v abstrak - faculty of education...v abstrak kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti...

22
v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan telah dipilih untuk menjadi responden. Dalam kajian ini, kesediaan pelajar dikaji dalam tiga aspek iaitu minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaannya adalah α = 0.906. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang adalah pada tahap yang sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru, pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesediaan di kalangan pelajar. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam juga diberikan.

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah

Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi

2007 yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan

telah dipilih untuk menjadi responden. Dalam kajian ini, kesediaan pelajar dikaji

dalam tiga aspek iaitu minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaannya

adalah α = 0.906. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara

menganalisis data. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa

kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di

Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang adalah pada tahap yang

sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan minat antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan. Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan

kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan

kepada guru, pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesediaan di kalangan

pelajar. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin

meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam juga diberikan.

Page 2: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

vi

ABSTRACT

This study was conducted to determine student preparation in learning Civil

Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. A total

of respondents are 129 students from form four sessions 2007 which are 41 male

students and 88 female students. In this study the preparation was focused only on

three aspects which are interest, English skills and prior knowledge. The instrument

that used to measure was questionnaire and the reliability index of the instrument

was α = 0.906. Descriptive statistics in the form of frequency, percentage and mean

was used in the analysis. As a whole, the result of this study showed that student

preparation in learning Civil Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang is fair. T-test result has shown there is a difference in

interest between male students and female students. However, there are no

differences in English skills and prior knowledge between male students and female

students. Therefore, a few suggestions were proposed for teachers, school and

parents in order to increase student preparation among students. Besides that,

suggestion for further research for those who want to continue this research in depth

was also given.

Page 3: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1. Pengenalan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 3

1.3. Penyataan Masalah 6

1.4. Objektif Kajian 7

1.5. Persoalan Kajian 8

1.6. Hipotesis 9

1.7. Kepentingan Kajian 10

1.8. Skop Kajian 11

Page 4: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

viii

1.9. Batasan Kajian 11

1.10. Definisi Istilah 11

1.10.1 Kesediaan 11

1.10.2 Pengajian Kejuruteraan Awam 12

1.10.3 Minat 12

1.10.4 Kemahiran Bahasa Inggeris 13

1.10.5 Pengetahuan Sedia Ada 13

1.10.6 Sekolah Menengah Teknik 13

1.10.7 Pelajar 14

BAB II SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kesediaan Belajar 15

2.3 Minat 18

2.4 Penguasaan Bahasa Inggeris 21

2.5 Pengetahuan Sedia Ada 25

BAB III METODOLOGI 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Kaedah Analisis 39

Page 5: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

ix

BAB IV ANALISIS DATA 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Bahagian A 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Tingkatan Dan Umur 45

4.2.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 45

4.2.4 Keputusan Bahasa Inggeris Dalam

Penilaian Menengah Rendah 46

4.2.5 Kawasan Tempat Tinggal 47

4.3 Bahagian B 48

4.3.1 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 48

4.3.2 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 51

4.3.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 53

4.3.4 Perbezaan Minat Antara Pelajar Lelaki Dan

Pelajar Perempuan Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 55

4.3.5 Perbezaan Kemahiran Bahasa Inggeris Antara

Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 56

4.3.6 Perbezaan Pengetahuan Sedia Ada Antara

Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 57

4.4 Analisis Keseluruhan 58

Page 6: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Dan Rumusan 61

5.2.1 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 61

5.2.2 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 62

5.2.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 64

5.3 Cadangan Tindakan 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 72

Page 7: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Sampel Minimum Mengikut

Jenis Kajian 34

3.2 Item-item yang Berkaitan dengan

Persoalan Kajian 35

3.3 Skala Likert 36

3.4 Perubahan Item Soal Selidik 37

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 39

3.6 Tahap Penilaian Min 40

3.7 Ringkasan Kaedah Analisis Mengikut

Persoalan Kajian 41

4.1 Jantina 44

4.2 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 46

4.3 Keputusan Bahasa Inggeris Dalam

Penilaian Menengah Rendah 47

4.4 Kawasan Tempat Tinggal 47

4.5 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 48

4.6 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 51

4.7 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 53

Page 8: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xii

4.8 Perbezaan Minat Antara Pelajar Lelaki

dan Pelajar Perempuan Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam 55

4.9 Perbezaan Kemahiran Bahasa Inggeris

Antara Pelajar Lelaki dan Pelajar

Perempuan Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 56

4.10 Perbezaan Pengetahuan Sedia Ada Antara

Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan

Dalam Mempelajari Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam 57

4.11 Ringkasan Dapatan Minat, Kemahiran

Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Sedia

Ada Pelajar Dalam Mempelajari Mata

Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 58

Page 9: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses pembelajaran 27

2.2 Pembelajaran Konstruktivisme 29

Page 10: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 72

B Kelulusan Menjalankan Kajian Di

Sekolah, Institut Perguruan, Jabatan

Pelajaran Negeri Dan Bahagian-bahagian

Di Bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia (EPRD) 78

C Kebenaran Menjalankan Kajian Di

Sekolah-sekolah Di Bawah Jabatan

Pelajaran Negeri Pahang (JPN) 81

D Kebenaran Membuat Menjalankan Kajian

Di Sekolah 83

E Analisis Alpha Croncbach 85

Page 11: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

BDDBP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang

IPT - Institut Pengajian Tinggi

PPSMTI - Program Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknologi dalam

Bahasa Inggeris

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

ICT - Information Communication Technology

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

Bil - Bilangan

No - Nombor

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak pasti

S - Setuju

SS - Sangat setuju

f - Frekuensi

Page 12: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

xvi

% - Peratus

> - Lebih besar

α - Alpha

Page 13: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Negara.

Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang

mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan

negara. Maksud yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara itu diterjemahkan

ke dalam Misi Kementerian Pendidikan dan menjadi asas kepada usaha ke arah

peningkatan dan pengukuhan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Fokus yang

mendasari matlamat utama ini ialah pengembangan potensi pelajar pada tahap

optimum.

Page 14: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

2

Pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam

pembangunan sesebuah negara. Seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran

1957, dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang dapat

memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,

ekonomi serta politik. Dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang bermutu

kepada pelajar-pelajar sekolah, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan

beberapa program bagi memastikan sumber pendidikan digunakan sepenuhnya

(Kamarudin Husin dan Kamarul Azhar, 1994).

Penyelarasan kurikulum telah dilaksanakan bagi memudahkan perjalanan

proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara dan menyatukan hala tuju

serta matlamat pendidikan negara iaitu melalui perlaksanaan program Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selari

dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan masyarakat

yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih, beberapa usaha telah dijalankan.

Antaranya ialah penubuhan Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional pada tahun

1964. Strategi yang dijalankan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi

memperluaskan lagi pendidikan teknik dan vokasional adalah melalui penyusunan

semula kurikulum di sekolah berkenaan. Salah satu mata pelajaran yang ditawarkan

di kebanyakan sekolah menengah teknik ialah Pengajian Kejuruteraan Awam.

Matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini diperkenalkan

adalah untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang Kejuteraan Awam

serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi

pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Antara objektif

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuteraan Awam adalah untuk :

i. Mewujudkan kefahaman terhadap kepentingan dan hubung kait

bidang Kejuteraan Awam dalam kehidupan seharian.

ii. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pembangunan

dan masyarakat.

iii. Memandu pelajar membentuk kriteria wajar dalam mencorak

persekitarannya.

iv. Menghargai dan peka terhadap alam serta nilai hidup bermasyarakat.

Page 15: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

3

v. Mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran

yang rasional, kritikal dan kreatif.

vi. Membina ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkannya

dalam kehidupan seharian.

vii. Memiliki keyakinan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi

cabaran hidup.

viii. Memiliki dan menghayati nilai murni.

ix. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha

untuk menambah dan mengembangkannya.

Hasil daripada peningkatan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional

serta penyusunan yang lebih rapi diharapkan dapat meningkatkan dan memberi kesan

dalam pembangunan negara. Pendidikan yang mencukupi perlu diberikan kepada

golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan

dan mahir dalam bidang kejuruteraan. Bagi melahirkan golongan yang berilmu dan

berkemahiran ini, mereka hendaklah sentiasa bersedia menerima segala ilmu yang

bakal dipelajarinya.

1.2 Latar Belakang Masalah

“Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dalam misi nasional pada teras

yang kedua, Perdana Menteri telah memfokuskan isu modal insan dimana

mutu sesuatu modal insan dapat meningkatkan keupayaan pengetahuan,

kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.

keupayaan dan keberkesanan latihan untuk melahirkan tenaga kerja

berkemahiran akan ditingkatkan dengan memperbanyakkan institusi latihan

awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal,

mengukuhkan sistem piawaian dan kualiti pendidikan teknikal serta

menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal”.

( Rancangan Malaysia Kesembilan, 3 Mac 2006 )

Page 16: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

4

Ini bermakna bidang teknikal menjadi salah satu bidang yang sangat penting

untuk melahirkan ramai profesional dalam bidang kejuruteraan. Profesional yang

bakal dilahirkan ini amat diperlukan dalam pembangunan negara pada masa hadapan

supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Sejajar dengan

matlamat pendidikan teknikal yang ingin memenuhi keperluan semasa negara,

kurikulum Pengajian Kejuruteraan Awam juga menjadi salah satu komponen utama.

Kurikulum yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar

supaya mereka dapat menerima ilmu-ilmu kejuruteraan ini dengan mudah dan

berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat membantu

memenuhi kehendak dan matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Henderson (1969), dalam Syeharizad (2002) menyatakan keberkesanan sesuatu

pengajaran itu adalah bergantung kepada matlamat pengajaran itu sendiri. Walaupun

menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, namun kesediaan pelajar untuk

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam mestilah selari dengan

proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Menurut Mok Soon Sang

(2002), kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia

dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman

pembelajaran yang baru.

Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan menerima

pengalaman pembelajaran baru iaitu pelajar dapat menerima pengalaman atau ilmu

yang baru pada bila-bila masa sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, pelajar sekolah menengah teknik yang mengambil mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam seharusnya bersedia untuk menghadapi pembelajaran di sekolah

supaya suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan.

Jika pelajar tidak bersedia untuk menerima pengalaman pembelajaran yang

baru maka akan terjadi paksaan dalam proses pembelajaran tersebut. Paksaan ini

tidak akan menghasilkan kesempurnaan di dalam proses pembelajaran (Ee Ah Meng,

1992). Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan mata pelajaran baru kepada pelajar

yang mengambil bidang teknikal. Oleh yang demikian,mereka haruslah bersedia

untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Jika pelajar tidak bersedia

Page 17: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

5

untuk menerimanya, mereka hanya akan membebankan diri mereka sendiri kerana

tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan menyebabkan mereka

ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.

Menurut Sharifah Alawiyah (1986) minat adalah daya penggerak atau

kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada seseorang, benda atau

kegiatan. Minat ini adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.

Sekiranya minat telah wujud dalam diri seseorang ianya akan menjadi rangsangan

kepada individu tersebut untuk memberikan penumpuan sepenuhnya kepada perkara

yang dilakukannya. Ini bermakna minat dapat mempengaruhi kesediaan seseorang

untuk menerima pembelajaran yang baru.

Di samping itu, penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris memberi kelebihan

kepada pelajar itu sendiri dalam menerokai pelbagai ilmu secara mendalam dan

memudahkan pelajar tersebut apabila melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Pelajar yang menguasai dua bahasa mempunyai kelebihan kognitif berbanding

pelajar yang boleh bertutur dalam satu bahasa sahaja (Bochner, 1996). Dalam

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Keperluan Mata Pelajaran Elektif bahasa Inggeris

untuk Sains dan Teknologi di Sekolah Menengah Atas di mana jawatankuasa yang

diarahkan penubuhannya oleh Menteri Pendidikan menyatakan keperluan bahasa

Inggeris lebih serius dalam bidang kejuruteraan yang melibatkan interpretasi

spesifikasi piawaian tertentu bagi sesuatu prosedur kerja khusus. Secara teknikalnya,

laporan tersebut menekankan bahawa bahasa Inggeris untuk sains dan teknologi

berbeza dengan komponen bahasa Inggeris umum yang dipelajari kini. Namun untuk

mempelajari bahasa Inggeris sains dan teknologi, penguasaan terhadap bahasa

Inggeris umum hendaklah diutamakan kerana ia akan membantu pelajar lebih cepat

memahami bahasa Inggeris sains dan teknologi.

Selain itu, Mok Soon Sang (2000) menyatakan bahawa pengetahuan sedia

ada amat penting untuk penentuan objektif pelajaran dan isi pelajaran dan

memudahkan guru untuk melakukan pemindahan pembelajaran serta menentukan

pendekatan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada pelajar ini penting untuk guru mengukur tahap kesediaan

belajar pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan

Page 18: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

6

dapat berjalan dengan lancar dan suatu proses pembelajaran berkesan dapat

dihasilkan.

Oleh itu, kesediaan pelajar amatlah penting bagi seseorang pelajar dalam

menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Maka di sinilah letaknya pokok

pemasalahan sama ada pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Kejuruteraan

Awam sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sesuatu pembelajaran baru.

1.3 Penyataan Masalah

Kesediaan pelajar merupakan aspek penting dalam menerima pengalaman

pembelajaran baru. Jika tiada kesediaan belajar, pelajar akan menghadapi masalah

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Syarifah Alawiyah (1992),

waktu paling berkesan pelajar belajar adalah pada ketika mereka sudah bersedia.

Pelajar yang tidak bersedia mempelajari sesuatu tidak akan dapat mempelajarinya

secara efisyen. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menjalankan satu kajian

yang berkaitan tentang kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di salah sebuah sekolah menengah teknik dari segi minat,

kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Page 19: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,

Pahang.

ii. Mengenalpasti tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.

iii. Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam

mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.

iv. Mengenalpasti perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.

v. Mengenalpasti perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang.

vi. Mengenalpasti perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,

Pahang.

Page 20: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini ialah :

i. Apakah tahap minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang?

ii. Apakah tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah

Teknik Muadzam Shah, Pahang?

iii. Apakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah

Teknik Muadzam Shah, Pahang?

iv. Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang?

v. Adakah terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang?

vi. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,

Pahang?

Page 21: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

9

1.6 Hipotesis

Hipotesis kajian adalah berdasarkan persoalan kajian 4 hingga 6, iaitu :

i. Persoalan kajian 4

Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang?

Hipotesis nol

Tidak terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.

ii. Persoalan kajian 5

Adakah terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang?

Hipotesis nol

Tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang.

iii. Persoalan kajian 6

Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik

Muadzam Shah, Pahang?

Page 22: v ABSTRAK - Faculty of Education...v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah

10

Hipotesis nol

Tidak terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,

Pahang.