umi mardhiah binti abu bakar - faculty of education · laporan rahman talib menjadi permulaan ke...

24
KESEDIAAN BAKAL GURU SAINS UNTUK MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS. SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

KESEDIAAN BAKAL GURU SAINS UNTUK MENGAJAR DALAM

BAHASA INGGERIS. SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESEDIAAN BAKAL GURU SAINS UNTUK MENGAJAR DALAM

BAHASA INGGERIS. SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya : UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : NO. 24, KAMPUNG PULAU BESAR, PROF. MADYA DR. SETH 36800 KAMPUNG GAJAH. BIN SULAIMAN PERAK Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

KESEDIAAN BAKAL GURU SAINS UNTUK MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS. SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 5: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Teristimewa buat abah dan emak yang dihormati…

Abu Bakar bin Abdullah dan Nor’Aziah binti Ismail

Doa dan restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku

Tiap langkah kuingati pengorbananmu

Buat abang-abangku,

Azman, Amin dan Azimin…

Adik-adik tersayang,

Azlan, Azizan, Salman, Firdaus, Raba’atun Adawiah, Zulfiqar dan Barra’

Jasa, Keikhlasan dan Dorongan kalian…

Tidak termampu kulahir dengan kata-kata

Buat sahabat-sahabatku,

Kalian adalah semangatku…

Page 7: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah. Bersyukur saya atas

kesempatan yang dikurniakanNya, memberikan saya kesempatan untuk

menyudahkan setiap urusan saya di dunia, selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad SAW.

Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya dapat saya

sempurnakan penyelidikan penulisan ilmiah ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Salam penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia Projek Sarjana

Muda, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman atas segala bimbingan dan tunjuk ajar

sepanjang menyiapkan projek ini.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar di

Fakulti Pendidikan, UTM Skudai atas segala bantuan yang diberikan. Buat semua

pihak yang terbabit, rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan

memberikan sokongan serta galakan sepanjang tempoh menyempurnakan kajian ini.

Kerjasama yang diberi amat saya hargai.

Semoga segala curahan kebaikan anda semua dianugerahkan dengan

keberkatan. Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga akhir hayat.

Page 8: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

v

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan

pada tahun 2003. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan

bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran sains dalam

bahasa Inggeris. Empat aspek kesediaan dikaji iaitu berdasarkan aspek pengetahuan

mata pelajaran sains, penguasaan istilah sains, penguasaan bahasa Inggeris dan

keberkesanan kursus yang dihadiri. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif

diskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Keseluruhan

populasi diambil sebagai sampel kajian yang melibatkan 74 orang pelajar tahun akhir

daripada pengkhususan 4 SPN, 4 SPC dan 4 SPF. Data yang diperolehi diproses

dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS 11.5

for Windows) berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan tahap kesediaan bakal guru dari aspek pengetahuan mata pelajaran

sains, istilah sains dan penguasaan bahasa Inggeris adalah sederhana manakala

keberkesanan kursus yang dihadiri menunjukkan min penilaian kesediaan yang

tinggi. Semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama bagi membantu

melengkapkan bakal guru terutamanya dengan penguasaan bahasa Inggeris yang

lebih baik supaya mereka bersedia untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris.

Page 9: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

vi

ABSTRACT

The teaching and learning of Science in English was first implemented in 2003. This

survey aimed to study the readiness of University Technology Malaysia’s future

Science teachers to teach science in English. Four aspects of readiness were looked

into which are based on knowledge of science, terminologies in science, English

proficiency and the effectiveness of the programmes attended. The study is a

descriptive which used a quantitative approach. A set of questionnaire as an

instrument for the research was used. A population of 74 future Science teachers

from the 4 SPN, 4 SPC and 4 SPF were chosen as respondents of this study. The

data for this survey was analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS

11.5 for Windows) and were presented in terms of frequency, percentages and

means. Findings of the study revealed that students’ readiness in knowledge of

science, science terminologies and English proficiency for the future teachers were at

the moderate level. However, the effectiveness of the programmes attended was

rated at high level. It is suggested that those in the education sectors should

cooperate to help equip the future teachers especially with better command of

English so that they are more prepared to teach Science in English.

Page 10: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

AKUAN PENYELIA

MUKA DEPAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

Page 11: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

viii

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop dan Batasan Kajian 7

1.6.1 Tempat atau Lokasi Kajian 8

1.6.2 Sampel 8

1.7 kepentingan Kajian 8

1.7.1 Fakulti Pendidikan 9

1.7.2 Pelajar 9

1.7.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Kesediaan 10

1.8.2 Bakal Guru 10

1.8.3 Mata Pelajaran Sains 11

1.8.4 Penguasaan 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains 12

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

2.2.1 English for Teaching of Mathematics and Science 14

(EteMS)

2.3 Pengetahuan Mata Pelajaran Sains 15

2.4 Penguasaan Istilah Sains dalam Bahasa Inggeris 18

2.4.1 Perkataan Saintifik dan Perkataan Biasa Bukan Saintifik 19

2.5 Penguasaan Bahasa Inggeris 20

2.6 Kursus Bahasa Inggeris 23

2.7 Penutup 24

Page 12: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka bentuk Kajian 26

3.3 Populasi 27

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Prosedur Kajian 30

3.5.1 Peringkat Pertama 30

3.5.2 Peringkat Kedua 30

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Analisis Data 31

3.8 Penutup 33

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 35

4.2.1 Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden 35

4.2.2 Kekerapan dan Peratusan Umur Responden 36

4.2.3 Kekerapan dan Peratusan Bangsa Responden 36

4.2.4 Kekerapan dan Peratusan Bidang Pengkhususan 37

Responden

4.2.5 Kekerapan dan Peratusan Keputusan SPM bagi 38

Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Responden

4.2.6 Kekerapan dan Peratusan Keputusan MUET 39

Responden

4.2.7 Kekerapan Menghadiri Kursus 40

4.3 Analisis Bahagian B 41

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 42

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 46

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 50

Page 13: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

x

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 54

4.4 Penutup 57

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Ringkasan Kajian 59

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 60

5.3.1 Latar Belakang Responden 60

5.3.2 Pengetahuan Mata Pelajaran Sains 61

5.3.3 Penguasaan Istilah Sains Dalam Bahasa Inggeris 63

5.3.4 Penguasaan Bahasa Inggeris 65

5.3.5 Kursus yang Dihadiri 66

5.4 Rumusan Kajian 67

5.5 Cadangan 69

5.5.1 Dapatan 1 dan 2 70

5.5.2 Dapatan 3 70

5.4.2 Dapatan 4 70

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.7 Penutup 72

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN 77

Page 14: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Sampel Pelajar Mengikut Pengkhususan 27

3.2 Pembahagian Item-item Soalan Soal Selidik 29

3.3 Skala Pemeringkatan Lima Mata 29

3.4 Pengukuran Tahap Kesediaan Berdasarkan Min 32

4.1 Kekerapan Dan Peratusan Jantina Responden 35

4.2 Kekerapan Dan PeratusanUmur Responden 36

4.3 Kekerapan Dan Peratusan Bangsa Responden 36

4.4 Kekerapan Dan Peratusan Bidang Pengkhususan 37

4.5 Kekerapan Dan Peratusan SPM bagi Mata Pelajaran 38

Bahasa Inggeris Responden

4.6 Keputusan MUET Responden 39

4.7 Kekerapan Menghadiri Kursus 40

4.8 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian Berdasarkan 41

Skala Min

4.9 Kekerapan, Peratusan dan Min Responden terhadap Aspek 42

Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran Sains

4.10 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Aspek 46

Penguasaan Istilah Sains

4.11 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Aspek 50

Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris

4.12 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Aspek 52

Penulisan Dan Pembacaan Dalam Bahasa Inggeris

Page 15: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

xii

4.13 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Kursus-kursus 54

Yang Dihadiri

4.14 Analisis Keseluruhan Tahap Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk 57

Mengajar Dalam Bahasa Inggeris

Page 16: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

xiii

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

Bil. - Bilangan

f - Kekerapan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

N - Saiz Populasi

SPC - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Sains)

SPSS - Statistic Package Of Science Social

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam

BahasaInggeris

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

MUET - Malaysian University English Test

EteMS - English for Teaching of Mathematics an

Science

ICT - Information Communication Technology

Page 17: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Fakulti

B Borang Soal Selidik

C Kajian Rintis (Realibility Analisis-Scale (Alpha))

Page 18: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pendidikan telah

memainkan peranan yang penting dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan

untuk menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dalam membina sebuah negara yang

aman dan maju.

Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem

pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961 telah dihasilkan yang

berasaskan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960). Pada

keseluruhannya, Akta Pelajaran 1961 bertujuan menyatukan pelajar daripada semua

kaum dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Namun

begitu, pada tahun 1987, Dasar Pelajaran Malaysia yang termaktub dalam Akta

Pelajaran 1961 telah disemak semula sehingga terbentuknya Akta Pendidikan 1996.

Secara ringkasnya akta ini menekankan ilmu sebagai penyelamat negara selain

berhasrat untuk mewujudkan pendidikan bertaraf dunia.

Pendidikan bertaraf dunia boleh ditakrifkan sebagai kemampuan dan

pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan. Ia

mempunyai konotasi yang luas dan merupakan satu komitmen dan usaha

Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ianya

dapat ditingkatkan kepada satu tahap yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju

yang lain. Oleh itu, perubahan yang dilakukan dalam kurikulum Sains dan

Page 19: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

2

Matematik iaitu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan

satu langkah ke hadapan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan perlaksanaan dasar ini, kerajaan mengharapkan pelajar yang didedah

dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Sains dan

Matematik dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam

penulisan mahu pun pertuturan. Malah pelaksanaan ini dilihat sebagai pengukuhan

dalam Falsafah Pendidikan Negara sebagai wadah yang mendasari proses pendidikan

memerlukan reformasi berterusan. Melabur dalam aktiviti pendidikan bermakna kita

melabur untuk pendidikan negara. Ini disebabkan pendidikan berfungsi melatih dan

membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih untuk menggerakkan pelbagai

profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan negara.

Dasar ini telah mula dijalankan mulai Januari 2003 dan sebagai permulaan

ianya melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah. Seterusnya,

perlaksanaan ini telah diperluaskan kepada semua pelajar daripada darjah 1 hingga

tingkatan 6. Penggunaan bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Sains dan

Matematik adalah merupakan serampang dua mata untuk menangani masalah

penguasaan bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama meningkatkan penguasaan

ilmu dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana bidang Sains dan Matematik adalah

bidang ilmu yang paling cepat berkembang berbanding dengan bidang lain.

Maklumat terbaru berkaitan dengan bidang ini kerap disebarkan melalui pelbagai

media, baik buku, jurnal ataupun internet. Mereka yang fasih dan mahir dalam

bahasa Inggeris akan mudah menimba ilmu terbaru. Oleh yang demikian,

pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris diharap akan

memberi peluang kepada para pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh

maklumat dan ilmu.

Untuk menjayakan dasar ini, guru-guru merupakan penggerak utama bagi

meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dengan melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang pelajaran yang hendak diajar.

Sebagai seorang guru yang berkualiti, para guru haruslah mengambil inisiatif

menambah nilai diri serta bersedia berubah demi meningkatkan kualiti profesion

Page 20: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

3

perguruan dan sistem pendidikan negara. Oleh itu, mereka perlulah bersiap sedia

untuk menjadi seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu yang ada kepada pelajar

dalam bentuk paling mudah difahami tanpa melibatkan masalah bahasa iaitu bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ini disebabkan oleh peranan guru dan murid

adalah saling melengkapi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perubahan dalam kurikulum Sains dilaksanakan atas pertimbangan

pengetahuan dan maklumat dalam bidang sains dan teknologi yang berkembang

pesat, disebarkan secara meluas dan cepat dalam bahasa Inggeris melalui kemudahan

teknologi dan komunikasi (ICT). Perkembangan teknologi moden ini meletakkan

bahawa penguasaan bahasa Inggeris sangat penting. Oleh itu, pendedahan awal

kepada disiplin sains dalam bahasa Inggeris memberi peluang kepada pelajar

mengukuhkan asas pembelajaran bagi mengakses maklumat terkini dalam bidang

sains.

Pelaksanaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains

dan Matematik ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri bagi mencapai aspirasi

negara dan telah dilaksanakan pada awal tahun 2003. Rasional melaksanakan dasar

ini adalah kerana menyedari kepentingan penguasaan ilmu dalam bahasa Inggeris di

kalangan rakyat tempatan khususnya kaum Bumiputera.

Pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponen

organisasi pengajaran dalam kurikulum Sains. Perubahan itu adalah pertukaran

bahasa pengantar dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan penggunaan alatan ICT.

Kedua-dua perubahan ini dalam komponen organisasi pengajaran Sains menuntut

perubahan besar dan drastik daripada guru-guru selaku agen pelaksana perubahan

kurikulum di sekolah. Guru-guru perlu berubah dari segi tingkah laku, kebiasaan

dan amalan pengajaran dalam melaksanakan perubahan kurikulum

Walaubagaimanapun, bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan dasar ini dianggap

Page 21: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

4

sebagai satu langkah proaaktif dan wajar oleh Kementerian Pendidikan. Penguasaan

bahasa Inggeris yang baik adalah penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan

ledakan maklumat masa kini.

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa

Inggeris, pihak kerajaan menghadapi beberapa masalah dalam menyediakan tenaga

pengajar. Ini kerana tidak semua guru mampu mengajar mata pelajaran tersebut

dalam bahasa Inggeris dengan baik. Impak perubahan drastik ini bukan sahaja

terhadap guru yang telah lama berkhidmat dalam sektor pendidikan tetapi juga

terhadap bakal guru di institusi pengajian tinggi. Walaupun perubahan penggunaan

bahasa pengantar turut berlaku di institusi pengajian tinggi namun masih ramai guru

tidak mempunyai keyakinan terhadap perubahan dasar ini. Ini sedikit sebanyak akan

mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah.

Oleh sebab itu, guru-guru perlu melengkapkan diri dengan menguasai bahasa

Inggeris dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan berkesan. Guru-guru digesa untuk meningkatkan lagi mutu pengetahuan

mereka dalam bahasa Inggeris. Ini kerana persediaan guru mempunyai pengaruh

yang kuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kementerian Pelajaran dan pihak universiti telah menganjurkan beberapa

program untuk membantu para guru melaksanakan pengajaran Sains dalam bahasa

Inggeris dengan berkesan. Antaranya ialah mengadakan kursus intensif, kursus

hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan on-line berdasarkan laman web.

Selain itu, satu program pengayaan dan peningkatan bahasa Inggeris yang dikenali

sebagai English for Teaching Mathematics and Science (ETeMS) turut dilaksanakan

bagi membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

5

1.3 Pernyataan Masalah

Guru memainkan peranan penting sebagai medium penyebaran ilmu. Oleh

itu, guru perlu bersedia untuk bersama-sama melaksanakan pengajaran Sains dalam

bahasa Inggeris.

Masalah utama yang dihadapi oleh bakal guru Sains ialah tidak dapat

menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam pengajaran mereka. Bakal guru

seharusnya sudah mempunyai kemahiran yang mencukupi dan keyakinan diri yang

sepenuhnya untuk melaksanakan program yang telah berjalan hampir lima tahun ini.

Pendedahan tentang mata pelajaran yang hendak diajar dengan menggunakan

bahasa Inggeris juga masih belum mencukupi bagi sebahagian bakal guru Sains.

Bagi menjadikan pengajaran itu lebih berkesan, guru perlu merancang dan memilih

isi pelajaran yang relevan terdiri daripada maklumat, fakta, konsep, teori dan

pengetahuan yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Peranan dan tugas guru amat

bergantung pada ilmu pengetahuan dan profesionalisme mereka.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains juga dikhuatiri

mengakibatkan berlakunya salah tafsir maksud dan istilah apabila tahap bahasa

Inggeris guru cetek. Apabila guru tersalah menggunakan bahasa atau istilah, ini akan

menimbulkan masalah dari segi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh

sebab itu, penting bagi guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

mereka dalam membina keyakinan untuk menyampaikan satu pengajaran sains yang

berkesan. Tidak dapat dinafikan , banyak kursus-kursus diadakan untuk

meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih tetapi

persoalannya sejauhmanakah kursus tersebut dapat menyediakan mereka dengan

pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran sains.

Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kesediaan bakal

guru-guru Sains untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Kajian ini memberi

perhatian kepada tahap pengetahuan kandungan mata pelajaran dan istilah sains serta

Page 23: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

6

penguasaan bahasa Inggeris bakal guru. Kajian turut memberi fokus kepada

keberkesanan kursus-kursus yang mereka hadiri bagi meningkatkan kemahiran

bahasa Inggeris.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau aspek-

aspek berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dari segi pengetahuan kandungan

mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

1.4.2 Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dari segi penguasaan istilah sains

dalam bahasa Inggeris.

1.4.3 Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dari segi penguasaan bahasa

Inggeris.

1.4.4 Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih dari segi kursus-kursus yang

dihadiri bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Ciri-ciri di atas akan memberi gambaran terhadap kesediaan bakal guru untuk

mengajar mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah kelak.

Page 24: UMI MARDHIAH BINTI ABU BAKAR - Faculty of Education · Laporan Rahman Talib menjadi permulaan ke arah transformasi sistem pendidikan hingga kini. Selepas itu, Akta Pelajaran 1961

7

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan.

Dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang hendak dikaji adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dari segi pengetahuan kandungan

mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris?

1.5.2 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dari segi penguasaan istilah sains dalam

bahasa Inggeris?

1.5.3 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dari segi penguasaan bahasa Inggeris?

1.5.4 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dari segi kursus-kursus yang dihadiri

bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada pandangan bakal guru-guru Sains

terhadap kesediaan mengajar sains dalam bahasa Inggeris berdasarkan pengetahuan

mereka terhadap kandungan mata pelajaran sains, penguasaan istilah sains dan

penguasaan bahasa Inggeris. Kajian juga memberi fokus kepada keberkesanan

kursus-kursus yang mereka hadiri. Kajian ini dijalankan bukan untuk menilai

keberkesanan pengajaran sains. Kajian terhad kepada lokasi, sampel dan tajuk yang

telah ditetapkan. Beberapa perkara tersebut adalah seperti di bawah.