mohd azhar bin ayob - faculty of education · 2008-04-29 · membina negara bangsa, ii)...
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR
OLEH GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA UTM SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR
MOHD AZHAR BIN AYOB
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
id129640 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
PERSEPSI GURU PELATIH TERHADAP PENYELIAAN LATIHAN MENGAJAR
OLEH GURU PEMBIMBING DAN PENYELIA UTM SEMASA MENJALANI
LATIHAN MENGAJAR
MOHD AZHAR BIN AYOB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
id168156 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
ii
iii
Dedikasi
Khas untuk....
Munah Binti Che Ahmad�.Seorang Ibu Yang Amat Ku Sanjungi dan Kasihi,
Ayob Bin Long�.Seorang Bapa Yang Amat Ku Hormati dan Kagumi,
Abang-abang dan Kakak-kakak Yang Ku Sayangi,
Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi,
Budi dan jasa kalian akan ku kenang sehingga ke akhir hayat ini.
Yang Teristimewa�.Khairunnisa Kammed (Annyss),
Seorang Sahabat, Teman dan Kekasih,
Kesabaran, kesetiaan, ketabahan dan doronganmu,
Menjadikan aku terus berusaha untuk berjaya,
Semoga berkekalan jua kita akhirnya.
Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan..�terima kasih kalian,
Akan ku kenang perjuangan kita selama ini,
Ku doakan kita semua berjaya,
Berjaya di dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur saya ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya dapat saya
menyempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal),
di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Dr. Hajjah Norani Binti Mohd
Nor yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh
penyediaan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil kelas SPA, SPE dan SPJ tahun
empat yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam penyelidikan ini. Di sini
juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan- rakan
seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam kajian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun empat yang
sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) terhadap penyeliaan latihan mengajar oleh
guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan
mengajar di sekolah. Kajian ini mengenai penyeliaan sebelum sesi pengajaran (Pra-
pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian
pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Seramai 74 orang pelajar
dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for Social Science, Version 12) berdasarkan kepada skor
kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menyatakan
bahawa guru pembimbing dan penyelia UTM menjalankan sesi penyeliaan dengan
sebaiknya terhadap mereka melalui kaedah bimbingan dan perbincangan sebelum sesi
pengajaran (Pra-pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek
membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas.
Namun begitu, terdapat segelintir guru pelatih yang kurang dibimbing serta diselia
dalam aspek pembinaan soalan secara sistematik mengikut aras kesukaran.
Walaubagaimanapun, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambahbaik dan
mengatasi masalah yang wujud dalam menjalani latihan mengajar.
vi
ABSTRACT
The main objective of this research was to study the perception of fourth year
students whom are pursuing Bachelor�s Degree of Technology With Education
(Civil/Electric/Mechanical Engineering) towards the supervision of advisors and
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) supervisors during teaching intern in school. The
research were made towards the supervision before teaching session (Pre-observation),
after teaching session (Post-observation), aspects in teaching evaluation along with
aspects in controlling and managing class. 74 students were chosen as respondents. The
instrument used for this research was questionnaires. Data was analyzed with SPSS
(Statistical Package for Social Science, Version 12) software based on the frequency
score, percentage and mean. Result showed that practical teachers claimed that advisors
and UTM�s supervisors conducted the supervision well towards those who went
through guide and discussion before teaching session (Pre-observation), after teaching
session (Post-observation), aspects in teaching evaluation along with aspects in
controlling and managing class. However, there were also a few practical teachers who
were less guided and supervised in the aspect of structuring questions systematically by
following the difficulty level. Thus, some recommendations were proposed to improve
and overcome the problems that occur during conducting teaching intern.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS -
PENGESAHAN PENYELIA -
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 8
viii
1.5 Persoalan kajian 9
1.6 Kepentingan kajian 10
1.7 Skop kajian 11
1.8 Definisi istilah 11
1.9 Kesimpulan 13
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latihan Mengajar 14
2.3 Guru Pelatih 16
2.4 Guru Pembimbing 17
2.5 Penyelia UTM 19
2.6 Penyeliaan 20
2.7 Penyeliaan Klinikal 22
2.8 Pra-Pemerhatian 24
2.9 Pasca-Pemerhatian 26
2.10 Penilaian Pengajaran 27
2.11 Pengurusan dan Kawalan Kelas 30
2.12 Kesimpulan 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk kajian 33
3.3 Tempat kajian 34
3.4 Populasi dan sampel kajian 34
3.5 Instrumen kajian 36
3.6 Kajian rintis 38
ix
3.6.1 Kesahan instrumen kajian 38
3.7 Prosedur kajian 39
3.8 Kaedah analisis data 40
3.9 Kesimpulan 42
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 45
4.2.1 Latar belakang responden 45
4.2.1.1 Jantina 45
4.2.1.2 Umur 46
4.2.1.3 Bangsa 46
4.2.1.4 Kursus/Aliran 47
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 48
4.3.1 Persoalan Kajian Satu 48
4.3.2 Persoalan Kajian Dua 53
4.3.3 Persoalan Kajian Tiga 59
4.3.4 Persoalan Kajian Empat 64
4.4 Kesimpulan 68
BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 70
5.3 Kesimpulan 71
5.4 Perbincangan 73
5.4.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Satu 74
5.4.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Dua 79
x
5.4.3 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Tiga 83
5.4.4 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian Empat 87
5.5 Cadangan 91
5.6 Cadangan kajian lanjutan 93
BIBLIOGRAFI 95 - 99
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Responden Kajian Mengikut Pengkhususan 35
3.2 Item soal selidik 36
3.3 Skala Likert 37
3.4 Pengkelasan Skala Pemeringkatan Likert 40
3.5 Pertimbangan yang akan digunakan oleh penyelidik
untuk menjawab persoalan kajian yang berkaitan 41
4.1 Tahap pencapaian berdasarkan Skor Min 44
4.2 Jadual Skala Likert 44
4.3 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut jantina 45
4.4 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut umur 46
4.5 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut bangsa 46
4.6 Bilangan dan peratus taburan responden mengikut kursus 47
4.7 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian satu 49
4.8 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian dua 54
4.9 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian tiga 59
4.10 Taburan kekerapan dan skor min item persoalan kajian empat 64
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal 23
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
STP - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SPSS - Statistical Package for the Science Social, Version 12
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A. Pengesahan Item Soal Selidik
B. Borang Soal Selidik
C. Analisis SPSS Data Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Arus pemodenan masa kini membuatkan perubahan yang berlaku di sekeliling
kita menjadi semakin mencabar. Saban hari, kita sering diingat akan kepentingan
mempertingkatkan kualiti, kemahiran dan pencapaian kerja. Bidang perguruan juga
tidak terkecuali daripada menerima bahang kepesatan pembangunan sebegini. Semua
guru di seluruh negara perlu menghayati dan menerima satu bentuk transformasi yang
sedang dialami oleh setiap lapisan warga di negara kita. Transformasi yang
dimaksudkan ialah pendidikan yang menjadi asas bagi menghala ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 yang diiltizamkan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamed adalah bagi menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju yang menyeluruh di mana peranan teknologi
maklumat menjadi semakin kritikal. Situasi sebegini merupakan satu cabaran bagi
semua guru dan bakal guru. Mereka perlu berusaha meningkatkan profesionalisme
sebagai seorang guru yang berwibawa bagi membentuk generasi muda untuk
membangunkan negara.
id306671 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com
2
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 � 2010 (PIPP) yang
merupakan pelan pelaksanaan dan telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada
16 Januari 2007. Pelan ini menggariskan enam teras utama bagi menjayakan Misi
Nasional dalam RMK-9. Dalam PIPP ini, enam teras strategik diberi tumpuan iaitu i)
membina negara bangsa, ii) membangunkan modal insan, iii) memperkasakan sekolah
kebangsaan, iv) merapatkan jurang pendidikan, v) memartabatkan profesion keguruan
serta vi) melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang sedia ada. Pelaksanaan
PIPP menggunakan dua pendekatan iaitu i) menyelesaikan tugas yang belum selesai
untuk menyamaratakan medan persaingan; dan ii) melonjakkan kecemerlangan
pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi pendidikan iaitu membangunkan
modal insan seperti yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia kini iaitu
Y.A.B Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.
�Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu
kemewahan. Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.�
Y.A.B Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)
Dalam tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan
kepada fokus dan strategi pelaksanaan iaitu i) Menambah baik sistem pemilihan calon
guru, ii) Memantapkan latihan perguruan, dan iii) Memantapkan perancangan dan
pengurusan sumber manusia.
3
�Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.�
YB Dato� Sri Hishammuddin Tun Hussein
(Perutusan Tahun Baru 2006)
Pemantapan latihan perguruan harus dilihat daripada aspek sedia ada iaitu
pemantapan guru-guru di sekolah dan yang sedang di peringkat latihan iaitu di maktab-
maktab perguruan dan institut-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang
berorientasikan bidang perguruan. Bagi bakal guru, pemantapan latihan perguruan dapat
dilihat daripada aspek kurikulum yang digubal. Latihan mengajar merupakan antara
kandungan penting dalam melahirkan bakal guru masa hadapan.
Dalam pemantapan latihan ini, penilaian daripada kedua-dua belah pihak iaitu
tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri perlu diteliti. Produktiviti yang ingin
ditingkatkan tidak harus dibincangkan hanya di sebelah pihak iaitu di kalangan
pensyarah penilai, tetapi responden yang dinilai juga perlu diberi peluang untuk
menyuarakan maklumbalas dan pandangan masing-masing mengenai penilaian yang
dilakukan terhadap mereka.
4
1.2 Latar belakang masalah
Latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu
program latihan perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat
menunjukkan dan mengamalkan tingkahlaku-tingkahlaku yang diinginkan untuk
mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan
kepada mereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Disamping itu, latihan mengajar
boleh memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk
menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan
sebenar yang akan ditempuhi nanti. Dalam masa latihan mengajar, guru pelatih itu
menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif
serta sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaan ke arah pengajaran
yang lebih berkesan.
Penilaian latihan mengajar terhadap guru pelatih dilakukan oleh guru
pembimbing serta penyelia yang dilantik oleh pihak universiti. Segala panduan dan
tunjuk ajar yang disampaikan daripada proses penilaian latihan mengajar berguna dalam
memperbaiki dan meningkatkan kemahiran pengajaran di kalangan guru pelatih.
Walaubagaimanapun, dalam pemantapan kemahiran perguruan di kalangan guru
pelatih, adalah perlu penilaian dan perbincangan secara dua hala di antara guru pelatih
dan penyelia diamalkan. Pandangan serta persepsi daripada guru pelatih itu sendiri perlu
diambil kira hasil daripada penilaian yang telah dilakukan ke atasnya.
Menurut A.Raof dan T.Subahan (1991), dalam kajian mereka mengenai �Isu-isu
Latihan Mengajar� menyatakan bahawa penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang
terbiar, iaitu tidak mendapat penelitian yang wajar walaupun ia adalah perkara pusat
dalam keseluruhan proses pendidikan guru. Hal ini disebabkan terlalu mementingkan
soal-soal pentadbiran sehinggakan peranan penyeliaan latihan mengajar kurang
5
diberikan penekanan yang wajar. Pengabaian proses penyeliaan terhadap guru pelatih
mampu memberikan impak yang tidak baik terutamanya dalam melahirkan generasi
pelapis bagi tenaga pendidik masa hadapan.
Dalam menjalani latihan mengajar di sekolah, pelbagai situasi dan keadaan
ditempuhi oleh guru pelatih. Suasana yang dihadapi ini sedikit sebanyak mempengaruhi
serta memberi kesan terhadap perjalanan latihan yang sedang dilalui. Kajian oleh
Hapidah et al. (2002) menyatakan bahawa, kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah-
sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, malah ada
di kalangan mereka kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih
menjalankan tugas pengajaran mereka. Bagi seorang guru pelatih, tindakan sebegini
seolah-olah memperkecilkan kehadiran mereka lalu menjadikan mereka teragak-agak
dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar.
Menurut Hassan (1995), kebanyakkan guru pelatih masih beranggapan tugas
utama penyelia adalah untuk menilai dan memberi gred terhadap pengajaran mereka;
bukan sebagai seorang �kawan� yang berperanan untuk membantu dan membimbing
mereka membuat perancangan dan menyampaikan pengajaran. Kebiasaanya, guru
pelatih merasa kurang selesa apabila kerap diselia oleh penyelia, malah ada di kalangan
mereka meminta supaya penyelia mengurangkan bilangan penyeliaan.
Penilaian daripada guru pembimbing dan penyelia terhadap guru pelatih
menjadikan ada ketikanya mereka terikat dengan kehendak dan kepuasan diri semasa
mengajar dengan arahan serta kehendak guru pembimbing dan penyelia dalam kaedah
penyampaian pengajaran. Kedengaran juga di kalangan guru pelatih menasihati
kawannya kalau hendak lulus, terima dan ikut sahaja apa yang dikomen oleh penyelia.
(Kamal Hassan, 1989).
6
Menurut Azizah et al. (2006), dalam kajiannya menyatakan bahawa, penilaian
pengajaran oleh penyelia mencetuskan rasa kebimbangan di kalangan guru pelatih
kerana ada di kalangan mereka yang kurang selesa apabila pengajaran mereka
diperhatikan oleh orang lain. Ini menimbulkan rasa bimbang kerana pengajaran mereka
mungkin lari daripada ekspektasi penyelia yang menjalankan pemerhatian tersebut.
Perasaan sebegini akan memberi kesan terhadap perlaksanaan pengajaran terutamanya
ketika berhadapan dengan penilaian guru pembimbing dan penyelia yang mahukan
kaedah yang disyorkan oleh penilai dituruti sepenuhnya.
Guru pelatih yang mencapai tahap komitmen yang tinggi adalah seseorang yang
dapat merasakan kepuasan kerja yang tinggi, jelas dengan beban kerja guru, berpeluang
mempelajari sesuatu pengetahuan baru, yakin dengan latihan mengajar dapat membantu
proses pengajaran, prospek guru yang terbaik, kestabilan disiplin sekolah, wujudnya
hubungan yang baik dengan rakan sejawat dan pentadbir sekolah, sentiasa memberi
sokongan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesion keguruan.
Sehubungan itu, prestasi pengajaran yang baik dapat dicapai melalui perancangan dan
persediaan mengajar yang sempurna dan kemaskini. Penyampaian guru yang dapat
menimbul minat pelajar dan perkembangan sahsiah adalah guru yang �versatile�.
Justeru, persepsi guru pelatih terhadap penilaian yang dilakukan ke atas mereka perlu
dikaji dalam memastikan hasil penilaian akhir memuaskan hati semua pihak yang
terlibat.
Kajian penyelidikan ini akan cuba memberi penumpuan kepada penyeliaan yang
telah dilakukan oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia
terhadap guru pelatih. Tunjuk ajar dan seliaan adalah penting dalam membentuk
seorang guru yang berkualiti dan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
bukan hanya penyeliaan yang akan melemahkan lagi usaha seseorang guru pelatih itu.
7
1.3 Pernyataan masalah
Dalam setiap sesi latihan mengajar yang dilalui, guru pelatih akan diselia oleh
guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia di tempat mereka
menjalani latihan mengajar. Penilaian yang dilakukan ke atas setiap guru pelatih sedikit
sebanyak akan dapat membantu mereka bakal guru mempersiapkan diri ke arah seperti
yang dikehendaki berdasarkan item yang diuji.
Namun, apakah tanggapan guru pelatih terhadap penyeliaan yang dilakukan ke
atas mereka? Adakah penyeliaan dilakukan dalam aspek-aspek penting yang perlu
dinilai? Adakah guru pembimbing dan penyelia UTM membimbing guru pelatih
berasaskan pencerapan klinikal, berbincang mengenai kebaikan dan kelemahan
pengajaran semasa sesi pra-pemerhatian, pasca-pemerhatian, membuat penilaian
pengajaran serta dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas? Dengan itu,
permasalahannya ialah bagaimana persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan latihan
mengajar oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah.
8
1.4 Objektif kajian
Kajian yang akan dijalankan ini mempunyai objektif seperti berikut:
i. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing
dan penyelia UTM sebelum sesi pengajaran (Pra-pemerhatian).
ii. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing
dan penyelia UTM selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian).
iii. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing
dan penyelia UTM dalam aspek membuat penilaian pengajaran.
iv. Mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru pembimbing
dan penyelia UTM dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas.
9
1.5 Persoalan kajian
Terdapat empat aspek yang dikaji daripada persepsi guru pelatih terhadap
penyeliaan latihan mengajar ke atas mereka iaitu dari aspek penyeliaan sebelum sesi
pengajaran (Pra-pemerhatian), penyeliaan selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian),
membuat penilaian pengajaran serta aspek kawalan dan pengurusan kelas.
Maka, pengkaji ingin meneliti dari segi:
i. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru
pembimbing dan penyelia UTM sebelum sesi pengajaran (Pra-
pemerhatian) semasa menjalani latihan mengajar?
ii. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru
pembimbing dan penyelia UTM selepas sesi pengajaran (Pasca-
pemerhatian) semasa menjalani latihan mengajar?
iii. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru
pembimbing dan penyelia UTM dalam aspek membuat penilaian
pengajaran semasa menjalani latihan mengajar?
iv. Bagaimanakah persepsi guru pelatih terhadap penyeliaan guru
pembimbing dan penyelia UTM dalam aspek kawalan dan pengurusan
kelas semasa menjalani latihan mengajar?