bab 1-p'soalan kajian - faculty of education | universiti ... · tentang kaitan ilmu pemikiran...

22

Upload: lamthu

Post on 06-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

iii

iv

RUKYATULLAH MENURUT PANDANGAN ULAMA KALAM

SAMIRA BINTI ABDUL RASHID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

v

vi

DEDIKASI

Alhamdulillah rabbil Alamin Syukur kepada Allah, Rabb sekalian alam

Atas junjungan baginda Muhamad Bin Abdullah dan semua sahabat baginda, tabiin

dan tabi’ tabiin

Kepada Abdul Rashid bin Dimin dan Hadijah binti Said Kau amat tabah mengharungi hidup dan membesarkan kami, Doaku satu sahaja

semoga Allah membalas dengan syurga.....

Buat adik-beradikku

Mardhiyah, Muhammad Nabil Fikri, Abdul Mujib, Farah Dalilah dan Zatil Aqmar,

Kalian adalah harapanku , didiklah diri menjadi insan yang soleh dan

solehah..Untuk mencapai redho Allah.

Juga kepada Ustaz Ahmad Puhad bin Alim dan Pn Abidah binti Murat ,serta insan

teristimewa..Muhammad Najih Irsyad serta keluarga

yang banyak menolong dalam memberi tunjuk ajar,

sumbangan dan kritikan membangun untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.

Penyelia yang dikagumi

PM.Dr Ramli bin Awang Aku amat mengkagumi keperibadiannya, keilmuan dan kezuhudan yang dimilikinya

Syukran Jazilan

Semua Pensyarah-pensyarah di Fakulti Tamadun Islam| Terima Kasih Di Atas Ilmu dan didikan Yang Diberikan...

Jasa kalian teramat bernilai pada diriku...

Barakallahu fikum…

Sahabat-sahabat seperjuanganku

Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..

Terima kasih atas segalanya..

...........................................................................................

vii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran di atas segala nikmat, inayah, hidayah dan

keizinan-Nya, Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang

ditetapkan bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam). Penghargaan dan setinggi terima kasih ditujukan kepada

penyelia yang banyak menabur budi dan jasa iaitu Profesor Madya Dr. Ramli Bin

Awang di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang diberi sepanjang

penyelidikan dijalankan. Kesediaan beliau meluangkan masa dan berkongsi ilmu juga

menjadi pendorong kepada penyelidik untuk terus berusaha dan bersemangat ke arah

melengkapkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun

Islam (FTI) di atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Terima kasih juga kepada

kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), di atas

segala bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik mendapatkan bahan rujukan. Tidak

lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi bantuan,

sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Semoga mendapat keredhaan

Ilahi.

Wassalam..

viii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hujah Ulama Kalam mengenai Rukyatullah.

Aspek yang dikaji adalah berkaitan konsep Rukyatullah menurut ulama Kalam samaada

Allah boleh atau tidak boleh dilihat di dunia atau di akhirat. Pandangan ulama Kalam

dibataskan kepada tiga aliran: iaitu ulama Asya‘irah (Ahli Sunnah Waljamaah),

Muktazilah dan Syiah. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metodologi

pengumpulan dan analisis data. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mendokumentasikan secara sistematik hujah atau alasan ulama Kalam tentang

Rukyatullah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada nas yang qat’i mengenai

melihat Allah. Sementara Ulama Kalam berselisih pendapat mengenainya. Ahli Kalam

Sunni menetapkan kemungkinan Allah boleh dilihat di dunia dan boleh dilihat dengan

mata kepala ketika di akhirat (syurga), manakala ahli Kalam Muktazilah dan Syiah

menafikan Allah boleh dilihat sama ada di dunia ataupun di akhirat. Diharapkan kajian

ini dapat dimanfaatkan oleh Muslimin bagi memberi kefahaman kepada masyarakat

tentang kaitan ilmu pemikiran Islam dengan perkembangan akidah serta dapat menjadi

rujukan kepada pendakwah. Selain dapat menambahkan khazanah pemikiran intelektual

islam dalam kalangan umat.

ix

ABSTRACT

The study was conducted to know about the arguments of Rukyatullah by the scholars of

Kalam. The aspects which has been studied are related to the arguments of the

Rukyatullah’s concepts by the scholars of Kalam, whether the God could or could not be

viewed in this world and the Hereafter. The views of scholars of Kalam are divided into

the three main schools of thoughts which represented by Sunni, Muktazilah and Shiites.

This study utilizes the form of qualitative methodology and the collection of data as well

as the analysis. There are any comfirmation in the Quranic verses about the view of

Allah (Rukyatullah). The kalam of sunnis agree that Allah could be seen in this world

and hereafter (heaven) while the Muktazilah dan Shiite deny it. It is expected that this

study may be used by Muslims to understand the connection of Islamic thought and

belief especially for their dakwah. In Addition to that, it is also expected as an

intelectual treasure among the ummah.

x

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PERAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian. 9

xi

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Konsep Kajian 11

1.8.1 Definisi Istilah 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Ilmu Kalam 13

2.2.1 Nama-nama Ilmu Kalam 15

2.2.2 Faktor Kelahiran Ilmu Kalam 16

2.3 Faktor mendorong lahirnya perbincangan 22

Rukyatullah

2.4 Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam 23

2.4.1 Asya‘irah 23

2.4.2 Muktazilah 33

2.4.3 Syiah 48

xii

BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 64

3.2 Metode Pengumpulan Data 65

3.3 Metode Analisis Data 66

3.4 Kesimpulan 67

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 69

4.1 Alasan Atau Hujah Allah Boleh Dilihat

Di Dunia Atau Akhirat 69

4.2 Alasan Atau Hujah Ulama’ Kalam 98

Bahawa Allah Tidak Boleh Dilihat Di Dunia

Dan Akhirat

4.3 Kesimpulan 105

BAB V RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 106

5.2 Rumusan 106

xiii

5.3 Kesimpulan. 114

BIBLIOGRAFI 116

LAMPIRAN 122

xiv

SENARAI SINGKATAN

s.w.t subhanahu wa ta’ala

s.a.w salallah hu a’lai hi wasallam

a.s a’lai hissalam

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perbincangan berkenaan dengan akidah ketuhanan adalah aspek terpenting dalam ajaran

Islam. Menurut ajaran Islam, akidah menjadi asas kepada syariah dan akhlak. Tanpa

akidah yang teguh akan membawa kepada pudarnya nilai keislaman seseorang. Atas

dasar inilah maka dakwah pertama yang dilaksanakan Nabi s.a.w ialah menyeru kepada

akidah yang benar terhadap ketauhidan Allah Taala.

Wahyu yang diturunkan kepada Nabi s.a.w menjadi panduan beragama.

Keseluruhan wahyu ini berlegar di sekitar persoalan akidah tauhid kepada Allah.

Menerusi wahyu inilah Nabi s.a.w mendidik para sahabat sedikit demi sedikit hingga

tertanam kukuh anutan akidah dalam diri mereka. Surah-surah Makiyyah yang

diturunkan sepanjang tiga belas tahun memfokuskan persoalan akidah tauhid kepada

Allah yang Esa. Akidah tersebut meresap dalam diri para sahabat sehingga mereka

2

mampu bangun berhadapan dengan arus jahiliyah. Tiada apa yang dibesar dan

diagungkan kecuali Allah, hati mereka tunduk dan patuh kepada-Nya. Resapan akidah

yang suci ini mengangkat martabat kemuliaan mereka. (Ramli Awang, Akidah

Penghayatan Tauhid al-Quran; 2005: xiv-xv).

Quran yang diturunkan kepada Nabi s.a.w bersifat semasa dan menjawab apa jua

persoalan yang timbul waktu itu lebih-lebih lagi dalam persoalan kepercayaan kepada

Allah. Kepelbagaian kepercayaan yang tidak layak dinisbahkan kepada Allah telah

disanggah oleh Quran. Antara kepercayaan yang dibetulkan oleh Quran ialah

Anthropomorphisme (antropomorfik) yang dipelopori oleh orang-orang Yahudi dan

Nasrani. Faham kepercayaan ini dianggap melampaui batas oleh Quran kerana telah

mentasybihkan Allah dengan makhluk-Nya.

Quran memaparkan bagaimana sikap Bani Israil yang tidak mahu beriman kepada

Nabi Allah Musa a.s melainkan setelah mereka dapat melihat Allah secara terang-

terangan dengan mata kepala mereka (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran’an al-Azim, 1980: 1:

93). Kisah ini diketengahkan agar masyarakat Arab Quraisy mengambil pengajaran dan

tidak mewarisi kepercayaan tersebut. Mereka disaran supaya mengambil iktibar

daripadanya terutama dalam soal-soal kepercayaan terhadap Allah dan daripada

penyerupaan dengan makhluk. Quran menyebut:

øŒÎ)uρ óΟ çFù=è% 4y›θßϑ≈ tƒ s9 z ÏΒ÷σ œΡ y7 s9 4 ®Lym “t�tΡ ©! $# Zοt�ôγy_ ãΝ ä3 ø? x‹ yzr'sù èπ s)Ïè≈ ¢Á9 $# óΟ çFΡ r&uρ tβρ á� ÝàΨs?

Terjemahan: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak

akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang

(dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu

semua melihatnya.

3

(al-Baqarah, 2: 55)

Kepercayaan Dahri yang menafikan kehidupan akhirat dan menisbahkan kehidupan

manusia kepada penentuan masa semata-mata juga telah disanggah oleh Quran dengan

menyebut:

(#θ ä9$s% uρ $tΒ }‘ Ïδ ω Î) $uΖè?$uŠ ym $u‹÷Ρ ‘‰9$# ßNθ ßϑtΡ $u‹øtwΥuρ $tΒuρ !$uΖä3 Î= öκ ç‰ ω Î) ã�÷δ ¤$! $# 4 $tΒuρ Μ çλm; y7 Ï9≡x‹ Î/ ôÏΒ

AΟ ù=Ïæ ( ÷β Î) öΛ èε ω Î) tβθ ‘ΖÝà tƒ ∩⊄⊆∪

Terjemahan: Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada

hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang

membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai

sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan

semata-mata.

(al-Jathiyah, 45: 24)

Begitu juga dengan kepercayaan Trinity, telah ditolak oleh Quran:

Ÿ≅ ÷δ r'≈ tƒ É=≈ tG Å6 ø9$# Ÿω (#θ è= øós? ’Îû öΝ à6 ÏΖƒÏŠ Ÿω uρ (#θä9θà)s? ’n? tã «! $# ω Î) ¨,ysø9$# 4 $yϑ ¯Ρ Î) ßxŠ Å¡ yϑø9$# |¤Š Ïã

ß ø⌠$# zΝ tƒó�tΒ Ú^θ Þ™ u‘ «! $# ÿ…çµ çFyϑ Î=Ÿ2 uρ !$yγ9s)ø9r& 4’n< Î) zΝ tƒó� tΒ Óyρâ‘ uρ çµ ÷ΖÏiΒ ( (#θ ãΖÏΒ$t↔ sù «!$$ Î/ Ï&Î# ß™ â‘uρ ( Ÿω uρ

(#θ ä9θà)s? îπsW≈ n=rO 4 (#θ ßγtFΡ $# # Z* ö9yz öΝà6 ©9 4 $yϑΡÎ) ª! $# ×µ≈ s9Î) Ó‰ Ïm≡uρ ( ÿ…çµ oΨ≈ ysö7ß™ βr& šχθä3 tƒ …ã&s! Ó$ s! uρ ¢ …ã&©!

$ tΒ ’Îû ÏN≡uθ≈ yϑ¡¡9$# $tΒuρ ’Îû ÇÚ ö‘ F{ $# 3 4’s∀ x. uρ «! $$Î/ WξŠÅ2 uρ ∩⊇∠⊇∪

4

Terjemahan: Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui

batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu

terhadap Allah melainkan yang benar; Sesungguhnya al Masih Isa Ibni Maryam

itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya

kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadanya. Maka berimanlah kamu

kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu)

tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi

kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan yang Maha Esa, Maha suci

Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan

yang ada di bumi dan cukuplah menjadi pengawal (yang mentadbirkan sekalian

makhluk-Nya).

(al-Nisa’, 4: 171)

Contoh-contoh di atas memperlihatkan bagaimana pada zaman Nabi s.a.w masih

hidup, wahyu Quran terlibat menangani secara langsung berhubung dengan kemelut

akidah yang timbul pada waktu itu. Pendeknya dalam rangka mendidik umat dengan

akidah Islamiyyah yang tulen, Quran memberikan penjelasannya agar umat Islam tidak

terkeliru. Berdasarkan Quran dan Sunnah, akidah tauhid menurut Islam tersimpul dalam

tiga aspek: Uluhiyyah, Rububiyyah dan al-Asma’ wa al-Sifat. Nabi s.a.w berusaha

menanamkan prinsip-prinsip akidah ini dalam diri para sahabatnya di Mekah dan

meneruskannya selama sepuluh tahun lagi ketika berhijrah ke Yathrib.

Apabila berlakunya perluasan pembukaan negeri-negeri Islam, banyak orang Ajam

yang telah menganut Islam. Meskipun mereka telah menerima akidah yang baru, namun

saki baki kepercayaan dan fahaman lama mereka sebelum Islam masih lagi berakar umbi

dalam diri mereka. Perkara ini telah menjadi hambatan untuk mereka mengharmonikan

kepercayaan yang sedia ada dengan kaedah berakidah dalam Islam yang baru diterima.

5

Hasilnya tidak semua mereka mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dan

berlakulah percampuran fahaman tersebut dengan akidah Islam.

Hasil pertembungan dengan budaya asing ini menyebabkan persoalan akidah

ketuhanan yang pada mulanya dikemukakan oleh Quran begitu mudah telah bertukar

corak menjadi aktiviti akal yang bersifat falsafah. Pendekatan dan metod Quran telah

bertukar menjadi metod jidal kalami. Situasi ini menjadi lebih rancak apabila berlakunya

penterjemahan buku-buku falsafah asing seperti Greek-Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kesan daripada itu berlakulah percampuran antara pemikiran Islam dengan pemikiran

asing yang terdiri dari pelbagai kepercayaan dan keagamaan. (‘Ali ‘Abd al-Fattah al-

Maghribi, al-Fikr al-Dini al-Syarqi al-Qadim wa Mawqif al-Mutakallimin, 1996:69-70).

Persoalan-persoalan berkenaan dengan akidah ketuhanan yang muncul dari

pengaruh luaran itu telah mencabar keutuhan akidah Islam yang diterapkan oleh Nabi

s.a.w. Untuk mempertahankan kesucian akidah tersebut, para ulama Kalam bangkit

menyahut cabaran semasa berkenaan dengan akidah ini demi mempertahankannya.

Tegasnya para ulama Kalam berada di barisan hadapan menghadapi bentuk-bentuk

pemikiran asing yang cuba merosakkan akidah umat Islam di sekitar persoalan akidah

ketuhanan. Mereka menggunakan metod yang pada mulanya dipakai oleh musuh Islam

untuk mempertahankan Islam.

Akibat daripada itu berkembanglah metod jidal kalami dalam usaha

memperkukuhkan fahaman akidah. Manakala ulama Kalam yang berkecimpung dalam

bidang ini terbahagi pula kepada beberapa aliran utama seperti Syiah, Muktazilah dan

Asya ‘irah (Ahli Sunnah Waljamaah).

6

Persoalan yang pada mulanya berkisar kepada mensabitkan akidah dengan

kewujudan Allah secara falsafah dan rasional berasaskan mantik telah mula berkembang

kepada aspek-aspek yang lebih luas seperti persoalan qadak dan qadar, usaha dan ikhtiar

manusia, kemampuan laku perbuatan manusia (istita’ah), sifat-sifat yang wajib, mustahil

dan harus bagi Allah serta lain-lain.

Selain daripada itu terdapat perbincangan dalam kalangan ulama berkenaan

mengenai sifat-sifat Allah yang dinaskan secara langsung oleh Quran dan Sunnah bagi

memperkukuhkan keimanan terhadap Allah Taala. Ayat-ayat Quran berkenaan dengan

hal ini diklasifikasikan ulama sebagai sifat dhatiyyah seperti al-hayat, al-qudrah, al-‘ilm ,

al-kalam, al-sam‘u, al-basar dan al-iradah serta sifat-sifat fi‘liyyah seperti al-takhliq

(menciptakan), al-tarziq (memberi rezeki), al-insya’ (mengadakan), al-ibda’ (memulakan

yang ada) al-san’u (menjadikan) serta lainnya (Abu Hanifah al-Nu’man, Matn al-Fiqh al-

Akbar, 1979:167) telah membuka ruang perbincangan yang luas di kalangan ulama

kalam.

Para ulama dari aliran mazhab yang berbeza itu cuba menyelami maksud Quran

dan mentafsirkannya berdasarkan keilmuan Islam dan kemampuan yang mereka miliki.

Dalam hal ini mereka berpandukan kepada kewujudan hadis-hadis bagi menyokong nas-

nas yang sedia ada dalam Quran. Apabila mereka mendapati adanya hadis-hadis yang

menyebut perihal Tuhan dapat dilihat sama ada di dunia dan akhirat, maka isu

rukyatullah menjadi topik yang tidak kurang pentingnya dibahaskan oleh para ulama

Kalam.

7

1.2 Latar Belakang Masalah

Ulama kalam dalam Islam berbeza pendapat berkenaan rukyatullah. Persoalan apakah

Allah Taala boleh dilihat sama ada di dunia ataupun di akhirat hangat diperbincangkan

oleh tiga aliran mazhab kalam, iaitu Muktazilah, Syiah dan Asya‘irah (Ahlu Sunnah

Waljamaah).

Ulama Islam aliran Muktazilah berpandangan bahawa adalah tidak mungkin sama

sekali Allah dapat dilihat dengan mata kepala sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Muslim yang beriman kepada Allah dan memiliki kepercayaan di dalam hati sanubarinya

perihal kewujudan Allah tergolong dalam tingkatan iman yang tinggi. Bagi Muktazilah

persoalan rukyatullah adalah antara perkara yang wajib dinafikan daripada Allah Taala.

(Qadi ‘Abd al-Jabbar, Syarah Usul al-Khamsah, 2001:155). Mereka berpegang kepada

Quran yang menyebut:

ω çµ à2 Í‘ ô‰ è? ã�≈ |Á ö/F{ $# uθèδ uρ à8Í‘ ô‰ãƒ t�≈ |Áö/F{ $# ( uθ èδ uρ ß#‹ÏÜ=9$# ç*9Î6sƒø:$# ∩⊇⊃⊂∪

Terjemahan: Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang ia dapat

melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia-lah yang Maha

Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha mendalam

pengetahuan-Nya.

(al-An‘am, 6: 103)

Ulama aliran kalam Asya‘irah berbeza dengan Muktazilah. Mereka mengatakan

bahawa Allah harus dapat dilihat sama ada di dunia ataupun di akhirat dengan mata

kepala. Antara alasan yang diketengahkan oleh mereka ialah:

8

×νθã_ãρ 7‹ Í×tΒöθtƒ îοu* ÅÑ$Ρ ∩⊄⊄∪ 4’n<Î) $pκ Íh5 u‘ ×οt�Ïß$tΡ ∩⊄⊂∪

Terjemahan: Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri seri;

Melihat kepada Tuhannya.

(al-Qiyamah, 75: 22-23)

Imam Abu Jaafar al-Tahawi (290-321H) menyebut bahawa ahli syurga benar-benar

dapat melihat Allah Taala. Selain daripada berhujah dengan ayat di atas, al-Tahawi juga

menegaskan bahawa ada hadis-hadis sahih yang mensabitkan perkara ini. (Al-Tahawi, al-

‘Aqidah al-Tahawiyyah, 1998:29). Melihat Allah dengan mata kepala adalah perkara

yang harus (mumkin) berdasarkan hukum akal. Ia berlaku di dalam syurga di akhirat.

Allah Taala ada (maujud) dan setiap yang maujud harus dilihat. Melihat Allah dengan

mata kepala di akhirat adalah tanpa kaifiyat dan hal ini terhijab daripada orang kafir.

(Tahir al-Jaza’iri, al-Jawahir al-Kalamiyyah, 1988: 77-78).

Ulama Syiah berpandangan bahawa Allah tidak akan dapat dilihat dengan mata

kepala sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Namun mereka tidak menolak

kemungkinan Allah dapat dilihat dengan matahati (‘ayn basirah). (Murtadha Muthahhari,

Ilmu Kalam, 2002: 94).

Berdasarkan kepada penegasan yang dinyatakan di atas, ternyata adanya perbezaan

pendapat di kalangan para ulama Kalam dalam Islam berkenaan dengan konsep

rukyatullah. Pendirian pendapat bagi setiap golongan tidak disatukan dalam satu bentuk

penulisan yang teratur dan sistematik. Lantaran belum ada lagi kajian yang dilakukan

secara sistematik dan ilmiah mengenai hujah-hujah dan pendapat daripada tiga aliran:

Asyairah (Ahli Sunnah Waljamaah), Muktazilah dan Syiah, maka kajian ini perlu

diketengahkan.

9

1.3 Pernyataan Masalah

“Apakah hujah dan dasar perbezaan pandangan berkenaan dengan konsep rukyatullah di

kalangan para ulama Asya ‘irah (Ahli Sunnah Waljamaah), Muktazilah dan Syiah”.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1. Mengetahui konsep rukyatullah menurut ulama Kalam.

1.4.2. Mengetahui hujah dan alasan Mutakallimin bahawa Allah boleh di lihat di dunia

dan di akhirat.

14.3. Mengetahui hujah dan alasan Mutakallimin bahawa Allah tidak boleh di lihat di

dunia dan akhirat.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini berkisar pada tiga perkara berikut:

1.5.1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep rukyatullah oleh para Mutakallimin?

1.5.2. Apakah nas dan alasan Mutakallimin bahawa Allah boleh dilihat di dunia dan di

akhirat?

1.5.3. Apakah nas dan alasan Mutakallimin bahawa Allah tidak boleh dilihat di dunia dan

di akhirat?