p kuliah 4

7
Kuliah 4 Mengukur kematian Mortaliti merujuk kepada kematian yang berlaku dalam populasi (pengurangan populasi) Kekerapan kematian boleh menjelaskan banyak perkara mengenai taraf hidup, status kesihatan sesebuah populasi dan kecukupan kemudahan kesihatan. Kadar kematian mempunyai tiga elemen asas iaitu: 1. Kumpulan populasi yang terdedah kepada risiko kematian (denominator) 2. Bilangan kematian yang berlaku dalam kumpulan populasi tersebut (numerator) 3. Masa yang khusus. 4.1 Kadar kematian kasar (CDR) Kadar kematian kasar ialah bilangan kematian bagi setiap 1000 orang penduduk pada tahun tertentu.

Upload: peningla

Post on 03-Jul-2015

65 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 4

Kuliah 4 Mengukur kematian

Mortaliti merujuk kepada kematian yang

berlaku dalam populasi (pengurangan

populasi)

Kekerapan kematian boleh menjelaskan

banyak perkara mengenai taraf hidup, status

kesihatan sesebuah populasi dan kecukupan

kemudahan kesihatan.

Kadar kematian mempunyai tiga elemen

asas iaitu:

1. Kumpulan populasi yang terdedah

kepada risiko kematian (denominator)

2. Bilangan kematian yang berlaku dalam

kumpulan populasi tersebut

(numerator)

3. Masa yang khusus.

4.1 Kadar kematian kasar (CDR)

Kadar kematian kasar ialah bilangan

kematian bagi setiap 1000 orang penduduk

pada tahun tertentu.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 2: P kuliah 4

Formula CDR = (Jumlah kematian dalam

setahun / Jumlah populasi pertengahan

tahun) x 1000

Ukuran CDR bukan merupakan petunjuk

status kesihatan yang sensitif. Ia

dipengaruhi oleh kumpulan umur tertentu

dalam sesuatu populasi.

CRD berbeza mengikut kawasan di dunia.

Data PRB tahun 2003 mencatatkan bahawa:

Dunia - 9 kematian bagi 1000 penduduk

Negara maju - 10 kematian bagi setiap 1000

orang

Negara sedang membangun – 8 kematian

bagi setiap 1000 orang

Afrika – 14 kematian bagi setiap 1000 orang

4.2 Kadar kematian umur tertentu

Kadar kematian juga boleh dikira mengikut

kumpulan umur tertentu. Tujuan pengiraan

dilakukan adalah untuk membandingkan

kematian pada peringkat umut yang

berbeza.

Page 3: P kuliah 4

Sebagai contoh bayi (infant) – umur kurang

dari 1 tahun, kanak-kanak umur 1-4 tahun,

kanak-kanak krang dari umur 5 tahun dll.

ASMR = (Bilangan kematian umur tertentu

/ Jumlah populasi pertengahan tahun umur

yang sama) X 1000

Kadar kematian bayi (IMR)

IMR ialah bilangan kematian bayi umur

kurang dari setahun (0 – 11 bulan) bagi

setiap 1000 kelahiran pada tahun tertentu.

Bayi (kanak-kanak berumur kurang dari

satu tahun) mempunyai risiko kematian

paling tinggi berbanding dengan kumpulan

umur yang lain.

IMR = (Bilangan kematian bayi dalam

setahun / Jumlah kelahiran pada tahun

tersebut) X 1000

Kadar kematian bayi dianggap sebagai

penting kerana ia merupakan petunjuk

sensitif terhadap status kesihatan sesebuah

masyarakat. Ia memberikan gambaran

keadaan sosioekonomi populasi termasuklah

user
Highlight
user
Highlight
Page 4: P kuliah 4

taraf pendidikan, kebersihan persekitaran,

bekalan air yang selamat dan mencukupi,

pengwalan penyakit berjangkit dan

penyediaan kemudahan kesihatan.

Faktor-faktor ini memberi kesan yang besar

terhadap kanak-kanak berumur kurang dari

1 tahun. Oleh itu IMR berbeza mengikut

kawasan di dunia. Perangkaan tahun 2003.

Dunia 55 kematian per 1000

Negara maju 7 kematian per 1000

Negara membangun 61 kematian per 1000

Afrika 88 kematian per 1000

Ethiopoia 97 kematian per 1000

Kadar kematian kanak-kanak (CMR)

Mengukur kematian kanak-kanak berumur

1 – 4 tahun bagi setiap 1000 orang kanak-

kanak dalam kumpulan umur yang sama. Ia

merupakan petunjuk yang sensitif terhadap

taraf kesihatan masyarakat.

CMR = (Jumlah kematian kanak-kanak 1-4

tahun dalam tempoh setahun / Jumlah

kanak-kanak umur 1-4 tahun) x 1000

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 5: P kuliah 4

Kadar kematian bawah umur 5 tahun

Merupakan kematian kanak-kanak kurang

dari umur 5 tahun dalam tahun tertentu (0-

4 tahun) bagi setiap 1000 orang kanak-

kanak dalam kategori umur yang sama.

<5MR = (Bilangan kematian kanak-kanak

<5 tahun dalam tahun tertentu / Jumlah

kanak-kanak berumur <5 tahun) x 1000

Kadar kematian neonatal

Tempoh masa neonatal ialah umur bayi

pada bulan pertama. Kadar kematian

neonatal ialah kadar kematian bayi berumur

kurang dari satu bulan (4 minggu) bagi

setiap 1000 kelahiran hidup.

NNMR = (Bilangan kematian bayi kurang 1

bulan dalam tahun tertentu / Jumlah

kelahiran hidup tahun yang sama) x 1000

Memberikan gambaran kematian

disebabkan oleh faktor kematian semasa

kehamilan, kecederaan semasa kelahiran dan

jangkitan kuman.

user
Highlight
Page 6: P kuliah 4

Kadar kematian Post-neonatal

Post neonatal merujuk kepada tempoh masa

umur bayi antara 1 bulan hingga 1 tahun.

Kadar kematian post neonatal ialah

kematian bayi dari umur 1 bulan sehingga

satu tahun (umur bayi 1-11 bulan) bagi

setiap 1000 kelahiran hidup.

PNNMR = (Bilangan kematian bayi umur 1

bulan hingga 1 tahun dalam tahun tertentu

/ Jumlah kelahiran hidup bagi tahun yang

sama) x 1000

Menjadi petunjuk kepada faktor-faktor

seperti kebersihan persekitaran, jangkitan

penyakit, masalah nutrisi dan penjagaan

kanak-kanak

Maternal Mortality Rate (MMR)

MMR ialah bilangan kematian wanita

berkaitan dengan kehamilan, kelahiran bayi

dan komplikasi selepas kelahiran bagi setiap

1000 kelahiran hidup. Biasa juga digunakan

pemalar 100 ribu.

user
Highlight
Page 7: P kuliah 4

MMR = (Bilangan kematian wanita

disebabkan kehamilan, kelahiran dan

komplikasi dalam tempoh setahun / Jumlah

kelahiran bagi tahun yang sama) x 100000

MMR di Ethiopia lebih daripada 850

kematian bagi setiap 100000 kelahiran

hidup. Merupakan antara yang tertinggi

didunia.

Kadar kematian jantina tertentu (SSDR)

SSDR ialah bilangan kematian di kalangan

kumpulan jantina tertentu (lelaki atau

perempuan) bagi setiap 1000 penduduk

dalam kumpulan gender yang sama. Ia

digunakan untuk mengetahui jantina

manakah yang mempunyai risiko kematian

berbanding kumpulan jantina yang lain.

SSDR untuk lelaki = (Bilangan kematian

dikalangan lelaki / Jumlah jantina lelaki) x

1000