fakulti pendidikan faculty of education · pdf fileisu-isu pendidikan di malaysia ......

22
FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education ___________________________________________________________ GGGC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA TUGASAN : DASAR 60:40 SAINS DAN SASTERA : SEJAUH MANA TERCAPAI KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR, HALANGAN DAN INTERVENSI PENYELESAIAN , DASAR DAN PELAKSANAAN DI NEGARA MAJU. ( PPPM 2013 - 2025) NAMA AHLI KUMPULAN & NO. MATRIK : SENARAI NAMA AHLI NO. MATRIK MOHD IZZUDDIN BIN CHE AZAHARI P69069 HABSAH BINTI MOHD NOOR P76265 KUZIANA BINTI KUBUT P76241 JAMILAH BINTI OTHMAN P74701 `ALIAA NABILAH BINTI KAMARUDIN P79092 SHAIDATUL NADIRA BINTI SHAHARUM P79021

Upload: lyhuong

Post on 05-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

FAKULTI PENDIDIKAN

Faculty of Education

___________________________________________________________

GGGC 6033

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN :

DASAR 60:40 SAINS DAN SASTERA : SEJAUH MANA TERCAPAI KRITERIA

PEMILIHAN PELAJAR, HALANGAN DAN INTERVENSI PENYELESAIAN , DASAR

DAN PELAKSANAAN DI NEGARA MAJU. ( PPPM 2013 - 2025)

NAMA AHLI KUMPULAN & NO. MATRIK :

SENARAI NAMA AHLI NO. MATRIK

MOHD IZZUDDIN BIN CHE AZAHARI P69069

HABSAH BINTI MOHD NOOR P76265

KUZIANA BINTI KUBUT P76241

JAMILAH BINTI OTHMAN P74701

`ALIAA NABILAH BINTI KAMARUDIN P79092

SHAIDATUL NADIRA BINTI SHAHARUM P79021

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

1

DASAR 60:40 SAINS DAN SASTERA : SEJAUH MANA TERCAPAI KRITERIA

PEMILIHAN PELAJAR, HALANGAN DAN INTERVENSI PENYELESAIAN , DASAR

DAN PELAKSANAAN DI NEGARA MAJU. ( PPP 2013 - 2025)

Abstrak

Sasaran mencapai Dasar 60:40 bagi pelajar aliran sains dan sastera yang menuntut di sekolah dan

institusi pengajian tinggi masih jauh kerana hanya 29 peratus yang berada dalam aliran sains

pada tahun 2012. Penulisan ini membincangkan kemerosotan bilangan pelajar dalam aliran sains

dan teknikal yang menjadi sesuatu yang membimbangkan kerana keperluan kepakaran dalam

bidang ini sangat kritikal dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara maju berteknologi

tinggi menjelang 2020. Antara faktor penyebab kemerosotan pelajar dalam aliran sains dan

teknikal ialah kurang minat, menganggap subjek sains susah dan tidak mempunyai sudut

pandangan yang luas dalam bidang kerjaya yang boleh diceburi. Kesedaran bahawa subjek sains

dan teknikal ini penting dalam memacu kemajuan negara menyebabkan sistem pendidikan

negara melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha menggalakkan pelajar bukan sahaja

meneruskan pengajian dalam bidang sains malahan turut berminat untuk menceburkan diri dalam

bidang teknikal dan vokasional seperti mana di negara-negara maju contohnya di Jepun dan

Korea. Sungguhpun terdapat cabaran dan kekangan dalam mencapai dasar ini, usaha berterusan

untuk mencapai dasar perlu dilakukan. Selain memainkan peranan dalam memberi kesedaran

kepada pelajar tentang kepentingan aliran sains, matematik dan teknikal, menyesuakan dengan

kebolehan dan minat pelajar mungkin akan memudahkan pihak kementerian memenuhi misi

dasar 60:40 seterusnya hasrat mencapai negara maju akan tercapai.

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memberi ruang bagi

Kementerian Pendidikan memperbaiki mutu sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia.

Masalah penjurusan pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang aliran sains dan teknikal

masih belum dicapai dalam sistem pendidikan negara kita. Nisbah pelajar aliran sains:sastera

(60:40) masih jauh untuk dipenuhi sekiranya usaha yang sewajarnya tidak diambil. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan kadar

nisbah pelajar yang berminat dalam menceburi bidang sains dan teknikal mampu

dipertingkatkan.

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

2

Perkembangan dasar pendidikan di Malaysia bermula dengan dasar yang termaktub dalam

Ordinan Pelajaran 1957, diikuti dengan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta

Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang menggariskan

dasar utama pembentukan negara bangsa tetapi juga mengutarakan dasar pendidikan untuk

menghasilkan tenaga kerja profesional dan mahir dalam pelbagai bidang termasuk Sains dan

Teknologi (Hussin dan Zakuan, 2009). Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, Sains dan

Teknologi merupakan teras utama dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang

memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan sumber manusia dalam teknologi

strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses

membangunkan satu ekonomi perindustrian moden (Wawasan 2020).

Oleh itu, usaha ke arah pendidikan sains dan teknikal merupakan wacana yang telah dibentuk

sejak dari zaman selepas kemerdekaan lagi. Dasar pendidikan negara mengalami perubahan ke

arah pendidikan yang menjana pembangunan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran

Tinggi (1967) telah menetapkan peralihan nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam bidang

sains/teknikal kepada sastera secara beransur-ansur mulai tahun 1970 dari nisbah 45 peratus

pelajar dalam bidang sains/teknikal dan 55 peratus pelajar dalam bidang sastera kepada 60

peratus pelajar dalam sains/teknikal dan 40 peratus dalam sastera mulai tahun 1980.

Jawatankuasa tersebut telah mengesyorkan supaya unjuran enrolmen pelajar terutama di

peringkat pendidikan menengah atas dan peringkat tinggi mengikut nisbah 60 peratus dalam

sains dan teknikal dan 40 peratus dalam bidang sastera (Hussin dan Zakuan, 2009).

(Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2004b). Dasar ini juga disebut dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 (KPM, 2001b).

“The provision of science and technology education is part of a continuing effort to create a

scientific, progressive and knowledgeable society as well as critical,creative and competent

students. … Pedagogical innovations such as the implementations of F1 Technology Challenge

and Robotics programmes were introduced to attract more students”

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

3

Education in Malaysia: Towards Excellence, KPM (2009: 39)

Kenyataan di atas menunjukkan komitmen tinggi KPM dalam memajukan pendidikan sains di

Malaysia. Selain itu, “Wawasan 2020” yang dilancarkan pada 28 Februari 1991 juga meletakkan

harapan dan cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang saintifik dan

progresif pada tahun 2020 (Mahathir, 1991). Untuk itu, pendidikan sains perlu memberi

penekanan terhadap pembangunan modal insan sebagaimana yang dinyatakan dalam Model

Ekonomi Baru negara (National Economic Advisory Council (NEAC), 2010).

Pelbagai inisiatif telah diadakan dan banyak peruntukan telah dicurahkan dalam usaha untuk

mencapai sasaran nisbah ini sejak dasar 60:40 ini diperkenalkan. Antara tahun 1971 sehingga

1973, sebanyak sepuluh buah Sekolah Menengah Sains telah dibina (Jabatan Pendidikan Teknik,

1996) untuk menampung pelajar aliran sains. Begitu juga dengan Maktab Rendah Sains MARA

(MRSM) (BPPDP, 2000). menarik lebih ramai pelajar mengikuti aliran sains, sekolah

diperuntukkan RM30 setiap tahun bagi setiap orang pelajar yang memilih satu matapelajaran

elektif sains (BPPDP, 2000) yang kemudiannya dikaji semula menjadi RM14 per kapita per

matapelajaran (KPM, 2010). Ini juga termasuk menempatkan pelajar yang mendapat C6 dan ke

atas dalam SRP dan PMR ke dalam aliran sains secara mandatori dan memberikan biasiswa

kepada pelajar cemerlang aliran sains untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dasar

Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2004b) mencadangkan supaya ditambah bilangan makmal sains

tulen.

Selain KPM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut memainkan peranan untuk

meningkatkan penyertaan pelajar dalam aliran sains. Dalam Pelan Tindakan Pembangunan

Teknologi Perindustrian, sebanyak RM 3.6 juta telah memperuntukkan untuk 12 projek di

sekolah dan maktab perguruan bagi meningkatkan kesedaran sains dan teknologi (BPPDP,

1996). Pada tahun 1994 sehingga 1999, sebanyak RM 34.5 juta diperuntukkan oleh kementerian

yang sama untuk pelaksanaan 97 projek kesedaran sains dan teknologi.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

4

Namun begitu, penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya

mencapai nisbah yang telah ditetapkan pada tahun 1967 ini. Menurut statistik yang diterbitkan

oleh KPM dari tahun 1981 sehingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai

aliran sains belum pernah mencapai nisbah 60:40.

Faktor kemerosotan pelajar memilih aliran Sains dan Teknikal berbanding aliran sastera

Dasar 60:40 aliran Sains/Teknikal: Sastera yang telah diwujudkan oleh kerajaan dalam

Laporan Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1967 masih belum dicapai sepenuhnya.

Terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan kemerosotan pelajar dalam membuat pilihan sama

ada aliran sains dan teknikal atau sastera semasa di peringkat sekolah menengah atas. Menurut

Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera (2013) terdapat

kemerosotan bilangan yang membimbangkan bagi pelajar yang mengikuti aliran Sains di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Selain itu, terdapat penurunan graduan universiti antara 30

hingga 50 peratus dalam masa 8 ke 10 tahun ini. Dalam laporan ini dirumuskan bahawa orang

muda mempunyai pandangan yang stereotaip terhadap visi profession dan kerjaya dalam bidang

sains dan teknologi. Kurikulum sains dan teknologi dilihat terlalu rigid dan ketinggalan selain

sebahagian guru di peringkat rendah dan menengah kekurangan latihan dalam sains dan

teknologi.

Ayob ( 2012) mendapati minat pelajar terhadap sains dan matematik merosot merupakan

fenomena dunia. Laporan OECD (2010) mendapati trend enrolmen membimbangkan dalam

bidang seperti matematik, fizik dan Kimia. Peratusan pelajar aliran sains belum meningkat lebih

kurang 29 peratus sehingga tahun 2012 sedangkan sasaran negara ialah 60 peratus pada tahun

2020.

Sebenarnya, kemerosotan bilangan pelajar jurusan sains sama ada di sekolah mahupun di

IPT bukanlah perkara baru. Ada tiga sebab utama masalah itu berlaku, iaitu kerana kurang

minat, tanggapan subjek sains susah, dan prospek kerjaya yang terhad. Apa

membimbangkan ialah ketiga-tiga faktor yang berakar umbi sejak di sekolah menengah itu

menyebabkan bilangan pelajar sains peringkat universiti turut merosot dengan ketara.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

5

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

Menurut Phang et. al (2010) polisi nisbah 60:40 sains : sastera telah diamalkan dalam

sistem pendidikan negara melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, perkara 4.9, apabila sebuah

jawatankuasa di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (1962),

melakukan kajian ke atas hala tuju pembangunan sumber manusia. Jawatankuasa Perancangan

Pelajaran Tinggi (1967) melaporkan bahawa 4% daripada pelajar sekolah bakal meneruskan ke

peringkat pengajian tinggi. Oleh yang demikian, untuk memastikan negara mempunyai sumber

manusia dalam bidang sains, 60 peratus pelajar sekolah harus mengikuti aliran sains.

Kementerian Pelajaran mengelaskan seseorang pelajar (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

sebagai pelajar jurusan sains atau sastera mengikut klasifikasi yang ditetapkan BPPPD berikut :

Dua kumpulan mata pelajaran Sains dan Teknologi digolongkan sebagai murid Sains dan

Teknologi. Dua kumpulan matapelajaran itu ialah mata pelajaran teras (sains teras) dan mata

pelajaran elektif (kumpulan Vokasional dan teknik, Kumpulan Sains dan Teknologi Maklumat).

Ini berbeza dengan Aliran Sastera yang mana pelajar perlu mengambil subjek sains

paduan (teras) dan sebarang subjek lain yang tidak berunsurkan sains seperti perakaunan dan

perdagangan. Bagi pelajar yang memperoleh keputusan sekadar memuaskan pula boleh memilih

untuk menjalani pengkhususan berbentuk vokasional di sekolah-sekolah teknik.

Pemilihan pelajar mengikut aliran-aliran ini turut dipengaruhi oleh polisi nisbah 60:40

yang telah diamalkan dalam sistem pendidikan negara sejak 48 tahun yang lalu. oleh kerajaan

dalam Laporan Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1967 Kerajaan telah menetapkan

matlamat dasar ini bagi melahirkan lebih ramai sumber manusia yang berkepakaran tinggi dalam

bidang Sains dan Teknologi sebagaimana yang diilhamkan dalam Wawasan 2020.

Pelaksanaan dasar ini mampu membantu negara melahirkan lebih ramai rakyat yang

membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak langsung akan

mewujudkan kesedaran tentang kepentingan sains dan teknologi selaras dengan cabaran ke-6

Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

6

mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Apabila lebih ramai tenaga mahir dan kepakaran dapat dibentuk, Malaysia mampu membina

kekuatan untuk bersaing setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Usaha untuk menguasai sains dan teknologi bukan sahaja terus dipergiat malahan ia

sering menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor pendidikan bagi negara-negara seperti

Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun yang telah jauh ke hadapan dalam bidang

Sains dan Teknologi. Ini menunjukkan betapa negara-negara tersebut menyedari bahawa

penguasaan dalam bidang sains dan teknologi ini membolehkan mereka meneroka, bahkan

memonopoli pelbagai disiplin ilmu dan kekayaan alam. Ini sekaligus mampu memberi pulangan

yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Menurut Azmi Zakaria (1999) dalam Razali

Hassan et. al. (2013) pada era ledakan teknologi maklumat dunia tanpa sempadan ini, dengan

kehidupan yang serba canggih dan mencabar, kebolehan dan penguasaan bidang sains dan

teknologi seringkali menjadi kayu ukur kepada ketinggian martabat sesuatu negara bangsa.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa , kuantiti dan kualiti tenaga kerja yang

menguasai dan mampu menyesuaikan diri dalam bidang sains dan teknologi terkini amat penting

demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian, dengan adanya

dasar 60:40 ini diharap mampu untuk mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam

kepakaran bidang sains dan teknologi di negara Malaysia.

3.0 SOROTAN LITERATUR

Satu kajian analisis (Fatin Aliah), sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis

peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran yang telah dilakukan di sembilan buah IPTA bagi

tempoh 2001-2010. Tujuan kajian tersebut adalah untuk merumuskan faktor yang dikenalpasti

sebagai peyumbang utama kepada kekurangan penyertaan pelajar dalam aliran sains di negara ini

dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki masalah tersebut.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

7

Kajian ini mendapati bahawa ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan

yang diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains. Mereka juga mempunyai minat

yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik. Walaubagaimanapun,

kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam

matapelajaran sains dan matematik yang menyebabkan mereka tidak meneruskan pembelajaran

dalam aliran sains. Faktor pengajaran guru, sistem penilaian , faktor demografi dan pengurusan

sekolah secara tidak langsung mempengaruhi penyertaan pelajar dalam aliran sains.

Kajian yang berkaitan telah dijalankan iaitu faktor - faktor penurunan kadar peratusan

penyertaan pelajar dalam aliran sains. Kajian Nordin ( 2011) ke atas 107 orang pelajar tingkatan

dua di sebuah sekolah di Mukah, Sarawak bagi mengukur tahap sikap dan melihat perbezaan

penguasaan konsep asas Sains berdasarkan kategori kelas. Kajian menunjukkan pelajar tingkatan

dua mempunyai minat (57.9%) dan persepsi ( 72.0%) yang tinggi terhadap sains (65.4%) dan

tahap penguasaan konsep asas sains yang sederhana (43.9%).

Pada umumnya, pelajar beranggapan matapelajaran sains dan matematik adalah sukar

untuk dipelajari. Persepsi ini timbul kerana ramai pelajar mengalami kesukaran pembelajaran

dan mendapat pencapaian yang rendah dalam sains dan matematik. Masalah lazim yang dihadapi

para pelajar adalah seperti, kefahaman konsep sains dan matematik yang tidak mencukupi,

kelemahan penguasaan pengetahuan sains dan matematik serta kesukaran membina dan

menguasai konsep sains (Teng, 2002; Rojahan, 2004; Hanafi, 2005).

Ada beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai penentu kepada keupayaan pelajar dalam

memahami, membina dan menguasai konsep sains dan matematik. Antaranya ialah keupayaan

pelajar membina dan menguasai konsep saintifik, tahap pemikiran kognitif pelajar (khususnya

tahap pemikiran formal dan konkrit), strategi pengajaran guru dan kemahiran proses sains yang

lemah (Abd Rahman, 2003; Rahayu, 2008).

Terdapat hasil kajian terdahulu yang menunjukkan guru masih cenderung menggunakan

strategi pengajaran yang berorientasikan peperiksaan (khususnya pendekatan behaviorisme dan

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

8

latih tubi yang berfokus kepada hafalan) berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran

berfikir (Ooi, 2002; Lim, 2007).

Walaupun ramai guru dan pelajar merasakan subjek Sains dan Matematik merupakan subjek

yang sukar, mereka mempunyai persepsi dan penerimaan yang baik terhadap kepentingan aktiviti

amali dalam pembelajaran sains. Aktiviti amali dalam pembelajaran sains diakui penting dalam

menambahkan minat pelajar terhadap Sains, menguatkan pemahaman pelajar terhadap konsep

sains di samping meningkatkan kemahiran saintifik pelajar. Namun, kajian mendapati bahawa

penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar adalah rendah.

Secara keseluruhannya, kebanyakan hasil kajian menyatakan bahawa pelaksanaan aktiviti amali

dalam pembelajaran sains dilaksanakan pada tahap sederhana. Guru berpandangan bahawa faktor

utama yang mempengaruhi keberkesanan penerapan kemahiran proses sains dalam kalangan

pelajar ialah faktor pengetahuan dan kemahiran guru, strategi pengajaran guru dan disiplin

pelajar semasa amali manakala faktor sampingan pula ialah faktor pencapaian pelajar dalam

matapelajaran Sains. Selain faktor strategi pengajaran guru, kekangan masa juga merupakan

penghalang kepada penerapan kemahiran proses sains yang berkesan (Khalidah, 2002; Zarina,

2005; Umi Rohafizah, 2008).

Berdasarkan kajian terdahulu didapati tahap minat, kesediaan dan keupayaan guru sains dan

matematik terhadap penggunaan ICT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah

positif. Terdapat banyak lagi hasil kajian yang menunjukkan tahap keupayaan yang tinggi dalam

kalangan guru dan ahli profesional pendidikan tentang penggunaan pelbagai perisian aplikasi.

Selain itu mereka juga berkeupayaan merekabentuk dan membangunkan berbagai-bagai jenis

perisian multimedia pendidikan, khususnya untuk kegunaan P&P dalam pendidikan sains dan

matematik. Semua hasil kajian mendapati bahawa penggunaan pelbagai bentuk ICT dapat

membantu keberkesanan PdP sains dan matematik, sama ada dari perspektif kognitif, afektif dan

juga psikomotor (Pani Malar, 2006; Saifulnizan, 2007; Nurfaiza, 2008).

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

9

4.0 DASAR PENDIDIKAN DAN KEPERLUAN SEMASA

Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, sains dan teknologi merupakan teras penting dalam

perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan

keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan

budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden

(Wawasan 2020).

Sasaran awal Wawasan 2020 yang bermatlamat mencapai taraf negara maju belum

berjaya dicapai berdasarkan beberapa kajian, ukuran dan unjuran yang dilakukan terhadap

produk pelajar yang dihasilkan sebagai modal insan negara. Dalam teori fungsionalisme

(Durkheim, 1956) yang berkisar tentang pembangunan modal insan, pendidikan dan sekolah

adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat berfungsi mengikut keperluan dalam masyarakat

sesuai dengan zaman semasa. Pendidikan yang diberikan haruslah melatih pelajar terhadap

kepelbagaian tugas dan keberkesanan peranan mengikut keperluan mahupun berdasarkan

kecenderungan dan minat pelajar itu sendiri. Pengkhususan dalam pendidikan yang diberikan

akan menjadikan pelajar sebagai ahli masyarakat yang dapat berfungsi secara berkesan. Pada

masa yang sama peluang pendidikan yang diberi tidak menafikan hak setiap pelajar untuk

mendapat peluang yang sama supaya semua boleh memainkan peranan dan menyokong dalam

membentuk masyarakat yang maju dan stabil.

Isu kemerosotan pelajar aliran sains mungkin nampak ketara apabila dibandingkan

dengan aliran sastera di sekolah menengah. Isu kurangnya bilangan atau kelayakan pelajar untuk

berada dalam kelas sains mungkin bukan satu isu jika pendidikan mengambil kira bahawa

kemajuan negara tidak semestinya bergantung kepada bilangan pelajar yang berada dalam aliran

sains atau sastera. Pada tahun 1987, terdapat 70 buah sekolah teknik dan vokasional di negara

ini yang pada asalnya hanya bertujuan melahirkan kumpulan juruteknik atau tenaga teknikal

separuh mahir. Pelajar-pelajar di sekolah teknik adalah kumpulan pelajar yang mendapat

pencapaian baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah

yang layak untuk berada dalam aliran sains ke tingkatan 4, sementara kumpulan pelajar yang

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

10

masuk ke sekolah vokasional dalam kategori pelajar yang lemah dalam pencapaian mereka.

Namun demikian, disebabkan kelemahan sistem pendidikan untuk menyesuaikan pelajar dengan

keperluan tenaga kerja negara, maka kumpulan ini tidaklah mencapai tahap kemahiran yang baik

dan tinggi seperti negara- negara maju yang menjadikan kelompok ini sebagai kumpulan

masyarakat yang berkemahiran tinggi dan separuh mahir yang dapat menyumbang secara

optimum kepada kemajuan negara.

Secara perbandingan, enrolmen pelajar teknikal dan vokasional di Jerman sebanyak 60

peratus, Jepun 28 peratus dan Taiwan 70 peratus (Ishak Yusuf & Rahmah Ismail, 1997). Dalam

membuat perbandingan pencapaian status sesebuah negara kerajaan dan KPM akhirnya sedar

bahawa ukuran terhadap pencapaian negara maju bukanlah semata-mata kerana bilangan pelajar

berkelulusan sains dan teknologi dan pelajar daripada aliran sastera. Sebaliknya, ia lebih kepada

mengatur pelajar mengikut disiplin pelajaran yang diperlukan dalam situasi semasa yang

membolehkan pelajar menjurus kemahiran mereka kepada sektor-sektor yang menjana ekonomi

bagi mencapai status negara maju.

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang diperkenalkan pada tahun 1964 berkembang

dari segi pertambahan bilangan pelajar namun tidak agresif dari segi peningkatan kemahiran dan

kepelbagaian kemahiran yang ditawarkan. Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia

Teknikal (1995) bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang 2020

dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjurus pelajar ke bidang teknik

semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di

beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan

politeknik.

Jika dibandingkan dengan negara Jepun, fokus pendidikan vokasional ditawarkan pada

peringkat menengah rendah dan kemudian difokuskan kepada menengah atas. Sistem pendidikan

di sekolah memperuntukkan 50 - 70 peratus masa pembelajaran difokuskan kepada pendidikan

teknik dan vokasional sementara masa selebihnya untuk subjek matematik, bahasa Jepun dan

bahasa asing. Peringkat pengajian tinggi pula pelajar boleh memilih sama ada meneruskan untuk

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

11

vokasional atau kajian saintifik. Pendidikan vokasional turut ditawarkan secara separuh masa

dengan kolaborasi sekolah menengah. Pelajar yang telah tamat akan diberikan sijil kelayakan

yang berkaitan. Kolej teknologi di Jepun kebiasaannya mengambil masa antara empat dan lima

tahun tetapi pelajar boleh memilih untuk menamatkan lebih awal dan melanjutkan pengajian ke

universiti dan memperolehi “Associates Degree”. Satu hal yang sangat penting bahawa

biasanya graduan teknikal di Jepun akan mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan

pengajian.

Di negara Finland, daripada 95.5 peratus yang tamat pendidikan asas, 2.5 peratus

meneruskan pendidikan umum secara pilihan, 54.5 peratus meneruskan pengajian ke menengah

atas dan 38.5 peratus mengikuti program asas bagi latihan dan vokasional. Pendidikan

vokasional disediakan untuk pelajar dan juga golongan dewasa yang telah bekerja sama ada

untuk mendapatkan sijil kemahiran, melanjutkan pengajian untuk kepakaran dan ada juga yang

belajar tanpa menjurus kepada sijil. Pelajar yang mengikuti program matrikulasi juga juga

mengikuti asas bagi program teknik dan vokasional. pendidikan teknik dan vokasional adalah

antara asas bagi kelayakan ke politeknik dan universiti.

Jika dilihat di negara Korea Selatan, pelajar di sana boleh memilih aliran teknik dan

vokasional bermula pada umur 15 tahun. Sebanyak 27 peratus dari seluruh pelajar Korea Selatan

mendaftar di sekolah-sekolah aliran teknik dan vokasional ini. Dari jumlah tersebut, 43 peratus

akan masuk ke kolej sementara 25 peratus masuk ke universiti. Kementerian Pendidikan Korea

Selatan kini sedang memperbaiki program-program pendidikan kerjaya untuk para graduannya

di samping menyusun semula struktur kurikulum di sekolah-sekolah vokasional. Pelajar

digalakkan mengenalpasti bakat dan kebolehan masing-masing di peringkat awal persekolahan

bagi meneruskan pembelajaran yang berasaskan kerjaya dengan lebih mudah dan berfokus

sepanjang persekolahan rendah dan menengah. Ini menunjukkan negara Korea Selatan juga

komited dalam menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi.

Jelas di sini bahawa kini pendidikan teknikal dan vokasional semakin diperakui sebagai

komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sistem pendidikan negara, malah berperanan

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

12

penting dalam meningkatkan kemajuan negara. Kemahiran yang diperolehi melalui pendidikan

teknikal dan vokasional mampu membantu untuk menangani isu pengangguran. Di Malaysia,

berdasarkan statistik yang diperolehi dari Kementerian Sumber Manusia menyatakan pada tahun

2010, sebanyak 3.6 peratus kadar pengangguran direkodkan, sementara pada tahun 2015 kadar

pengangguran dijangka menurun menjadi 3.1 peratus. Tren penurunan ini dijangka berterusan

sehingga menjelang tahun 2020 menjadikan peratusan pengangguran sebanyak 2.7 peratus.

Walaupun terdapat tren penurunan terhadap kadar pengangguran, bilangan kekosongan jawatan

dalam bidang kemahiran masih banyak yang perlu diisi. Ini dapat dilihat dalam Laporan Tahunan

Jabatan Perburuhan yang melaporkan pada tahun 2010, sektor pembuatan mempunyai 296,000

peluang pekerjaan untuk dipenuhi. Tahun 2011 menyaksikan peningkatan drastik kekosongan

jawatan dalam sektor pembuatan sebanyak 689,000 sementara tahun 2012 kadar ini menurun

kepada 598,000. Ini menunjukkan terdapat permintaan tinggi terhadap sumber tenaga kerja

mahir yang seharusnya mampu dibekalkan oleh graduan bekas pelajar aliran teknik dan

vokasional.

4.1 Transformasi Pendidikan

Pembaharuan dalam bidang pendidikan merupakan agenda penting setiap negara.

Malaysia yang masih memegang status negara membangun perlu mengutamakan pembangunan

berterusan sistem pendidikan sebagai asas ke arah pembentukan negara maju. Sistem pendidikan

negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik demi melahirkan individu

yang mampu berkembang maju dan bersaing pada peringkat global. Jika dilihat secara

keseluruhannya, negara kita berjaya menyebar luas akses kepada pendidikan untuk seluruh

warganya dalam tempoh 50 tahun ini terutama dari segi penyertaan murid di sekolah-sekolah

selain peningkatan kemahiran literasi dalam kalangan dewasa. Namun, realiti yang lebih

kompleks dapat diperhatikan apabila masih terdapat jurang perbezaan prestasi dan tahap

keupayaan pelajar antara negeri, daerah dan sekolah yang perlu ditangani demi mencapai sasaran

menjadi negara berpendapatan tinggi.

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

13

Keberhasilan pendidikan kerap kali diukur melalui pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan negara adalah untuk memastikan setiap murid

dibekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam pendidikan. Strategi

pendidikan negara ini yang memberi penekanan kepada pembangunan kandungan pengetahuan

yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa nampaknya tidaklah memberi

hasil seperti mana yang diharapkan.

Kaedah mengukur pencapaian dan perbandingan pelajar melalui Programme for

International Students (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study

(TIMMS) menunjukkan prestasi pelajar yang menurun antara tahun 2009 dan 2011. Membuat

andaian pelajar negara ini lemah berbanding negara yang mendapat keputusan lebih baik seperti

Singapura mungkin bukan satu jawapan tepat. Kualiti pelajar harus diukur juga berdasarkan

aspek lain seperti perkembangan rohani dan jasmani. Ini juga menjelaskan keputusan ujian PISA

dan TIMMS yang memberi tumpuan kepada soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi

seperti aplikasi dan pengetahuan sementara ujian di negara ini masih pada tahap menguji

pengetahuan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan suatu langkah

berani dan inovatif yang dibentuk sebagai panduan menuju sasaran negara maju. Terdapat dua

aspek berkaitan sistem pendidikan masa depan yang digambarkan sekiranya berjaya

ditransformasikan iaitu aspek keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid. Aspirasi

sistem yang berdasarkan hasil kandungan laporan pendidikan sebelum ini diteruskan dalam pelan

transformasi pendidikan negara kerana dilihat masih relevan dalam usaha meningkatkan mutu

pengurusan pendidikan. Lima hasil yang ingin dicapai menerusi pelan ini ialah akses

pendidikan yang sama dan mudah, kualiti mengikut standard piawaian antarabangsa, ekuiti atau

kemudahan untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan

pengurusan berkecekapan tinggi. Sementara itu aspirasi murid ialah bertujuan untuk memastikan

setiap murid mencapai potensi sepenuhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Hasrat Malaysia untuk mencapai dua aspirasi ini adalah berkait rapat dengan konteks negara

maju yang ingin dicapai.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

14

4.2 Cabaran mencapai dasar

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjadi cabaran kepada para

pelajar yang berhadapan dengan saingan dalam peringkat global. Dasar PPPM yang ada cuba

membina satu asas kukuh bagi memastikan pelajar negara ini berupaya memenuhi aspirasi

supaya negara mempunyai siswazah STEM yang berkelayakan sebagai tenaga kerja industri

yang menyumbang kepada ekonomi menjadi sebuah negara maju.

Sungguhpun golongan berpendidikan teknikal dan vokasional di negara maju telah

membuktikan mereka adalah pemacu ekonomi negara dalam kemajuan industri, sayangnya di

negara ini kumpulan ini dipandang rendah kerana bekerja dalam kelompok kolar biru.

Tanggapan masyarakat bahawa kerja yang mereka lakukan adalah kategori buruh bawahan dan

menerima upah yang kecil menyebabkan masyarakat tidak menggalakkan anak-anak mereka

belajar dalam aliran teknikal dan vokasional. Dalam sistem di sekolah, pelajar ini dikategorikan

kelas kedua kerana dianggap lemah dalam akademik walhal pelajar sekolah teknik adalah pelajar

aliran sains dan biasanya mempunyai asas matematik yang kukuh untuk diterima masuk.

Halangan dalam meningkatkan keupayaan pelajar dalam STEM juga melibatkan

kebolehan dan prestasi guru. Antara masalah yang timbul adalah guru-guru yang perlu dilatih

kembali apabila kurikulum diperbaharui atau disemak semula. Dalam bidang teknikal dan

kejuruteraan, guru yang ada kurang kemahiran dalam praktikal menyebabkan guru bermasalah

dalam menyampaikan kemahiran teknologi yang sesuai kepada pelajar. Pengetahuan dan

kemahiran guru yang tidak setara dengan perkembangan teknologi di sektor industri

menyebabkan pelajar tidak mendapat kemahiran yang diperlukan. Teknologi yang pesat

berkembang juga menyebabkan pelajar tertinggal dalam arus kemajuan. Kurikulum yang hanya

menekankan maklumat dan mengenepikan aspek amali akan mengurangkan minat pelajar yang

lebih suka kepada latihan praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran, contohnya bagi

pelajar aliran teknik dan vokasional.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

15

Bagi pelajar, dalam proses pembelajaran abad ini, pengetahuan STEM semata-mata tidak

lagi memadai. Pendidikan zaman ini menyediakan pelajar untuk ke pasaran kerja yang penuh

persaingan. Industri yang ada menghendaki pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah,

kemahiran berfikir aras tinggi dan mampu menyelesaikan masalah. Jika pelajar tidak mampu,

maka pelajar tidak dapat bersaing dalam dunia kerja yang sebenar. Kandungan kurikulum dan

pengajaran secara praktikal harus relevan dengan perkembangan semasa. Kualiti pengajaran dan

pembelajaran amat perlu ditingkatkan sesuai dengan keperluan semasa. Guru-guru harus

mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam subjek masing-masing bagi memudahkan

penyampaian ilmu. Selain memberikan pengetahuan dan menyediakan pelajar untuk

peperiksaan, pelajar harus berpeluang berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Ibu bapa

seharusnya memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak dan sedar mengenai STEM itu

sendiri. Maklumat dan pengetahuan harus ditingkatkan. Ibu bapa seharusnya menggalakkan dan

seterusnya menyokong penglibatan pelajar dalam STEM. Peluang kerjaya dalam STEM juga

harus diteroka secara meluas.

Cabaran yang tidak kurang penting yang dihadapi pelajar adalah infrastruktur yang tidak

mencukupi untuk pelajar serta usang. Makmal sains, bengkel yang rosak dan kurang peralatan

akan memberi impak buruk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini mungkin

menjadi situasi yang mencabar dan menjejaskan minat pelajar.

4.3 Intervensi penyelesaian

Seperti negara-negara lain yang meletakkan agenda pendidikan sebagai pemacu utama

bekalan sumber manusia negara di masa hadapan, Malaysia juga melakukan hal yang sama. Arus

globalisasi menunjukkan dunia sedang berubah dengan peningkatan pengaplikasian Sains,

Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang turut mengubah hala tuju pembangunan

sumber manusia. Sebagai langkah untuk memastikan Malaysia mempunyai sumber manusia

dalam bidang Sains dan Teknologi, Dasar 60:40 Sains/Teknikal : Sastera dengan polisi 60%

pelajar sekolah menengah rendah harus mengikuti aliran Sains yang telah diperkenalkan sejak

1967. Pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh pihak Kementerian namun peratusan pelajar

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

16

yang layak tetapi tidak berminat semakin meningkat. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan

terhadap keupayaan sistem pendidikan menyediakan sumber manusia dengan kemahiran STEM

yang mencukupi untuk keperluan ekonomi negara. Sebagai kesinambungan kepada sasaran dasar

tersebut, satu Pelan Tindakan telah dibentuk bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam

STEM.

Terdapat beberapa elemen yang perlu diperkukuh agar pelaksanaan dan penyampaian STEM

menjadi lebih berkesan antaranya :

1. Penambahbaikan kualiti infrastruktur di sekolah

- Data pendidikan menunjukkan sebanyak 20 peratus sekolah mempunyai makmal Sains

yang rosak atau tidak boleh digunakan. Manakala sesetengah makmal tidak dilengkapi

peralatan dan kemudahan yang moden secukupnya

2. Mengukuhkan asas pembelajaran

- Meningkatkan keberhasilan dan minat murid melalui pendekatan pembelajaran baru dan

pemantapan kurikulum

3. Mengukuhkan kemahiran dan kebolehan guru

4. Meningkatkan kesedaran pihak awam dan murid

5. Pemberian insentif

6. Menambah bilangan pusat latihan atau pusat penyelidikan bagi tujuan ‘on job training’

untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi guru dan pelajar.

Selain KPM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu memainkan peranan untuk

meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang Sains. Selain kerjasama yang dijalinkan dengan

MOSTI dan MASTIC, pihak kementerian juga harus bekerjasama dengan media bagi

melaksanakan kempen kesedaran awam melalui televisyen, surat khabar dan media sosial.

Hubungan erat haruslah dipupuk antara pihak kementerian dengan institusi swasta dalam

usahasama untuk penyelidikan dan latihan sama ada kepada pelajar dan guru. Industri boleh

memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan membiasakan pelajar dan guru dengan

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

17

teknologi semasa yang digunakan melalui kerjasama antara institusi pendidikan dan juga

industri. Pusat sains dan penyelidikan turut membantu dalam pengayaan untuk memperluaskan

program pembelajaran murid.

Penambahan bilangan sekolah, institusi dan pusat latihan amat diperlukan dalam menjana

tenaga kerja yang perlu diisi menjelang tahun 2025 sebagaimana hasrat PPPM. Sebarang usaha

untuk penambahbaikan bagi kemajuan pelajar seharusnya dimulakan pada peringkat awal selain

pertambahan jenis latihan teknik dan vokasional setanding dengan negara maju seperti Jepun

dan Finland. Hasil yang diharapkan pelajar di negara ini setanding dengan apa yang dihasilkan

oleh sistem pendidikan negara maju. Pelajar dijangkakan bersedia untuk menempuh alam

pekerjaan di sektor industri dalam abad ke 21 sebagai tenaga kerja mahir, separuh mahir

mahupun dalam kalangan profesional.

5.0 KESIMPULAN

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains yang semakin kritikal mencetuskan satu polemik

baru dunia pendidikan negara yang selama ini mensasarkan hala tuju sebuah negara maju.

Penurunan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelbagai pihak selain persoalan mengapa

aliran dianggap berprestij itu semakin kurang mendapat perhatian. Biarpun tidak bersikap lepas

tangan dan pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi melonjakkan kembali peningkatan kepada 60

peratus pelajar aliran sains, keadaannya masih samar.

Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr

Husin Wagiran, berkata rasa ingin bebas daripada belenggu aliran sains yang sukar serta

menganggap aliran sastera mempunyai lebih peluang dalam kejayaan akademik menjadi faktor

kemerosotan aliran berkenaan. Biarpun sains dikategorikan aliran berprestij, ‘pulangannya’ yang

tidak konsisten menyebabkan pelajar lebih rela bertukar aliran.

Dalam dunia persaingan hari ini, nilai prestij aliran tidak memainkan peranan penting

sebaliknya jaminan yang mampu diberikan menjadi faktor tarikan utama. Sebagai golongan yang

berada dalam situasi itu, tentu pelajar membuat pemilihan aliran yang mampu memberikan

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

18

pulangan selepas belajar. Masyarakat mungkin melihatnya dari perspektif berbeza. Pelajar

memilih bidang yang dirasakan sesuai biarpun pilihan itu akan menyebabkan sasaran kerajaan

tidak tercapai. Sejak 2007, kemerosotan pelajar aliran sains ketara, sekali gus memperlahankan

sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus

pelajar aliran sains dan selebihnya sastera. Senario itu berterusan ke tahap universiti apabila

pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak

berbaloi selain sukar dan membosankan. Tidak dinafikan bahawa sains memang subjek sukar

dan membosankan selain menjadi milik pelajar pandai.

Subjek sains memang rumit berbanding sastera yang lebih menekankan konsep

pemahaman. Budaya pelajar juga lebih suka menghafal daripada melakukan analisis. Ini

menyebabkan minat terhadap aliran itu tidak berkembang kerana sesiapa pun mahu memilih

aliran mudah yang boleh menjamin mereka lulus cemerlang. Namun begitu, senario ini boleh

menggugat usaha serta perancangan ditetapkan. Hal ini masih boleh diperbaiki meskipun sukar

mencapai sasaran 60 peratus. Selama ini, kita disogokkan bahawa sains susah, tidak menarik,

boleh mengakibatkan keputusan merudum dan sebagainya. Ini menyebabkan pelajar takut.

Secara tuntasnya, Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 belum lagi

mencapai matlamat yang mensasarkan 60 peratus pelajar aliran sains. Setakat ini, kajian,

mendapati ramai pelajar lebih berminat menjadi ahli perniagaan, usahawan, petani, kontraktor,

bidang perkhidmatan dan bidang hospitaliti yang tidak memerlukan pelajar cemerlang dalam

subjek sains dan matematik tetapi ia bukan saja memberi cabaran baru yang menarik malahan

menjanjikan pendapatan lumayan yang boleh mengatasi pendapatan bidang profesional. Jumlah

pelajar aliran sains di institusi pengajian tinggi tempatan kini hanya sekitar 35,000 orang setahun

berbanding sasaran 100,000 pelajar setahun. Malaysia memerlukan sekurang - kurangnya

500,000 tenaga kerja dalam aliran sains dan teknologi menjelang 2020 untuk mencapai status

negara maju berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian,diharapkan transformasi dalam

pendidikan melalui PPPM di sekolah dan pengajian tinggi akan memberi impak seperti yang

diharapkan..

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

19

RUJUKAN

Abd Rahman Ismail (2003). Kefahaman Konsep Sains dan Perhubungannya dengan Tahap

Kognitif dan Jantina Pelajar Tingkatan 3. Tesis Sarjana, UM.

Finlay Green, Chris Olewicz. 2013. An End to Ability Streaming in Schools, (Issue 1)

Fatin Aliah Phang , Mohd Salleh Abu & Mohammad Bilal Ali . 2012. Faktor Penyumbang

kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains : Satu Analisis Sorotan

Tesis USM. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Razali Hassan, Halizah Awang,& Badarudin Ibrahim,2012 . Siti Hajar Zakariah, Memacu Pelan

Transformasi Pendidikan : Peranan IPTA Dalam Meningkatkan kuantiti dan kualiti

Pendidikan Aliran Sains dan Teknikal di Malaysia, 2012 , Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia

Hanafi Jasman (2005). Salah Tanggapan Tentang Konsep Elektrik di Kalangan Pelajar-Pelajar

Tingkatan Enam Rendah di Daerah Kluang , Johor. Tesis Sarjana, UTM.

Hussin, S. dan Zakuan, N. 2009.Modal Insan.60:40 Dalam Sains & Teknologi. Kuala Lumpur.

Tinta Publishers.

Ishak Yusuf & Rahmah Ismail. 1997. Pendidikan di Malaysia. Pembangunan Sumber Manusia

di Malaysia. Bangi: UKM

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

20

Khalidah Haji Ahmad (2002). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Penerapan

Kemahiran Proses Sains: Amalannya di Kalangan Guru-Guru Sains di Daerah Pontian.

Tesis Sarjana, UTM.

Laporan Strategi Mencapai Dasar 60: 40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera (2013).

Lim, T. C. (2007). Hubungan Antara Pendekatan Pengajaran Guru dengan Pendekatan

Pembelajaran Pelajar Matapelajaran Kimia Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, UTM

Nurfaiza Mustafar (2008). Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Teori Kecerdasan

Pelbagai bagi Tajuk Fizik Optik: Kesan Doppler. Tesis Sarjana, UTM

Ooi, H. B. (2002). Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Fizik Tingkatan 6 yang Berjaya: Satu

Kajian Kes. Tesis Sarjana, USM.

Pani Malar Palani Samy (2006). Pelaksanaan Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris di Sekolah-Sekolah Felda, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, UM.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Rahayu Johari (2008). Pengaruh Gaya Pengajaran Guru Cemerlang Fizik Terhadap Gaya

Pembelajaran dan Pencapaian Matapelajaran Fizik Pelajar Tingkatan Empat. Tesis

Sarjana, UKM

Saifulnizan Che Ismail (2007). Pembinaan Modul Pembelajarn Matematik Menggunakan

Perisian Geometri Interaktif. Tesis Sarjana, UTM.

Teng, S. L. (2002). Konsepsi Alternative dalam Persamaan Linear di Kalangan Pelajar

Tingkatan 4. Tesis Sarjana, USM.

Umi Rohafizah Zainudin (2008). Keberkesanan Pelaksanaan Amali Terhadap Pemahaman

Konsep Asid dan Bes di Kalangan Pelajar Kimia Tingkatan 4. Tesis Sarjana, UPSI.

Zarina Abd Rahman (2005). Perspektif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Makmal di Sekolah

Menengah. Tesis Sarjana, UM.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara . 2011-2015.

http:www.mohe.gov.my/psptn [ 30 April 2015 ]

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education · PDF fileISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA ... Pendidikan 1996 bukan sahaja menetapkan dasar pendidikan di Malaysia yang ... 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN

21

Wawasan 2020 versi 1.0

CENTER ON INTERNATIONAL EDUCATIONAL BENCHMARKING - JAPAN

http://www.ncee.org/programs-affiliates/center-on-international-education-

benchmarking/top-performing-countries/japan-overview/japan-school-to-work-transition/

Vocational education and training in Finland Ministry of Education and Culture

http://www.minedu.fi/OPM/Koulutus/ammatillinen_koulutus/?lang=en