faculty of education and languages hbis1203...

21
Page 1 of 21 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN Nama: Nurayah Binti Aminin No. Matrix: 670508125414001 No. I/C: 670508-12-5414 No.Tel: 017-8328053 E-mail: [email protected] Tutor’s name: MOHD ZULKIFLI BIN SAARI E-mail: [email protected] MEI 2012

Upload: phamnhan

Post on 05-Mar-2018

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 1 of 21

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBIS1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN

Nama: Nurayah Binti Aminin

No. Matrix: 670508125414001

No. I/C: 670508-12-5414

No.Tel: 017-8328053

E-mail: [email protected]

Tutor’s name: MOHD ZULKIFLI BIN SAARI

E-mail: [email protected]

MEI 2012

Page 2: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 2 of 21

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran

1.2 Sejarah Perkembangan Hafazan di Malaysia

2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR

(IQKL)

2.1 Sistem Pengajian di Institut Al-Quran Kuala Lumpur

2.2 Sistem Pengajaran di IQKL

3.0 SEJARAH PENUBUHAN MADRASATUL QURAN, KUBANG

BUJUK (MQKB)

3.1 Sistem Pengajian di Madrasatul Quran, Kubang Bujok (MQKB)

3.2 Sistem Pengajaran di MQKB

3.3 Sistem Pembelajaran di MQKB

3.4 Ko-Kurikulum Pelajar di MQKB

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

Page 3: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 3 of 21

1.0 PENGENALAN

Elemen yang terpenting dalam kehidupan umat manusia adalah Al-Quran. Dalam

dunia kita yang dilanda arus globalisasi, penerapan nilai-nilai al-Quran adalah sangat

penting untuk membina masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan,

persaudaraan serta masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, demokrasi,

tidak zalim, tidak sombong dan masyrakat yang berjalan mengikut garis panduan al-

Quran seperti yang dikatakan oleh sekumpulan penyelidik dari UTM, 2005. Oleh itu,

Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan

generasi yang hafiz, alim, daie’, professional dan sekaligus mencapai matlamat

pendidikan al-Quran.

Menurut Ab.2 Fatah Hasan:15, menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di

dalam mendalami ilmu al- Quran. Hafazan adalah satu proses yang digunakan untuk

menyimpan pengetahuan di mana ianya memerlukan suatu kekuatan fikiran oleh

orang yang melakukannya. Manakala menghafaz sesuatu yang dipelajari dan

mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan

ingatan dan kecerdasan otak.

Sememangnya Allah S.W.T memandang tinggi darjat dan martabat seorang hafiz atau

hafizah al-Quran serta dipandang mulia di kalangan manusia. Kemuliaan ini kerana ia

adalah suatu amanah langsung dari Allah S.W.T. ke atas mereka untuk

bertanggungjawab terhadap penjagaan hafazan. Oleh sebab itu, seseorang yang telah

menghafaz keseluruhan al-Quran, ia hendaklah memelihara dan mengekalkannya

supaya hafazan tersebut tidak hilang dari ingatan (Mohd Fazri, 1999:26-27).

Page 4: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 4 of 21

1.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran

Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama

dari al-Quran (iqra’) kepada Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang dimaklumi dari

berbagai nas, baginda adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan

membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad S.A.W.

menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada

para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat

dimana ia membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya

kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi

kandungannya.

Institusi Al-Quran Kuala Lumpur dan Madrasatul Kubang Bujuk, Terngganu adalah

dua institusi pengajian tahfiz al-Quran yang terkenal di Malaysia. Kedua-dua institusi

ini menpunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam melahirkan huffaz yang

mempunyai ketinggian ilmu dan personality yang terpuji. Huffaz lahir hasil daripada

corak pendidikan yang diterapkan di kedua-dua institusi ini yang cintakan ilmu al-

Quran dan sebagai bekalan yang boleh memberikan manfaat kepada hidup mereka

dan masyarakat.

1.2 Sejarah Perkembangan Hafazan di Malaysia

Idea bagi penubuhan Ma’ahad ini timbul hasil daripada Ujian Tilawatul Quran

peringkat kebangsaan yang pertama pada tahun 1960. Bagi memastikan penubuhan

Ma’ahad dan pelaksanaannya, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (TAR)

menghubungi setiap kerajaan negeri agar menghantar calon masing-masing untuk

mengikuti kursus di Ma’ahad Tahfiz tersebut. Cadangan ini mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada setiap kerajaan nergeri di mana sebahagian besar dari mereka

menghantar dengan menyediakan bviasiswa untuk calon tersebut (Fauziah Mohd

Noor, 1993).

Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan Ilmu al-Quran dan hafazan mendorong

ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan

pengajian tahfiz al-Quran serta mata pelajaran agama dan akademik yang lain. Kini,

Page 5: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 5 of 21

lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-Quran ditubuhkan bagi memenuhi

permintaan terhadap pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia. Para dermawan dan orang

berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz al-

Quran yang ditubuhkan.

Page 6: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 6 of 21

2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR (IQKL)

Institut al-Quran Kuala Lumpur adalah pusat pengajian tahfiz al-Quran yang

dikendalikan oleh pihak swasta yang juga dikenali sebagai Madrasah Al-Quran Kuala

Lumpur. Institusi ini ditubuhkan seawall 1997 dimana ia dikendalikan oleh Dato’ Dr.

Hassan Haji Mohd Ali yang kinin adalah ahli politik selaku pengarah Sabha Group.

Pada peringkat awal penubuhannya, IQKL ditempatkan di dua banglo yang terletak di

pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Balai Islam

yang kini dikenali sebagai Masjid al-Ghufhran. Ruang pengajian, penghafalan, dan

pusat pengurusan dipusatkan di kedua-dua premis tersebut.

Pada masa itu, IQKL diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan yang dipandu

oleh Jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab dalam menentukan arah tuju

IQKL. Institusi ini dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Dr. Hassan Haji Mohd Ali yang

dibantu oleh panel pembantu iaitu Tuan Haji Mohd Hassan Mokhtar Mohd Ali.

Beberapa tahun selepas itu, pelbagai masalah dalaman yang agak serius yang dialami

yang dihadapi, Dr. Hassan Mokhtar menyerahkan institusi ini kepada rakan-rakannya

yang sanggup menguruskan IQKL. Usaha dalam memulihkan institusi ini bukanlah

mudah sehingga kelas pada ketika ini hanya diadakan di asrama. Tetapi, pelajar-

pelajar tidak bersemangat untuk belajar kerana tidak dapat merasai suasana

persekolahan. Oleh itu, tempat pengajian dipindahkan ke masjid dan cara ini didapati

berkesan.

Sehingga sekarang, kedudukan IQKL beransur stabil di bawah seliaan pengetua IQKL

iaitu Ustaz Khairuddin Ramli. Semua ini adalah berkat kesungguhan dan kesabaran

beliau dan tenaga pengajar, seterusnya memulihkan sistem pentadbiran dan imej

IQKL. IQKL masih lagi beroperasi di bangunan lama iaitu ditempatkan di dua bangle

yang berhampiran dengan Masjid al-Ghufhran di pinggir Taman Tun Dr. Ismail,

Kuala Lumpur.

Di masa hadapan, IQKL akan memiliki kampus kekal dan sebidang tanah yang telah

diperolehi berhampiran dengan Ibu Negara. Kos pembinaan dijangka dalam RM7-8

juta. Difahamkan, bakal kampus IQKL itu akan mempunyai kemudahannya sendiri

seperti blok pentadbiran, blok asrama dan sebagainya.

Page 7: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 7 of 21

2.1 Sistem Pengajian di Institut Al-Quran Kuala Lumpur

2.1.1 Syarat kemasukan pelajar ke IQKL

a) Umur : 10 – 25 tahun

b) Jantina : Lelaki / Perempuan

c) Kebolehan Membaca Al-Quran : membaca al-Quran dengan tahap

kefasihan yang munasabah (temuduga)

d) Daya Kepimpinan: Kebolehan memimpin (temuduga)

e) Kecerdasan Minda : Lulus ujian kecerdasan mida IQKL

f) Kesihatan : Lulus Ujian Kesihatan

2.1.2 Silibus Pembelajaran di IQKL

Kurikulum yang dilaksanakan di IQKL adalah berasakan kepada

matapelajaran yang telah ditetapkan oleh IQKL dan Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) yang selaras dengan keperluan di peringkat lanjutan

Diploma. Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh melanjutkan

pelajaran ke luar Negara. Sukatan matapelajaran yang dilaksanakan di IQKL

poada masa kinin telah dibahagikan kepada dua bentuk pengajian iaitu Subjek

Akademik dan Subjek Agama.

a) Subjek Akademik

- Bahasa Arab

- Bahasa Melayu

- Bahasa Inggeris

- Sains

- Matematik

Page 8: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 8 of 21

b) Subjek Agama

- Tafsir

- Aqidah

- Hadith

- Sirah an-Nabawiyyah

- Fiqh

- Talaqqi dan Tajwid

- Ulum al-Quran

- Ulum al-Hadith

- Tasawwur Islam

- Imlak

2.1.3 Sesi Pengajian di IQKL

Sistem semester dilaksanakan dalam sesi pengajian di IQKL di mana

pelajarnya perlu menghabiskan tempoh pengajian selama lebih kurang enam

tahun. Sebelum ini, sesi pengajian yang digunakan adalah mengikut tahap

umur pelajar.

Sebuah Panel Kawalan Kualiti ditubuhkan bagi menentukan kualiti pengajian

dan pembelajaran sentiasa meningkat dimana ia dianggotai oleh personality

yang mahir dalam bidang al-Quran. Kualiti yang ditekankan di IQKL ialah

kualiti menggarab ilmu al-Quran dan juga kualiti akhlak yang mesti terpancar

di kalangan para pelajar yang akan menjadi pelopor generasi al-Quran.

Selain itu kualiti penghafalan yang tinggi dengan pemupukan daya ingatan

yang mantap yang menjadi batu pengukur utama bagi pelajar-pelajar IQKL.

Pendedahan kepada dunia luar dan masyarakat juga diberikan keutamaan agar

Page 9: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 9 of 21

para pelajar tidak canggung berdepan dengan masyarakat dalam

menyampaikan khidmat yang diperlukan.

2.1.4 Sistem peperiksaan di IQKL

Sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan di IQKL adalah mengikut sistem

semester seperti sistem persekolah dan IPTA yang lain. Sistem peperiksaan

yang digunakan di IQKL adalah berasaskan dua kaedah iaitu:

a) Ujian Syafawi bagi matapelajaran al-Quran

b) Ujian Tahriri bagi matapelajaran Agama dan Akademik

Page 10: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 10 of 21

2.2 Sistem Pengajaran di IQKL

Instutut Al-Quran Kuala Lumpur telah merangka sistem pembelajaran mereka sendiri

bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam hafazan al-Quran.

Kelas Tasmi’, Kelas Pembelajaran dan Kelas I‘adah adalah antara sistem

pembelajaran yang digunakan di IQKL.

2.2.1 Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ al-Quran adalah kelas wajib bagi setiap pelajar IQKL. Kelas

tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi iaitu sebanyak 5 kali

seminggu bermula hari isnin hingga jumaat. Dalam kelas Tasmi’, para pelajar

yang telah menghafaz ayat al-Quran sekurang-kurangnya dua muka

memperdengarkan bacaannya secara hafazan di hadapan Guru Tasmi’ ( guru

hafiz ) bagi pelajar banin (lelaki) dan guru hafizah bagi pelajar banat

(perempuan). Setiap bacaan yang telah diperdengarkan bacaannya akan

direkodkan oleh guru hafiz dan hafizah berdasarkan apa yang telah dibaca

secara hafazan oleh pelajar tersebut.

2.2.2 Kelas Pembelajaran

Kelas Pembelajaran pula akan bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.10

tengahari. Pada masa ini matapelajaran selain dari al-Quran akan diajar kepada

mereka. Pihak IQKL telah menggunakan kemudahan pembelajaran seperti

kelas di masjid al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur

sebagai kelas pembelajaran.

2.2.3 Kelas I’adah

Kelas I‘adah al-Quran merupakan kelas ulangan hafazan ayat al-Quran yang

telah dibaca secara hafazan di hadapan guru hafiz atau hafizah. Kelas ini akan

bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 3.30 petang. Seperti kelas Tasmi’,

Page 11: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 11 of 21

kelas I’adah juga perlu memperdengarkan bacaan ulangan hafazan tersebut

yang akan direkodkan di dalam buku ulangan hafazan al-Quran.

2.2.4 Sistem Hafazan yang di Terapkan di IQKL

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan institusi akan mengguna pakai

sistem seperti yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir. Sama seperti

institusi tahfiz ini, sistem pembelajaran adalah seperti yang direncanakan oleh

pihak pentadbir institusi tahfiz yang mana kebiasaannya, kelas akan dimulakan

dengan tazkirah oleh tenaga pengajar berkaitan dengan adab-adab dengan al-

Quran. Selalunya, ia dilakukan sebelum bermulanya kelas tasmi’ agar pelajar

tahu tentang adab-adab dengan al-Quran untuk memudahkan hafazan.

Berdoa adalah perkara yang rutin pelajar sebelum menghafaz al-Quran. Untuk

meningkatkan hafazan ialah dengan saling menasihati sesama mereka

terutamanya kepada adik-adik yang baru menghafaz. Para pelajar IQKL juga

mengamalkan membaca surah-surah tertentu sebagai amalan antaranya surah

al-Rahman, Kahfi, Yaasin, Sajdah dan al-Dhukhan sebagai wirid harian

pelajar.

Aktiviti menghafaz ini dilakukan setiap hari untuk memperkemaskan ingatan

para pelajar. Biasanya hafazan dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.

Para pelajar akan menghafaz ayat-ayat yang tertentu pada dua atau tiga malam

sebelum mereka bertasmi’. Ini adalah langkah sebagai persediaan para pelajar

agar dapat mengingati dengan baik dan tidak tergesa-gesa.

Melalui motto IQKL iaitu Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat adalah amat

ditekankan. Hasanah dunia bermaksud cemerlang dalam bidang akademik dan

hasanah akhirat ialah cemerlang dalam al-Quran (Hafazan). Oleh itu, kedua-

dua objektif mestilah seimbang agar ia dapat dicapai dan dapat melahirkan

insane yang cemerlang dan berkemampuan untuk menjadi ketua dalam satu-

satu kumpulan.

Page 12: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 12 of 21

Secara keseluruhannya, sistem yang diterapkanm di IQKL ini adalah bertujuan

untuk meningkatkan daya hafazan atau ingatan para pelajarnya supaya

menjadi ketua yang cemerlang dalam sesebuah masyarakat.

2.2.5 Ko-Kurikulum Pelajar di IQKL

Selain dari sistem pembelajaran berbentuk kuliah dan juga kelas, aktiviti-

aktiviti Ko-Kurikulum juga didedahkan kepada para pelajar supaya dapat

member peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan selain

mengurangkan tekanan belajar sepanjang sesi pengajian. Antara aktiviti-

aktiviti ko-kurikulum yang diadakan IQKL adalah:

- Usrah seminggu sekali

- Kursus pengurusan jenazah secara mingguan atau tahunan

- Qiyamullail sebulan sekali

- Hari keluarga

- Temasya sukan tahunan

- Lawatan sambil belajar

- Menjadi Imam Solat Terawih

- Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar cemerlang setahun sekali

- Program ‘Iadah diluar di IQKL

Page 13: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 13 of 21

3.0 SEJARAH PENUBUHAN MADRASATUL QURAN, KUBANG BUJUK

Madrasatul Quran, Kubang Bujok, Serada, Kuala Terengganu adalah sebuah pusat

pengajian tahfiz al-Quran yang dikendalikan secara persendirian ataupun secara

swasta. Madrasah ini adalah pusat pengajian tahfiz swasta yang kedua tertua selepas

Raudhatul Tahfiz Al-Quran yang kini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Quran Wal

Qirat yang terletak di Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, Selangor. Madrasatul Quran

yang lebih dikenali sebagai Madrasatul Quran Kubang Bujok ini telah diasaskan oleh

Tuan Haji Muda Bin Haji Deraman pada 1 Oktober 1982 di Kubang Bujok, Serada,

Kuala Terengganu.

Ijtimak (perhimpunan) Tabligh Dunia yang diadakan di Padang Hiliran telah

mencetuskan kelahiran Madrasarul Quran Kubang Bujok pada bulan

November/Disember 1982. Hadraji (Ketua Jemaah Tabligh Sedunia) iaitu Maulana

Hassan (Ketua Jemaah Tabligh India) juga datang ke Ijtimak ini dan merasmikan

Madrasah ini dengan meletakkan batu asas di Masjid Madrasatul Quran Kubang

Bujok. Madrasah ini telah melahirkan lebih dua ribu para Huffaz sejak ia ditubuhkan

23 tahun yang lalu.

3.1 Sistem Pengajian di Madrasatul Quran, Kubang Bujok (MQKB)

Sistem pengajian di Madrasatul Quran ini merangkumi syarat kemasukan pelajar dan

tempoh pengajian mereka di madrasah quran ini.

3.1.1 Syarat Kemasukan Pelajar di MQKB

a) Berumur diantara 12-15 tahun.

b) Telah Khatam al-Quran atau sekurang-kurangnya lancer bacaan al-Quran.

c) Persetujuan daripada kedua Ibu Bapa untuk menanggung kos perbelanjaan

anak mereka.

d) Sihat dan tidak cacat anggota yang berat.

Page 14: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 14 of 21

e) Lulu ujian dan temuduga.

f) Pelajar berumur 15-16 tahun, pihak Madrasah perlu melihat keputusan PMR

dan keadaan pemohon.

g) Pelajar berumur 16-19 tahun mestilah menghafaz 10 juzuk al-Quran.

h) Semua pelajar yang berumur 16 tahun ke atas diwajibkan untuk mengikuti

kursus tarbiah dan dakwah tabligh selama 40 hari di Malaysia atau Terngganu.

3.1.2 Tempoh Pengajian di MQKB

Secara puratanya, pelajar akan menamatkan pengajian mereka ketika berumur

25 tahun. Tetapi, tempoh masa yang diambil oleh pelajar ini untuk

menamatkan pengajian mereka adalah selama 4 hingga 5 tahun sahaja secara

purata. Tempoh tamatnya pengajian seseorang pelajar tidak ditetapkan secara

detail tetapi mengikut kemampuan para pelajar itu sendiri.

3.1.3 Sistem Peperiksaan di MQKB

Sistem peperiksaan yang digunakan di MQKB adalah seperti berikut:

a. Sistem peperiksaan akhir adalah dengan membaca 10 juzuk yang

telah dihafaz dalam masa 1 hari. Bacaan tersebut akan disemak oleh 3

orang guru hafiz dan 6 orang hafiz yang lain. Keseluruhan kesalahan

adalah tidak melebihi 10 kesalahan.

b. Masa untuk menamatkan hafazan adalah tiada tempoh yang tertentu.

Page 15: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 15 of 21

3.2 Sistem Pengajaran di MQKB

Dua kelas pengajian yang terdapat dalam sistem pengajaran di MQKB iaitu Kelas

Nazirah dan Kelas Tahfiz dan sistem peperiksaan yang dijalankan adalah untuk

menguji tahap penguasaan pelajar.

3.2.1 Kelas Nazirah

Kelas Nazirah adalah satu kaedah pengajaran yang digunakan di MQKB ini

adalah melalui proses pembelajaran hafazan al-Quran di institusi. Proses

pengajaran ini adalah seperti berikut:

a) Sistem Pengajaran yang tertib mengikut kelas hafiz iaitu Sabaq, Para Sabaq,

dan Amoktah.

b) Mata pelajaran yang di ajar disamping al-Quran ialah Fardhu ain, Tajwid,

Akhlak, dan Pelajaran Jawi (tulisan dan bacaan).

c) Mengajar kaedah menghafaz al-Quran dengan betul.

d) 3 bulan adalah tempoh paling singkat di dalam kelas nazirah manakala 1

tahun adalah tempoh yang paling lama dalam kelas nazirah.

3.2.2 Kelas Tahfiz

Kaedah lain yang digunakan di MQKB ini Kelas Tahfiz dalam proses

pembelajaran hafazan al-Quran selain Kelas Nazirah yang dijalankan. Proses

pengajaran didalam kelas ini adalah seperti berikut:

a) Dalam masa 3 hingga 5 tahun, para pelajar akan menamatkan pengajian

tahfiz mereka di MQKB.

b) Setiap pelajar perlu menghafaz sekurang-kurangnya 8 hingga 10 juzuk

setahun.

c) Pelajar dikehendaki menghafaz dengan lancar sebanyak 15 juzuk sebelum

khatam sabaq 30 juzuk al-Quran.

Page 16: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 16 of 21

d) Para pelajar akan memantapkan hafazan mereka setelah khatam 30 juzuk

dalam jangkamasa 2 hingga 6 tahun sehingga menduduki peperiksaan akhir.

Page 17: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 17 of 21

3.3 Sistem Pembelajaran di MQKB

MQKB mempunyai sistem pembelajaran mereka sendiri di dalam mendidik para

pelajar di dalam bidang hafiz al-Quran. Beberapa kaedah pembelajaran yang

digunakan di MQKB adalah seperti kaedah hafazan yang dikhususkan, pembelajaran

kitab dan penerapan tarbiyah kepada para pelajar.

3.3.1 Kaedah Hafazan

Kaedah menghafaz yang digunapakai di MQKB ini diambil dari India dan

Pakistan dengan sedikit pengubahsuaian yang bersesuaian dengan kaedah di

Malaysia. MQKB memulakan pembelajaran hafazan dengan dimulakan dari

muka hadapan iaitu bermula juzuk pertama surah al-Baqarah hinggalah

seterusnya sehingga ke juzuk 30. Tetapi ada juga pelajar yang memulakan

pembelajaran dengan menghafaz dari juzuk ke 30 terlebih dahulu. Ini

memudahkan para pelajar untuk menghafaz al-Quran dengan mula menghafaz

surah pendek-pendek dahulu. Ini penting untuk memupuk minat pelajar itu

sendiri.

Penggunaan teknik sabaq (menghafaz hafazan baru) biasanya dilakukan

selepas sembahyang Subuh. Pada waktu inilah pelajar akan menghafaz ayat

hafazan yang baru. Dan peluang kedua akan diberikan kepada pelajar yang

tidak mampu untuk menghafaz hafazan barunya.

Kaedah amokhtah adalah kaedah yang diambil dari India dan Pakistan dan

jarang diamalkan di Ma’ahad-Ma’ahad Tahfiz Negeri di Malaysia di mana

para pelajar di Ma’ahad-Ma’ahad Tahfiz Negeri hanya menghafaz ayat-ayat

baru sahaja.

Prinsip MQKB adalah ‘satu perkara dalam satu masa’ iaitu pelajar

dikehendaki menghafaz al-Quran sehingga khatam 30 juzuk terlebih dahulu,

jika berjaya barulah dibenarkan untuk meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu

diniah yang lain (pengajian kitab-kitab). Ini bertujuan untuk mengelakkan

timbul masalah kepada para pelajar kerana mereka akan lupa hafazan yang

lama kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang

hafazan tersebut.

Page 18: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 18 of 21

3.3.2 Pembelajaran Kitab (Alim)

Kelas Alim atau kelas kitab adalah untuk pelajar yang telah tamat pengajian di

kelas hafiz (khatam menghafaz 30 juzuk al-Quran). Tempoh pengajian bagi

kelas Alim mengambil masa selama 8 tahun yang umumnya setiap tahun itu

melambangkan setiap aras atau peringkat pengajian.

3.3.3 Penerapan Tarbiyah Pelajar

MQKB menekanan aspek akhlak di mana pentarbiyahan sering dilakukan

untuk mendidik para pelajar supaya memiliki akhlak yang baik oleh tenaga

pengajar dari masa ke semasa. Mereka sentiasa dinasihati supaya memiliki

akhlak yang baik begitu juga dengan pelajar yang sudah tamat pengajian

supaya hidup dalam suasana amalan keagamaan untuk menjamin al-Quran

yang dihafaz sentiasa kekal dalam ingatan.

Page 19: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 19 of 21

3.4 Ko-Kurikulum Pelajar di MQKB

Kegiatan Ko-Kurikulum di wajibkan di MQKB untuk meningkatkan lagi tahap

motivasi pelajar mereka. Antara kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum yang dilaksankan

oleh pihak pentadbir MQKB adalah seperti:

3.4.1 Imam Terawih

Di bulan Ramadhan, pihak Madrasah akan menghantar para pelajarnya

menjadi imam terawih di masjid-masjid di seluruh negara. Dan secara tidak

langsung dapat mempromosikan nama MQKB.

3.4.2 Keluar Berdakwah

Berdakwah adalah salah satu program tetap bagi penuntut di Madrasah ini

dengan keluar secara berjamah selama 40 hari. Dan menjadi syarat bagi setiap

pelajar yang berumur 16 tahun ke atas yang baru memulakan pengajian

mereka di MQKB ini dan juga bagi pelajar yang telah tamat pengajian

menghafaz al-Quran 30 juzuk.

Page 20: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 20 of 21

4.0 KESIMPULAN

Seperti yang diketahui ramai, Hafazan merupakan satu cara untuk mendalami al-

Quran serta melindungi diri daripada sebarang masalah dimana ia mengajar seseorang

supaya tidak takut dengan makhluk Allah S.W.T yang lain, dan hanya perlu takut

kepada-Nya.

Secara keseluruhannya, pelbagai sistem dan kaedah di dalam hafazan al-Quran

sepertimana yang digunakan oleh pusat-pusat tahfiz di seluruh Malaysia. Sistem

pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang digunakan oleh para huffaz adalah

bergantung kepada pendekatan yang dibawa oleh institusi di mana mereka belajar.

dalam mendalami ilmu menghafaz al-Quran, sistem pembelajaran yang paling

berkesan adalah dengan bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Ini

disebabkan oleh bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar di institusi pengajian

tahfiz adalah tunjang utama kepada pembentukan dan juga pendedahan para huffaz di

dalam ilmu hafazan al-Quran.

Kaedah hafazan yang paling berkesan dalam melahirkan huffaz adalah dengan

melancarkan ayat yang hendak dihafaz beberapa kali terlebih dahulu sebelum mula

menghafaz. Ini dapat dijelaskan bahawa apa yang dilafazkan itu merupakan sesuatu

perkara yang paling senang dan mudah untuk diingati. Dengan ini, proses mengingat

hafazan yang dibuat dapat di percepatkan.

Page 21: FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBIS1203 …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/... · Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan generasi

Page 21 of 21

5.0 RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan. “Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran”.

Skudai: UTM.

Abdul Hafiz A. & anymous, “Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran

yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu”, p.p. 284

Abdul Hafiz A. & Norhanan A.R, “Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian

di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba”, p.p. 1-11

Fauziah Mohd Noor. “Penghafalan al-Quran Di kalangan Wanita: Satu Kajian di

Maahad Tahfiz, Pusat Islam”. Fakulti Usuluddin Akademi Islam UM KL: Latihan

Ilmiah Ijazah Sarjana Muda.

Maahad Tahfiz di Malaysia:

http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=11

5&Itemid=154

Madrasah Annur: http://www.madrasahannuur.com/hubungi-kami/

Mohd Fazri Ahmad Murad, “Metode-Metode Penghafalan al-Quran : Kajian Khusus

di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sembilan, Maahad Ahmadi,

Gemenceh, Negeri Sembilan”. Universiti Malaya: Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana

Muda.