iii - faculty of education | universiti teknologi malaysia€¦ · tubuh kita memerlukan makanan...

21

Upload: truongxuyen

Post on 20-May-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan
Page 2: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

ii

Page 3: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

iii

AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU DI SEKOLAH

KEBANGSAAN PEKAN NANAS, JOHOR. SATU TINJAUAN.

ABDUL RAHMAN BIN MOHD YASSIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

MAC 2004

Page 4: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

iv

Page 5: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Allahyarham Mohd Yassin bin Dollah,

Semah bt. Majid,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup

Anakandamu ini.Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

Dan buat kekanda-kekandaku terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku,

Haji Kadir bin Mohamed,

Hajjah Buruk bt. Bedu,

Segala dorongan,pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

Termampu diungkapkan dengan kata-kata.Hanya Allah S.W.T. sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.

Buat isteri tercinta serta putera dan puteriku tersayang,

Pn Adilah bt.Haji Kadir,

Izzul Fikri,

Izzah Alya,

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

Menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya

Page 6: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek

sarjana muda, Dr.Mohamad Sharif bin Mustaffa di atas bimbingan dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.Terima kasih yang tidak terhingga dan

hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Kerjasama daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas,

Johor di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.

Akhir sekali,Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea dalam menjayakan

projek penyelidikan ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku serahkan pada Yang

Maha Esa.

Page 7: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

vii

ABSTRAK

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting agar setiap individu

sihat dan cegas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan pemakanan di

kalangan pelajar melayu tahun 6 di Sekolah kebangsaan Pekan Nanas, Johor. Aspek-

aspek yang dikaji ialah dari segi kekerapan pengambilan makanan, faktor-faktor yang

mempengaruhi iaitu Media Massa, Rakan Sebaya dan Sosioekonomi serta tahap

pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan. Seramai 114 orang responden

terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang

mengandungi 2 bahagian A dan B, segala data yang dikumpulkan diproses menggunakan

perisian SPSS 10.0 dengan menggunakan statistik kekerapan dan peratus. Daripada

kajian yang telah dilakukan kekerapan pengambilan makanan adalah dalam keadaan

sedarhana. Faktor-faktor Media massa dan Sosioekonomi telah memperlihatkan

pengaruhnya di dalam pengambilan makanan pelajar dan bagi faktor Rakan sebaya ianya

kurang memberi pengaruh didalam pengambilan makanan oleh pelajar dan berhubung

dengan tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan hampir semua

pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang sedarhana dan tinggi.

Page 8: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

viii

ABSTRACT

A healthy and balanced food intake is important to every individual to lead an

active and healthy life. Therefore, the purpose of this study is to find out the eating

habits of a particular group of pupils. Here, the target group of my study is the primary 6

malay pupils from Sekolah kebangsaan Pekan Nanas, Johor. The aspects included in this

study are the frequency of food intake, influential factors like the mass media, peer

influence, socio-economi background and students basic knowledge on food and its

consumption. A total of 114 respondents were involved in this study. The instrument

used is questionaire forms which consists of two sections, A and B. The data were

compiled and processed using the SPSS 10.0 software, highlighting statistic frequently

and percentage. From the study, it is noted that the frequency of food intake is within the

medium range. The socio-economy background of students and the role of mass media

have shown greater influnce on students food intake. As for peer influence, the statistic

shows that it has little effect on the students food intake. Students own knowledge on

food and its intake is generally average and higher.

Page 9: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan. 1

1.2 Latarbelakang Masalah. 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4. Objektif Kajian 6

1.5. Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian. 7

1.7 Batasan Kajian. 8

1.8 Definisi Istilah . 9

Page 10: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

x

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pemakanan seimbang 12

2.3 Amalan pemakanan 14

2.4 Faktor yang mempengaruhi amalan

pemakanan. 18

2.5 Pengetahuan tentang pemakanan 22

2.6 Rumusan 23

BAHAGIAN TIGA BAB III METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Pengenalan. 25

3.2 Rekabentuk Kajian. 26

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian. 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 31

3.8 Analisis Data 31

3.9 Rumusan 32

Page 11: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

xi

BAHAGIAN EMPAT BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Bahagian A 34

4.3 Analisis Bahagian B

Persoalan Kajian 1:

Bagaimanakah kekerapan pengambilan

makanan dikalangan pelajar? 37

4.4 Persoalan kajian 2:

Adakah faktor Media massa mempengaruhi

amalan pemakanan pelajar ? 42

4.5 Persoalan Kajian 3:

Adakah faktor Rakan sebaya mempengaruhi

amalan pemakanan pelajar ? 43

4.6 Persoalan Kajian 4 :

Adakah faktor Sosioekonomi mempengaruhi

Amalan pemakanan pelajar ? 45

4.7 Persoalan Kajian 5 :

Bagaimanakah tahap pengetahuan pelajar

Terhadap makanan dan pemakanan ? 46

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN.

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan Persoalan Kajian.

5.2.1 Kekerapan pengambilan makanan. 52

Page 12: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

xii

5.2.2 Faktor Media massa terhadap

Amalan pemakanan. 56

5.2.3 Faktor Rakan sebaya terhadap

Amalan pemakanan. 57

5.2.4 Faktor Sosioekonomi terhadap

Amalan pemakanan. 58

5.2.5 Tahap pengetahuan pelajar terhadap

Makanan dan pemakanan. 59

5.3 Rumusan Kajian 61

5.4 Cadangan

5.4.1 Peranan Ibubapa 62

5.4.2 Pihak Sekolah dan PIBG 62

5.4.3 Pihak Kerajaan. 63

5.4.4 Pihak Kementerian Malaysia. 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN A - E 70-78

Page 13: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan skor skala pemeringkatan 5 pilihan 29

3.2 Taburan skor skala pemeringkatan 3 pilihan 30

3.3 Jadual pekali alpha conbach 30

4.1 Taburan kekerapan latar bekang responden 36

4.2 Taburan kekerapan pengambilan makanan responden 39

4.3 Taburan kekerapan responden mengambil sarapan pagi,

makan malam dan makan tengahari. 43

4.4 Taburan kekerapan responden mengambil Jajan 43

4.5 Taburan kekerapan waktu yang paling kerap jajan diambil

oleh responden. 43

4.6 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap

pengaruh Media massa 44

4.7 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap

pengaruh Rakan sebaya. 46

4.8 Taburan responden mengikut kekerapan terhadap

Sosioekonomi. 47

4.9 Taburan jawapan responden terhadap soalan-soalan

pengetahuan terhadap makanan dan pemakanan. 49

4.10 Taburan markah pengetahuan pelajar. 50

4.11 Jadual pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan. 51

Page 14: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

AMA Persatuan Pemasaran Amerika.

EPRD Education Reserch Development

(Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan).

FOMCA Persatuan Pengguna.

KMM Kementerian Kesihatan Malaysia.

NDC National Dairy Council.

RDA Recommended Dietary Allowances.

SPSS Statistical Package of Social Science.

Page 15: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

C Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan (EPRD)

D Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN)

E Surat Kebenaran Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas(SKPN)

Page 16: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan beberapa bahagian utama,bahagian pertama akan

menerangkan berkenaan latar belakang masalah,bahagian kedua menjelaskan tentang

penyataan masalah,bahagian ketiga pula menjelaskan berkenaan objektif kajian, bahagian

kelima pula akan menjelaskan tentang persoalan kajian yang menjadi matlamat utama

kepada pengkaji bagi mendapatkan hasilnya.bahagian keenam pula akan menerangkan

kepentingan kajian terhadap perkara yang ingin dikaji dan akhir sekali akan

menghuraikan tentang definasi istilah.

Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak

boleh hidup tanpa makanan.Ini kerana makanan memberi manusia tenaga bukan sahaja

untuk berkerja tetapi juga untuk membesar,membiak dan melaksanakan segala proses

kelangsungan hidup.Menurut Phuah Kooi Ean (1984) dari sudut Sains, makanan boleh

didefinisikan sebagai bahan yang boleh dimakan dan digunakan oleh badan untuk

melaksanakan fungsinya.Makanan mengandungi zat makanan dan apabila dimakan oleh

badan untuk:

1) Mengeluarkan tenaga bagi mengekalkan suhu badan dan memberi kesan terhadap

pergerakan dalam dan luar.

2) Membina dan menjaga kesempurnaan tisu badan dan untuk pembiakan

Page 17: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

2

3) Membekal bahan-bahan bagi melaksanakan pelbagai proses dalam badan.

Menurut Dr.Norimah A.Karim,Pakar Pemakanan dan Nutrisi(UKM),pemakanan

seimbang penting untuk kanak-kanak dalam menentukan perkembangan mental dan

fizikal mereka,ketika kanak-kanak mula membesar mereka perlu pelbagai jenis makanan

untuk memastikan semua zat makanan dapat dibekalkan.

Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga

mesti seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas

makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Makanan

kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga,

makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral dan air untuk kesihatan.

Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan seharian

setiap manusia.Keperluan pemakanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah

lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah,ini disebabkan oleh

pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah

amat ketara.Pelajar-pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan di dalam keadaan

persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang

optimum.Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat makanan akan mengalami

gangguan pertumbuhan fizikal dan mental,keletihan,kurang penumpuan terhadap

pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah(Wan Nudri dan

Aminah,1996).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dari pemerhatian saya sebagai seorang guru, didapati ramai pelajar kelihatan

tidak bermaya dan mengantuk semasa berada di dalam kelas. Situasi ini agak ketara pada

sesi persekolahan sebelah pagi. Fenomena sebegini tidak seharusnya berlaku

memandangkan pada sebelah pagi adalah waktu di mana mereka seharusnya cergas

Page 18: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

3

setelah berehat bagi tempoh yang agak lama pada malam hari. Oleh kerana otak yang

cerdas bermula di tubuh badan yang cergas maka, fenomena ini boleh menimbulkan

masalah besar kepada pelajar yang sepatutnya memerlukan mereka memberi tumpuan

sepenuhnya terhadap pembelajaran yang akan memberi kesan kepada kemerosotan

akedemiknya.

Kajian yang dilakukan oleh Nestle Product Sdn.Bhd(Nestle) dan Universiti

Kebangsaan Malaysia(UKM),mendapati 30% daripada pelajar-pelajar sekolah tidak

pernah berserapan pagi(Tidak langsung atau cuma sekali dalam seminggu pada hari

persekolahan)Kajian itu meliputi 12000 orang pelajar-pelajar seluruh Semenanjung

Malaysia.

Menurut hasil kajian tersebut dalam sebuah bengkel pemakanan,Ketua Pakar Diet

Institut Jantung Negara,Mary Easaw John(2003),antara alasan yang diberikan oleh

kanak-kanak itu ialah kesuntukan masa dan tidak ada selera makan pada waktu pagi.

Bahkan ada pelajar-pelajar yang tidak tahu apa itu sarapan kerana ibunya tidak pernah

menyediakan sarapan.Situasi ini mungkin disebabkan ada kalangan ibu bapa yang perlu

ke tempat kerja pada awal pagi, kadangkala kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan

pagi untuk anak-anak mereka.

Selain daripada itu, ada di kalangan ibu-ibu yang menjadikan amalan

penyediaan sarapan pagi yang sekadarnya sahaja, semata-mata untuk memenuhi

tuntutan keperluan bersarapan pagi tanpa memikirkan kandungan nutrien yang

sepatutnya.

Mengikut kajian Program printis Sekolah Univesal di Minnesota,Amerika

Syarikat,amalan tidak berserapan mempunyai kesan jangka panjang terhadap proses

pembelajaran pelajar-pelajar.Pengumpulan data selama tiga tahun mengenai tabiat

pemakanan pelajar-pelajar sekolah mendapati,sarapan berkhasiat yang merangkumi

semangkuk bijirin dan susu mempunyai kesan positif kepada pelajar-pelajar,seperti:

Page 19: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

4

i. Mereka dapat memberi lebih tumpuan semasa dalam kelas.

ii. Bilangan murid yang mengadu sakit perut dan pening berkurangan dengan ketara.

iii. Masalah disiplin berkurangan sebanyak 50 peratus.

iv. Dalam jangka panjang,keupayaan mereka memahami matematik meningkat 16

peratus.

v. Kebolehan membaca pelajar-pelajar meningkat lebih 10 peratus dalam jangka

panjang.

Menurut Mary Easaw-John (2003), "sarapan yang sihat perlu mewakili pelbagai

kumpulan makanan dalam piramid makanan,paling banyak daripada kumpulan

karbohidrat diikuti dengan protein dan paling sedikit,lemak.Tetapi di Malaysia, apa yang

berlaku adalah sebaliknya,paling banyak lemak dan paling sedikit karbohidrat. "

Kanak-kanak, memerlukan nutrien yang mencukupi untuk pembinaan tubuh

badan. Selain karbohidrat untuk tenaga mereka juga memerlukan vitamin, garam mineral

dan juga serat untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Menurut Krause (1979),

kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi kurang berupaya dalam pelajaran dan

menyebabkan gangguan emosi. Namun ada pelajar yang tidak mengambil sarapan pagi

semata-mata ingin mengurangkan berat badan tanpa pengetahuan yang cukup mengenai

diet seimbang. Menurut Abbey dan Mc Donald (1970), tabiat makan yang dipelajari sejak

kecil akan terbawa sehingga alam dewasa. Oleh itu mereka perlu memastikan generasi

akan datang juga mempunyai sikap dan corak pemakanan yang betul dan sihat

(Burton,1995).

Menurut Marie V.Krause dan L.Kathleen Mahan(1993). Akibat pengambilan

makanan yang tidak baik,seseorang itu boleh menghidapi penyakit Anoreksia,Bulima,

Keobesan. Penyakit Bulima yang teruk boleh menggangu pelajaran dan pekerjaan, Oleh

itu pengambilan nutrien yang cukup dan seimbang pada peringkat kanak-kanak adalah

penting untuk memastikan kesihatan mereka terjaga.

Page 20: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

5

Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 500 juta penduduk dunia menderita akibat

kekurangan zat protien dan kalori(Malnutrisi protien dan tenaga). Kebanyakan daripada

mereka yang terlibat itu terdiri daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur 0 hingga 6

tahun. Pertumbuhan mereka terencat. Kira-kira 200 juta kanak-kanak prasekolah

mengalami penderitaan pada peringkat sedarhana. 100 juta kanak-kanak menderita teruk

dan menunjukkan tanda khusus Kwashiorkor dan Meramas. Keadaan ini telah membawa

maut yang tinggi, kerana 110 juta kanak-kanak ini mati setiap tahun. Selain daripada

kekurangan zat protien dan kalori,banyak penduduk yang menderita akibat kekurangan

zat besi dan vitamin A, 500 juta orang dianggarkan menghidap kekurangan zat besi

(Finch dan Huebers,1982).

Oleh itu, kanak-kanak adalah tempoh yang genting dan mereka memerlukan satu

panduan yang jelas untuk kesihatan dan status pemakanan mereka. Kesimpulannya

kajian keatas kanak-kanak adalah penting dan perlu untuk diadakan untuk memperbaiki

kesihatan mereka pada masa akan datang dengan membentuk intervensi baru yang sesuai

dan berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian dijalankan adalah untuk meninjau amalan pemakanan dikalangan pelajar

melayu di sekolah rendah yang berada di tahun enam. Sekolah yang terlibat dalam kajian

ini adalah Sek.Keb.Pekan Nanas, Johor.

Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang memerlukan makanan yang

seimbang khususnya untuk pertumbuhan badan dan perkembangan dari segi fizikal,

mental, emosi dan sosial. Pemakanan yang seimbang dan cukup adalah penting bagi

pertumbuhan yang optimum. Bagi mendapatkan pertumbuhan yang tinggi dari segi

fizikal dan mental, kanak-kanak perlu mengamal amalan pemakanan yang betul

(Ibrahim,1997).

Page 21: iii - Faculty of Education | Universiti Teknologi Malaysia€¦ · Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkanya berfungsi.Manusia tidak ... dari sudut Sains, ... pelajar-pelajar.Pengumpulan

6

Masalah yang berlaku dari perbincangan diatas melibatkan dua isu utama yang

berlaku, iaitu pelajar tidak mengambil sarapan pagi dan kekurangan zat makanan dalam

pengambilan makanan. Kesan daripada masalah ini akan berlakunya kurang penumpuan

terhadap pelajaran semasa sesi pengajaran bermula, menimbulkan berbagai jenis penyakit

dan kesan yang lebih buruk lagi boleh mendatangkan maut. Oleh itu kajian apakah

amalan pemakanan di kalangan pelajar perlu dilakukan untuk melihat permasalahannya

khasnya kepada pelajar melayu diluar bandar.

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi:

1. Mengenalpasti kekerapan pengambilan makanan dikalangan pelajar.

2. Mengenalpasti faktor Media massa mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.

3. Mengenalpasti faktor Rakan sebaya mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.

4. Mengenalpasti faktor Sosioekonomi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar.

5. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini untuk menjawab persoalan:

1. Bagaimanakah kekerapan pengambilan makanan dikalangan Pelajar?

2. Adakah faktor Media massa mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?

3. Adakah faktor Rakan sebaya mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?

4. Adakah faktor Sosioekonomi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar?

5. Bagaimanakah tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan dan pemakanan?