moral

47
KAL 3023 : PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK KUMPULAN UPSI 01 A121 PJJ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON SHARIFAH NORLIZA BT SYED MOHD KHODRY D20102041938 019-5593682 NAMA TUTOR E-LEARNING: PN ZAHARAH BT OSMAN 1 PEMARKAHAN BAHAGIAN A:- 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 FORUM JUMLAH TUGASAN 1 ( INDIVIDU) Teori Etika dalam Pendidikan Moral

Upload: suhaida-aida

Post on 11-Dec-2014

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN BAHAGIAN A:1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 FORUM JUMLAH

KAL 3023 : PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK

TUGASAN 1 ( INDIVIDU)Teori Etika dalam Pendidikan MoralKUMPULAN UPSI 01 A121 PJJ

DISEDIAKAN OLEH NAMA SHARIFAH NORLIZA BT SYED MOHD KHODRY NO. ID D20102041938 NO. TELEFON 019-5593682

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN ZAHARAH BT OSMAN 1

GROUP E LEARNING : UPSI 01

TARIKH SERAH: 3 MEI 2013

PENGENALAN Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap sebagai common knowledge bagi manusia. Sejak pra sejarah sehingga kini. Mana-mana Negara bangsa yang bertamadun serta yang tiada peradaban sekalipun seperti Amerika Syarikat, tetapi menerima teori ini sebagai pendasaran aplikasi kerja, pengurusan, pentadbiran dan penerapan di dalam kualiti kekeluargaan. Setiap masyarakat menyedari kepentingan pendidikan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan negara. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi ibu bapa, guru-guru dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia, khasnya agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan umatnya berkenaan kepentingan pendidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak atau bayi yang masih dalam kandungan. Dalam agama Islam, mencari ilmu merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat Di samping memperolehi ilmu pengetahuan, proses pendidikan juga mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri nilai murni yang baik dan juga terpuji. Pengamalan nilai-nilai murni ini seharusnya diterapkan sejak dari awal lagi untuk memastikan pembangunan insaniah berkembang dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai murni ini juga merupakan aspek penting dalam pembinaan sahsiah individu. Sesuatu bangsa akan hancur sekiranya masyarakat berada jauh daripada landasan Islam yang

2

sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan tamadun Islam yang dibina adalah bertunjangkan kerohanian yang mantap daripada umat yang terdahulu. Justeru, bagi membina sebuah daulah (negara) yang cemerlang maka pembentukan jati diri generasi muda dari awal usia remaja adalah penting. Dengan ini, nilai-nilai murni mestilah diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari ini agar mereka tidak terus hanyut dengan kemodenan semata-mata tanpa mempunyai jati diri yang mantap dalam menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar. Institusi pendidikan formal belum diserasikan serta dibudayakan dengan institusi bukan formal ke arah pembetukan warganegara cemerlang. Negara mungkin berjaya menghasilkan ramai pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi kontang dengan nilai dan akhlak sosialnya (Izani, 1997). Oleh itu adalah wajar untuk menggabungkan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang benar-benar sempurna. Dalam usaha untuk mencapai matlamat negara bagi merealisasikan wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak boleh dipisahkan atau diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari dengan aspek pembangunan negara dan menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. DEFINISI NILAI Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing- masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan3

memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan. Nilai juga merupakan satu ukuran yang standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai ialah kriteria bagi kita menimbangkan sesuatu benda (objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah atau sebaliknya dan terdapat tiga jenis nilai iaitu nilai-nilai estetika, nilai neutral dan nilai moral. Nilai moral ialah standard-standard, prinsip-prinsip yang mana kita gunakan untuk menghakim sama ada tujuan atau perlakuan wajar atau tidak. Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Masyarakat adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat

4

bersekolah. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilainilai murni secara komprehensif dan jelaslah tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat. DEFINISI MORAL Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.

5

Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi. Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut, Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh. (Mohd. Janib Johari, 1994). DEFINISI ETIKA Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris Ethic dan bahasa Greek Ethos yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena(1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurutEncyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan6

yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Erti kata lain, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat . Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Contohnya, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kedua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakanya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini menumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya menyatakan pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk memahaminya. Oleh itu dengan penerapan nilai-nilai murni ini akan menjadikan sistem pendidikan negara benarbenar efektif. Bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab serta memiliki sifat-sifatyang mulia, pengamalan nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata7

pelajaran. Ini bermakna guru dikehendaki menerapkan pengetahuan nilai-nilai murni di dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh itu, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan sebagai egen memodenkan masyarakat dalam semua bidang. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan murid serta membawa pembaharuan semasa yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah seseorang individu. Pendidikan di sekolah merupakan contoh pendidikan formal. Disinilah pelajar-pelajar dididik dan diajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin. Nilai-nilai murni sememangnya diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan terdapat dalam sukatan mata pelajaran. Nilai-nilai murni adalah kompenan bersepadu terpenting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ia perlu disepadukan ke dalam setiap mata pelajaran pendidikan Islam dan moral. Nilai-nilai murni adalah berteraskan nilai-nilai kerohanian iaitu baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, adil, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, bekerjasama, bersemangat kemasyarakatan, sederhana, bersyukur dan berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Semua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan yang perlu dihayati. Soal moral dan etika juga turut merupakan cabaran yang tidak dapat dielakkan kehadirannya bersama kemajuan yang dicari. Menjadi negara maju tidak sepatutnya membuat negara terlupa soal moral dan etika yang merupakan benteng pertahanan kepada identiti kebangsaan yang dikongsi oleh semua pihak(Taaherah & et al, 1994). Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat dari segi Dalam apa jua proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan itu,dalam proses menerapkan nilai-nilai Islam, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh semua pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel (1988) menjelaskan bahawa contoh tauladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang menghargai golongan yang berbudi luhur ini.

8

Menurut Taaherah et al (1994), guru seharusnya dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajarnya. Ini akan memperkuatkan moral dan pegangan para pelajar dan menghalang pertumbuhan fahaman ateistik, materialistik sekularisme. Manakala dari aspek sahsiah pula, pelajar-pelajar perlu dibentuk menjadi individu yang serius dalam setiap usaha kreatif, inovatif, produktif dan berdisiplin. Mereka juga merupakan individu yang berkeyakinan diri, berdaya saing dan menghayati idealisme. Ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya, cemerlang dan seterusnya membina manusia yang berbuat sendiri ataupun self actualize person. Para pelajar juga perlu mempunyai nilai ketaatan kepada negara yang tinggi di samping memiliki aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti (Taaherah et al, 1994).

Justeru itu, setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan seharian. Para pelajar hendaklah memahami dan menghayati tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang bermatlamatkan menuntut ilmu dengan penuh disiplin di samping membina akhlak yang mulia dan terpuji (Kamarudin, 1991). Bagi memastikan nilai-nilai murni ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan nilai ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menghayati nilai-nilai yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan negara. Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988) yang menyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu murid-murid melalui peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini bermakna pengajaran nilai di sekolah bertujuan untuk membimbing pelajar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Kohlberg juga menekankan pendidikan nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti pelajar. Manakala latihan kemahiran dilakukan secara bersepadu dapat memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani bagi melahirkan pelajar beretika dan berfikiran matang.9

Pada hakikatnya, nilai murni dan kemahiran adalah merupakan satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang paling penting serta saling berkaitan untuk membina masa depan pelajar yang lebih baik. Pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. Mereka merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara untuk memimpin generasi akan datang, penyambung budaya, penggerak kemajuan dan pelopor pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Pengamalan nilai-nilai murni penting kepada setiap pelajar agar mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan kesedaran berilmu. Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan suara majoriti.Jika sekumpulan remaja menunggang dengan laju dan membahayakan orang lain. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja menunggang motor mengikutundang-undang dan peraturan yang telah ditentukan maka mereka dianggap bermoral.Pemahaman mengenai moral initidak spesifik dan bersifat dinamik mengikut sejarah dantatacara hidup sesebuah masyarakat berkenaan (Dorothy Emmet: 1979).Moral terbahagi kepada dua iaitu:a

Baik Bermaksud segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidak memudaratkan individu berkenaan dan juga masyarakat disekelilingnya.

b

Buruk Bermaksud suatu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai tidak baik danmemberi kemudaratan kepada diri dan juga orang disekelilingnya.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG Teori perkembangan Kohlberg merupakan salah satu teori yang boleh diguna pakai oleh guru-guru pendidikan moral bagi mengukur tahap perkembangan moral pelajar di dalam pembelajaran. Melalui dilema Heinz ini merupakan salah satu dilema yang digunakan di dalam teori perkembangan Kohlberg bagi menguji tahap perkembangan moral pelajar-pelajar di sekolah. Justeru, guru-guru pendidikan moral disarankan untuk menggunakan teori perkembangan moral ini di dalam pembelajaran pendidikan moral di sekolah-sekolah. Lawrence Kohlberg menekankan bahwa10

perkembangan moral didasarkan terutama pada penalaran moral dan berkembang secara bertahap. Kohlberg sampai pada pandangannya setelah 20 tahun melakukan wawancara yang unik dengan anak-anak. Dalam wawancara, anak-anak diberikan serangkaian cerita dimana tokohtokohnya menghadapi dilema-dilema moral. Bagaimana anak-anak dalam menyingkap setiap cerita yang dilakukan oleh tokoh masing-masing dalam cerita yang disampaikan oleh kohlberg. Dilema Tersebut dikenali sebagai dilema Heinz. Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciriciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap tahap perkembangan manusia. Kohlberg bertanyakan sama ada subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg tidak hanya ingin mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat (rujuk jadual lampiran ).

Tahap 1: Pra-Konvensional ( 0-9 tahun)11

Kepercayaan bahawa apa yang betul ialah mematuhi undang-undang pihak berkuasa. Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih mementingkan tentang kesan sesuatu tindakan itu terhadap dirinya. Mereka menganggapkan dengan mematuhi peraturan atau undangundang yang telah ditetapkan oleh orang dewasa adalah betul. Jika ia melanggar peraturan ini, maka ia akan dihukum. Konsep ini ditafsirkan dengan mengambil kira unsur-unsur luar seperti hukuman atau dendaan dan bukan berdasarkan keadilan.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi/ orientasi keindividualan. Kanak-kanak pada peringkat ini tidak lagi secara mutlak bergantung kepada peraturan atau undang-undang. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Pada peringkat ini, timbul persoalan hak-hak peribadi dan tujuan-tujuan sesuatu tingkah laku.

Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun) Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, apa yang betul adalah tingkah laku yang dianggap baik oleh sebahagian besar masyarakat. Konsep dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima oleh orang lain atau masyarakat.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik/ persetujuan antara individu12

Kanak-kanak memperlihatkan kelakuan yang baik bagi memenuhi keperluan atau sokongan orang lain. Masyarakat atau orang yang berkuasa akan menentukan kelakuan yang baik atau jahat. Oleh itu bagi mendapat sokongan atau disukai maka perlukah melakukan perbuatan yang baik atau bermoral. Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan/orientasi mempertahankan sistem sosial Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: Pos Konvensional ( 20 tahun) Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat, Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu Pada peringkat ini, timbul hubungan timbal balik kelakuan seseorang inidividu dengan sosial budayanya, nilai-nilai, hak-hak asasi dan kontrak-kontrak sosial. Persoalan seperti13

hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia. Peringkat 6: Etika prinsip sejagat " Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undangundang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan. Teori Kolhberg menunjukkan bahawa sikap moral bukan sahaja hasil daripada sosialisasi tapi juga dari kebiasaan dan kebudayaan. Perkembangan moral kanak-kanak mempunyai hubungan dengan latar belakang keluarga, perbentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial. Kolhberg berpendapat tahap perkembangan moral kanak-kanak adalah sama dalam semua masyarkat. Kebudayaan dapat mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak. Ransangan dan pendedahan yang diterima oleh kanak-kanak akan menentukan lambat atau cepatnya perkembangan moral kanak-kanak itu. Namun matlamat perkembangan ini adalah sama dan hanya beza dari segi pemikiran dan keupayaan individu itu. Bagi mencapai perkembangan moral yang lebih tinggi lagi, Kolhberg berpendapat bahawa seseorang individu itu perlu lebih kerap berinteraksi dengan orang dewasa. Orang dewasa yang memberi nasihat atau ajaran haruslah mempunyai tingkah laku yang sesuai dgn norma masyarakat. Keadaan ini amat penting khasnya pada masa kanak-kanak itu14

kohnatif individu

itu. Kolhberg mendapati

semakin tinggi

tahap

perkembangan moral seseorang semakin mantap penaakulan moral dan tanggungjawab

menerima konflik dalam penerimaan moral itu. Jika proses ini berterusan maka seseorang itu akan dapat memperkembangkan penaakulan moral dan kemudian membentuk sahsiah yang baik serta memperkayakan pengalaman dan peribadinya.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. TAHAP-TAHAP DI DALAM TEORI PIAGET

15

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema a) Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. b) Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. c) Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. d)Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi a) Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. b) Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi a)Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. b) Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. c) Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.16

-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi a) Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. b) Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

TEORI KEPERIBADIAN MULIA Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan, manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal budi, hati budi, budi17

bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi dapat dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan spiritual. Menurut kamus dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa definisi kepada 'tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia'. Maksudnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain. Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11Januari 2005, di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan, Kegemilangan dan Keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu. Sejajar dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, ia merupakan satu amalan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika dan keperibadian mulia. Teori Keperibadian Mulia atau virtue menitikberatkan perwatakan manusia dari segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, virtues atau keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati,

18

keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bermoral masa kini. Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri. Beberapa ciri-ciri dalam keperibadian mulia telah dikenalpasti. Antara ciri-ciri keperibadian mulia ialah:1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa. 2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu. 3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah19

matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan. 4. Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita. Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia a) Kebaikan Terdapat beberapa kritikan terhadap teori ini. Antara kebaikan teori ini ialah ianya mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia yang mewujudkan insan seperti ini adalah hasil daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia. Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan buruknya terlebih dahulu. Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang baik. b) Kelemahan

20

Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik. Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan raguragu apabila membuat sesuatu keputusan. Kesimpulan Etika keperibadian mulia secara keseluruhan adalah penting untuk memajukan kebajikan masyarakat dan menjaga kepentingan orang lain. Individu yang mempunyai keperibadian mulia akan mendapat kepercayaan dan penghormatan sosial yang tinggi. Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dapat dikenalpasti melalui sifat mulia keadilan dan sifat mulia kemurahan hati seseorang individu. Etika mestilah melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan pula seharusnya mempunyai kecenderungan, sikap, sifat dan cirriciri watak yang cemerlang serta murni. Kemoralan dan kemuliaan ini akan diterima oleh masyarakat yang bertamadun dan mempunyai keperimanusiaan. Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengkritik, teori ini adalah berguna secara umumnya kerana ia21

menyarankan manusia supaya menyatukan taakulan dan emosi serta mengelakkan berlakunya gejala tidak sihat,sekaligus dapat menjamin kebahagiaan diri ,keluarga,masyarakat dan negara.

TEORI KEMORALAN SOSIAL Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Pada pendapat kami, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan amalan masyarakat. Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral ynag telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Teori ini banyak memberikan kelemahan pada memberikan kebaikan. Antaranya ialah ia banyak menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Selain itu juga, banyak berlaku salah faham, koflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Teori ini juga memberikan kesukaran masyarakat baru untuk menyesuaikan diri dengan moral yang ada kerana masa dan keadaan telah banyak berlaku perubahan. Tambahan pula, teori ini mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun perkara itu bertentangan dengan kehendak hati mereka. Perkara yang paling penting sekali, ialah tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik dan bagus. Terdapat juga peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan akan membawa keburukan. Ini bermaksud, jika peraturan itu dibuat dengan keadaan yang akan memberikan kesan yang positif, maka masyarakat akan banyak menerima. Tetapi akan selalunya, perkara seperti itu sukar untuk berlaku.22

Sebagai contoh, undang-undang yang digunakan dalam Institut Perguruan Tuanku Bainun, iaitu tidak membenarkan penggunaan alatan elektrik dalam asrama. Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar atau guru pelatih. Perkara ini banyak menyusahkan guru pelatih untuk menggunakan alatan seperti seterika dan juga alat pemanas air. Guru pelatih memerlukan satu penampilan yang baik. Memang telah disediakan alatan seperti itu, namun alatan itu sudah usang dan buruk serta tidak menjamin keselamatan guru pelatih untuk menggunakannya. Namun, guru pelatih terpaksa melakukan perkara yang melanggar undang-undang institut. Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku. Bagaimana seorang guru ingin mengikut peraturan jika peraturan itu menyusahkan mereka sendiri?

RUMUSAN Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua iaitu Baik yang disifatkan sebagai segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik dan Buruk iaitu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam. Falsafah moral memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan dengan orang lain. Manakala psikologi moral meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia (sama ada dari segi kognitif atau afektif) dalam membuat pertimbangan moral dan bertindak sebagai agen moral yang bertanggungjawab. (Chang Lee Hoon, 2000, hlm. 2)

23

Perasaan moral merujuk kepada perasaan yang `betul serta melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Pelajar sepatutnya dapat menyatakan perasaan mereka sama ada simpati, empati, kecewa, marah dan sebagainya ketika menjelaskan pandangan mereka terhadap isu-isu moral. Pelajar yang telah diberi peluang mengulas sesuatu isu atau situasi moral sepatutnya diberi peluang untuk merancang atau mencadangkan langkah-langkah tertentu sebagai jalan penyelesaian kepada sesuatu isu. Ini membolehkan pelajar menunjukkan komitmen mereka secara fizikal sebagai manifestasi daripada hasil pemikiran dan perasaan moral. Guru berkualiti adalah, guru-guru yang bersifat positif seperti mempunyai arah tuju yang jelas, pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, kreatif, panjang akal, bermotivasi, berminat mengajar, mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mata pelajaran, berempati, bermoral dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996: hlm. 7) .Guru dianggap sebagai agen moral yang bertanggungjawab membantu para pelajar dengan nilai kasih sayang dan menjalin hubungan sosial yang akrab. Ini kerana mereka kadang-kadang membesar dalam suasana keluarga dan masyarakat yang berkecamuk dan mengelirukan terutama dari segi perkembangan moral. Jika seseorang guru mempunyai sikap yang negatif, ia akan mempengaruhi perkembangan moral para pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007). Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem tersebut menumpukan kepada pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi (Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Pembangunan modal insan memerlukan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu menjadi tenaga kerja terlatih dan berdaya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020. Menurut Fraenkel (1977), dilema moral atau konflik moral adalah situasi di mana seseorang yang berdepan dengan dua atau lebih pilihan untuk menentukan tindakannya mengikut kesesuaian. Dalam menghadapi dilema moral, seseorang perlulah membuat penaakulan moral, iaitu proses bagaimana seseorang individu memperkembang24

kebolehan membuat keputusan moral yang matang dan tersendiri dalam sesuatu isu atau situasi moral.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme keguruan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajar bakti. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abd. Rafie Mahat (2001). Pendidikan moral dalam dunia globalisasi: Ke arah masa depan di Malaysia. Ucap utama dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 23 Mei 2001. Ab. Halim Tamuri (2007). Islamic education teachers perceptions of the akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, 36 (3), hlm. 371. Adler, P.A., & Adler, P. (1998). Observational techniques . Dalam N. K. Denzin dan Y.Lincoln (Eds.). Collecting and interpreting qualitative material. Thousand Oaks CA: Sage Publications. hlm. 79-109.

25

Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers subject matter and pedagogical content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan. Monash University, Australia. Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru. Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall. Anderson, G. (1998). Fundementals of educational research (2nd edition). London:Falmer Press. Berk, E. L. (1989). Child development. Boston: Allyn & Bacon. Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row Publisher. Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd. Muhammad Hamidullah. (1981). Introduction to Islam. Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd. http://www.islamhadhari.net/v4/ prinsip/index.php http://www.islamhadhari.net/ v4/ prinsip. Seminar. http://www.moe.gov.my/pusat jab pdf/2006/pipp Bacaan Asas Abdul Rahman Md.Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,26

Serdang: Penerbit UPM. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rujukan Ahmad Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rajendram, N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tam, Y.K. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral untuk universiti dan kolej. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

27

RUJUKAN Awang Salleh & Dr. Zamri Mahamod (2006). Tahap Tengetahuan Guru Prasekolah Tentang Teori Vygotsky dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah. Diperolehi pada Januari 28, 2011 daripada:http://ipgmktar.edu.my/index.php?option=com_docman&task=cat _view&gid=126&Itemid=48&lang=bm Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder &28

Stoughton Dr. Azizi Hj. Yahaya, & Jamaludin Ramli (2001). Keberkesanan Pendidikan Prasekolah KEMAS dan Swasta:Perbandingan Mengikut Persepsi Ibu bapa. Diperolehi pada Februari 20, 2011 daripada: http://eprints.utm .my/2348/1/AziziYahaya_Keberkesanan_Pendidikan_Prasekolah_KEMAS.pdf Elis Johannes Hendry Salim, &Rohaty Mazjub (2009). Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Prasekolah: Tinjauan di Beberapa Tadika Swasta di Daerah Curug, Tangerang, Indonesia. Diperolehi pada Februari 19, 2011 daripada: http://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/20.219238%20Pemantapan%20Elis.pdf Erikson, Erik H. (1975). Play, Psycological Aspect: New York, Arnos Press. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada : http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.html Ling Pik Kuong & Hasnah Toran (2010). Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia. Diperolehi pada 2011daripada: IV/NO1.JANUARI2010 Mariani Md Nor (2001). Pentaksiran Autentik: Keperluan Penilaian di Peringkat Pendidikan Prasekolah. Diperolehi pada Januari 28, 2011 daripada: http://myais.fsktm.um.edu.my/5136/1/6.pdf Nabilah Bt Jumal (2010). Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak .Diperolehi pada Mac 3, 2011 daripada: http://www.docstoc.com/ docs / 66267372 / Penaksiran-dan-Penilaian-Perkembangan-Kanak-kanak Februari 24, http://file.upi.edu/Direktori/JURNAL/EDUCATIONIST/VOL.

29

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada Mac 23, 2011 daripada : http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.html

Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah : Cabaran Kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin .1989. Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali. 2003. Pendidikan Sains prasekolah. Bentong : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Open University Malaysia Modul HBPS2203 Penilaian dan Kemajuan Kanak-Kanak http://www.islamhadhari.net/v4/ prinsip/index.php http://www.islamhadhari.net/ v4/ prinsip. Seminar. http://www.moe.gov.my/pusat jab pdf/2006/pipp

30