar.

************************

Dapatkah pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik jika pelajar diselubungi perasaan-perasaan itu? Sudah tentu tidak kerana hanya perasaan yang tenang yang dapat menolong pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik.

************************

Oleh itu, perlu difikirkan soalan berikut :

Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk mengawal perasaan-perasaan negatif itu agar dapat menjawab soalan-soalan dengan baik?

Page 15: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

Jawapan : Lakukan apa yang dapat MENENANGKAN perasaan dan fikiran pelajar sebelum pelajar mula menjawab soalan-soalan.

Langkah yang lebih baik untuk menjawab Kertas 2

Penjelasan 1. BAHAGIAN C (Kefahaman tiada jawapan)

a. BENTUK PETIKAN - CERITA

- Petikan kefahaman di dalam bahagian ini berbentuk CERITA. - Perlu MEMBACA petikan sebelum menjawab soalan-soalan. - MEMBACA dapat MENENANGKAN fikiran dan perasaan pelajar.

(tidak perlu terus menjawab soalan, hanya membaca)

(membaca CERITA = mula tenang)

- Petikan yang dibaca berbentuk CERITA – lebih mudah difahami. (membaca CERITA = mula tenang = mudah fahami petikan) (mudah fahami petikan = mudah menjawab soalan-soalan) (mudah menjawab soalan = menjawab soalan dengan baik) b. MARKAH PENUH PALING BANYAK - Markah penuh di dalam bahagian ini – 30 markah.

- 6 soalan = 30 markah (1 soalan = 5 markah)

Page 16: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

- Perhatian yang lebih sepatutnya diberikan kepada bahagian yang

paling banyak markah = peluang lebih untuk mendapat markah lebih.

c. KAEDAH MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN (BAHAGIAN C) - Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Soalan Kefahaman (Bahagian C). (ada bantuan)

2. SOALAN A1 (Melengkapkan Teks)

- Jawapan diberikan – pilih 1 daripada 4.

- Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Prosedur Kloz. (ada bantuan)

- Markah penuh – 10 markah. 3. SOALAN A4 (Prosedur Kloz)

- Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Prosedur Kloz. (ada bantuan)

- Markah penuh – 10 markah. 4. SOALAN A2 (Peribahasa)

- Senarai Peribahasa diberikan – dapat memilih.

- Markah penuh – hanya 5 markah. 5. BAHAGIAN B (Kefahaman dengan 4 jawapan) a. BENTUK PETIKAN - FAKTA

- Fakta lebih sukar difahami - lebih berat, mencabar.

- Walaupun boleh memilih daripada 4 jawapan yang diberikan tetapi jawapan-jawapan yang diberikan boleh MENGELIRUKAN.

b. MARKAH PENUH - 10 markah

- Markah penuh sama dengan Soalan A1 dan A4.

Page 17: PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN - Jabatan Bahasa Melayubraddellwestlake.tripod.com/others/PANDUAN_MENJAWAB_PEPERIK… · BAHASA MELAYU KANDUNGAN 1. ... \Panduan Menjawab Peperiksaan\Kaedah

c. KAEDAH MENJAWAB KEFAHAMAN BAHAGIAN B

- Boleh menggunakan Kaedah Menjawab Soalan Kefahaman Bahagian B. (ada bantuan) 6. SOALAN A3 (Bina Ayat)

- Tiada bantuan untuk memahami makna/maksud perkataan/frasa yang diberikan.

(tidak faham/tahu makna/maksud perkataan/frasa - bagaimana membina ayat?)

- Setelah membaca petikan dan menjawab soalan-soalan di bahagian lain

di Kertas 2 = mungkin mendapat idea bagaimana untuk membina ayat? - Boleh gunakan Kaedah Membina Ayat. (ada bantuan)