iii - faculty of education | universiti teknologi … tahap penggunaan teknologi dalam industri...

28

Upload: hoangtu

Post on 27-Jul-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini
Page 2: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

ii

Page 3: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

iii

TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN

MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR,

BAHRU

NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 4: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

iv

Page 5: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

v

DEDIKASI

Istimewa untuk ……… Ayahanda dan Bondaku tercinta ……….

JAZZAKALLAHU KHAIRAN KASIRA untuk semua,

Terutama sekali buat Ayahandaku

(Abu Bakar Bin Mohd) dan Bondaku

(Asmariah Binti Senik)

di atas pengorbanan kalian yang tidak jemu-jemu mendidik dan membesarkan ku

selama ini.

Pesanan untuk kekanda dan adindaku yang dikasihi Noraini

Norizan Sayuti

Sanusi

Mohd Ali Norsuhaida

Wahai kekanda dan adindaku !

“Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka ilmu itulah hartamu,

dan apabila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.”

“sentiasa ingat pada pesanan ayahanda dan bonda mu kerana mereka mahu kamu menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.”

Juga buat rakan-rakan seperjuangan ….

Terutama saudara Rafidah, Dianna, Rose, Raja, Ainshah, Ain, ina, ino, Azwah,

Faiz, Fatma.

Jasa dan budi kalian tidak akan ku persiakan

semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT

Sekian Terima Kasih

Page 6: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

vi

Penghargaan

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan

ikhlas buat penyelia projek Professor Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin yang

telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat,

memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan

ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat pengusaha-pengusaha

IKS yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam

memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang

telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat

dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan Nurul Rofishah, Lim Kai Lee, Mohamad Zhurad,

Basharuddin, Khoo Tong Ein, Tan Tsuey Wen dan Noor Hazwan yang turut

membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

vii

ABSTRAK

Industri kecil dan sederhana (IKS) semakin banyak wujud di Malaysia

terutamanya di kampung-kampung yang kebanyakan melibatkan diri dalam bidang

makanan. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi oleh

firma IKS. Seramai 24 orang responden yang terdiri daripada pengusaha makanan

IKS yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana

(SMIDEC) bagi daerah Johor Bahru telah dipilih untuk menjawab borang set soal-

selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk

frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS 11.5). Ia mengandungi 32 item yang diukur dengan

menggunakan skala likert. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .89. Hasil

kajian menunjukkan tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan

organisasi dan pemprosesan bahan dalam indusri pemprosesan makanan berada pada

tahap tinggi. Namun begitu tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan dan

pemasaran produk masih lagi berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya

hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan teknologi dalam industri

pemprosesan makanan berada pada tahap tinggi. Di akhir kajian ini, beberapa

cadangan telah diberikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang menghalang

penggunaan teknologi dalam IKS pemprosesan makanan.

Page 8: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

viii

ABSTRACT

The number of Small and Medium Industries (SMIs) in Malaysia has

increased tremendously especially in rural areas whereby most of the SMIs are

involved in the food business. This research studied the level of usage of technology

at SMIs. Twenty four entrepreneurs who involved in the food industry were chosen

to participate in the research have registered with Small and Medium Industries

development corporation (SMIDEC) in the Johor Bahru were the respondents to the

questionnaire given. The data was analyzed descriptively in a form of frequency and

percent using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 11.5) software. It

consist 32 item which have been measured using Likert scale. The reliability value of

this instrument is α = .89. Research finding shows that the level of technology usage

in organization management system and material processing in food processing

industry are high. While the level of technology usage in packaging and marketing

product was still in the medium level. Overall the research finding shows that level

of technology usage in food processing industry was high. Several suggestions were

made to overcome the weaknesses that hinder technology usage in SMIs food

processing.

Page 9: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop kajian 12

Page 10: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

x

1.8 Definisi / Istilah 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Definisi Teknologi 16

2.3 Penggunaan Teknologi Dalam Industri

Pemprosesan Makanan 18

2.3.1 Penggunaan Teknologi Dalam

Pemprosesan Bahan 18

2.3.2 Penggunaan Teknologi Dalam

Pembungkusan Produk 20

2.3.3 Penggunaan Teknologi Dalam

Pemasaran Produk 20

2.3.4 Penggunaan Teknologi Dalam

Sistem Pengurusan Organisasi 27

2.4 Kesimpulan 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Kerangka Operasi 33

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Kajian Rintis 39

3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 40

3.7 Analisis Data 41

3.8 Andaian Kajian 43

Page 11: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xi

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data Bahagian A 45

4.2.1 Latar Belakang Responden 45

4.2.2 Latar Belakang Industri 47

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 50

1.3.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap

Penggunaan Teknologi Dalam

Pemprosesan Bahan Dalam

Industri Pemprosesan Makanan

Di IKS? 51

1.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap

Penggunaan Teknologi Dalam

Pembungkusan Produk Dalam

Industri Pemprosesan Makanan

Di IKS? 54

1.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah Tahap

Penggunaan Teknologi Dalam

Pemasaran Produk Dalam Industri

Pemprosesan Makanan Di IKS? 56

1.3.4 Persoalan Kajian 4 : Apakah Tahap

Penggunaan Teknologi Dalam Sistem

Pengurusan Organisasi Dalam Industri

Pemprosesan Makanan Di IKS? 59

1.3.5 Persoalan Kajian 5 : Apakah Tahap

Penggunaan Teknologi Dalam Industri

Pemprosesan Makanan Di IKS Mengikut

Tempoh Industri Beroperasi? 61

4.4 Kesimpulan 63

Page 12: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xii

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Kajian 65

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 68

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 68

5.3.2 Rumusan Latar Belakang Industri 69

5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian 70

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 71

5.4.1 Persoalan Kajian 1:

Tahap Penggunaan Teknologi Dalam

Pemprosesan Bahan Dalam Industri

Pemprosesan Makanan Di IKS

Daerah Johor Bahru, Johor. 71

5.4.2 Persoalan kajian 2 :

Tahap Penggunaan Teknologi Dalam

Pembungkusan Produk Dalam

Industri Pemprosesan Makanan Di

IKS Daerah Johor Bahru, Johor. 73

5.4.3 Persoalan Kajian 3 :

Tahap Penggunaan Teknologi Dalam

Pemasaran Produk Dalam Industri

Pemprosesan Makanan Di IKS

Daerah Johor Bahru, Johor. 74

5.4.4 Persoalan Kajian 4 :

Tahap Penggunaan Teknologi Dalam

Sistem Pengurusan Organisasi Dalam

Industri Pemprosesan Makanan Di IKS

Daerah Johor Bahru, Johor. 76

5.4.5 Persoalan Kajian 5 :

Tahap Penggunaan Teknologi Dalam

Industri Pemprosesan Makanan

Di IKS Di Daerah Johor Bahru,

Page 13: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xiii

Johor Mengikut Tempoh

Industri Beroperasi. 78

5.5 Cadangan 79

5.5.1 Cadangan Kepada Pengusaha IKS 80

5.5.2 Cadangan Kepada Pekerja 84

5.5.3 Cadangan Kepada Agensi Terlibat 85

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.7 Penutup 87

VI BIBLIOGRAFI 89

VII LAMPIRAN 97

Page 14: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1. Nama Industri Yang Berdaftar Dengan SMIDEC 36

3.2. Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 38

3.3. Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan

Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan

Kajian.

39

3.4. Skala Peringkatan 5 Mata Kepada 3 Mata 41

3.5. Kriteria Menganalisis Data 42

3.6. Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 42

4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina 45

4.2. Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.3. Taburan Responden Mengikut Umur 46

4.4. Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik

46

4.5. Taburan Responden Mengikut Faktor-Faktor Yang

Mendorong Pengusaha Menceburu Bidang

Perniagaan

47

4.6. Taburan Industri Mengikut Tempoh Industri

Beroperasi.

47

4.7. Taburan Industri Mengikut Modal Berbayar 48

4.8. Taburan Industri Mengikut Bilangan Pekerja

Sepenuh Masa.

49

4.9. Taburan Industri Mengikut Jenis Produk Keluaran. 49

Page 15: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xv

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.10. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan

Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam

Pemprosesan Bahan.

51

4.11. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan

Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam

Pembungkusan Produk.

54

4.12. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan

Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam

Pemasaran Produk.

56

4.13. Taburan Responden Mengikut Frenkuensi Dan

Peratus Bagi Penggunaan Teknologi Dalam Sistem

Pengurusan Organisasi.

59

4.14. Taburan Peratus Bagi Penggunaan Teknologi

Dalam Industri Pemprosesan Makanan Di IKS

Mengikut Tempoh Industri Beroperasi.

61

4.15 Taburan Keseluruhan Purata Peratus Bagi

Persoalan Kajian Dalam Industri Pemprosesan

Makanan Di IKS

63

Page 16: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xvi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 35

Page 17: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xvii

SENARAI SINGKATAN

CEO : Ketua Pegawai Ekskutif

FAMA : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

MARA : Majlis Amanah Rakyat

MARDI : Institut Kemajuan Dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

MEDEC : Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia

MIMOS : Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia

MITI : Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

NIC : Negara-negara Industri Baru

NPC : Perbadanan Daya Pengeluaran Negara

SMIDEC : Perbadanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana

SPSS : Statistical Package for the Social Sciences

Page 18: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Jadual Determining Sample Size For

Research

98

B Nama Dan Alamat Industri 100

C Borang Kaji Soal Selidik 105

D Kebolehpercayaan Kajian Rintis 112

E Pengesahan Borang Kaji Set Soal Selidik 114

F Surat Perakuan UTM 116

Page 19: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mungkin ramai daripada kalangan masyarakat Malaysia masih tertanya-tanya

mengapa, sejak akhir-akhir ini, kerajaan begitu serius dalam membangunkan industri

kecil dan sederhana (IKS). Mereka juga mungkin tertanya-tanya bila dan di mana

perubahan ini berlaku? Adakah Malaysia sahaja yang berbuat demikian ataupun

negara-negara lain turut mengalami “demam” yang sama? Siapa pula yang

memulakannya? ( Mohd Rosli, 2000)

Sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut, adalah perlu bagi kita untuk meneliti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia. Dua petikan berikut diambil supaya setiap daripada kita mendapat gambaran secara sepintas lalu tentang perubahan tersebut.

Titik permulaannya ialah di Amerika Syarikat. Ia mempunyai kaitan dengan penciptaan peluang pekerjaan di mana sejak kebelakangan ini kemunculan firma kecil mula dirasai. (Acs dan Audretsch, 1990:2) Tempoh masa berikutan krisis minyak 1974 telah menyaksikan

penyemarakan semula minat kerajaan dan ahli akademik terhadap industri kecil dan sederhana dan sumbangannya kepada ekonomi dalaman. Kebanyakkan industri besar gagal menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan dan kos relatif. Inflasi,

Page 20: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

2

pengangguran dan kelembapan pelaburan adalah antara beberapa isu kritikal yang dihadapi kerajaaan (United Nations, 1993:10)

Komitmen terhadap pembangunan IKS turut ditunjukkan oleh sebahagian besar negara membangun. Negara-negara Industri Baru (NICs) seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura memang bergantung tinggi kepada keupayaan IKS mereka bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sumbangan dan kepentingan IKS di Malaysia secara keseluruhannya dapat

dilihat dalam beberapa aspek. Antara lain, termasuklah membuka peluang pekerjaan,

sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran

wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk,

membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja

terlibat baik di peringkat pekerja mahupun di peringkat pengurusan, membantu

dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing dan membantu dalam

meningkatkan hubung jalin dengan firma besar serta memperkukuhkan struktur asas

industri negara (Mohd Asri, 1997)

Dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda negara kita pada masa kini, golongan pengusaha IKS adalah sebagai agen yang menyumbang kepada sebahagian kemajuan negara. Beberapa usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan agar lebih ramai golongan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan ini. Di antaranya ialah mengadakan tabung pinjaman untuk IKS dengan melonggarkan beberapa kriteria dan syarat di dalam tabungan itu. Mengikut Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan IKS, Kalsom (Tabung IKS Mendapat Sambutan, 1998) berkata,

berikutan pelonggaran itu, ia menggalakan IKS memohon pinjaman dengan lebih mudah dan sekaligus membolehkan pengeluran pinjaman dibuat lebih cepat dengan sebelumnya.

Kenyataan ini selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz Datuk Seri (Industri Kecil

Dan Sederhana Disyorkan Guna Proses Keluaran Terkini, 1993) yang menyatakan

bahawa,

Page 21: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

3

buat permulaan, permohonan pinjaman daripada IKS memang lembab kerana kriteria ketat yang dikenakan tetapi selepas pelonggaran keatasnya, barulah ia berjaya menarik perhatian syarikat. Antara kriteria baru yang diperkenal dan mendapat pelonggaran ialah fungsi memperluaskan pinjaman tabung IKS sehingga meliputi semua bidang, bukan sahaja untuk tujuan eksport malah menjana kapasiti pengeluaran sedia ada termasuk modal kerja. Sebanyak 116 permohonan bernilai RM173.133 juta sudah diluluskan dalam tabung IKS sejak ia dilancarkan Disember 1997.

Kerajaan menyedari kepentingan mempunyai IKS yang kukuh kerana kira-

kira 80 peratus daripada pengeluaran barangan di negara ini datang daripada sektor

berkenaan. Dengan kesedaran ini sebanyak RM100 juta diperuntukkan dalam

Rancangan Malaysia Ke-Tujuh bagi program pembangunan teknologi dan bentuk

geran untuk diberi kepada IKS membiayai projek pembangunan dan penyelidikan.

(Majalah Usahawan,1999).

Bagi mencapai matlamat kerajaan untuk mempunyai IKS yang kukuh,

mantap dan berpotensi ke arah menyumbangkan kepada ekonomi negara, pengusaha

IKS perlu mengetahui dan memahami serta mempratikkan pengurusan yang cekap

dan berkualiti. Dengan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi dapat

menyempurnakan rancangan-rancangan yang disusunkan dan seterusnya mencapai

matlamat pertubuhannya.

Di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas, kita telah menyaksikan

pertumbuhan industri makanan yang memberi sokongan besar pada harapan kita

untuk menggalakkan pertumbuhan IKS. Kita boleh memetik berbagai-bagai contoh,

umpamanya keropok dan kerepek pisang serta beberapa banyak jenis barang

makanan lagi yang sudah diterima baik oleh orang tempatan tetapi tidak pernah

dihasilkan oleh industri yang lebih besar. Kini hasil makanan tempatan ini bersaing

dengan beberapa jenis biskut yang telah diperkenalkan, atau sudah kita ketahui benar

sebagai barang import dari negara perindustrian. Pada hari ini, orang asing pun sudah

menikmati kerepek pisang, chip ubi kentang ala Malaysia, keropok dan lain-lain lagi.

Oleh itu, bidang makananlah yang berpotensi bagi IKS di negara ini. ( Ibrahim Abu

Shah, 1995).

Page 22: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Peningkatan persaingan perdagangan di peringkat antarabangsa dan masalah

kekangan buruh di peringkat sejak akhir-akhir ini telah menekan Malaysia supaya

berubah daripada industri berintensif buruh kepada berintensif modal yang

berorientasi teknologi dan automasi.

Industri makanan di Malaysia semakin berkembang dan mengalami

perubahan. Hampir setiap hari produk-produk baru dihasilkan. Teknologi moden

turut sama berkembang secara dramatiknya mengubah proses yang standard dengan

mencipta formula baru dan persaingan dalam bidang memproses dan pembungkusan

khususnya.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-Empat, pihak kerajaan telah menetapkan

untuk menjadikan industri kecil, termasuk industri kecil makanan sebagai salah satu

daripada alat untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Industri kecil dan

makanan dengan ciri-cirinya yang tertentu berupaya memainkan peranan yang

penting dalam konteks pembangunan ekonomi sesebuah negara membangun kerana

ianya dapat menimbulkan banyak peluang pekerjaan dengan kos modal yang agak

rendah. Ini disebabkan ia berkaitan rapat dengan penggunaan tenaga buruh secara

intensif. Sektor ini juga boleh dijadikan pengerak ke arah memesatkan penggunaan

sumber-sumber tempatan seperti modal tabungan keluarga, kemahiran dan sumber

bahan mentah.

Di Malaysia terdapat 320 buah kilang pemprosesan makanan dan minuman

yang bergiat dalam sektor industri makanan dan minuman. Industri ini boleh

menyumbangkan permintaan tenaga sumber manusia di sekitar 100,000,000 orang

pekerja. Kadar pengambilan pekerja juga semakin meningkat kerana wujudnya

kilang baru dan didorong oleh keadaan ekonomi negara dan antarabangsa yang

bertambah baik, ini dapat dibuktikan dengan peningkatan eksport keluaran makanan

dari 2,574 juta pada tahun 1993 kepada 3,126 juta pada tahun 1998. Ia merupakan

Page 23: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

5

eksport yang kesembilan terbesar dalam sektor perindustrian Malaysia (FMM

Directory, 1999)

Seterusnya, mengikut Laporan Ekonomi dan Sosial 2000/2001 (2000), permintaan terhadap barangan makanan dan minuman di negeri Johor secara khususnya telah meningkat 5% - 6% berbanding kejatuhan sebanyak 2% pada tahun 1998. Kenaikan ini berikutan keadaan pendapatan dan pasaran tempatan yang mulai meningkat. Dengan itu, dapat dilihat bahawa sektor industri dalam memenuhi permintaan pasaran domestik selain daripada berperanan dalam pasaran eksport di luar negara.

Malangnya, IKS di negara ini sering ditonjolkan sebagai sektor yang

menggunakan teknologi paling minimum. Mengikut bancian MITI pada awal tahun

1995, 8.0 % sahaja daripada keseluruhan IKS yang berdaftar di Malaysia

menggunakan teknologi tinggi dalam sektor perindustrian. (Rahim, 1995)

Laporan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan bahawa

IKS menguasai diantara 90% hingga 93% sektor pembuatan negara, dengan

menyumbang sebanyak RM 23.2 billion pendapatan negara. Bagaimanapun mutu

pengeluaran masih lagi di tahap yang rendah. Menteri Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Datin Seri Rafidah Aziz menyarankan syarikat IKS memperbaiki mutu

pengeluaran barangan dengan cara meningkatkan tahap penguasaan teknologi atau

membaiki sistem pemprosesan supaya barangan yang dikeluarkan boleh dijualkan

dengan harga yang murah. (Industri Kecil Dan Sederhana Disyorkan Guna Proses

Keluaran Terkini, 7 Julai 1993).

Fokus utama adalah bagaimana industri ini perlu diperkembangkan atau

sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukannya dalam persaingan pasaran hari ini.

Menurut laporan majalah usahawan, tingkat teknologi dalam IKS rata-ratanya masih

pada tahap yang rendah dan kebanyakkannya masih menggunakan kaedah tradisional

dalam proses pembuatan produk terutamanya dalam industri kecil. Pelbagai usaha

telah dijalankan bagi mengatasi masalah ini, namun hanya beberapa kerat sahaja

yang benar-benar berani membuat perubahan. Begitu juga dengan strategi mereka

memperkenalkan hasil keluaran di pasaran. (Saiful Amri Mohd Hussain, 1996).

Page 24: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

6

Kedatangan era berteknologi dan penggunaan teknologi moden secara meluas

membolehkan sebuah negara menjadi maju. Ini kerana penguasaan teknologi moden

akan menambah dan meningkatkan daya saing dalam pasaran antarabangsa

seterusnya membaiki taraf hidup rakyat. Untuk menjadi sebuah negara maju,

Malaysia perlu beralih daripada ekonomi berfokus pengeluaran dan intensif buruh

kepada ekonomi berfokus teknologi dan perkhidmatan dan ia mesti dilakukan

secepat mungkin. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad turut

menegaskan di dalam ucapan beliau yang berbunyi :

New and emerging technologies had the potential to bring tremendous reward

to investors and the country. While it is true that investors have to exercise prudence before they put in a single ringgit into their ventures it is advisable that they understand emerging and technologies and their impact on the future. If investors do not make the effort to understand the technology, it is unlikely that they will invest and if they do not invest, not only will they eventually lose out but the country will also miss an opportunity to increase its wealth, raise gainful employment, educate to people and peruse profitable follow-up technologies and corresponding products (New Straits Time, March 1998, m.s 1)

Kajian Hamidin Md. Nor (1999), yang bertajuk “Faktor-faktor kejayaan

pengusaha IKS bumiputera dalam pemprosesan makanan di Johor Bahru. Pengguna

kini semakin berpendidikan dan mereka mementingkan kualiti makanan. Makanan

yang berkualiti bermaksud mempunyai rasa dan tekstur yang baik, selamat untuk

dimakan serta berkhasiat, mempunyai tempoh tarikh luput yang lama dan kos yang

berpatutan. Pengusaha yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan boleh maju

kehadapan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, pengusaha perlu

mengekalkan standard teknologi yang digunakan, bukan sekadar luaran sahaja tetapi

merangkumi sistem dan prosedur.

Malangnya, kini kebanyakkan pengusaha makanan tidak memberikan

perhatian kepada sains dan teknologi. IKS merasakan mereka tidak mampu untuk

membeli peralatan dan mesin yang canggih tetapi mampu mengambil pekerja dan

membayar upah kepada mereka. Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka

menafikan kemudahan ada dengan baik. Dengan bantuan dan keprihatinan yang

diberikan oleh kerajaan dan persatuan-persatuan peniaga serta badan-badan yang

Page 25: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

7

terlibat dan tindak balas yang positif daripada pihak pengusaha teknologi di kalangan

usahawan akan meluas.

Kajian yang dijalankan oleh Nurul Emiliza Binti Md Tahir (1998) adalah

bertajuk “kesan penggunaan teknologi dan strategi pemasaran di dalam industri kecil

dan sederhana (kajian kes : projek pisang salai di batu pahat, johor). Kajian ini dibuat

untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi moden dalam penghasilan pisang salai

dan strategi pemasaran yang digunakan oleh industri pisang salai agar dapat

dikomersialkan.

Hasil kajian didapati bahawa tahap penggunaan teknologi moden telah mula

digunakan tetapi bilangannya adalah terhad dan pemasaran pisang salai perlu

diperluaskan lagi pada masa akan datang. Selain itu, strategi pemasaran juga perlu

diperbagaikan agar produk yang dipasarkan diketahui oleh orang ramai seterusnya

peluang pasaran yang lebih luas dapat diwujudkan.

Dengan yang demikian, penyelidik turut merasakan adalah penting untuk

mengenal pasti agar industri ini terus dapat membantu negara dalam memperbaiki

tahap imbangan pembayaran luaran dengan cara mengeksport keluaran tersebut ke

luar negara. Maka, keperluan kehadiran teknologi dalam membantu industri

pembuatan makanan di negeri Johor supaya dapat meningkatkan keupayaan,

kecekapan serta keberkesanan dalam pengeluaran amat diperlukan. Namum kejayaan

dalam peningkatan tahap pemilikan teknologi pula amat bergantung kepada

keupayaan sektor itu sendiri untuk menerima teknologi daripada luar. Dengan tahap

pemilikan teknologi yang tinggi maka ini akan dapat membantu Malaysia secara am

dan negeri Johor sendiri secara khususnya untuk menjadikan sebagai negeri

pengeluar utama barangan makanan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa pada

masa akan datang.

Page 26: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

8

1.3 Penyataan Masalah

Sektor perindustrian tempatan yang berintensif teknologi dapat membantu

usaha ke arah merealisasikan matlamat negara yang terkandung dalam wawasan

2020. Ini dapat dilihat melalui kemajuan penuh sesebuah negara yang maju

menjelang tahun 2020 termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,

psikologi dan kebudayaan. Wawasan ini bermakna, Malaysia perlu mempunyai

keupayaan untuk memajukan dan menyelaraskan sumber asing dan teknologi

tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia tidak dapat

mengelakkan diri daripada menerima teknologi negara maju sehingga menjadikan

proses pemindahan teknologi asing itu semakin penting. Teknologi asing memainkan

peranan penting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara.

Penggunaan teknologi dengan optimum membolehkan firma IKS diletakkan

sebaris dengan firma-firma besar yang lain seterusnya dapat memberi persaingan

yang sewajarnya. Namun, apakah tahap penggunaan teknologi dalam industri

pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru Johor?

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian

yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat

dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah :

i. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pemprosesan

bahan dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor

Bahru, Johor.

ii. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan

produk dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor

Bahru, Johor.

Page 27: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

9

iii. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam pemasaran produk

dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru,

Johor.

iv. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan

organisasi dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah

Johor Bahru, Johor.

v. Mengenal pasti tahap penggunaan teknologi dalam industri

pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru, Johor mengikut

tempoh industri beroperasi.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa

persoalan telah diajukan iaitu:

i. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pemprosesan bahan dalam

industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?

ii. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pembungkusan produk

dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?

iii. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam pemasaran produk dalam

industri pemprosesan makanan di IKS di daerah Johor Bahru?

iv. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam sistem pengurusan

organisasi dalam industri pemprosesan makanan di IKS di daerah

Johor Bahru?

Page 28: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi … TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PEMPROSESAN MAKANAN DI IKS DI DAERAH JOHOR, BAHRU NOORHAYATI BINTI ABU BAKAR Tesis ini

10

v. Apakah tahap penggunaan teknologi dalam industri pemprosesan

makanan di IKS di daerah Johor Bahru, Johor mengikut tempoh

industri beroperasi ?