panduan j-qaf pendidikan khas

9
PANDUAN PELAKSANAAN j-QAF PENDIDIKAN KHAS 1. PENDAHULUAN Program j-QAF adalah berasaskan kepada idea YAB Datuk Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. 2. KONSEP PROGRAM J-QAF Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. 3. KONSEP PROGRAM J-QAF DI PENDIDIKAN KHAS 1

Upload: realalong

Post on 28-Nov-2015

168 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

PANDUAN PELAKSANAAN j-QAF PENDIDIKAN KHAS

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF adalah berasaskan kepada idea YAB Datuk Seri Abdullah b Hj

Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara

khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 30

Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian

Pelajaran melalui seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF

telah dilaksanakan secara dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir

pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini

dilaksanakan mulai tahun 2005.

2. KONSEP PROGRAM J-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI)

melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan

Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan

program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang

tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan

penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu

sedia ada.

3. KONSEP PROGRAM J-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF di Pendidikan Khas adalah adalah suatu usaha

memperkasakan Pendidikan Islam (PI) di Pendidikan Khas untuk murid-murid

berkeperluan Khas bermasalah pembelajaran. Melalui program ini penekanan

khusus dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan Modul

Kaedah Iqra’ dan Pengajaran dan Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan

Modul Amali Solat yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah.

Modul-modul ini telah di ubahsuai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan

murid berkeperluan khas. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk

pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan

1

Page 2: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada dan

penambahan waktu di kelas Pendidikan Islam di Pendidikan Khas.

4. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada murid

Islam di Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah akan dapat :

i. Membaca ayat-ayat pendek berpandukan buku Iqra’.

ii. Menguasai bacaan buku Iqra’ 1 – 6 setelah tamat sekolah rendah.

iii. Mengetahui dan melakukan perbuatan berwuduk.

iv. Menyebut dan membaca bacaan dalam solat.

v. Mengetahui dan melakukan perlakuan dalam solat.

5. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF.

5.1 Kepentingan Bacaan Ayat-ayat al-Quran

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian daripada sukatan Pendidikan

Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Bagi murid

berkeperluan Khas aspek kemahiran membaca al-Quran perlu diberi

pendedahan yang maksimum. Ini kerana mereka juga mampu

menguasai bacaan al-Quran dengan baik sekiranya diberi pengajaran

yang secukupnya. Penguasaan kemahiran membaca ayat-ayat al-

Quran ini diajar melalui penggunaan Modul Kaedah Iqra’ yang telah

diubahsuai mengikut tahap penguasaan murid berkeperluan khas

masalah pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran kaedah ini

menumpukan kepada pembacaan buku Iqra’ 1 hingga buku Iqra’ 6

untuk murid sekolah rendah. Oleh itu, Pendidikan Islam di Pendidikan

Khas lebih menekankan aspek penguasaan kemahiran membaca ayat-

ayat al-Quran dikalangan murid bermasalah ini.

5.2 Kepentingan Fardhu Ain.

Aspek Fardhu Ain yang diberi penekanan terhadap murid berkeperluan

khas masalah pembelajaran adalah pengajaran Modul Amali Solat.

2

Page 3: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

Pengajaran dan Pembelajaran modul ini dilaksanakan di dalam bilik

darjah dan secara amali (praktikal) di luar bilik darjah bagi memastikan

murid dapat menguasai kemahiran berwuduk dan solat. Proses

pengajaran dan pembelajaran modul ini melibatkan aktiviti teori dan

amali di luar bilik darjah.

6. MODUL-MODUL PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

6.1 Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’.

- Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’

- Model Tasmik

6.2 Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.

- Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.

(teori dan amali)

7. MODEL-MODEL j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

7.1 Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’

Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ di perjelaskan

dalam buku Panduan Kaedah Iqra’. Ia akan diajar oleh guru j-QAF

dalam waktu Pendidikan Islam dengan menggunakan Modul

Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’.

7.2 Model Tasmik

Model Tasmik dilaksanakan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Kaedah Iqra’. Guru tasmik terdiri dari guru j-QAF dan guru yang

mengajar Pendidikan Islam Pendidikan Khas.

7.3 Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat

Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat diperjelaskan

dalam buku Panduan Amali Solat. Ia diajar oleh guru j-QAF dan Guru

3

Page 4: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

Pendidikan Islam Pendidikan Khas dalam waktu Pendidikan Islam

menggunakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat. Murid

akan diberi pengajaran secara teori melalui proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah dan secara amali (praktikal) di luar

bilik darjah. Semua kelas yang dipilih untuk mengikuti kelas j-QAF

dikehendaki menggunakan modul ini.

8. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF di Pendidikan Khas terdapat dalam dua kategori sekolah:

a. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran,

Penglihatan dan Pendengaran.

b. Sekolah Pendidikan Khas (SKPK)

8.1 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Program Pendidikan Khas Integrasi telah dilaksanakan secara berperingkat

mulai 2008. Setakat ini 600 buah sekolah PPKI telah ditempatkan guru-guru

j-QAF yang ter latih bagi murid-murid bermaslaah Pembelajaran,

Penglihatan dan Pendengaran.

8.2 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)

Sebanyak 11 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) telah

melaksanakan Program j-QAF. Dijangkakan pada tahun 2014 semua

SKPK akan melaksanakan Program j-QAF.

9. PENJADUALAN

9.1 Kelas Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Kaedah Iqra’

dilaksanakan dalam waktu Pengajaran Pendidikan Islam di Pendidikan

Khas. Pengajaran kaedah ini dilaksanakan sepanjang tahun dengan

peruntukan waktu 4 kali seminggu, 3 waktu untuk P&P Kaedah Iqra’ dan

1 waktu untuk tasmik.

4

Page 5: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

9.2 Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat dilaksanakan dalam

waktu Pengajaran Pendidikan Islam di Pendidikan Khas. Pengajaran

kaedah ini dilaksanakan sepanjang tahun dengan peruntukan waktu 2

kali seminggu.

9.3 Kelas Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid-murid bermasalah

penglihatan dan pendengaran jadual mengikut aliran perdana yang

diubahsuai mengikut kategori murid.

10. PENGAMBILAN GURU

Urusan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF Pendidikan Khas dilaksanakan

oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Guru

j-QAF di aliran perdana. Guru-guru j-QAF Pendidikan Khas diberi pendedahan

dan latihan berkaitan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Penglihatan

dan Pendengaran di Institut Perguruan tertentu.

11. PENEMPATAN GURU j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Urusan penempatan guru-guru j-QAF Pendidikan Khas adalah di bawah

tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dengan kerjasama

Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian

Pelajaran Malaysia.

12. AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Kem Bestari Solat Kebangsaan.

2. Majlis Khatam al-Quran Kebangsaan.

13. BAHAN DAN KEMUDAHAN

Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah Buku Panduan

Dasar, Buku Panduan Kaedah Iqra’, Buku Panduan Amali Solat, Modul

Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ dan Modul Pengajaran,

Pembelajaran Amali Solat, Buku Iqra’, dan Al-Quran Elektronik.

5

Page 6: PANDUAN J-QAF Pendidikan Khas

14. PENTAKSIRAN

Pentaksiran berasaskan sekolah wajar dilaksanakan kepada program j-QAF

Pendidikan Khas. Pihak sekolah menyediakan sijil yang akan diselaraskan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

15. PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai j-QAF dan Pegawai Pendidikan Khas peringkat pusat, Negeri dan

daerah akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi

bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan

pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi

mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil

tindakan sewajarnya.

16. PENUTUP

Adalah menjadi harapan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) agar para

pendukung j-QAF memahami hasrat program ini dan mematuhi garis panduan

yang ditetapkan oleh pihak BPKhas. Program j-QAF Pendidikan Khas boleh

berfungsi sebagai tonggak baru dalam mempertingkat dan memperkasakan

penguasaan Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bagi membina jatidiri

insan mukmin murid berkeperluan khas agar menjadi eset penting negara dan

bukan lagi menjadi bebanan masyarakat.

6