nombor rekreasi

Upload: loo-chia-yuin

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 NOMBOR REKREASI

    1/1

    NOMBOR REKREASI

    Nombor rekreasi adalah salah satu bahagian daripada matematik yang

    menyenangkan dan popular kerana masalah yang perlu difahami agak tertarik

    walaupun penyelesaiannya mungkin lebih sukar.

    Nombor rekreasi juga merupakan satu istilah yang merujuk kepada teka-

    teki dan permainan nombor. Bukan setiap masalah dalam bidang matematik

    memerlukan pengetahuan matematik yang canggih, jadi, dengan ini, nombor

    rekreasi sentiasa dapat menarik perhatian dan rasa ingin tahu semua pembaca

    tidak kira mereka adalah ahli bidang matematik ataupun ahli bukan bidang

    matematik dan seterusnya menginspirasikan penelitian mereka secara lebih

    lanjut terhadap matematik dan juga nombor.

    Nombor rekreasi meliputi permainan matematik yang banyak dan boleh

    diperbaharui. Genre ini termasuklah teka-teki logik tentang nombor dan teka-teki

    lain yang memerlukan penalaran deduktif, estetika matematik, cerita aneh

    tentang matematik dan juga ahli bidang matematik. Beberapa masalah yang

    yang menarik dalam bidang ini tidak memerlukan pengetahuan tentang

    matematik secara lanjut. Antara beberapa topik yang lebih terkenal dalam

    nombor rekreasi adalah empat segi sama ajaib dan fraktal.

    Sebagai contohnya, geometri fraktal adalah satu cabang matematik yang

    mempelajari tentang sifat dan perilaku fraktal di mana fraktal merupakan objek

    yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian secara masing-masing

    tetapi mempunyai bahagian yang serupa dengan objek asalnya. Fraktal boleh

    dikatakan memiliki detil yang tidak terbatas, dan boleh menghasilkan pola yang

    berulang.