norzihana binti ismail - faculty of education · 2013. 11. 19. · borang soal selidik. hasil...

22
TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM NORZIHANA BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

    NORZIHANA BINTI ISMAIL

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

    SESI PENGAJIAN: 2008/2009

    Saya NORZIHANA BINTI ISMAIL

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

    tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap: Nama Penyelia:

    51 JLN INTAN4/7, PROF DR BAHARUDDIN ARISTMN INTAN,86000 KLUANG JOHOR

    Tarikh: 23APRIL 2009 Tarikh:23APRIL 2009

  • PENGESAHAN PENYELIA

    “Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis iniadalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

    Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

    Tandatangan : .......................................................

    Penyelia : Prof Dr Baharuddin Aris

    Tarikh : .......................................................

  • TAHAP LITERASI DAN PENGINTEGRASIAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

    NORZIHANA BINTI ISMAIL

    Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

    Pendidikan (Kimia)

    Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2009

  • Saya akui karya saya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan danringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : .......................................Nama Penyelidik : Norzihana binti IsmailTarikh : .......................................

  • DEDIKASI

    Buat ayah dan bonda tercinta,

    Ismail Kadar dan Norjaha Mohamed Sadheer

    Doa restu dan keprihatinan kalian terhadap minat anakmu dalam bidang ini amat

    bermakna buat diriku.

    Adinda-adinda Tersayang,

    Rizwana, Redzuan dan Ramzy,

    Yang menjadi inspirasi dan kekuatan diri ini, Jadikan kejayaanku pendorong

    buatmu semua...

    Buat Mohd Khairul Abu Seman,

    Terima kasih atas komen dan kritikan yang diberikan,

    Segala ilmu yang diberikan telah mencelikkan mindaku dalam menyiapkan kajian

    ini. Terima kasih sekali lagi kerana membantu di kala diriku dalam kebuntuan.

    Buat Warga 4 SPK Tersayang

    Komen dan cadangan yang kalian berikan telah banyak membantuku,

    Semoga perhubungan kita kekal selamanya.

    Serta tidak lupa buat rakan-rakan lain yang telah membantu dalam kajian ini,

    Tanpa bantuan dan bimbingan anda semua siapalah saya. Segala jasa akan

    dikenang selamanya.

  • PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-

    pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran.

    Selawat serta salam kepada baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat

    dan para pejuang Islam sepanjang zaman yang telah menunjukkan kita untuk sentiasa

    melalui jalan yang lurus.

    Setinggi penghargaan ikhlas saya kalungkan khas buat penyelia projek, Prof

    Dr Baharuddin Aris kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang

    proses penghasilan projek ilmiah ini. Segala panduan dan bimbingan yang

    dicurahkan telah banyak membantu saya dalam memahami projek ini.

    Kalungan penghargaan juga kepada keluarga tersayang – emak, ayah dan

    adik-beradik di atas sokongan moral dan doa kalian selama ini. Ribuan terima kasih

    kepada rakan-rakan seperjuangan serta responden-responden yang telah banyak

    memberikan komitmen dan kerjasama dalam menyempurnakan projek ilmiah ini.

    Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

    langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan dan menyiapkan projek

    ilmiah ini. Sekian terima kasih.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap literasi dan pengintegrasian

    komputer di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

    Malaysia (UTM) semasa menjadi guru pelatih. Responden kajian ini terdiri daripada

    116 orang pelajar-pelajar tahun akhir yang mengajar subjek Sains, Matematik, Fizik

    dan Kimia. Kajian ini merupakan suatu kajian deskriptif yang menggunakan perisian

    SPSS untuk menganalisis data. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah

    borang soal selidik. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa tahap literasi dari

    aspek pengetahuan terhadap komputer adalah dalam tahap tinggi yang mana purata

    peratus adalah 84.6 peratus, manakala dari aspek kemahiran terhadap komputer juga

    adalah pada tahap tinggi (purata peratusan adalah 68.1 peratus). Selain itu, didapati

    responden kajian ini bersikap positif terhadap penggunaan komputer dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan pengintegrasian

    komputer di kalangan responden adalah amat menggalakkan di mana mereka

    menggunakan komputer untuk pelbagai kegunaan. Masalah utama yang menjadi

    penghalang kepada pengintegrasian komputer adalah kekurangan tenaga pakar dalam

    bidang teknikal. Masalah-masalah lain adalah ketiadaan kemahiran asas komputer

    dan ketiadaan keyakinan menggunakan komputer di kalangan tenaga pengajar.

  • vi

    ABSTRACT

    The purpose of this study is to identify the level of literacy and integration of

    computer among final year students of Faculty Education, Universiti Teknologi

    Malaysia when they were trainee teachers. The respondents comprised of 116 final

    year students who taught Science, Mathematics, Physic and Chemistry subjects. This

    study is a descriptive study that used SPSS software for data analysis. Questionnaires

    were used as the instrument to obtain the data. Result showed that the overall average

    mean of students’ literacy level with aspect to information towards computer were at

    higher level which the overall percentage is 84.6 percent, while for aspect of

    computer skill, it also at higher level (overall percentage is 68.1 percent). Other that,

    the respondents showed positive attitudes towards using of computer in teaching and

    learning process. The result also showed the integration of computer among them

    very encouraging, which they are, used computer for various usage. Finally, the

    main problem of computer integration in teaching and learning are lack of experts in

    technical field. Other problems include no computer basic and no confidence in using

    computer among educators.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB TAJUK MUKASURAT

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN vi

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI LAMPIRAN xii

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan 1

    1.1 Latar Belakang Masalah 2

    1.2 Pernyataan Masalah 5

    1.3 Objektif Kajian 6

    1.4 Persoalan Kajian 7

    1.5 Batasan Kajian 8

    1.6 Definisi Operasi

    1.6.1 Literasi Komputer 8

    1.6.2 Pengintegrasian Komputer 9

    1.6.3 Pelajar UTM 9

    1.6.4 Guru Pelatih 10

    1.7 Kepentingan Kajian 10

    BAB 1

  • viii

    SOROTAN KAJIAN

    2.0 Pendahuluan 11

    2.1 Literasi Komputer 12

    2.2 Pengintegrasian Komputer 16

    BAB 2

    2.3 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer dan

    Masalah-masalah Dalam Pengintegrasian

    Komputer

    22

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pendahuluan 25

    3.1 Reka Bentuk Kajian 26

    3.2 Tempat Kajian 26

    3.3 Sampel Kajian 26

    3.4 Instrumen Kajian 28

    3.5 Kajian Rintis 29

    3.6 Pengumpulan Data 30

    3.6.1 Pentadbiran Instrumen Kajian 30

    3.7 Prosedur Pengumpulan Data 31

    BAB 3

    DAPATAN KAJIAN

    4.0 Pendahuluan 33

    4.1 Analisis Maklumat Diri Responden 34

    4.2 Analisis Dapatan Kajian

    4.2.1 Pengetahuan Terhadap Komputer 36

    4.2.2 Kemahiran Terhadap Komputer 40

    4.2.3 Pengintegrasian Komputer 42

    BAB 4

    4.2.4 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer

    dan Masalah-masalah Dalam Pengintegrasian

    Komputer

    44

    PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

    CADANGAN

    BAB 5

    5.0 Pendahuluan 49

  • ix

    5.1 Rumusan 50

    5.2 Perbincangan

    5.2.1 Perbincangan Literasi Komputer 51

    5.2.1.1 Pengetahuan Terhadap Komputer 52

    5.2.1.2 Kemahiran Komputer 52

    5.2.2 Perbincangan Pengintegrasian Komputer 53

    5.2.3 Perbincangan Sikap Terhadap

    Penggunaan Komputer

    55

    5.2.4 Masalah-masalah Dalam Pengintegrasian

    Komputer

    55

    5.3 Cadangan 57

    5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 59

    5.5 Kesimpulan 59

    BIBLIOGRAFI 61

    LAMPIRAN

  • x

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

    2.2 Kandungan dan Peruntukkan Masa bagi Matapelajaran Teknologi Maklumat dalam KDPM

    21

    3.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Tahun Akhir Mengikut Kursus

    27

    3.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Sampel Pelajar Tahun Akhir Mengikut Kursus

    28

    3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Lima Mata 29

    3.4 Pecahan Bilangan Item Soal Selidik 31

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

    4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

    4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus/Pengkhususan

    35

    4.4 Taburan Matapelajaran yang Diajar 36

    4.5 Tahap Pengetahuan Terhadap Perkakasan Komputer

    37

    4.6 Tahap Pengetahuan Terhadap Perisian Komputer

    39

    4.7 Tahap Kemahiran Responden Menggunakan Komputer

    41

    4.8 Bilangan Responden yang Mengunakan Komputer

    42

  • xi

    4.9 Taburan Kekerapan Responden yang

    Menggunakan Komputer

    43

    4.10 Taburan Responden yang Mengintegrasi

    Komputer Mengikut Kegunaannya

    44

    4.11 Sikap Terhadap Penggunaan Komputer 45

    4.12 Masalah-masalah Dalam Pengintegrasian

    Komputer

    47

  • xii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

    A Borang Soal Selidik 64

    B Analisis Statistik Deskriptif 71

    C Surat Memohon Data Pelajar 83

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Tahun 2000 merupakan tahun kesepuluh selepas tibanya era yang dikenali

    sebagai ‘Knowledge Era’ atau Era Pengetahuan (Trilling & Hood, 1999). Komputer

    telah menjadi salah satu alat yang penting dalam era pengetahuan ini. Dengan

    kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi komputer dan terciptanya komputer

    peribadi yang mempunyai keupayaan yang tinggi telah menjadi satu titik punca

    untuk komputer telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti

    perniagaan, hiburan dan juga pendidikan. Dalam kata lain, penggunaan komputer

    telah mengubah cara manusia bekerja, belajar, dan berhibur.

    Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan juga telah lama

    diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malah Malaysia

    juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan

    komputer ini. Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer

    maka penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita

    kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman

    informasi. Dunia tanpa sempadan, ICT, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian,

    dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita

    seolah-olah berada di dunia lain.

  • 2

    Pakar-pakar pula meramalkan bahawa menjelang tahun 2010 semua jenis

    pekerjaan harian akan melibatkan penggunaan komputer. Justeru itu, penggunaan

    komputer seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan.

    Terdapat program-program komputer yang menyediakan pelbagai kaedah dan

    pendekatan pembelajaran. Kanak-kanak sekarang mampu meneroka segala disiplin

    ilmu dengan hanya berinteraksi dengan komputer.

    Dalam perkembangan berkaitan, sekolah merupakan wadah terbaik untuk

    memberi pendedahan tentang komputer dan teknologi maklumat di mana guru

    merupakan agen perubahan suatu inovasi dalam dunia pendidikan (Nor Azilah,

    1997). Guru harus mempunyai pengetahuan komputer atau lebih tepat lagi celik

    komputer supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaan komputer dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    1.1 Latar Belakang Masalah

    Untuk memastikan Malaysia terus maju dan tidak ketinggalan dalam

    kepesatan teknologi komputer ini, negara perlu memiliki warganegara yang

    berdisiplin, proaktif dan berilmu pengetahuan terutamanya dalam ilmu-ilmu yang

    bersifat kontemporari. Warganegara seumpama ini dapat dibentuk melalui proses

    pendidikan. Oleh itu, sistem pendidikan harus disesuaikan dengan keperluan semasa

    agar generasi akan datang berfikiran kritis serta mampu menghadapi cabaran-cabaran

    di alaf baru.

    Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan ini sebenarnya sudah lama

    diperkenalkan. Di Malaysia amnya, program pengkomputeran mula diperkenalkan

    ke sekolah-sekolah secara rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling

    Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut, program

    pengkomputeran di sekolah-sekolah mula dilaksanakan dan berkembang secara

    beransur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Pada Januari

    1989, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan program “Komputer

  • 3

    Dalam Pendidikan” atau dikenali sebagai KDP yang mana program ini merangkumi

    tiga peringkat perkembangan.

    Apabila disoroti kembali tentang perkembangan teknologi komputer dan

    Internet di Malaysia, perkembangan ini banyak berkait rapat dengan usaha

    pembangunan dan pelaburan kerajaan dalam bidang teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT) di mana kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang

    besar bagi tujuan tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-8 (Sobhi, 2007). Pelbagai

    usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan memaksimumkan

    penggunaan ICT di kalangan rakyat Malaysia dalam menjelmakan masyarakat

    Malaysia kepada sebuah masyarakat yang bermaklumat (knowledge based society).

    Ianya selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Tun Dr

    Mahathir Mohamad pada tahun 1991 yang mana dalam Era Maklumat ini masyarakat

    Malaysia seharusnya berubah untuk menjadi sebuah masyarakat yang lebih berdaya

    saing sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat global.

    Teknologi pengkomputeran dan perkakasannya merupakan komponen utama

    dalam bidang ICT yang perlu dikuasai oleh masyarakat sekiranya ingin maju dan

    bersaing di peringkat global. Literasi komputer dan multimedia merupakan

    “pengetahuan permukaan” yang berkesan untuk memperoleh pengetahuan mendalam

    dan mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian

    sistem-sistem berasaskan ICT seperti e-dagang, e-pengurusan, e-pendidikan dan

    bidang yang berkaitan.

    Untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam literasi

    komputer dan maklumat, sudah tentu ia bermula di peringkat sekolah dan institusi

    pengajian. Institusi pendidikan menghadapi cabaran baru akibat daripada persaingan

    yang hebat di kalangan masyarakat dunia dalam abad ke-21 ini. Pengintegrasian ICT

    dalam P&P perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT

    secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses

    dan keberkesanan dalam P&P (Rusmini, 2003). Menurut Rusmini (2003) lagi,

    matlamat utama pengintegrasian ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu

    pelajar memperkembangkan kebolehan dan potensi diri dari segi penggunaan,

  • 4

    pengurusan dan pemahaman mengenai ICT. Peranan ICT dalam P&P akan

    membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan

    penilaian.

    Selaras dengan perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran Malaysia

    melalui Bahagian Pendidikan Guru telah melaksanakan program latihan dalam ICT

    kepada guru-guru pelatih bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada awal tahun

    1990-an. Pelaksanaan program tersebut kemudiannya disusuli dengan Kursus

    Pengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan

    Ijazah. Selain Bahagian Pendidikan Guru, program-program latihan kepada guru

    sekolah rendah dan menengah turut dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

    melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

    Guru-guru pelatih pada masa kini adalah bakal guru terlatih yang akan

    mengajar di sekolah-sekolah pada masa hadapan nanti. Latihan yang mencukupi

    serta sikap dan persepsi yang positif terhadap komputer adalah amat penting agar

    bakal-bakal guru ini dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah

    dipelajari sewaktu mereka mengajar kelak. Latihan asas yang kukuh akan dapat

    menentukan keinginan mereka untuk terus meningkatkan dan juga menambah

    pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang komputer ini di mana mereka

    tidak hanya mampu menggunakan komputer untuk melakukan tugasan mereka malah

    mereka boleh membaiki dan membuat penyelenggaraan terhadap komputer-

    komputer di sekolah, menghasilkan alat bantu mengajar berasaskan teknologi

    komputer seperti CD-ROM pembelajaran dan bermacam-macam lagi.

    Di samping itu, Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang sedang

    meningkatkan literasi komputer rakyatnya. Dasar kerajaan, kerjasama rakyat dan

    kemudahan infrastruktur merupakan faktor yang utama (Utusan Malaysia, 2002).

    Kebanyakan sekolah menengah mahu pun sekolah rendah di seluruh negara sudah

    dilengkapi dengan komputer dan juga makmal komputer. Bilangan komputer yang

    diperoleh serta cara penggunaannya mungkin berbeza-beza dari satu sekolah dengan

    sekolah yang lain. Apabila sekolah dan masyarakat telah mula menerima teknologi

    komputer maka keperluan pendidikan dikatakan telah menjangkaui penguasaan

  • 5

    literasi komputer. Jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari

    tentang komputer tetapi juga tahu menggunakan komputer sebagai alat untuk

    memudahkan kerja-kerja harian.

    Bakal-bakal guru perlu kompeten dalam teknologi komputer agar dapat

    menghasilkan persekitaran pembelajaran yang multidimensi dengan komputer

    sebagai komponen integral kurikulum. Oleh itu, kajian tentang literasi dan

    pengintegrasian komputer perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan

    program-program komputer yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga untuk

    mendapatkan maklum balas daripada guru-guru pelatih terhadap pengetahuan dan

    kemahiran komputer di kalangan mereka.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Penggunaan komputer merupakan satu alternatif baru ke arah

    mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar

    tentang kecanggihan sistem teknologi masa kini. Penggunaan komputer ini

    sebenarnya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan,

    memberangsangkan serta dapat disesuaikan dengan keperluan individu pelajar.

    Rancangan untuk memasukkan pendidikan komputer dalam kurikulum telah pun

    dilaksanakan dengan perwujudan sekolah bestari yang merupakan salah satu aplikasi

    perdana Koridor Raya Multimedia (MSC).

    Dalam kajian Hannafin dan Savenye (1993), 60% daripada guru-guru sekolah

    menengah yang mengajar Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris tidak pernah

    menggunakan komputer dalam kelas. Menurut kajian Cuthell (1998) terhadap 3400

    orang guru di Universiti Keele pada tahun 1996 pula, didapati 70% daripada mereka

    jarang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Ini menunjukkan bahawa walaupun penggunaan komputer telah diiktiraf penting,

    masih terdapat ramai guru yang tidak atau enggan menuju ke arah perubahan inovasi

    ini.

  • 6

    Usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju hanya akan tercapai jika

    setiap golongan masyarakat, terutamanya golongan pendidik, bersedia menghadapi

    sebarang cabaran dan dugaan. Ini kerana golongan pendidik merupakan penggerak

    sebenar kemajuan negara. Dalam era teknologi maklumat antara cabaran-cabaran

    utama sudah tentu termasuk usaha untuk memperoleh literasi komputer. Menurut

    Zoraini (1985), seseorang itu hanya boleh dikatakan mempunyai literasi komputer

    jika ia mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif terhadap

    komputer. Di Malaysia, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan telah

    mula untuk meningkatkan tahap literasi komputer para pendidik. Setakat ini usaha

    kementerian banyak melibatkan mengadakan kursus-kursus pengenalan komputer

    dan pembinaan perisian komputer. Memandangkan aspirasi negara adalah untuk

    mewujudkan sesuatu masyarakat yang berbudayakan teknologi maklumat dan

    pengetahuan, adalah dijangkakan bahawa kementerian pendidikan akan menggiatkan

    lagi usaha untuk memastikan para pendidik mempunyai literasi komputer.

    Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik beranggapan bahawa satu daripada

    cabaran yang penting untuk ditinjau adalah tahap literasi dan pengintegrasian

    komputer. Dengan itu, penyelidik telah memilih untuk melakukan kajian ini ke atas

    pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang

    menjadi guru pelatih bagi subjek Kimia, Fizik, Sains dan Matematik. Kajian ini juga

    meninjau sikap pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

    Malaysia terhadap pengintegrasian komputer dan masalah-masalah dalam

    mengintegrasikan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    1.3 Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap literasi dan

    pengintegrasian komputer pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM

    semasa menjadi guru pelatih. Selain itu, kajian ini merangkumi juga sikap pelajar-

    pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM terhadap pengintegrasian komputer dan

    masalah-masalah dalam mengintegrasikan komputer. Kajian ini dijalankan

  • 7

    berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenal pasti. Objektif kajian ini

    adalah:

    1. Mengetahui tahap pengetahuan komputer di kalangan pelajar tahun

    akhir Fakulti Pendidikan, UTM.

    2. Untuk mengetahui tahap kemahiran komputer di kalangan pelajar

    tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM.

    3. Untuk menilai tahap pengintegrasian komputer di kalangan pelajar

    tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjadi guru pelatih.

    4. Untuk menilai sikap pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM

    terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P.

    5. Untuk mengenal pasti masalah-masalah dalam pengintegrasian

    komputer.

    1.4 Persoalan Kajian

    Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

    1. Apakah tahap pengetahuan komputer di kalangan pelajar tahun akhir

    Fakulti Pendidikan, UTM?

    2. Apakah tahap kemahiran penggunaan komputer di kalangan pelajar

    tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM?

    3. Sejauh manakah pengintegrasian komputer di kalangan pelajar tahun

    akhir Fakulti Pendidikan, UTM semasa menjadi guru pelatih?

    4. Apakah sikap pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM terhadap

    penggunaan komputer dalam proses P&P?

    5. Apakah masalah-masalah dalam pengintegrasian komputer?

    1-page_depan.doc2-PENGESAHAN STATUS_EDIT.doc3-Pengesahan_Penyelia.doc4-ABSTRAK.doc5-KANDUNGAN.docpra-capaian.doc