modul peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1].doc

Upload: chichiro-ngu

Post on 11-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

TAJUK 1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

2 Jam

SINOPSISDalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pendidikan inklusif, garis panduan pendidikan Inklusif, Jawatankuasa pendidikan Inklusif, Saringan dan Penempatan kanak-kanak inklusif serta peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap kanak-kanak inklusif.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memahami definisi dan konsep pendidikan inklusif.ii. Menyatakan garis panduan pendidikan inklusif dan Jawatankuasa Pendidikan Inklusifiii. Menjelaskan proses-proses saringan dan penempatan kanak-kanak inklusif serta peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap kanak-kanak inklusif.Kerangka Konsep Tajuk

1.0Definisi dan Konsep Pendidikan InklusifApakah yang dimaksudkan dengan pendidikan inklusif?Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat,1994). Oleh itu, kenyataan ini menunjukkan bahawa pendidikan inklusif ini adalah melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jalil,1995).

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan inklusif sememangnya tidak asing di Malaysia. Penulis mendapati bahawa penggunaan istilah inklusif sahaja dikatakan baharu di Malaysia. Penggunaan istilah yang sememangnya canggih ini telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu, istilah Program Percantuman atau Integrated telah digunakan dalam medium penggunaan yang sama. Zaleh Tambi Adam (1997) telah menguatkan fakta ini dengan mengatakan bahawa Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi. Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran adalah antara mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas, program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan , Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.Program Pendidikan Khas IntegrasiProgram Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa,mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif PenuhMurid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran: Lemah dalam pelajaran slow learner Autistik

Down syndrome

Terencat akal ringan

Hyperaktif

Cerebral Palsy

Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

PencalonanPencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana 2. Bersosialisasi3. Menduduki peperiksaan awamKonsep dan Dasar Pendidikan InklusifBerkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada:i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaanii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered.1.1 Garis Panduan Pendidikan InklusifKeperluan cadangan Garis panduan Pelaksanaan Program Pendidkan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor:

1.1.1 Kesamarataan Pendidikan

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian 11 3 (2) yang mengatakan:

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;(a) Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan

(b) Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau terencat akal yang berat.

Untuk memenuhi keperluan individu,program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel, selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan Khas.

1.1.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara BangsaHala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematikuntuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar berkeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yang ada pada program pendidikan khas integrasi tersebut.1.1.3 Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di sekolah inklusif terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.

1.2 Ahli Jawatankuasa Pendidikan Inklusif 1.2.1Ahli Jawatankuasa Pendidikan Inklusif terdiri daripada:

(a) Pengerusi: Pengetua/ Guru Besar(b) Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Kurikulum/ Guru penolong kanan Pendidikan Khas(c) Setiausaha : Guru Pendidikan Khas(d) Ahli Jawatankuasa:

(i) Guru Kelas

(ii) Guru Mata pelajaran

(iii) Guru Pembimbing (Guru Pendidikan Khas)

(iv) Guru Bimbingan dan Kaunseling

(v) Ibu bapa/penjaga1.2.2Peranan dan tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa:(a) Pengetua/ guru besar

(i) Pengerusi jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah

(ii) Bertanggungjawab terhadap pentadbiran,pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif

(iii) Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif

(iv) Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah

(v) Ketua Penilai dan pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan inklusif di sekolah.

(vi) Ketau bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah

(vii) Merancang dan melaksana program motivasi murid program pendidikan inklusif

(b) Guru Penolong kanan pendidikan Khas (GPKPK)

(i) Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah(ii) Bertanggungjawab terhadap pentadbiran,pengurusan dan ikhtisas program pendidikan inklusif

(iii) Bertanggungjawab terhadap Polisi dan objektif

(iv) Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.

(v) Penolong ketua Penilai dan pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program pendidikan inklusif di sekolah.

(vi) Penolong Ketua bimbingan bagu semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif di sekolah.

(vii) Merancang dan melaksana program motivasi pelajar program pendidikan inklusif

(c) Guru Kelas(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif(ii) Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

(iii) Menerimakemasukan pelajar berkeperluan khas.

(iv) Membuat penilaian

(v) Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

(d) Guru mata pelajaran(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif(ii) Bersamaguru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

(iii) Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.

(iv) Membuat penilaian

(v) Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

(e) Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)

(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

(ii) Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran.

(iii) Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif.

(iv) Merancang dan melaksana P&P di pra inklusif

(v) Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

(vi) Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.(vii) Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana.

(viii) Mendapatkan kebenaran bertulis dan ibu bapa/ penjaga berhubung dengan penempatan ke program pendidikan inklusif.(f) Murid Berkeperluan Khas

(i) Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)

(ii) Tiada masalah tingkah laku berat.

(iii) Bersedia belajar di kelas aliran perdana

(iv) Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

(e) Rakan pembimbing

(i) Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas

(ii) Rakan Pembimbing

(iii) Menjadi role model

(f) Ibu bapa

(i) Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas

(ii) Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas

(iii) Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah

(iv) Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif

Dalam pada itu ahli jawatankuasa perlu : Menetapkan kelas yang sesuaiberdasarkan pencapaian murid berkeperluan khas. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

Merancang dan membina instrumen penilaian.

Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluankhasdalam program pendidikan separa inklusif.

1.3 Saringan:InstrumenSaringan kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi beberapa peringkat iaitu Peringkat Pertama, Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga. Penulis juga akan menjelaskan instrumen-instrumen yang berkaitan iaitu sebelum program, semasa program dan selepas program inklusif dilaksanakan.

1.3.1 Saringan kanak-kanak berkeperluan khas(A) Peringkat Pertama

(i) Semua murid pendidikan khas akan memulakan sesi persekolahan mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari(ii) Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).(iii) Senarai pendek murid pendidikan khas yang lulus dalam UPI akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan ke PPKI.(B) Peringkat Kedua

(i) Semua murid pendidikan khas yang lulus ini dalam UPI mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun.

(ii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.(C) Peringkat Ketiga

(i) Murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan ditempatkan di PPKI

(ii) Murid pendidikan khas akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI

(iii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

(iv) Bagi murid pendidikan khas yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan akhir tahun akan di senarai pendekkan ke Mesyuarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI.

(v) Bagi murid pendidikan khas yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.1.3.2Instrumen-instrumen yang berkaitan dalam Program Inklusif:

(A) Sebelum Program(i) Penubuhan Jawatankuasa Program pendidikan Inklusif

(ii) Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian sera ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.

(iii) Mengumpul, menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.

(iv) Jawatanluasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan khas dan PPM.

(v) Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat. Setiap guru telag mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. (vi) Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

(vii) Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.

(viii) Menyediakan sebuah kelas persediaan iaitu di kelas pendidikan khas.

(ix) Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.(x) Penolong kanak PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implemantasi Program inklusif dijalankan.

(xi) Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih. Namun demikian, guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.

(xii) Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas. Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.

(xiii) Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan

(xiv) Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

(xv) Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

(B) Semasa Program(i) Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa

(ii) Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan perbincangan dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

(iii) Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.(iv) Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama. Pelajar pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor. Ini membuktikan pelajar pendidikan khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.(v) Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.(vi) Sikap toleransi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

(C) Selepas Program(i) Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.

(ii) Penilaian keberkesanan program terhadap pendidikankhas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.

(iii) Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.

(iv) Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.

(v) Keputusan peperiksaan pelajar pendidikan khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.

(D) Program Mentor Mentee(i) Program mentor Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktivitipengajaran dan pembelajaran.(ii) Guru Pendidikan khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar.

(iii) Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI.

(iv) Guru Pendidikan Khas sebagai mentor juga membantu pelajar ni menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar, buku rujukan,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.

(v) Di samping itu, penerangan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.1.4 PenempatanPenempatan murid-murid untuk tujuan kelas inklusif adalah berdasarkan model-model pendidikan inklusif seperti di bawah:1.Model A: Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan

pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P.

2.Model B: Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/ bimbingan Guru Pendidikan

Khas.

3.Model C: Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas

khas/bilik resos/pusat sumber

4.Model D: Penempatan di Sekolah Khas (Base School) dan kelas

satellite di sekolah biasa octopus model

5.Model E: Penempatan sepenuh masa di sekolah pendidikan khas6.Model F: Penempatan sepenuh masa di rumah kediamanPra Inklusif di kelas Pendidikan KhasPra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : Kurikulum perdana Masa pembelajaran Asas kemahiran1.5 Peranan dan Tanggungjawab Guru Mata PelajaranPeranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) amat penting dalam pembangunan diri setiap pelajar. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Oleh yang demikian,penyesuaian pihak guru juga amat penting demi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas. Penyesuaian ini pastinya dapat mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negetif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M.2006). Pelan Induk pembangunan Pendidikan,yang dirancang kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas,maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi perlaksanaan program tersebut.Guru-guru juga disarankan untuk melaksanakan tentatif program di bawah untuk kejayaan murid-murid berkeperluan khas ini:(i) Perancangan Bersama

(a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

(b) Merancang dan melaksanakan penilaian

(c) Dedikasi dan komitmen yang tinggi

(d) Layanan dan bimbingan yang adil

(ii) Kemudahan asas untuk pelajar khas(a) Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal

(b) Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

(c) Bahan bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan jawatankuasa akademik.

(d) Bahan rujukan. Peralatan tambahan atas kebijaksanaan/inisiatis pihak sekolah.

(e) Bilik resos- perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu kaunseling

(iii) Pengurusan(a) Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

(b) Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

(c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.

(d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pembelajaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

(e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dan menyalurkan maklumat pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

(iv) Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

(a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum

(b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibu bapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah

(c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi

(d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah

(e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

1.6 RumusanOleh yang demikian, cadangan dan garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program pendidikan Inkluis (PPI) murid berkeperluan khas. Di harap pelaksaan program yang telah dirancang ini dapat memberikan kejayaan yang sangat cemerlang kepada pihak sekolah terutamanya murid-murid berkeperluan khas ini. Penulis yakin dan percaya bahawa usaha yang berterusan ini pastinya membuahkan kejayaan yang sangat cemerlang. Murid-murid berkeperluan khas ini akan menjadi aset penting kepada negara dan bukannya suatu liabiliti seterusnya dapat menjadi insah yang bersahsiah suatu masa nanti.RujukanAbdul Rahim Selamat. (1994). Strategi-strategi bagi Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed). (2002). Making Special Education Inclusive.

London: David Fulton Publisher.

Dyson, A & Millward, A. (2000) Schools and Special Need: Issues of Innovation

and Inclusion.London:SAGE Publications Inc.

Garguilo.R.M.(2006). Special Education In Contemporary Society. (2nd Ed). USA

Thomson Wadsworth.

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang Yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua.Primula Beach Resort, Terengganu.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur.Tesis master yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.Rujukan Dalam Talianhttp://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.htmlhttp://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.htmlPeraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

1.1 Garis Panduan Pendidikan Inklusif

1.2 Jawatan Kuasa Pendidikan Inklusif

1.3Saringan : Instrumen

1.4Penempatan

1.5.Peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran

17