open universiti malaysia human resources...

10
Open universiti malaysia BBDH4103 HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT MAY 2012 NAMA NORSINI LAPUMDAGAR NO MATRIK 790226125404001 NO IC 790226-12-5404 NO TELEFON 017-8991979 E-MAIL [email protected]

Upload: vomien

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

Open universiti malaysia

BBDH4103

HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT

MAY 2012

NAMA

NORSINI LAPUMDAGAR

NO MATRIK

790226125404001

NO IC

790226-12-5404

NO TELEFON

017-8991979

E-MAIL

[email protected]

Page 2: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

Model Proses Pembangunan Program Latihan

Model ini diambil dari sumber rujukan Noe. R. A. (2002) yang mana ia menujukan atau

menerangkan bagaimana proses untuk membangunkan program latihan dalam sesuatu

organisasi yang bekesan bagi organisasi itu mencapai kesempurnaan dalam pembeajaran bagi

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Ia menjelaskan bagaiman ia bermula dari

peringkat Analisis Keperluan → Kesediaan Pekerja → Persekitaran Pembelajaran →

Pemidahan Latihan → Perancangan Penilaian → Kaedah Latihan → Penilaian dan

Pemantauan sebagai peringkat terakhir. Ianya cukup ringkas dan berkesan untuk sesbuah

Page 3: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

organisasi. Berikut saya huraikan dengan lebih terperinci dan gambarkan di mana ia

diaplikasikan di dalam organisasi saya bekerja.

Analisis Keperluan

Langkah pertama ialah analisis organisasi, tugas dan individu untuk menentukan

keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana setiap organisasi

bersaing untuk mencapai visi dan misi masing-masing. Begitu juga Maybank Berhad

(Malayan Banking Berhad) di mana tempat saya bekerja, yang mana Visi organisasi ini

adalah untuk menjadi Institusi Kewangan Nombor Satu di Asia. Oleh yang demikian apa

yang diperlukan untuk mencapai Visi tersebut, organisasi ini telah membuat analisis

terhadapa tugas-tugas ataupun peranan-peranan yang perlu wujud dalam organisasi ini untuk

memastikan visi itu tercapai.Kemudian organisasi ini mengambil pekerja yang berdedikasi

dan mempunyai tahap integriti yang tinggi untuk mendokong memikul tugas-tugas ataupun

perananan-peranan bagi mencapai Visi organisasi tersebut.

Dalam era persaingan sihat pada masa kini, Maybank Berhad mencipta satu Visi bagi

memastikan agar Maybank Berhad mendahului institusi-institusi kewangan lain yang ada di

Asia. Setiap organisasi ataupun institusi kewangan yang wujud di Asia mempunyai Visi

masing-masing yang ingin dicapai untuk membuktikan dan memastikan bahawa ia adala

institusi kewangan yang terbaik dan menjadi pilihan utama kepada para pelanggan. Oleh

yang demikian, analisis tugas-tugas ataupun peranan-peranan yang perlu wujud dalam

Maybank Berhad contohnya perlulah menjadikan Visi sebagai garis panduan.

Dalam mewujudkan tugas-tugas mahupun peranan-peranan dalam Maybank Berhad

perlulah berasaskan Visi organisasi tersebut ataupun dengan menjadikan Visi tersebut sebagai

garis panduan. Oleh yang ddemikian saya berikan beberapa contoh bahagian-bahagian yang

diwujudkan dalam Maybank yang mana setiap bahagian itu mempunyai tugas-tugas dan

peranan-peranan tertentu yang perlu dimainkan agar mencapai Visi organisasi tersebut. Salah

satu bahagian yang wujud dalam Maybank Berhad ialah Perkhidmatan Pelanggan yang mana

bahagian ini merupakan bahagian di mana pelanggan akan dipastikan mendapat perkhdmatan

yang terbaik oleh organisasi tersebut bagi memastikan pelanggan mancapai satu titik

kepuasan yang akan mnyebabkan para pelanggan tidak akan berpindah ke institusi kewangan

Page 4: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

yang lain. Dan titik kepuasan ini hanya akan dicapai sekiranya para pekerja mempunyai

kriteria-kriiteria tertentu yang dapa manawan hati para pelanggan.

Dalam memastikan titik kepuasan pelanggan itu dicapai dengan jayanya, antara

contoh kriteria-kriteria yang perlu ada pada diri pekerja itu ialah melayan pelanggan dengan

bersopan santun. Ini kerana ia akan melembukan hati para pelanggan dengan teknik ucapan

yang lembut dan menghormati para pelanggan. Selain itu mutu kerja yang efisyen seperti

kepantasan pekerja dalam membantu mnyelesaikan masalah pelanggan juga merupkan

sebahagian dari kriteria yang perlu ada bagi memastikan titik kepuasan pelanggan dapat

dicapai yaitu dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Terdapat banyak lagi keriteria

yang diperlukan dan ini hanya sebahagian yang saya berikan sebagai contoh.

Secara konklusinya, pada peringkat Analisis Keperluan ini adalah peringkat awal

dimana proses ini menjelaskan bagaimana apa yang diperlukan dalam satu proses latihan

yang perlu dilaksanakan bagi mencapai tujuan latihan itu dijalankan.

Kesediaan Pekerja

langkah kedua ialah memastikan peserta bersedia menjalani latihan bermotivasi dan

berupaya untuk belajar. Yang mana pada peringkat ini adalah perlu mengenalpasti peserta

ataupun pekerja yang harus diberikan latihan dan juga memastikan peserta tersebut juga

bersedia untuk melalui proses latihan yang bermotivasi serta berupaya untuk belajar.

Contohnya dalam pemilihan peserta tersebut, salah satu yang harus dikenalpasti pada peserta

untuk memastikan peserta tersebut bermotivasi dan berupaya untuk belajar adalah usia. Ini

adalah kerana selalunya peserta yang sudah lanjut usia akan sukar untuk belajar berikutan ia

telah mempunyai satu sisten bekerja ataupun satu cara bekerja yang sudah diamalkan untuk

sekian lamanya yang mana pada peringkat ini mereka akan sukar untuk melalui proses

pembelajaran ataupun latihan berikutan usia yang sudah lanjut disamping mereka yang lebih

berusia selalunya sudah mempunya tanggungjawab rumahtangga yang dijadikan keutamaan

yang mana ini menjadi salah satu punca dimana motivasi mereka agak berkurangan.

Oleh yang demikian selalunya pemilihan peserta adalah mereka-mereka yang masih

muda dan aktif. Ini kerana pada usia muda, mereka ini berada di dalam proses pembelajaran

secara aktif. Ini adalah golongan yang perlu dikenalpasti kerana pada tahap ini mereka masih

Page 5: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

kekurangan pegalaman, namun mereka ini aktif dan selalunya mempunyai idea-idea baru

yang mungkin mendatangkan kebaikan pada organisasi. Golongan ini juga perlu diberikan

latihan bagi menerapkan nilai-nilai utama sesuatu organisasi agar menjadi amalan mereka

bagi memastikan mereka mengamalkan budaya kerja seperti yang digariskan dalam sesuatu

organisasi.

Ini hanya sebahagian contoh yang saya berikan, namun terdapat lagi pelbagai sudut

yang harus dikenalpasti bagi meneliti kesediaan pekerja. Di sini dapat dikonklusikan antara

yang menjadi pengenalpastian dalam meneliti kesediaan peserta itu adalah usia, latar

belakang (tanggungjawab keluarga), faktor pengalaman dan banyak lagi. Perkara-perkara

seperti ini harus diteliti bagi memastikan keberkesanan ataupun kejayaan suatu proses

Pembangunan Program Latihan.

Persekitaran Pembelajaran

Langkah ketiga yang diperlukan adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang sesuai agar objektif program tercapai. Ini adalah penting kerana dalam satu proses

pembelajaran persekitaran memainkan peranan yang amat penting. Persekitaran yang dapat

menarik perhatian peserta akan menyebabkan peserta melalui proses pembelajaran dengan

lebih mudah dan pantas. Contohnya sekiranya pembelajaran yang dijalankan dalam kelas

untuk teori, persekitaran yang perludiwujudkan ialah suatu persekitaran yang memudahkan

komunikasi dan interaksi antara pengajar dan pelajar. Oleh yang demikian bilangan peserta

harus dikurangkan keerana ini akan memudahkan interaksi dan komunikasi dalam kelas

tersebut. Selain itu ia juga memudahkan pengajar mengawal peserta di dalam kelas tersebut.

Ini adalah kerana secara logiknya seorang tenaga pengajar tidak akan mampu memberikan

perhatian kepada semua peserta, oleh yang demikian semakin ramai peserta semakin kurang

kemampuan untuk seorang tenaga pengajar mengawalnya.

Manakala dari segi mewujudkan persekitaran pembelajaran dari segi praktikal pula

adalah harus diberikan persekitaran yang positif. Contohnya menyediakan tenaga pengajar

yang berpengalaman, ini adalah kerana pembelajaran secara teori dan praktikal adalah

berbeza. Dari segi teori ia lebih kepada pembelajaran yang berbentuk imaginasi ataupun

gambaran ataupun persepsi terhadap sesuatu. Manakala dari segipraktikal ianyaadalah

pembelajaran dalam situasi sebenar yang mana harus wujud satu persekitaran positif,

Page 6: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

contohnya dengan menjadikan tenaga pengajar yang berpengalaman kerana ia akan

membantu peserta meningkatkan cara penyelesaian sesuatu masalah dengan menggunakan

"Command Sense" yang mana ia tidaka akan dapat dipelajari dalam suatu kelas teori. Ia

hanya akan berlaku dalam proses pembelajaran secara praktikal, akan tetapi ia harus dibawah

pemantauan tenaga pengajar yang berpengalaman kerana setia tindakan ataupun keputusan

yang dilakukan peserta akan memberikan akibat pada masa akan datang. Oleh yang demikian

tenaga pengajar yang berpengalaman ini akan dapat mengajar dengan lebih mudah berikutan

apa yang pernah ataupun yang telah mereka lalui dari pengalaman lampau mereka.

Dapat dirumuskan, persekitaran pembelajaran adalah sangat penting bagi

keberkesanan sesuatu proses pembangunan latihan. Suatu persekitaran yang positif akan

memudahkan proses pembangunan latihan disamping mempercepatkan proses itu berjalan

dan akan lebih meberikan keberkesanan pembelajaran. Namun banyak lagi contoh-contoh

persekitan pembelajaran yang harus dikupaskan.

Pemindahan Latihan

Langkah keempat melibatkan pemindahan latihan bagi memastikan peserta

berpeluang menggunakan perkara yang dipelajari dalam program latihan di tempat kerja

mereka. Pada peringkat ini selepas melalui proses latihan samada secara teori mahupun

praktikal, peserta atau pun pekerja tadi diletakkan di posisi yang telah mereka dipersiapkan

melalui latihan pada peringkat sebelum ini, yang mana pada peringkat ini merupakan situasi

sebenar yang mana peserta berada dalam situasi sebenar tanpa ada tenaga pengajar untuk

memberi tunjuk ajar.

Yang mana pada peringkat ini, peserta ataupun pekerja itu harus menggunakan apa

yang telah mereka miliki yaitu ilmu dalam proses latihan sebelum ini untuk menjalankan

tugas ataupun peranan masing-masing bagi mencapai matlamat atau pun objektif sesebuah

organisasi tempat mereka bekerja. Segala pengetahuan ataupun ilmu yang dipelajari dalam

proses latihan sebelum ini akan diaplikasikan pada peringkat ini bagi emastikan Visi

organisasi tercapai. Ini adalah di mana proses pemindahan apa yang dipelajari sama ada

secara teori atau pun praktikal kepada satu situasi sebenar yang mana para peserta ataupun

pekerja tadi akan membuat keputusan dan menjalanakan tugas berasaskan pengetahuan yang

telah ditimba melalui latihan di peringkat sebelumnya.

Page 7: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

Dapat dirumuskan pada peringkat ini adalah satu proses pemindahan dimana apa yang

dipelajari samada secara teori mahupun praktikal kepada satu tindakan bersendirian tanpa

tunjuk ajar dari tenaga pengajar lagi. Yang mana apapun tindakan yang dilakukan adalah

berasaskan penilaian atau rasional sendiri dalam menjalankan tugas mahupun perana bagi

mencapai matlamat ataupun objektif organisasi.

Perancangan Penilaian

Seterusnya penilaian program perlu dirancang untuk mengukur keberkesanannya.

Pada peringkat ini, selepas para peserta atau pekerja menjalankan latihan dan kemudian

diletakkan pada satu situasi sebenar, perancangan penilaian perlu diteliti bagi menguji

keberkesanan latihan tersebut dijalankan. Di sini akan diteliti apa yang telah diajarkan kepada

para peserta atau pun pekerja tadi dapat dipelajari oleh para peserta. Oleh itu satu

perancangan untuk menilai kebersanan latihan itu harus dijalankan. Dalam membuat

penelitian ini, haruslah diambil kira apa yang telah diajarkan ataupun yang telah dilatih

kepada para peserta sebelum ini bagi memastikan ia dapat dinilai.

Contohnya, dalam sektor perbankan khususnya Maybank Berhad dimana tempat saya

bekerja, saya diberikan latihan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para

pelanggan yang datang di kaunter untuk membuat transaksi. Oleh itu untuk membuat

perancangan penilaian terhadap mutu kerja saya adalah berasaskan apa yang telah saya

pelajari semasa menjalani latihan. Yang mana saya harus tahu membantu pelanggan

menyelesaikan masalah dengan cara yang betul. Ataupun dengan erti kata lain, saya harus

menggunakan ilmu pengetahuan saya untuk menjalankan transaksi para pelanggan dengan

berasaskan prosedur yang telah ditetapkan oleh organisasi yang mana telah diajarkan kepada

saya semasa dalam latihan.

Secara konklusinya, penilaian harus dirancang berasaskan apa yang telah diajarkan

ataupun latihan yang telah diberikan semasa proses latihan sebelum ini bagi menilai

sejauhmana keberkesanan latihan yang telah diberikan.

Kaedah Latihan

Page 8: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

Langkah keenam menekankan tentang pemilihan kaedah dan teknik latihan yang

sesuai berdasarkan kepada objektif dan persekitaran pembelajaran. Yang mana pada

peringkat ini kaedah latihan ataupun teknik latihan itu dipilih bagi memastikan objetif

organisasi dapat dicapai dengan berasaskan objektif latihan dan persekitaran pembelajaran

pada peringkat sebelumnya.

Contohnya di dalam kerjaya saya, teknik latihan ataupun kaedah latihan yang dipilih

adalah untuk memastikan saya dapat membantu para pelanggan menjalankan transaksi di

kaunter dengan mengajarkan saya cara melaksanakan transaksi tersebut dengan

menggunakan sistem komputer yang digunapakai oleh Maybank Berhad. Yang mana setiap

transaksi mempunya perbezaan kod- kod bagi mengklasifikasikan setiap transaksi dan setiap

transaksi mempunya debit dan kredit yang tersendiri sama seperti dalam prinsip perakaunan.

Antara contoh transaksi yang dijalankan di kaunter tersebut adalah seperti membuat

penyimpanan wang ke dalam akaun simpana sendiri, simpanan ke dalam akaun semasa,

pembayaran bil astro, pengiriman wang dan lain-lain. Teknik ataupun kaedah yang

digunapakai oleh Maybank Berhad ialah teknik pengulangan yang mana saya diajar

berulangkali membuat tiap satu transaksi bagi memastikan saya dapat mengingati setiap kod

transaksi dan prosedur transaksi agar tidak berlaku kesilapan pada setiap transaksi yang akan

dijalankan oleh pelanggan. Dengan menggunakan teknik ini, para pekerja di Maybank

Berhad dapat mengingati setiap kod dan mengikut setiap langkah yang teah dilatih dengan

lancar kerana ia telah dilakukan berulang kali yang menyebabkan para pekerja dapat

menghafal setiap langkah dan juga setiap kod transaksi. selain itu say diberikan latihan dalam

situasi sebenar dengan diperhatikan oleh tenaga pengajar dengan situasi berhadapan dengan

pelanggan yang ramai dan melayani karenah setiap pelanggan bagi memastikan tiada

kesilapan akan berlaku semasa membantu pelanggan menjalankan transaksi. Dengan erti kata

lain, saya diberikan peluang untuk belajar dalam situasi "working under presure" agar saya

dapat menyesuaikan diri dalam situasi sebenar tanpa dibantu oleh tenaga pengajar.

Boleh dirumuskan kaedah ataupun teknik latihan dapat dipilih berdasarkan objektif

latihan dan juga persekitaran pembelajaran bagi memastikan objektif dapat dicapai.

Penilaian dan Pemantauan

Page 9: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

Langkah terakhir melibatkan penilaian dan pemantauan terhadap program yang

dijalankan untuk memastikan objektif program tercapai. Ini merupakan peringkat terakhir

dalam Model Proses Pembangunan Program Latihan yang mana pada pering terakhir ini

adalah merupakan penilaian dan pemantauan setelah proses latiahan dijalankan bagi

mengatahui ataupun membuktikan kenerkesanan latihn yang telah dijalankan.

Peringkat ini menerangkan ataupun merupakan penilaian dan pemantauan selepas

semua proses latihan dijalankan yang mana ia adala unutk melihat sejauhmana keberkesanan

latihan itu dijalankan. Contohnya dalam Maybank Berhad, pencapaian saya akan dinilai dari

segi kepantasan saya membantu pelanggan menjalankan transaksi disamping menilai

kekerapan saya melakukan kesilapan ketika membantu pelanggan menjalankan transaksi.

Penilaian yang baik akan saya terima sekiranya saya pantas dalam menjalankan satu transaksi,

dan pemantauan dijalankan dengan penilaian dimana semakin pantas saya membuat stiap

transaksi semakin baik penilaian diberikan. Begitu juga semakin kurang kekerapan saya

melakukan kesilapan, maka semakin baik penilaian yang diberikan. Penilaian ini akan terus

dipantau bai meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan saya dalam satu jangka masa

sehingga saya ditukarkan ke bahagian lain.

Ini menunjukkan penilaian itu dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan latihan

yang telah dilaui oleh para peserta sebelum ini. manakala pemantauan pula adalah hasil

penilaian yang dipantau dalam satu jangka masa tertentu untuk menilai peningkatan ataupun

perkembangan peserta ataupun pekerja dalam menjalankan tugas-tugas ataupun peranan-

peranan bagi memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan diperbaiki dari masa ke semasa

untuk mencapai Visi dan Misi sesuatu organisasi.

Rumusan

Daripada huraian kepada Model Proses Pembangunan Program Latihan ini, kita boleh

merumuskan bahawa secara amnya aktiviti-aktiviti dalam proses latihan boleh dibahgikan

kepada empat fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa reka Bentuk, Fasa Perlaksanaan dan

Fasa Penilaian. Setiap fasa saling berkaiatan antara satu dan yang lain. Justeru itu, untuk

menghasilkan program latihan yang berkesan, perhatian yang teliti perlu diberi bermula

daripada langkah yang pertama hingga yang terakhir dalam proses tersebut. Selain itu, kita

Page 10: Open universiti malaysia HUMAN RESOURCES …assignment.oum.edu.my/uploadasg/BBDH4103/18010/790226125404_1… · keperluan latihan yang tepat. Contohnya dalam sektor perbankan dimana

juga perlu menilai semula hasil yang diperolehi pada setiap fasa untuk mengenal pasti

sebarang kelemahan atau kesilapan yang wujud.