edu 3102 - nota (13) pj

26
MAKLUMAT KERJAYA Oleh: PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor, MALAYSIA Tel: 603-89468118, 603-89468167, 012- 2126312 Faks: 03-89435386 E-Mail: [email protected] [email protected]

Upload: vin-rapbitz

Post on 30-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota slide

TRANSCRIPT

Page 1: edu 3102 - nota (13) pj

MAKLUMAT KERJAYAOleh:

PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAHJabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi KaunselingFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang Selangor, MALAYSIATel: 603-89468118, 603-89468167, 012-2126312Faks: 03-89435386E-Mail: [email protected] [email protected]

Page 2: edu 3102 - nota (13) pj

DEFINISI MAKLUMAT KERJAYA

Maklumat kerjaya didefinisikan sebagai data-data yang sah dan berguna mengenai sesuatu pekerjaan, kerja-kerja yang dilakukan termasuk senarai tugas, keperluan-keperluan untuk mendapatkan pekerjaan, kondisi-kondisi kerja, ganjaran, corak peningkatan, penawaran dan permintaan pekerjaan sekarang dan pada masa akan datang dan sumber-sumber untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenainya

Page 3: edu 3102 - nota (13) pj

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA

Menolong individu menambah perbendaharaan kata yang berkaitan dengan nama-nama pekerjaan serta maklumat lain yang berkaitan dengan pekerjaan

Membantu individu memperkembangkan pengetahuan mereka mengenai potensi diri atau kekuatan dan kelemahan diri serta hubungannya dengan sesuatu pekerjaan

Page 4: edu 3102 - nota (13) pj

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan

Untuk membimbing individu di dalam membuat perancangan yang efektif di dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya

Membantu individu membuat persediaan awal untuk peralihan dari zaman persekolahan ke dunia pekerjaan yang sebenar

Page 5: edu 3102 - nota (13) pj

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan

Menyediakan individu mengenai persiapan-persiapan diri yang harus dilakukan bagi menghadapi dunia pekerjaan yang lebih tinggi (maklumat pra-pekerjaan), pekerjaan itu sendiri (maklumat pekerjaan) dan peranan-peranan selepas bersara (pasca pekerjaan)

Page 6: edu 3102 - nota (13) pj

KEPENTINGAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan

Menyedarkan individu mengenai pentingnya perubahan di dalam bidang pendidikan dan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa

Menerapkan nilai-nilai tentang perlunya seseorang itu berusaha dengan lebih gigih dan menghargai kemuliaan sesuatu bidang pekerjaan

Page 7: edu 3102 - nota (13) pj

JENIS MAKLUMAT PEKERJAANMAKLUMAT PRA PEKERJAAN 

Maklumat Diri

Maklumat mengenai diri termasuklah maklumat yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, pencapaian akademik, personaliti diri, minat kerjaya, nilai pekerjaan, konsep kendiri, sikap dan motivasi diri

Maklumat Kerjaya 

Maklumat mengenai kerjaya ini pula mencakupi maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis latihan, tempat mendapatkan latihan, keperluan kelayakan akademik, cara menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prospek kerja di masa depan. Semua maklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan individu membuat keputusan akhir mengenai sesuatu pekerjaan.

Page 8: edu 3102 - nota (13) pj

JENIS MAKLUMAT PEKERJAAN

MAKLUMAT DALAM PEKERJAAN 

Maklumat dalam pekerjaan meliputi maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh individu yang berkaitan dengan dunia pekerjaan sebenar.

Maklumat-maklumat yang tergolong sebagai maklumat dalam pekerjaan termasuklah tangga gaji, kemudahan cuti, peluang kenaikan pangkat, skim kemudahan perubatan, skim pinjaman perumahan, skim pencen, skim simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan skim insuran pekerja.

Maklumat-maklumat ini perlu diketahui oleh individu agar ia boleh merancang perkembangan kerjayanya ketahap yang lebih tinggi dan cemerlang dalam sesuatu pekerjaan yang diceburinya.

Page 9: edu 3102 - nota (13) pj

PENGUMPULAN MAKLUMAT KERJAYA 

Sumber maklumat kerjaya adalah merujuk kepada sumber-sumber sama ada berorientasikan manusia atau bukan berorientasikan manusia.  

Maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada dua sumber utama iaitu media cetak dan media elektronik.

Maklumat kerjaya daripada jenis media cetak termasuklah buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan dan buku skrap kerjaya.

Maklumat kerjaya daripada jenis media elektronik termasuklah video-video kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, keset-keset kerjaya dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer yang boleh diakses melalui internet.

Page 10: edu 3102 - nota (13) pj

KAMUS PENGKELASAN PEKERJAANDOC 

Maklumat kerjaya yang berupa media cetak paling utama di Malaysia ialah Dictionary of Occupational Classification (DOC) yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia.

Kamus ini menyenaraikan dan menerangkan 2,610 pekerjaan yang wujud di Malaysia. Kamus yang pertama dalam bahasa Inggeris dan telah diterbitkan pada tahun 1969. Pada tahun 1992, Jabatan Tenaga Rakyat telah mencetak edisi pertama dalam bahasa Malaysia yang dikenali sebagai Kamus Pengkelasan Pekerjaan.

Kamus ini mengandungi definisi pekerjaan, menerangkan tugas yang dilakukan oleh pekerja, tujuan mengapa pekerja melakukannya dan cara bagaimana kerja tersebut dilakukan. 

Page 11: edu 3102 - nota (13) pj

LAIN-LAIN SUMBER MAKLUMATKERJAYA

Buku Kompass Merah, Dictionary of Occupational Titles (DOT), Occupation Outlook Hand Book (OOH) adalah beberapa contoh lain sumber maklumat kerjaya media cetak yang penting. Buku Kompass Merah diterbitkan oleh Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang mengandungi maklumat pekerjaan yang wujud di kilang-kilang di bawah persatuan tersebut.

DOT diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Amerika Syarikat. Individu boleh merujuk kamus ini di perpustakaan-perpustakaan besar yang ada di Malaysia ataupun di pusat sumber Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Kamus ini mengandungi senarai, keterangan dan definisi lebih 20,000 jenis pekerjaan yang wujud di negara tersebut.  

Internet adalah satu lagi sumber maklumat kerjaya yang penting dan terkini. Melalui internet individu boleh melayari laman-laman web tertentu yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai kerjaya.

Page 12: edu 3102 - nota (13) pj

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA

Maklumat kerjaya yang dikumpul mestilah tepat dan sah. Oleh itu maklumat mestilah dikumpulkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Maklumat-maklumat kerjaya boleh diperoleh daripada berbagai-bagai agensi sama ada agensi kerajaan, swasta atau agensi dari luar negara yang berada di Malaysia.

Page 13: edu 3102 - nota (13) pj

SUMBER MEMPEROLEH MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan

Antara agensi tersebut ialah Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Makaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi negara asing di Malaysia, Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi tempatan, MACEE (Malaysian American Council for Educational Exchange), British Counsil, Institut-institut Latihan Kemahiran, Pusat-Pusat Latihan, Kilang-Kilang, Agensi-agensi Pekerjaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah dan Agesi dan Internet.

Page 14: edu 3102 - nota (13) pj

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYACara Pengkelasan Maklumat Kerjaya 

Susun nama pekerjaan ikut abjad daripada A hingga Z. Menggunakan kaedah ini nama pekerjaan disusun mengikut abjad A diikuti oleh B, C dan seterusnya hingga huruf Z.

Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut jenis pekerjaan iaitu profesional, separa profesional, berkemahiran, separa berkemahiran dan buruh. Kaedah ini mengambilkira kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut kerana setiap kumpulan pekerjaan memerlukan kelayakan yang berlainan.

Page 15: edu 3102 - nota (13) pj

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA

Penyusunan nama pekerjaan dibuat mengikut bidang pekerjaan seperti bidang Perniagaan, Pertanian, Perlombongan, Perkhidmatan, Perubatan, Sains atau menggunakan pengkelasan Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Conventional.

Penyusunan dibuat mengikut kumpulan kerja seperti pengkelasan yang dibuat oleh Jabatan Tenaga Rakyat dalam Kamus Pengkelasan Pekerjaan. Kumpulan 1 misalnya ialah kumpulan kerjaya Profesional dan Pengurusan, sementara kumpulan 9 pula adalah kumpulan kerjaya Buruh.

Page 16: edu 3102 - nota (13) pj

PENYUSUNAN MAKLUMAT KERJAYA - Sambungan

Penyusunan dibuat berasaskan sama ada ia merupakan maklumat kerjaya atau maklumat akademik. Maklumat kerjaya mestilah dipisahkan dengan maklumat akademik. Maklumat akademik dalam negeri dan luar negara juga sangat perlu dipisahkan untuk memudahkan pencarian maklumat.

Page 17: edu 3102 - nota (13) pj

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA

Perantaraan Media Massa 

Melalui media cetak seperti Kamus Pengkelasan Pekerjaan, buku-buku kerjaya, majalah-majalah kerjaya, prospektus universiti dan institusi pengajian tinggi, surat khabar, pamplet agensi pekerjaan, buku skrap kerjaya.

Melalui media elektronik seperti internet, video-video kerjaya, filem-filem kerjaya, filem-filem slaid kerjaya, keset-keset kerjaya, dan maklumat-maklumat kerjaya yang telah diprogramkan di dalam komputer.

Page 18: edu 3102 - nota (13) pj

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYASecara Terus Kepada Individu

 

Melalui mata pelajaran Pendidikan Kerjaya di sekolah di mana semua pelajar terpaksa mengikutinya.

Membuat lawatan sambil belajar ke tempat kerja di mana individu berpeluang melihat dan berinteraksi dengan mereka yang terlibat dalam sesuatu pekerjaan.

Bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk mendapatkan pengalaman secara peribadi mengenai sesuatu pekerjaan yang diminati.

Menemuduga individu yang sedang bekerja dalam sesuatu bidang yang telah dikenalpasti sebagai satu atau salah satu bidang pekerjaan yang diminati.

Page 19: edu 3102 - nota (13) pj

PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA

Menggunakan Bantuan Teknikal 

Hari Kerjaya atau Minggu Kerjaya

Seminar, Kem, Bengkel dan Ceramah Kerjaya

Aktiviti ujian kerjaya termasuklah ujian personaliti, ujian minat kerjaya dan ujian nilai pekerjaan yang kendalikan oleh Jabatan atau Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya Sekolah

Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya

Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

Page 20: edu 3102 - nota (13) pj

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA

MAKLUMAT YANG BAIK

Maklumat mestilah menarik dan kemas

Maklumat mestilah ringkas dan padat

Elak daripada mengemukakan maklumat yang panjang tetapi berbelit-belit.

Page 21: edu 3102 - nota (13) pj

PENILAIAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan

MAKLUMAT YANG BAIK

Maklumat mestilah lengkap dengan segala butiran dan keterangan yang perlu.

Maklumat mestilah disusun dengan sistematik, berupaya memikat hati pengguna dan seelok-eloknya disertakan gambar dan ilustrasi.

Maklumat mestilah mengandungi butiran yang lengkap.

Page 22: edu 3102 - nota (13) pj

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK

Maklumat berkecamuk iaitu terlalu banyak maklumat dan tidak disusun secara teratur dan sistematik

Keterangan berbelit-belit di mana maklumat disampaikan menggunakan bahasa yang berbelit-belit dan sukar difahami

Maklumat yang dimuatkan panjang tetapi tidak lengkap di mana keterangan yang diaggap penting tidak dimuatkan

Page 23: edu 3102 - nota (13) pj

MAKLUMAT YANG TIDAK BAIK

Tidak teratur dan tidak sistematik di mana maklumat yang ada tidak disusun dengan baik

Tiada gambar dan ilustrasi yang boleh membantu individu melihat pekerjaan atau kerjaya secara visual. Gambar dan ilustrasi boleh memberikan gambaran kepada individu tentang sesuatu pekerjaan serta kerja-kerja yang dilakukan

Page 24: edu 3102 - nota (13) pj

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA

 

Melalui kajian atau penyelidikan yang dijalankan oleh kaunselor sama ada menggunakan soal selidik, pemerhatian atau temuduga.

Komen daripada pelajar yang pernah menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya.

Komen beberapa pihak sekolah yang ada di sekolah termasuklah komen oleh pengetua, guru-guru, pelajar dan kakitangan lain sekolah.

Page 25: edu 3102 - nota (13) pj

KEBERKESANAN PENYEBARAN MAKLUMAT KERJAYA … sambungan

 

Komen pihak lain yang terlibat secara tidak langsung di sekolah atau agensi seperti Persatuan Ibubapa Guru (PIBG), persatuan pekerja dan lain-lain.

Dapat diperhati secara tidak langsung melalui sambutan pelajar terhadap aktiviti kerjaya yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya di sekolah.

Page 26: edu 3102 - nota (13) pj