kualiti grafik digital - faculty of education | universiti ... manakala imej yang mempunyai...

24
TEKNOLOGI GRAFIK Kualiti Grafik Digital Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM

Upload: vominh

Post on 08-May-2018

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

2

Mengapa perlu tahu ? Kualiti vs saiz Fail ?

Antara faktor utama yang mempengaruhi kualiti grafik

digital ialah......

kedalaman warna dan resolusi imej

KUALITI GRAFIK DIGITAL : PENGENALAN

TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital:

Kedalaman Warna

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

4

Kedalaman warna (color depth) merujuk kepada julat

warna yang wujud di dalam sesebuah piksel ataupun

berapa banyak warna yang berbeza wujud dalam

sesebuah imej.

Sebuah imej dengan kedalaman warna yang minima

boleh mempunyai hanya 2 warna sahaja; contohnya

hitam dan putih.

Imej dengan kedalaman 4 bit mampu memaparkan

sehingga 16 warna kerana terdapat 16 kombinasi

yang berbeza dalam 4 bit.

KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

5

Manakala imej yang mempunyai kedalaman warna

yang tinggi mampu mencapai sehingga 16.7 juta

warna.

Semakin tinggi kedalaman warna semakin cantik

paparan imej tetapi dalam masa yang sama akan

membentuk saiz fail yang semakin besar.

KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

6

KEDALAMAN WARNA : PENGENALAN

Kedalaman Warna Bit bagi setiap

piksel

Formula Julat warna

1 bit 1 21 2

2 bit 2 22 4

3 bit 3 23 8

4 bit 4 24 16

5 bit 5 25 32

6 bit 6 26 64

7 bit 7 27 128

8 bit 8 28 256

16 bit 16 216 65 536

24 bit 24 224 16 777 216

7

Dithering merupakan satu proses menukar kedalaman

warna sesebuah imej dari tinggi ke kedalaman warna

yang lebih rendah.

Sebagai contoh, imej 8 bit dipinda menjadi imej 4 bit.

KEDALAMAN WARNA : DITHERING

Imej 8 bit Imej 4 bit

8

Apabila sesebuah aplikasi/program melakukan proses

“dithering” terhadap sesebuah imej, ia akan menukar

warna yang tidak mampu untuk dipaparkan kepada

corak-corak (patterns) dua atau lebih warna yang

hampir menyerupai warna imej sebenar. Contohnya,

bagi gambar hitam putih yang berikut :

KEDALAMAN WARNA : DITHERING

TEKNOLOGI GRAFIK

Kualiti Grafik Digital:

Resolusi

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

10

Resolusi bagi sesebuah imej bitmap ditentukan oleh

dimensi imej tersebut dalam keadaan menegak dan

melintang (horizontal dan vertikal) dan ianya diukur di

dalam unit piksel.

Contohnya, imej bitmap yang mempunyai resolusi 800

x 600 piksel akan memenuhi keseluruhan skrin

paparan SVGA yang normal.

RESOLUSI : PENGENALAN

11

Resolusi sesebuah imej juga boleh merujuk kepada

jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per inch: dpi)

yang terdapat pada imej tersebut.

Contohnya, sesebuah imej boleh mempunyai resolusi

72 dpi, 100 dpi ataupun 1200 dpi.

RESOLUSI : PENGENALAN

12

Resolusi ditentukan oleh banyak faktor, antaranya

ialah perkakasan yang digunakan bagi menghasilkan

sesebuah imej digital (scanner, kamera digital

contohnya).

Kad grafik atau kad video bagi tujuan paparan juga

turut mempengaruhi resolusi paparan imej yang

dipersembahkan.

Bincangkan.....

RESOLUSI : FAKTOR

13

Rajah dibawah menunjukkan bagaimana jumlah

piksel yang ada pada sesebuah imej memberi kesan

pada kualiti sesebuah imej.

Semakin tinggi resolusi, semakin tajam dan jelas

paparan imej....semakin besar saiz fail yang terbentuk.

RESOLUSI : KUALITI ?

14

Imej digital yang dipersembahkan menerusi skrin

komputer biasanya menggunakan resolusi 72 dpi.

Resolusi sebegini sudah memadai bagi tujuan

paparan elektronik tetapi ianya kurang sesuai bagi

tujuan cetakan.

150 hingga 300 dpi merupakan nilai resolusi yang

biasa digunakan bagi tujuan cetakan yang biasa.

RESOLUSI : KUALITI ?

15

Resolusi boleh dikurangkan tetapi biasanya ia akan

mengurangkan ketajaman atau ketepatan sesebuah

paparan imej.

Resolusi sesebuah imej juga boleh ditingkatkan yang

mana komputer akan meramalkan data tambahan

bagi membentuk imej baru dengan resolusi yang

dipertingkatkan.

Teknik ini dikenali sebagai “interpolation” .

RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN

16

Resolusi cuma boleh dipertingkatkan dalam keadaan

sebenar dengan cara “redigitizing” (digitalkan

semula) sesuatu imej dengan resolusi yang lebih

tinggi.

Contohnya; scan semula menggunakan scanner yang

mempunyai resolusi yang lebih tinggi

RESOLUSI : KESAN DAN PERUBAHAN

TEKNOLOGI GRAFIK

Saiz Imej dan Saiz Fail

Jabatan Multimedia Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, UTM

18

Saiz imej merujuk kepada tinggi dan lebar sesebuah

imej dan diukur dalam unit inci, sentimeter, dot, atau

unit pengukuran lain.

Saiz imej kadang-kala agak mengelirukan

memandangkan saiz imej yang sama mungkin

mempunyai resolusi yang berbeza.

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

19

Contohnya; tidak banyak maklumat yang dapat

diperkatakan apabila kita mengetahui sesebuah imej

itu mempunyai saiz 3 inci lebar dan 5 inci tinggi

sekiranya kita tidak mengetahui berapa banyak atau

jumlah dot per inci yang menghasilkan imej tersebut.

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

Imej dengan saiz sama tetapi kualiti berbeza

20

Oleh yang demikian saiz imej diukur dalam dot atau

piksel.

Dengan cara tersebut kita mudah untuk menentukan

kuantiti data bagi sesebuah imej kerana imej yang

bersaiz 300 pixel lebar dan 500 piksel tinggi

mengandungi 15 000 piksel walau sebesar mana pun

saiz imej tersebut dalam unit inci.

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

21

Unit piksel juga sering digunakan bagi mewakili saiz

sesebuah imej digital kerana ianya membolehkan

seseorang menjangkakan saiz fail yang akan

terbentuk bagi mewakili imej tersebut.

Saiz fail bagi sesebuah imej jenis bitmap boleh

ditentukan berdasarkan formula yang berikut :

saiz imej (dalam unit piksel) x kedalaman warna

(dalam unit bit) / 8

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

22

Contoh 1:

Imej saiz (dalam pixel) - 640 x 480

Color Depth - 8 bit

Saiz fail = (640 x 480) x 8 / 8

= 307 200 bytes

= 213 Kilobytes

= 0.2 Megabytes

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

23

Contoh 2:

Imej saiz (dalam pixel) - 1024 x 768

Color Depth - 24 bit

Saiz fail = (1024 x 768) x 24 / 8

= 2359 296 bytes

= 1638.4 Kilobytes (Kb)

= 1.14 Megabytes (Mb)

Kesimpulan yang boleh dibuat ?

Saiz Fail vs Resolusi vs Kedalaman Warna ?

SAIZ IMEJ DAN SAIZ FAIL

24

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.

RUJUKAN