fakulti pendidikan dan bahasa semester mei...

21
Kamaria Binti Saburahim 810108125732001 Page 1 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 SMP (KHAS) HBIS 1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 NAMA : KAMARIA BINTI SABURAHIM NO. MATRIKULASI : 810108125732001 NO. KAD PENGENALAN : 810108125732 NO. TELEFON : 019-8040735 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Upload: phungkhue

Post on 05-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 1 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

SMP (KHAS)

HBIS 1203

PENGAJIAN

ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1

NAMA : KAMARIA BINTI SABURAHIM

NO. MATRIKULASI : 810108125732001

NO. KAD PENGENALAN : 810108125732

NO. TELEFON : 019-8040735

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 2 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Maklumat Institut Tahfiz

2.1 Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah. 4-8

2.2 Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah, Sandakan Sabah. 8-11

3.0 Kaedah/Teknik Hafazan

3.1 Kaedah Tasmiq 11-12

3.2 Kaedah Talaqqi Mussyafahah 13-14

4.0 Penilaian Terhadap Kaedah/Teknik Hasil Daripada Temu Bual 14-16

5.0 Cadangan Aplikasi Kaedah/Teknik Hafazan Dalam Bilik Darjah 16-17

6.0 Rumusan 17

7.0 Rujukan 18

8.0 Lampiran 19-21

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 3 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, pembacaan al-Quran sering dipinggirkan dan tidak lagi diambil berat oleh

sebilangan besar umat Islam. Ini kerana tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat bahawa

bacaan al-Quran sudah lapuk dan tidak lagi releven untuk generasi moden pada masa kini. Oleh itu

dalam usaha memartabatkan penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran beberapa faktor perlu

dititikberatkan. Untuk mencapai usaha itu adalah menjadi tanggungjawab dan peranan kami guru-

guru Pendidikan Islam dalam merealisasikan matlamat berkenaan. Adalah menjadi tanggungajawab

setiap guru untuk memilih kaedah dengan bijaksana dan memastikan ianya bersesuaian dengan tahap

dan keupayaan pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Dengan

menggunakan pelbagai kaedah, ianya dapat menimbulkan minat murid untuk membaca, menghafaz

dan memahami ayat-ayat serta surah-surah dalam Al-Quran dengan lebih mudah.

Dalam pengajaran tilawah al-Quran terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh dipilih dan

digunakan oleh guru. Tidak kira apa juga kaedah yang diguna dan diaplikasi oleh guru dalam

pelaksanaan pengajarannya, ianya adalah bertujuan demi memastikan murid-murid dapat menguasai

kemahiran-kemahiran dalam Asuhan Tilawah Al-Quran yang merangkumi bacaan, hafazan dan

kefahaman ayat-ayat Al-Quran.

Oleh itu dalam melahirkan hafiz yang berkualiti terdapat beberapa kaedah yang bersesuaian

dengan kemahiran hafazan al-Quran yang sering digunakan di pusat-pusat tahfiz antaranya ialah

kaedah hafazan, kaedah tasmiq dan kaedah imla’i (tulisan). Disamping kaedah yang bersesuaian,

teknik yang pelbagai juga adalah menjadi prioriti dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran seperti teknik

mengulang, teknik tumpu dan ingat, teknik chunking, teknik mendengar kaset dan lain-lain lagi.

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 4 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

2.0 MAKLUMAT INSTITUSI TAHFIZ

Pada semester ini tugasan yang harus dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan lain ialah

berkenaan dengan kaedah yang digunakan oleh pusat tahfiz di Malaysia dalam melahirkan para mufaz

yang berkualiti. Oleh itu bagi menyiapkan tugasan ini saya telah membuat lawatan ke sebuah pusat

tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Ashabissyahid yang terletak di Daerah Tawau dan mendapatkan maklumat

daripada rakan berkaitan Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah yang terdapat di Daerah Sandakan.

Saya telah berkunjung ke Maahad Tahfiz Ashabissyahid bersama 2 orang rakan iaitu Haslinda

Binti Jamaluddin dan Normah Binti Bacho pada hari jumaat tanggal 22 Jun 2012 . Maahad tahfiz ini

terletak di kawasan Bombalai iaitu lebih kurang 40 kilometer daripada Bandar Tawau. Walaupun

kami tiba agak lewat iaitu lebih kurang pukul 4.10 minit petang, tetapi kami sempat menebual salah

seorang tenaga pengajarnya iaitu Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile.

Manakala maklumat berkaitan Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah pula telah saya dapatkan

daripada seorang rakan yang mengajar di daerah Sandakan iaitu Nurazreenah Binti Amir.

Berikut adalah hasil maklumat dan dapatan yang telah saya dan rakan-rakan perolehi

semasa membuat kunjungan ke pusat tahfiz berikut:

2.1 Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah.

2.1.1 Sejarah Penubuhan

Maahad tahfiz ini telah ditubuhkan pada tahun 2003. Manakala perasmiannya telah

dilaksanakan pada tahun 2004. Selepas 6 bulan pertama ditubuhkan dan beroperasi,

maahad tahfiz ini hanya mempunyai lebih kurang 6 orang pelajar sahaja.

Menurut Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile, maahad tahfiz ini ditubuhkan atas dasar

kesedaran dan inisiatif daripada seorang individu yang berpendapat bahawa Daerah

Tawau kekurangan institusi yang memfokuskan kepada hafazan Al-Quran serta

membudayakan Al-Quran.

Justeru, pengasasnya iaitu Y.M Tuan Hj. Walid Khairuddin Bin Hj. Mohd. Arif

AL-Hafiz telah membuat permohonan sebidang tanah daripada pihak Golden Hope

Plantation bagi membangunkan maahad tahfiz ini. Pada masa sekarang, maahad tahfiz ini

masih lagi menggunakan tapak asal yang telah disumbangkan oleh Golden Hope

Plantation pada masa itu dan dikenali sebagai Sime Darby Plantation pada masa kini.

Setelah beroperasi selama hampir 9 tahun, bilangan pelajar maahad tahfiz ini telah

meningkat seramai 130 orang pelajar bagi tahun 2012. Pelajar yang belajar di maahad ini

adalah berasal dari seluruh negeri Sabah seperti Daerah Kunak, Lahad Datu, Kudat dan

Wilayah Persekutuan Labuan mahupun daerah Tawau sendiri.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 5 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

2.1.2 Latar Belakang Pelajar

Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk belajar di maahad ini.

1) Umur : 8 Hingga 19 tahun

2) Jantina : Lelaki Sahaja

3) Kebolehan : Boleh membaca Al-Quran dengan fasih (ciri utama)

4) Kesihatan : Sihat tubuh badan

(Hasil maklumat daripada Ustaz Akhie Bin Hj. Tawile pada 22 Jun 2012)

2.1.3 Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi membiayai segala kos perbelanjaan dan perjalanan operasi

di maahad ini adalah atas sumbangan daripada pihak:

1) Orang perseorangan.

2) Agensi Swasta.

3) Syarikat-syarikat sekitar Daerah Tawau.

4) Penduduk sekitar kawasan Bombalai.

5) Brig. Jeneral Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (Mantan ADUN Merotai)

Sumbangan yang diberikan tidak dihadkan dalam bentuk wang ringgit sahaja

tetapi pihak penyumbang bebas untuk memberikan bantuan tidak kira dalam apa jua

bentuk seperti bahan mentah bagi makanan iaitu beras, pakaian dan peralatan asas seperti

katil dan tilam untuk asrama kediaman pelajar.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 6 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

2.1.4 Sistem & Sukatan Pembelajaran

Sistem Pembelajaran

Maahad ini menetapkan beberapa peraturan bagi sistem pembelajaran antaranya

ialah:

1) Setiap pelajar dikehendaki menetap di asrama kediaman yang telah disediakan

untuk pelajar bagi mengurangkan risiko kelupaan.

2) Sistem pembelajaran murid haruslah mengikut sukatan pembelajaran yang

telah dipilih oleh pihak pentadbiran maahad tetapi berbeza dengan pelajar yang

mengikuti sekolah harian biasa (sekolah kerajaan).

3) Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula sebelum masuk waktu subuh dan

berakhir pada waktu malam.

Kaedah Hafazan Yang Digunapakai

Maahad tahfiz ini memilih dan mengaplikasikan 2 kaedah dalam memastikan

penguasaan hafazan sehingga 30 Juzuk Al-Quran oleh pelajarnya. Antara kaedah dan

teknik tersebut ialah:

1) Teknik Chunking

Bagi teknik ini, pelajar diarahkan untuk memisah-misahkan sepotong ayat

yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai. Selain itu, sekiranya

pelajar mendapat ayat yang panjang mereka diarahkan untuk membahagikan

kepada 3 bahagian (dipisahkan kepada 5 ayat) dan dihafaz mengikut bahagian

pertama, kedua hinggalah bahagian ke 3. Pelajar juga boleh memisahkan juz

kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizab, rubu’, cerita dan sebagainya.

2) Kaedah / Teknik Tikrar (Mengulang)

Pembelajaran di maahad ini juga ialah dengan menggunakan teknik tikrar atau

pengulangan. Di mana pelajar boleh membaca sepotong ayat atau sebahagian

ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula untuk menghafal. Disamping

itu pelajar bebas untuk membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali

(10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat yang seterusnya. Selepas menghafal

setiap setengah muka surat pelajar diarahkan untuk mengulang beberapa kali

kemudian boleh diteruskan kepada bahagian yang kedua. Manakala setelah

menghafal satu muka surat mereka perlu mengulang beberapa kali sebelum

diteruskan ke muka surat seterusnya.

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 7 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

Matlamat dalam Pencapaian

Adalah menjadi matlamat setiap tenaga pengajar di maahad ini agar pelajar dapat

menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh 3 tahun sahaja. Oleh yang demikian

pelajar diharuskan untuk menghafal 10 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun.

Dengan itu setiap pelajar perlu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun

pengajian mereka di maahad ini. Sebaliknya jika sekiranya mereka tidak dapat

menghafaz 30 juzuk sehingga tempoh yang telah ditetapkan tenaga pengajar akan

membuat mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan yang sepatutnya diambil

untuk membatu pelajar tersebut.

Jadual Pembelajaran

1) Sesi dan tempoh pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar d maahad ini adalah

berlangsung sepenuhnya di maahad ini sepenuhnya di maahad tahfiz ini sahaja.

Walau bagaimanpun terdapat 2 orang pelajar yang mengikuti sekolah aliran

perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Tawau pada sebelah pagi

dan mengikuti sesi pembelajaran di maahad pada sebelah malam.

2) Jadual dan sesi pembelajaran yang ditetapkan di maahad ini ialah:

Masa / Waktu Aktiviti Pelajar

4.00 pagi – 5.00 pagi Menghafaz Al-Quran

Solat Subuh secara berjemaah & Tazkirah Subuh

5.45 pagi – 6.30 pagi Menghafaz Al-Quran

6.30 pagi – 8.00 pagi Persiapan diri dan sarapan pagi

8.00 pagi – 10.00 pagi Menghafaz Al-Quran

10.00 pagi – 12.30 petang Kelas Bahasa arab

Makan tengahari &Solat Zuhur secara berjemaah

2.00 petang – 4.00 petang Kelas Fiqah / Kelas Hadis (Silih berganti)

Solat Asar secara berjemaah

4.30 petang – 5.30 petang Riadah / Bersenam / Aktiviti Bebas

5.30 petang – 6.00 petang Persiapan diri dan makan malam

Solat Maghrib secara berjemaah & Tazkirah Maghrib

Pelajar wajib menghafaz Al-Quran sambil menunggu masuk waktu

Isyak secara Kaedah Tasmik.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 8 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

Solat Isyak secara berjemaah

Masa / Waktu Aktiviti Pelajar

8.00 malam – 10.00 malam

Kelas mengaji Al-Quran terbuka kepada

penduduk sekitar kawasan maahad ini, terutama

yang berada kawasan Bombalai.

Pelajar yang belajar dalam kelas mengaji Al-Quran pada waktu

malam tidak ditetapkan untuk menghafaz.

Cara Penilaian Pelajar

1) Bermula pada tahun 2012, setiap pelajar dikehendaki untuk menduduki

peperiksaan Bahasa Arab.

2) Penilaian tahap hafazan pula dilaksanakan 2 kali setahun menggunakan kaedah

tasmik. Bacaan direkodkan dan laporan akan diberikan kepada ibu bapa.

3) Setelah pelajar berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran, Sijil Hafaz akan

dikeluarkan dan pelajar akan disyorkan untuk melanjutkan pelajaran dalam

bidang hafazan .

Pencapaian Terbaik

1) 13 orang pelajar telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran dalam Kelas

KITAS menghafaz Peringkat Alim di Madrasah Munawiah Wal Ulum, Pulau

Pinang menggunakan dana yang dikutip oleh maahad tahfiz ini.

2) Tahun 2008 : Adik Mohd Najmi Bin Kamaruddin berjaya menghafaz 30 Juzuk

Al-Quran pada usia 11 Tahun dan merupakan hafiz termuda di negeri Sabah

pada masa itu.

3) Supriadi Bin Abdul Rahman telah Berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran

dalam hanya tempoh 1 tahun 6 bulan sahaja dan ketika itu berusia 14 tahun.

Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang STAM di Malaysia.

(Sekarang merupakan salah seorang tenaga pengajar)

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 9 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

2.2 Maahad Tahfiz Al-Quran Wasunnah, Sandakan Sabah.

2.2.1 Sejarah Penubuhan

Maahad tahfiz ini telah dibuka pada 31 Oktober 2008 atas cadangan dan idea

daripada Dato’ Hj. Daning Bin Bajau yang merupakan pengerusi MTQS pada masa itu.

Pada peringkat awalnya, maahad tahfiz ini mempunyai seramai 8 orang pelajar sahaja.

Maahad tahfiz ini adalah sebuah rumah berkeluasan 50 X 50 kaki persegi.

Merupakan sebuah rumah yang dipinjamkan oleh Imam Daerah Sandakan iaitu Ustaz

Rafeah Bin Mohd. Enargi, merupakan salah seorang tenaga pengajar di maahad ini.

Sehingga tahun ini, maahad tahfiz telah mempunyai 7 orang pelajar dan 4 orang

tenaga pengajar iaitu :

1) Ustaz Rafeah Mohd. Enargi

2) Syeikh Habib Muhsin

3) Ustaz Razifyanto Amit @ Kamsiran

4) Imam Azizul Ramli Saparuddin

Di maahad ini juga, diadakan kelas bagi kanak-kanak sekitar kawasan perumahan

untuk belajar membaca Al-Quran. Manakala yuran yang dikenakan adalah sebanyak

RM5.00 sebulan.

2.2.2 Latar Belakang Pelajar

Kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan pelajar di maahad ini adalah seperti

berikut:

5) Umur : 16 tahun hingga 20 tahun

6) Jantina : Lelaki Sahaja

7) Kebolehan : Boleh membaca Al-Quran dengan fasih

2.2.3 Sistem & Sukatan Pembelajaran

Sistem Pembelajaran

Maahad ini melaksanakan sistem pembelajaran yang terancang seperti :

1) Setiap pelajar dikehendaki menetap di asrama kediaman yang telah disediakan

untuk pelajar bagi mengurangkan risiko kelupaan.

2) Sistem pembelajaran murid haruslah mengikut sukatan pembelajaran yang

telah dipilih oleh pihak pentadbiran maahad tetapi berbeza dengan pelajar yang

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 10 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu membuat

ulangkaji sendiri.

3) Masa senggang yang terluang sebelum masuk waktu solat subuh dan selepas

solat Maghrib adalah waktu yang diperuntukkan kepada pelajar untuk melatih

tubi hafazan Al-Quran.

Kaedah Hafazan Yang Dipraktikkan

Mempraktikkan 2 kaedah dalam memastikan pelajar menguasai hafazan 15

Juzuk Al-Quran, kaedah tersebut adalah :

3) Kaedah Takrir / Latih Tubi

Cara pelaksanaan kaedah ini adalah melakukan pembacaan dan mengingat

secara berkali-kali.

4) Kaedah Talaqqi Musyafahah

Cara pelaksanaan kaedah ini adalah pertemuan antara guru dan murid secara

bersemuka. Murid dapat mempelajari bacaan dengan mengikut bacaan dan

gerak bibir guru.

Sukatan Pembelajaran

Terdapat beberapa kelas lain yang diajarkan di maahad tahfiz ini. Antaranya:

1) Kelas hafazan 4) Kelas Hadis

2) Kelas bahasa arab 5) Kelas Sorof

3) Kelas Fikah

Penilaian Pelajar

1) Pelajar belajar dalam dua semester setahun dan penilaian tahap hafazan

dilaksanakan menggunakan kaedah tasmik dan menjawab soalan subjektif.

2) Ibu bapa akan dipanggil dan dimaklumkan tentang tahap pencapaian anak

mereka.

3) Setelah pelajar berjaya menghafaz 15 Juzuk Al-Quran, akan menyambung

pelajaran dalam peringkat diploma.

Pencapaian Terbaik

1) Terdapat 6 orang pelajar yang telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran

peringkat diploma di Maahad Tahfiz Wal Qiraat, Kepayan Kota Kinabalu .

2) Mohd. Al Amin Bin Abd. Aziz mendapat tempat ketiga dalam Acara Hafazan

Peringkat Negeri Sabah Kategori Juzuk 1-10.

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 11 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

3.0 KAEDAH/TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN

Terdapat beberapa kaedah dan teknik di dalam hafazan al-Quran antaranya ialah:

3.1 Kaedah Tasmi

Kaedah ini dipraktikkan semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Pada masa tersebut,

baginda telah mendengarkan/menyemak bacaan Al-Qurannya di hadapan Jibril a.s. Rasulullah

s.a.w juga telah mengkhususkan beberapa sahabat untuk mempelajari Al-Quran secara

mendalam untuk menjadi tempat rujukan kepada sahabat yang lain dan para tabi’in. Baginda

juga memperdengarkan bacaan baginda kepada para sahabat untuk memperbetulkan bacaan

mereka.

Hal ini terbukti berdasarkan hadis berikut :

Pelaksanaan kaedah ini adalah dengan meminta murid membaca dan

memperdengarkan bacaan mereka dihadapan guru. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid

akan terus diperbetulkan oleh guru. Selain itu, guru juga boleh bertanya kepada murid mengenai

hukum-hukum bacaan dan bacaan serta maksud tanda bacaan pada ayat yang dibaca/dihafaz.

Kaedah ini juga boleh digunapakai oleh guru untuk menguji kelancaran bacaan/hafazan murid

Kaedah ini boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu:

Guru meneliti dan mendengar bacaan murid.

Murid bergilir-gilir membaca secara kumpulan atau individu.

Murid menyaringkan suara semasa membaca.

3.1.1 Contoh Pelaksanaan Kaedah Tasmiq

1) Murid-murid membaca Surah Al-Ikhlas secara kelas dan berkumpulan.

2) Guru perbetulkan bacaan atau hafazan murid sekiranya terdapat kesalahan.

3) Murid membaca atau menghafaz Surah Al-Ikhlas secara individu dihadapan guru.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 12 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

4) Guru perbetulkan bacaan atau hafazan murid sekiranya terdapat kesalahan.

5) Guru merekodkan bacaan atau hafazan murid di dalam Buku Rekod Bacaan.

3.1.2 Kelebihan Kaedah Tasmik

1) Guru dapat mengesan kesalahan bacaan/hafazan Al-Quran yang dilakukan oleh murid-

murid secara terus dan tepat.

2) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan semasa membaca atau

menghafaz ayat-ayat Al-Quran.

3) Guru dapat memperbetulkan kesilapan pada bacaan/hafazan Al-Quran murid secara tepat

semasa sedang mendengar bacaan/hafazan mereka secara individu, kumpulan ataupun

kelas.

4) Guru dapat mengenalpasti kebolehan sebenar yang dimiliki oleh murid dalam penguasaan

asuhan tilawah Al-Quran ini.

5) Guru dapat mengesan kelemahan pada bacaan murid sama ada dari aspek hukum tajwid,

tanda baca dan makhraj huruf.

6) Murid dapat diperkenalkan dengan hukum-hukum tajwid kepada murid semasa mendengar

ayat Al-Quran yang dibaca.

7) Kesalahan tajwid murid-murid dapat diperbetulkan dan penerangan mengenainya dapat

diberikan oleh guru.

8) Murid-murid dapat didisiplinkan dari segi bacaan yang betul dan mengikut hukum-hukum

bacaan seperti hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

3.1.3 Kelemahan Kaedah Tasmik

1) Kaedah ini hanya bersesuaian untuk sesetengah murid sahaja, khususnya murid-murid

yang boleh membaca Al-Quran dengan baik. Namun begitu, tidak semua murid

berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik.

2) Semasa guru sedang mendengar bacaan/hafazan seorang murid, murid-murid yang lain

tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam apa yang sedang dibaca.

3) Kawalan kelas guru adalah kurang baik kerana ketika guru mendengar bacaan/hafazan

seorang murid atau satu kumpulan, murid lain atau kumpulan lain mungkin akan membuat

bising dan tidak menumpukan perhatian terhadap bacaan/hafazan masing-masing.

4) Apabila mengaplikasikan kaedah ini, memerlukan bilangan guru yang ramai kerana kaedah

tasmik ini sangat berkesan jika dilakukan secara individu. Namun begitu, bilangan guru

agama di setiap sekolah adalah terhad.

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 13 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

3.2 Kaedah Talaqi Musafahah

Talaqqi musyafahah bermaksud pertemuan antara gutu dan murid secara bersemuka di

mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut

bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dalam mempelajari al-Quran. Ia

dipraktikkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad S.A.W sewaktu

menurunkan wahyu yang pertama. Pada ketika itu, Malaikat Jibril a.s membacakan ayat-

ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W dan baginda mengikut bacaan tersebut lalu

menghafaznya. Kemudian, Rasulullah S.A.W membacakan ayat-ayat tersebut kepada para

sahabat, para sahabat menulis lalu menghafaznya. Sebagaimana firman Allah dalam al-

Quran:

3.2.1 Kelebihan Kaedah Talaqqi Musyafahah

1) Amat berkesan sekiranya ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan

pelaksanaan murid terhadap hukum tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi

makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

2) Isi Pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya

3) Meningkatkan keyakinan murid terhadap guru

4) Boleh dijalankan sama ada di bilik darjah mahupun di luar kelas.

5) Pembelajaran secara bersemuka antara dengan guru secara langsung.

6) Murid dapat memerhatikan cara pergerakan bibir guru semasa membuat bacaan.

Seterusnya murid dapat mengikuti cara sebutan guru dengan tepat.

7) Guru dapat memperbaiki dan memperbetulkan bacaan murid secara terus cepat

dan tepat.

8) Guru dapat mengenalpasti kebolehan murid, khususnya yang mempunyai

kebolehan dalam bacaan atau hafazan mengesan kebolehan mereka.

9) Guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan tidak menguasai bacaan Al-

Quran.

Surah Al-Qiyamah,75:16-18

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 14 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

3.2.2 Kelemahan Kaedah Talaqqi Musyafahah

1) Suasana pembelajaran yang kurang kondusif kerana murid menjadi pasif dan

kurang aktif.

2) Pembelajaran lebih kepada berpusatkan guru sahaja.

3) Terjadi keciciran pada murid kurang menguasai bacaan Al-Quran berbanding

murid yang telah menguasai. Menyebabkan guru sukar melaksanakan kaedah ini

secara kelas.

4) Penumpuan guru perlu diberikan secara sepenuhya ketika murid-murid

membaca/menghafaz. Guru tidak boleh melakukan aktiviti lain semasa

mengaplikasikan kaedah ini kerana perlu membetulkan bacaan/hafazan murid

sekiranya berlaku kesalahan.

5) Mengambil masa yang panjang untuk membetulkan bacaan murid secara individu.

Terdapat murid lain yang tidak dapat didengar dan diperbetulkan bacaan pada

satu-satu masa.

6) Kelemahan bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.

7) Kawalan kelas tidak berjaya kerana apabila guru memberikan tumpuan terhadap

bacaan seorang murid, murid lain akan kurang diberikan perhatian maka terjadilah

suasana pembelajaran yang tidak baik.

4.0 PENILAIAN TERHADAP KAEDAH/TEKNIK HASIL DARIPADA TEMU BUAL

Dalam kajian ini saya telah menebual beberapa orang pelajar bagi tujuan membuat penilaian terhadap

keberkesanan kaedah yang mereka gunakan di maahad. Berikut adalah soalan yang telah saya ajukan

di dalam Borang Soal Selidik yang telah dijawab oleh 3 orang pelajar:

BORANG SOAL SELIDIK

ARAHAN :

Berikut disenaraikan beberapa pernyataan tentang kaedah hafazan sama ada ia

membantu atau tidak pencapaian hafazan anda. Sila nyatakan darjah persetujuan

anda mengikut skala yang diberikan dengan membulatkan satu angka paling sesuai di

hujung pernyataan.

SKALA : 1 - Sangat Tidak Setuju (STS)

2 - Tidak Setuju (TS)

3 - Kurang Setuju (KS)

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 15 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

4 - Setuju (S)

5 - Sangat Setuju (SS)

BIL KAEDAH MENGHAFAZ STS TS KS S SS

1. Mengkhususkan satu mashaf Al-Quran sahaja. 1 2 3 4 5

2. Kaedah membahagi-bahagikan ayat (Chunking). 1 2 3 4 5

3. Bahagikan ayat atau juzuk yang hendak dihafaz. 1 2 3 4 5

4. Kaedah Minda Fotografi (Tumpu dan ingat). 1 2 3 4 5

5. Kaedah Mengulang Bacaan (Takrir). 1 2 3 4 5

6. Apabila mengulang-ulang bacaan berkali-kali

memudahkan saya untuk menghafaz. 1 2 3 4 5

7. Kaedah menghafaz sebelum dan selepas bangun tidur. 1 2 3 4 5

8. Kaedah Tasmi’ 1 2 3 4 5

9. Mendengar bacaan Hafiz Al-Quran. 1 2 3 4 5

10. Mengulang hafazan bersama orang lain. 1 2 3 4 5

11. Mengulang bacaan di hadapan guru. 1 2 3 4 5

12. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat. 1 2 3 4 5

13. Saya akan memastikan terlebih dahulu baris, sifat huruf

dan hukum tajwid setiap ayat yang hendak dihafaz. 1 2 3 4 5

14. Saya akan melancarkan ayat yang hendak dihafaz terlebih

dahulu sebelum mula menghafaz. 1 2 3 4 5

15. Saya menghafaz dan mengulang bacaan mengikut jadual

yang telah ditetapkan oleh Maahad. 1 2 3 4 5

Hasil dapatan daripada temubual terhadap beberapa orang pelajar dapat dibuktikan bahawa

teknik bagi menghafaz terbaik dan adalah dengan adanya bimbingan yang berterusan daripada

tenaga pengajar. Guru atau tenaga pengajar memainkan peranan utama dalam memberikan

bimbingan dan membantu meningkatkan motivasi setiap pelajar. Di samping itu menggunakan teknik

chunking dan teknik pengulangan adalah sangat membantu mereka dalam menghafaz ayat al-Quran

dengan lebih mudah dan cepat. Manakala masa yang sangat sesuai adalah pada waktu subuh dan

malam. Walaubagaimanpun teknik yang yang paling penting adalah dengan membaca dahulu ayat al-

Quran barulah seseorang pelajar itu akan mudah mudah untuk mengingati dan menghafaz ayat

tersebut.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 16 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

5.0 CADANGAN APLIKASI KAEDAH/TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH

Antara cadangan bagi aktiviti pengajaran dan pembejalaran hafazan yang boleh diaplikasikan di

dalam bilik darjah ialah:

5.1 Penerangan dan huraian

Guru perlu menjelaskan panduan menghafaz al-Quran.

Guru menerangkan teknik menghafaz al-Quran dengan betul.

Guru menghuraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan

Guru menjelaskan aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam kemahiran hafazan.

5.2 Bacaan / Tilawah

Guru membaca ayat al-Quran dengan kuat.

Pelajar mengikut bacaan guru secara kuat juga.

Pelajar membaca perlahan secara individu dan membacanya beberapa kali secara berulang

sehingga lancar dan fasih

5.3 Mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman

Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman.

Pelajar mengikut bacaan ayat daripada pita rakaman sehingga tamat secara berulang kali.

Pelajar di minta melihat carta ayat.

Pelajar membaca ayat secara beramai-ramai dengan bacaan yang kuat.

Pelajar membaca secara berkumpulan dengan bacaan kuat.

Pelajar membaca secara individu secara senyap.

5.4 Melihat Mashaf Uthmani

Pelajar membaca secara senyap individu dengan melihat mushaf.

Mereka membaca secara berulang-ulang sehingga senyap.

Pelajar membaca berpandukan teks ayat merujuk atau melihat mushaf bagi memastikan

hafazan yang tepat.

5.5 Hafazan

Pelajar menghafaz secara individi

Pelajar mentasmiqkan hafazan di hadapan guru.

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 17 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

6.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab kita dalam memilih kaedah dan teknik

yang bersesuai bagi setiap pengajaran yang akan diaplikasi di dalam bilik darjah. Tidak mengira apa

jua cara yang yang digunakan matlamatnya hanyalah bertujuan untuk mencapai objektif dan hasil

pembelajaran yang paling optimum. Walau bagaimanapun kegagalan seseorang guru itu memilih

kaedah atau teknik yang bersesuaian akan menjadi faktor yang menyebabkan anak murid gagal

menguasai pengajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu guru perlu menggunakan kebijaksanaan

dan kepakaran yang ada dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan mengikut

aras, pengetahuan mahupun latar belakang murid yang berada di dalam bilik darjah.

Begitu juga halnya di dalam pengajaran bacaan dan hafazan al-Quran tidak kira di bilik darjah

mahupun di pusat pembelaran al-Quran seperti maahad tahfiz, sekolah pondok dan sebagainya

pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai adalah merupakan tunjang utama dalam menjadikan suasana

pembelajaran yang dapat mencapai aras pencapaian yang optimum. Bukan itu sahaja pemilihan

kaedah dan teknik yang baik dan pelbagai sudah pasti dapat menarik minat murid untuk mempelajari

bacaan dan hafazan al-Quran.

Oleh sebab itu jelas di sini bahawa sebagai guru Pendidikan Islam, adalah menjadi

tanggungjawab kita untuk memainkan peranan utama dalam membimbing generasi muda iaitu anak

didik kita di sekolah agar minat dan suka mempelajari al-Quran. Bukan hanya suka dan minat

membaca dan menghafaz tetapi mendalami pengajaran seterusnya mencintai al-Quran seiring dengan

kepesatan dan perkembangan teknologi masa kini.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 18 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

RUJUKAN

1) Noor Lizza Mohamed Said, Zamro Muda (2012). Modul HBIS 1203 : Pengajian Asuhan

Tilawah Al-Quran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

2) Dr. Ismail Abas, dll (2011). Modul HBIS 1103 : Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala

Lumpur : Open University Malaysia.

3) Ghazali Darusalam (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications

& Distributors.

4) Sistem Pembelajaran & Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif : Satu Kajian Di Kuala

Lumpur Dan Terengganu. Dimuat Turun Pada 20 Jun 2012 Daripada http://www.tutor.com

5) Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran. Dimuat Turun Pada 20 Jun 2012

Daripada http://ummahmud.blogspot.com

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 19 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

LAMPIRAN

Maahad Tahfiz Ashabissyahid, Tawau Sabah.

Pandangan hadapan maahad tahfiz yang menempatkan masjid, asrama, ruang akademik, dewan

makan dan bilik pentadbiran.

Pejabat pentadbiran dan

pengurusan

Ruang pembelajaran merangkap

Dewan Makan

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 20 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

Temubual bersama wakil maahad Gambar dan sijil penderma

Carta organisasi pentadbiran dan pengurusan

Maahad Tahfiz Ashabisyahhid, Bombalai

Tawau

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/81010812… · Berikut adalah maklumat tentang pelajar yang diambil untuk ... 10.00

Kamaria Binti Saburahim

810108125732001

Page 21 of 21 HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1

Papan tanda menunjukkan Pusat Tahfiz Al-

Quran Wassunnah

Suasana dan sesi pembelajaran yang berlansung

di Pusat Tahfiz Al-Quran Wassunnah