sani bin ngatimin - faculty of education | universiti …€¦ · · 2008-04-27... 2005-2008 saya...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
SATU TINJAUAN
SANI BIN NGATIMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURUSEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:SATU TINJAUAN
.
SESI PENGAJIAN: 2005-2008
Saya SANI BIN NGATIMIN(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ _______________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:11, JALAN TEMBUSU, DR. YUSOF BIN BOONTAMAN SRI GANANG, Nama Penyelia85200 JEMENTAH, SEGAMATJOHOR.
Tarikh: 28 April 2008 Tarikh: 28 April 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis niperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ................................................
Nama Penyelia : DR.YUSOF BIN BOON
Tarikh : 28 April 2008
PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DALAM KALANGAN GURU-GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ZON JEMENTAH, DAERAH SEGAMAT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
SATU TINJAUAN
SANI BIN NGATIMIN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : SANI BIN NGATIMIN
Tarikh : 28 April 2008
iii
DEDIKASI
UNTUK KEDUA IBUBAPAKUAMINAH BT SARIJAN
NGATIMIN B SUKIRIN
Diri ini tidak pernah sedetik melupakan jasa kalian berduaTerima kasih kerana memberi dorongan dan semangat buatku
Mengakhiri perjuangan ini dengan kejayaan…….Alhamdulillah.......................
BUAT KEDUA MERTUAKURAHMAH BT YAHYA
ALLAHYARHAM ZAKARIA B BURUK
Sekalung budi ingin ku hulurkan di atas segala keikhlasan dan bantuan..Kasih sayang yang tidak pernah dibezakan
Terima Kasih..........................
BUAT ISTERI TERCINTA DAN ANAK-ANAK TERSAYANGNONI BT ZAKARIA
AHMAD SYAMIL FATHI
RAHMI AIMAN
Tidak dapat kuucapkan dengan kata-kata kerana tanpa kalian di sisiTidak mampu ku teruskan perjuangan ini.
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua danBuat anak-anakku, jadikan semua ini sebagai suntikan
semangat buat kalian meneruskan perjuanganhidup di masa hadapan.............
Buat semua adik-beradik, saudara-mara serta sahabat dan rakanTerima kasih kerana mendoakan
Terima kasih buat segalanya.....................................
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Dr. Yusof bin
Boon yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa
jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada guru besar serta
guru-guru sekolah terlibat yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini
dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah
dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru,
perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang
mengajar di sekolah kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan
menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical
Package of the Sosial Sciences”(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam
bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru
dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada tahap sederhana, guru-guru
juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang paling asas iaitu
Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah komputer
yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategik
aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan
prasarana sekolah termasuk kemudahan makmal komputer.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to look through the usage of computer’s lab among
teachers in sekolah kebangsaan at Jementah zone, Segamat in teaching and learning
process. The objective of the study is to identify teacher’s attitude, skills in using
compute’sr software and the problems faced by them when using the computer lab. The
respondent of this study is 60 teachers who teaching sekolah kebangsaan at Jementah
zone. The prime data was collected through survey sets instrument and analyzed using
“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) software in getting the descriptive
statistic in frequencies, percentages and mean values. The finding showed that the
teacher’s perspective of computer labs usage is to average level, expert in using at least
Microsoft Words programme and the main problem in using computer labs is computer
failure which takes along time to be repaired. The finding provide a crucial information
to school’s administrators and Ministry of Education (KPM) to plan and prepare the
facilities needed especially the human resource or physical development of schools
including computer labs.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Terminologi 10
1.8.1 Penggunaan 11
viii
BAB PERKARA HALAMAN
1.8.2 Komputer 11
1.8.3 Penggunaan Makmal Komputer 11
1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 12
1.8.5 Tinjauan 12
1.9 Penutup 12
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Permulaan Alaf Pendidikan Komputer di Malaysia 14
2.3 Kepentingan Komputer Dalam Pendidikan 16
2.4 Peranan Komputer Dalam Pendidikan di Malaysia 18
2.5 Penggunaan Komputer Dalam Tugas Guru 20
2.6 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran 21
2.6.1 Sebagai Alat Bantuan Pengajaran 24
2.6.2 Literasi Komputer 24
2.7 Perkembangan Program Makmal Komputeran Sekolah 25
2.8 Kajian Berkaitan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer 27
2.9 Kajian Berkaitan Masalah Dalam Penggunaan Komputer 28
2.10 Penutup 30
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Penngenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Responden Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Bahagian A 33
3.4.2 Bahagian B 33
3.4.3 Kajian Rintis 34
3.5 Prosedur Kajian 35
3.6 Kaedah Analisis Data 36
3.7 Penutup 38
ix
BAB PERKARA HALAMAN
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Bahagian A 40
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 41
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Tahun
Mengajar 42
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar Dalam Seminggu 42
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Sekolah 43
4.2.7 Taburan Responden Yang Memiliki Komputer
Peribadi 43
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Kursus
Komputer Yang Pernah Dihadiri 44
4.2.9 Taburan Responden Mengikut Pilihan
Menggunakan Komputer 44
4.3 Analisa Bahagian B : Persoalan Kajian 45
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama :
Apakah sikap guru terhadap penggunaan makmal
komputer sekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ? 45
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua :
Apakah perisian komputer yang dikuasai oleh guru ? 48
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga :
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru
dalam menggunakan makmal komputer dalam
proses pengajaran-pembelajaran ? 50
4.4 Penutup 52
x
BAB PERKARA HALAMAN
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 55
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Latar Belakang Responden 56
5.3.2 Mengenalpasti Sikap Terhadap Penggunaan Makmal
Komputer Di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan
Zon Jementah Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. 58
5.3.3 Mengenalpasti Perisian Komputer Yang Dikuasai
Di Kalangan Guru Sekolah Kebangsaan Zon
Jementah 62
5.3.4 Mengenalpasti Masalah-masalah Penggunaan
Makmal Komputer Di Kalangan Guru Sekolah
Kebangsaan Zon Jementah Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. 64
5.4 Cadangan 67
5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 67
5.4.1.1 Pihak sekolah 67
5.4.1.2 Pihak Guru 68
5.4.1.3 Pelajar 69
5.4.1.4. Jabatan-jabatan dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia 68
5.4.2 Cadangan Kajian Akan Datang 70
5.5 Penutup 70
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 78
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan Guru Di Sekolah Kebangsaan Dalam Zon Jementah 32
3.2 Item-item Dalam Persoalan Kajian 34
3.3 Skala pemeringkatan Likert . 34
3.4 Kriteria Menganalisis Data 36
3.5 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 37
3.6 Jadual tahap penilaian berdasarkan min 37
4.1 Taburan responden mengikut jantina 40
4.2 Taburan responden mengikut umur 41
4.3 Taburan responden mengikut kelulusan 41
4.4 Taburan responden mengikut bilangan tahun mengajar 42
4.5 Taburan responden mengikut bilangan waktu mengajar
seminggu 42
4.6 Taburan responden mengikut sekolah 43
4.7 Taburan responden yang memiliki komputer peribadi 43
4.8 Taburan responden mengikut bilangan kursus komputer
yang pernah dihadiri. 44
4.9 Taburan responden dari segi pilihan menggunakan komputer 45
4.10 Taburan responden mengikut sikap menggunakan makmal
komputer untuk pengajaran-pembelajaran 46
4.11 Taburan responden mengikut perisian yang dikuasai guru 49
4.12 Taburan responden mengikut masalah-masalah penggunaan
makmal komputer sekolah 51
xii
SENARAI SINGKATAN
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
CAI - Computer Assisted Instruction
CIE - Komputer Dalam Pendidikan
IT - Information Technology
ICT - Interctive Computer Technology
ITM - Institut Teknologi Mara
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara
MSC - Multimedia Super Corridor
PC - Komputer peribadi
PBK - Pengajaran Berbantu Komputer
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPK - Pusat Pembangunan Kurikulum
PPSMI Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa
Inggeris
RMK-8 - Rancangan Malaysia Kelapan
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SPSS - Statistical Package For The Social Science
TNB - Tenaga Nasional Berhad
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 78
B Analisa SPSS Alpha Kajian Rintis 82
C Analisis SPSS Data Kajian 84
D Surat Fakulti Pendidikan 90
E Surat Kebenaran KPM 91
F Surat Kebenaran JPN 92
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan teknologi
pendidikan begitu pesat sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Teknologi
pembuatan yang begitu popular pada tahun-tahun 80an telah ketinggalan. Sekarang ini,
era teknologi maklumat dan satelit sedang pesat berkembang dan kita sedang memasuki
era teknologi yang tinggi dan canggih ini.
Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi
maklumat dan perkomputeran ke arah menjana menjadi negara maju menjelang abad
21, pemimpin negara kita terpanggil untuk merancang dasar dan wawasan negara.
Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir di dalam ucapan beliau sempena
Persidangan 1, Majlis Perdagangan Malaysia, telah melahirkan hasrat untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020. Maka, wujudlah
Wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju
dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Mahathir Mohamad,
1991).
2
Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan
teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang
tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian
untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan. Projek Koridor Raya Multimedia
atau Multimedia Super Coridor (MSC) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia
pada 29 Ogos 1995 diwujudkan untuk tujuan ini. Ini merupakan satu cabaran yang
besar bagi pendidik terutama dalam teknologi pendidikan dan pengurusan.
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai dasar atau pun langkah-
langkah untuk memajukan bidang pendidikan negara.
Sekolah Bestari ditubuhkan dengan tujuan untuk mengintegrasikan penggunaan
komputer dan komunikasi dalam kurikulum sekolah. Mulai tahun 2003, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina makmal komputer menerusi program rintis
pembestarian ini. Program pembestarian sekolah melibatkan penyelarasan inisiatif
Intearctive Computer Technology (ICT) utama KPM iaitu Makmal Pengkomputeran,
Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebanyak 4,931 makmal komputer
sekolah di seluruh negara siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga September 2005
berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-
8) ke arah mencapai matlamat KPM untuk program perkomputeran sekolah-sekolah
Malaysia.
Namun penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bukanlah untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah
ianya akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru
berperanan sebagai pemudahcara dalam proses berkenaan. (Mohd Yusof, 1997). Usaha
untuk memperkenalkan teknologi komputer ke dalam bilik darjah melalui makmal
komputer adalah satu inovasi baru. Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan
memperbaiki atau membawa sebarang perubahan terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran kecuali guru dan pemimpin dalam pendidikan berupaya untuk menilai dan
mengintergrasikan penggunaan komputer dalam kurikulum.
3
Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru turut mengalami pelbagai perubahan
dan perkembangan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat di alaf baru ini
iaitu dengan pengenalan kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan. Guru-guru
digesa supaya melengkapkan diri dengan bermacam teknik atau kemahiran yang
berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba
mencabar ini. Justeru itu, bermulalah era penggunaan komputer di sekolah-sekolah
yang mana ia dijadikan sebagai salah satu daripada bahan bantu pengajaran (Izham,
Jamalul dan Siti 2001).
Pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum menjadi satu cabaran kepada
guru-guru di dalam menghadapi kepelbagaian pelajar pada abad ke 21 ini. Teknologi
dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama “menakutkan” guru-guru. Umum
mengetahui teknologi maklumat dan komunikasi berupaya menjadikan pembelajaran
lebih menarik, lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai guru mendapati sukar
untuk mengintegrasikan aplikasi-aplikasi teknologi di dalam bilik darjah (Jasmy, Arif,
Shahidah dan Rosnani, 2001).
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat menerajui ke arah teknologi
siber. Perkembangan ini juga telah banyak mempengaruhi budaya kerja di Malaysia
khususnya di kalangan guru. Namun dengan kehadiran makmal komputer dan
kelengkapannya ini, adakah ianya telah menjadi satu bebanan kepada golongan guru
atau pendidik kerana telah menambahkan kerja-kerja mereka atau dilihat dari satu
perkembangan positif dalam era globalisasi. Segala pengurusan dan perkhidmatan
dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan cekap berbanding sebelum penggunaan
teknologi maklumat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru perlulah mengorak langkah dan berfikiran positif serta menganggap
komputer sebagai satu alat yang mampu meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Setiap guru sewajarnya mampu mengendalikan ilmu komputer yang dimiliki dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rozhan dan Mohd Naim (1998), peranan
4
pengajar semakin mencabar kerana multimedia perlu setara dengan mereka atau
menjalankan aktiviti bagi menggantikan mereka.
Sehubungan dengan itu, Mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad
(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa “kerajaan telah
berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah dan para guru
hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan
lebih ramai pelajar yang cemerlang”. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir
Mohd. Khir (Utusan Malaysia, 29 Nov 2005) berkata, sebanyak 4,931 makmal
komputer sekolah di seluruh negara siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga
September lalu berbanding 5,435 makmal yang dirancang untuk Rancangan Malaysia
Kelapan (RMK-8) sementara 297 makmal lagi telah siap secara fizikal dan sedang
dilengkapi dengan perabot dan peralatan teknologi maklumat, manakala bakinya dalam
pembinaan.
Walau bagaimanapun, setiap usaha yang cuba dilaksanakan secara langsung
ataupun tidak akan mengundang masalah-masalah di sebaliknya. Sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Hassan (1998), bahawa ramai di kalangan guru masih tidak mahir
menggunakan komputer. Ini mungkin disebabkan kekurangan bilangan komputer yang
boleh digunakan oleh guru. Guru juga mungkin kurang didedahkan kepada kemahiran
berkomputer.
Di samping itu juga, tiada pakar-pakar yang mahir dalam penggunaan dan
penyelenggaraan komputer. Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah
seperti menguruskan hal-hal latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan yang adil
di antara guru-guru di sekolah juga menjadi isu penting (Azilah, 1998).
Menurut Zoraini (1997), apa yang lebih merisaukan kini ialah kurangnya minat
guru untuk mempelajari komputer. Ini kerana mereka merasa fobia dengan komputer.
Perkataan fobia di sini memberikan maksud:-
5
i. Tidak mengambil tahu langsung tentang penggunaan komputer.
ii. Bimbang terpaksa melakukan kerja-kerja yang melibatkan komputer.
Masalah-masalah yang dinyatakan di atas, telah memberikan kesan terhadap
perkembangan teknologi melalui sistem pendidikan di Malaysia. Ini dapat dijelaskan
melalui kajian yang telah dijalankan oleh Shafee (1990) bahawa guru yang mempunyai
pengalaman tentang penggunaan komputer adalah rendah berbanding penggunaan
Overhead Projektor, Projektor Slaid dan media teknologi lain. Guru yang telah
menggunakan komputer hanyalah 8.6 peratus sahaja. Kajian ini telah dijalankan di
negeri Kedah mengenai Penggunaan Media Teknologi di kalangan guru.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Adzhar (2000), keyakinan guru-guru
Kemahiran Hidup dalam menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar
menunjukkan sikap positif. Ini dapat dilihat melalui peratusan yang bersetuju bahawa
keyakinan menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar seramai 77.6
peratus. Kajian ini dijalankan di Daerah Kulai, Johor mengenai penggunaan komputer
di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup.
Walaupun begitu, terdapat juga golongan guru yang masih cetek dalam
menggunakan komputer sebagai bahan bantuan mengajar. Ini dapat dijelaskan oleh
Zoraini (1993) bahawa terdapat 57 peratus sekolah menengah di Malaysia yang
memiliki komputer tetapi kurang dari lima peratus guru-guru yang tahu
menggunakannya. Hasil kajian Ahmad (1992) pula menyatakan bahawa penggunaan
komputer di kalangan guru-guru sekolah menengah Johor Bharu mendapati hanya 13.74
peratus daripada 161 responden menggunakan komputer sebagai alat dalam pengajaran
dan pembelajaran
Hasil kajian Perpustakaan negara (1997), melibatkan 2000 responden, hanya 12
peratus daripada jumlah penduduk negara berumur lebih dari 10 tahun, tahu
menggunakan komputer peribadi (PC). Peratusan terbesar golongan celik komputer
hanya 20 peratus iaitu kumpulan antara umur 15 – 24 tahun. Manakala umur 25 – 34
tahun mencatatkan enam peratus dan hanya satu peratus bagi golongan yang berumur
54 tahun ke atas. (Dewan Masyarakat 1997).
6
Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk mengintegrasikan komputer
dalam kurikulum dan pengajaran pembelajaran, namun penggunaannya di sekolah
masih di tahap rendah (Abdul Razak & Jamaludin, 1988 ; Megat Aman & Imran, 2000 ;
Muhammad Sukri, 2000).
Persoalannya mengapa ada sekolah dapat mengintegrasikan komputer melalui
makmal komputer yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sementara dalam masa
yang sama ada juga sekolah yang gagal berbuat demikian. Pengintegrasian komputer
dalam kurikulum melalui makmal komputer tidak akan berjaya sekiranya guru tidak
diberi latihan mencukupi. Guru-guru perlu diberi masa meneroka, membuat konsepsi,
kerjasama dengan rakan sejawat serta terlibat dalam perancangan pengintegrasian
teknologi dalam kurikulum.
Adakah guru bersedia ? Apakah faktor sebenar yang menyebabkan guru kurang
menggunakan komputer yang terdapat dalam makmal komputer sekolah dan apakah
masalah yang timbul ? Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan yang dapat
membuktikan penerimaan, penyebaran dan penggunaan teknologi komputer dengan
adanya makmal komputer yang lengkap di sekolah-sekolah kerana perkembangan
teknologi sentiasa kehadapan dan tidak pernah berhenti.
Kajian ini dibuat bertujuan mengenalpasti sejauh mana golongan guru
menggunakan kemudahan makmal komputer yang disediakan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Jika didapati penggunaan komputer dalam makmal komputer dalam
kalangan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih di tahap minima,
keadaan ini sudah tentu akan mempengaruhi penggunaannya di kalangan pelajar itu
sendiri. Akhirnya wang jutaan ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk
perkembangan ICT di sekolah tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan.
Penggunaan komputer amatlah meluas dan boleh digunakan dalam berbagai
bentuk untuk membantu tugas guru. Penggunaan komputer sebagai alat bantuan
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan menjimatkan masa untuk menulis dan melukis berbagai graf, carta dan
lain-lain kerja merancang pengajaran. Pengajaran yang dirancang dengan baik akan
7
mendatangkan kesan pembelajaran yang baik. Guru boleh juga menggunakan
komputer untuk menyediakan nota pelajaran, menganalisa markah pelajar, penyediaan
soalan peperiksaan dan ujian serta surat-surat rasmi.
Latihan atau kursus menggunakan komputer dan menyelenggara makmal
komputer mungkin diperlukan oleh guru supaya komputer dan makmal komputer dapat
digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses pengajaran. Sebelum makmal komputer
digunakan bagi proses pengajaran dan pengajaran, perlulah diberi perhatian adakah
kelengkapan dan peralatan yang disediakan di dalam makmal komputer mencukupi.
1.3 Penyataan Masalah
Pernyataan-pernyataan di atas telah menggambarkan bahawa terdapatnya
keperluan untuk meninjau sejauhmana penggunaan komputer di makmal komputer
sekolah. Perkembangan semasa mengenai teknologi maklumat seperti wujudnya
sekolah bestari yang menjalankan pengajaran berbantukan komputer melalui
pembelajaran dalam makmal komputer perlu dilihat secara positif. Justeru itu semua
sekolah termasuk rendah dan menengah perlu mengorak langkah supaya penggunaan
komputer dalam makmal yang disediakan digunakan secara menyeluruh. Bagi guru,
penggunaan komputer dalam makmal komputer diharapkan mampu bertindak sebagai
fasilitator.
Bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer di
sekolah, kelengkapan jaringan komputer dan internet di makmal komputer mestilah
bersesuaian. Sebarang masalah yang timbul akan membantutkan penggunaan komputer
dan internet bagi tujuan pengajaran oleh guru. Dengan ini menimbulkan minat pengkaji
untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan makmal komputer dalam kalangan
guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat kerana penggunaan komputer
dalam makmal komputer oleh guru-guru ini dapat menggambarkan penggunaan
komputer dalam makmal komputer secara umumnya bagi keseluruhan guru sekolah
kebangsaan luar bandar.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan meninjau penggunaan makmal komputer
dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif kajian ialah:
i. Mengenalpasti sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah.
ii. Mengenalpasti perisian komputer yang dikuasai oleh kalangan guru.
iii. Mengenalpasti masalah-masalah penggunaan makmal komputer sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang berkaitan dengan penggunaan makmal komputer dalam
kalangan guru-guru sekolah kebangsaan zon Jementah, Daerah Segamat dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Apakah sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah?
ii. Apakah perisian komputer yang dikuasai oleh kalangan guru?
iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan makmal
komputer sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dan telah mengiatkan usaha
yang berterusan pembangunan infrastruktur ICT melalui projek perkomputeran sekolah
dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK- 9). Sebahagian besar sekolah menengah dan sekolah rendah akan dan telah
9
menerima peruntukan pembinaan makmal komputer untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran dan tujuan lain yang sesuai untuk pendidikan. Penggunaan komputer
melalui makmal komputer adalah era baru dalam sistem penyampaian maklumat guru
kepada pelajar. Ia memerlukan persiapan ke arah penggunaan komputer dalam
pendidikan.
Bujet 2003 telah yang diperolehi oleh KPM telah digunakan untuk projek
perintis perkomputeran sekolah di mana RM 978.7 juta diperuntukkan untuk
penyelarasan inisiatif ICT utama KPM iaitu laptop dan Liquid Cristal Display (LCD)
untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) bagi sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah seluruh Malaysia.
Sehingga tahun 2008, keseluruhan bujet prasarana ICT termasuk membina makmal
komputer yang lengkap akan mencecah angka RM 5 bilion. Peruntukan kewangan yang
tinggi ini adalah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia adalah berteknologi tinggi.
Adalah penting kajian dan penyelidikan dijalankan untuk meninjau sama ada
program KPM untuk projek perkomputeran sekolah ini dilaksanakan dan dapat
mencapai matlamat. Dapatan daripada kajian dan penyelidikan boleh digunakan oleh
semua bahagian dalam KPM seperti Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK), Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D), Bahagian Sekolah, Sistem maklumat, Lembaga Peperiksaan dan
sebagainya. Dapatan ini boleh digunakan sebagai penyumbang kepada perancangan
program perkomputeran sekolah.
Melalui kajian yang dijalankan ini juga, segala kelemahan dalam perancangan,
pembangunan dan pelaksanaan program perkomputeran sekolah dapat dikesan.
Cadangan dan penambahbaikan dapat dilakukan. Dapatan kajian ini juga berguna untuk
penyelidikan lanjutan mengenai penggunaan komputer di sekolah dan penggunaan
makmal komputer sekolah untuk pengajaran pembelajaran dan lain-lain kajian yang
berkaitan.
10
1.7. Batasan Kajian
Kajian ini hanya bersifat tinjauan kepada guru-guru sekolah kebangsaan dalam
zon Jementah, Daerah Segamat, Johor. Responden adalah dipilih daripada kalangan
guru-guru yang mengajar di sekolah yang terlibat di bawah:-
i. Sekolah Kebangsaan Jementah
ii. Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal
iii. Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
iv, Sekolah Kebangsaan Paya Jakas
v. Sekolah Kebangsaan Ladang Welch
Kajian ini hanya terbatas kepada penggunaan makmal komputer sekolah bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan
sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer sekolah, perisian komputer yang
dikuasai oleh guru dan masalah-masalah penggunaan makmal komputer sekolah dalam
kalangan guru.
Kajian yang dijalankan benar-benar mengharapkan kejujuran responden dalam
memberikan jawapan. Ini kerana setiap jawapan yang diberikan oleh responden akan
menentukan ketepatan kajian.