moral essei1

9
sosialisasi 1.1 PENGENALAN Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan hubungan sosial yang efektif. Sosialisasi juga merupakan proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Disamping itu, fungsi sosialisasi adalah mengalihkan segala macam maklumat yang ada dalam masyarakat tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat berkomunikasi dalam institusi sosial dengan baik. Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri pada individu. Apabila seseorang itu bertambah dewasa, ia akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksi dengan pihak-pihak lain. Faktor penentu sosialisai disebut sebagai agen sosialisasi. Oleh itu, keluarga adalah agen sosialisai yang asas. Kemudian diikuti dengan agen-agen sosialisai yang lain seperti rakan, guru, media dan sebagainya. Sosialisasi dapat mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk diselaraskan dengan kehendak kehidupan social masyarakat semasa. Secara umum, teori-teori sosialisasi menumpukan perhatian kepada beberapa perkara seperti melihat perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan identiti personal melalui hubungan kekeluargaan, penerapan kategori moral dan nilai, pemerolehan konsep diri dan identiti sosial, dan perkembangan kemahiran sosial yang menjayakan interaksi terutamanya dalam komunikasi linguistik. Dalam sosiologi setiap teori mempunyai gaya penghuraian yang berbeza tentang sosialisasi. Fungsionalisme menekankan bahawa sosialisasi akan menyesuaian individu

Upload: mohd-jefri-sharif

Post on 16-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

sosialisasi1.1 PENGENALAN

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan hubungan sosial yang efektif. Sosialisasi juga merupakan proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Disamping itu, fungsi sosialisasi adalah mengalihkan segala macam maklumat yang ada dalam masyarakat tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat berkomunikasi dalam institusi sosial dengan baik.

Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri pada individu. Apabila seseorang itu bertambah dewasa, ia akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksi dengan pihak-pihak lain. Faktor penentu sosialisai disebut sebagai agen sosialisasi. Oleh itu, keluarga adalah agen sosialisai yang asas. Kemudian diikuti dengan agen-agen sosialisai yang lain seperti rakan, guru, media dan sebagainya. Sosialisasi dapat mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk diselaraskan dengan kehendak kehidupan social masyarakat semasa.

Secara umum, teori-teori sosialisasi menumpukan perhatian kepada beberapa perkara seperti melihat perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan identiti personal melalui hubungan kekeluargaan, penerapan kategori moral dan nilai, pemerolehan konsep diri dan identiti sosial, dan perkembangan kemahiran sosial yang menjayakan interaksi terutamanya dalam komunikasi linguistik. Dalam sosiologi setiap teori mempunyai gaya penghuraian yang berbeza tentang sosialisasi. Fungsionalisme menekankan bahawa sosialisasi akan menyesuaian individu ke dalam masyarakat. Perspektif konflik pula menyatakan konflik antara kumpulan dan di dalam kumpulan akan menyebabkan sosialisasi dalam banyak keadaan tidak berlaku secara langsung.Secara khususnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sosialisai membawa maksud i) usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara atau proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap,nilai, norma) yang dapat diterima dalam masyarakat.PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia,khasanya generasi muda.Untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam dan kemahiran yang dififirkan sesuai menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial yang pesat.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Peranan Guru Terhadap Institusi Pendidikan

Sosialisasi merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain. Sosialisasi memberi pengaruh yang kuat ke arah sahsiah dan secara tidak langsung ia mempengaruhi cara pergaulan, sikap dan minat kita secara umumnya.Dalam sosiologi pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi disebut sebagai agen atau media sosialisasi. Fuller dan Jacobs membahagikan empat agen sosialisasi utama iaitu pihak-pihak yang melaksanakan proses sosiologi utama. Keempat- empat agen atau media sosialisasi tersebut adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa.Sekolah merupakan salah satu agen sosialisasi yang paling berpengaruh. Menurut Dreeben, dalam institusi pendidikan seseorang pelajar belajar membaca, menulis, dan mengira. Apabila di rumah seorang anak mengharapkan bantuan dari orang tuanya dalam melaksanakan pelbagai pekerjaan, tetapi di sekolah sebagian besar tugas sekolah harus dilakukan sendiri dengan penuh rasa tanggung jawab.

Di sekolah, mereka belajar tentang perspektif yang lebih luas tentang segala hal yang membantu mereka untuk menjalankan peranan yang ada di luar keluarga seperti patriotisme, kebaikan, demokrasi, kejujuran yang diterapkan dalam pelajaran. Ini menunjukkan peranan guru sebagai agen sosialisasi begitu penting dalam kehidupan pelajar. Guru berupaya menggalakkan pergaulan yang mesra dalam kalangan pelajarnya. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan akan menggalakkan interaksi antara pelajarnya. Sebaliknya, jika guru menganjurkan kerja kumpulan, peluang untuk bersosialisasi akan berkurangan sesama pelajar.

Peranan guru seterusnya ialah menekankan aspek komunikasi dua hala. Guru perlu mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong pelajar pelajar untuk menyoal dan menjawab soalan dan dengan itu dapat membantu pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajarannya. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.

Guru juga bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni seperti belas- kasihan, bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar yang muda amat memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh seorang guru yang baik hati serta ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini amat dihargai dalam sosialisasi. Dengan adanya penekanan nilai-nilai tersebut, suasana yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.

Selain itu, guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan sekolah, balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim dan sebagainya. Usaha seperti ini akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan penghuni-penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi.

Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar. Ini membawa implikasi bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar. Lantaran itu, guru hendaklah memainkan peranan sebagai contoh teladan atau role model kepada pelajar-pelajarnya. Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar- pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh para pelajarnya. Justeru, pelajar akan membesar menjadi individu yang lebih peramah, mesra dan mudah untuk berdampingan dengan orang lain.

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum.FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

2.1 Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilaiHari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al Quran dan As-sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu. Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

2.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah lakuAntara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuanFitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik, mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar yang begitu jauh daripada pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan kepercayaan kepada Tuhan semakin luntur. Dengan perkataan lain akidah hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan. Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di samping peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan akidah perlu berlaku pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru. Maksudnya etika keguruan ( tugas hakiki guru ) menuntut guru memantapkan akidah pelajar selari dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik.

2.4 Pembangunan insan asas kualiti hidupSetiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT.Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

Rujukan:www.sabah.edu.my/.../guru%20dan%20alam%20pend...www.academia.edu/.../Peranan_dan_Tanggungjawab_..BIBLIOGRAFI

Achmad Hufad (2007). Teori Sosiologi Pendidikan. Ilmu dan Aplikasi Pendidikan, Bagian 1: Ilmu Pendidikan Teoretis. PT.IMTIMA, ms 242Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum BooksDave Hill, Mike Cole (2001), Schooling and Equality: Fact, Concept and Policy. USA: Routledge.Ee Ah Meng. (2003). Pendidikan Di Malaysia (Semester V). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ee Ah Meng.(2003), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester II), Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Ishak Ramly (2005), Inilah Kurikulum Sekolah. PTS Professional.Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolahdan IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2003). Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2008). Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) & Temuduga, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., SelangorNik Aziz Nik Pa, Noraini Idris (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia, Pengalaman 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Philip Wexler (2009), Social Theory in Education. NY: Peter Lang Primer.Prof. Atan Long (1983). Fikiran-Fikiran Tentang Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.