olahraga refleksi

4
Saya berasa amat bersyukur kerana saya dan rakan sekelas saya telah menyempurnakan tugasan projek kami dalam mata pelajaran olahraga, iaitu pengelolaan kejohanan sukan yang diamanahkan dengan jayanya pada hari Isnin,25 NOVEMBER 2013 yang dikelolakan oleh kelas saya. Saya dan rakan-rakan sama ada bertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa kejohanan yang telah berlangsung selama dua jam. Sebelum menjalankan kejohanan sukan, saya telah mempelajari banyak perkara perlu dibuat seperti membuat carta organisasi, menubuhkan jawatankuasa, menentukan objektif, anggaran belajawan, senarai ahli AJK, memilih peserta, membincang pelaksanaan acara dan sebagainya. Ini adalah penting untuk memastikan kejohanan sukan dapat dijalankan dengan berjaya. Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai teknikal kejohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatu acara pertandingan. Masih sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikan bahawa hakim balapan, penjaga

Upload: koh-fenqi

Post on 17-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Projek olahraga dapat membantu guru pelatih mendapat ilmu yang berguna。

TRANSCRIPT

Page 1: Olahraga refleksi

Saya berasa amat bersyukur kerana saya dan rakan sekelas saya telah

menyempurnakan tugasan projek kami dalam mata pelajaran olahraga, iaitu

pengelolaan kejohanan sukan yang diamanahkan dengan jayanya pada hari

Isnin,25 NOVEMBER 2013 yang dikelolakan oleh kelas saya. Saya dan rakan-

rakan sama ada bertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik

semasa kejohanan yang telah berlangsung selama dua jam.

Sebelum menjalankan kejohanan sukan, saya telah mempelajari banyak

perkara perlu dibuat seperti membuat carta organisasi, menubuhkan

jawatankuasa, menentukan objektif, anggaran belajawan, senarai ahli AJK,

memilih peserta, membincang pelaksanaan acara dan sebagainya. Ini adalah

penting untuk memastikan kejohanan sukan dapat dijalankan dengan berjaya.

Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu,

terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan

berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara

input baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai

teknikal kejohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas

yang perlu merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum

memulakan sesuatu acara pertandingan. Masih sebelum itu, koordinator pelepas

juga perlu memastikan bahawa hakim balapan, penjaga masa dan pegawai lain

bersedia sebelum memberi isyarat kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari

ialah setiap pegawai perlu saling berhubung agar tidak berlaku salah faham yang

boleh menyusahkan peserta pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati

daripada pelbagai pihak.

Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi

peluang kepada saya bagi mempelajari ilmu kepegawaian dan olahraga secara

praktikal. Pengetahuan yang diperoleh sepanjang pegawai teknik kejohanan ini

juga dapat membantu saya melakukan amali kelak. Di samping itu, projek ini

juga turut mendedahkan kepada saya dan rakan-rakan mengenai peraturan yang

terdapat dalam acara olahraga secara lebih praktikal ekoran kami bukan sahaja

bertindak sebagai pegawai, malah turut menjadi peserta dalam kejohanan.

Page 2: Olahraga refleksi

Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Mini

Olahraga pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara

dalam olahraga sejak dari sekolah rendah. Pengalaman sedia ada memudahkan

penglibatan saya sebagai peserta acara lompat jauh mengetahui peraturan yang

terdapat dalam acara ini.

Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh kami buat julung-

julung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan

berikutan kami semua dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah mengenai

spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru pelatih

yang bertindak sebagai pegawai teknik kejohanan kali ini.

Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola

sepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik

agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan

negative kepada pihak lain. Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih

senarai pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar setiap

pegawai yang dipilih mahir dalam bidang masing-masing.

Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam guru

pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi

peserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga

berpeluang untuk mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara

praktikal semasa kejohanan berlangsung. Justeru itu, saya berharap agar segala

yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan projek kali ini dapat

membantu saya membentuk jati diri saya untuk menjadi seorang guru yang

mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan disenangi oleh semua pihak.

Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini, saya juga berharap agar

mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang berfikiran kreatif,

kritis, kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadi role model

kepada anak didik kelak.