modul peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]-1

18
PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF TAJUK 1 PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF 2 Jam SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pendidikan inklusif, garis panduan pendidikan Inklusif, Jawatankuasa pendidikan Inklusif, Saringan dan Penempatan kanak-kanak inklusif serta peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap kanak-kanak inklusif. HASIL PEMBELAJARAN i. Memahami definisi dan konsep pendidikan inklusif. ii. Menyatakan garis panduan pendidikan inklusif dan Jawatankuasa Pendidikan Inklusif iii. Menjelaskan proses-proses saringan dan penempatan kanak-kanak inklusif serta peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap kanak-kanak inklusif. 1

Upload: cikgu-sue-pkhas

Post on 01-Jan-2016

198 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

TAJUK 1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF 2 Jam

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pendidikan

inklusif, garis panduan pendidikan Inklusif, Jawatankuasa pendidikan Inklusif,

Saringan dan Penempatan kanak-kanak inklusif serta peranan dan

tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap kanak-kanak inklusif.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memahami definisi dan konsep pendidikan inklusif.

ii. Menyatakan garis panduan pendidikan inklusif dan Jawatankuasa

Pendidikan Inklusif

iii. Menjelaskan proses-proses saringan dan penempatan kanak-kanak

inklusif serta peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran terhadap

kanak-kanak inklusif.

1

Page 2: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Kerangka Konsep Tajuk

1.0 Definisi dan Konsep Pendidikan Inklusif

2

Peraturan Pelaksanaan

Pendidikan Inklusif

1.2 Jawatan Kuasa Pendidikan Inklusif

1.4 Penempatan

1.3 Saringan : Instrumen

1.5. Peranan dan tanggungjawab guru mata pelajaran

1.1 Garis Panduan Pendidikan Inklusif

Page 3: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan inklusif?

Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang

diberikan kepada murid-murid dengan keperluan khas yang belajar bersama-

sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru

biasa (Abdul Rahim Selamat,1994). Oleh itu, kenyataan ini menunjukkan bahawa

pendidikan inklusif ini adalah melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di

dalam kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi

membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan

sebaya mereka. (Kamariah Jalil,1995).

Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan inklusif sememangnya tidak asing di Malaysia. Penulis mendapati

bahawa penggunaan istilah ‘inklusif’ sahaja dikatakan baharu di Malaysia.

Penggunaan istilah yang sememangnya canggih ini telah mengelirukan kita

semua. Pada masa dahulu, istilah “Program Percantuman’ atau “Integrated” telah

digunakan dalam medium penggunaan yang sama. Zaleh Tambi Adam (1997)

telah menguatkan fakta ini dengan mengatakan bahawa Malaysia telahpun

mengamalkannya sejak 1962 lagi. Murid yang mempunyai masalah penglihatan,

masalah pendengaran dan masalah pembelajaran adalah antara mereka yang

dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas.

Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk

menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen

persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas, program integrasi pendidikan khas

atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini

adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian

Kesihatan , Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian

Sumber Manusia.

Program Pendidikan Khas Integrasi

3

Page 4: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai

murid-murid berkeperluan khas.

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas

biasa bersama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum

biasa,mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu

oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas

aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata

pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru

pendidikan khas (guru pembimbing).

Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran:

Lemah dalam pelajaran “slow learner”

Autistik

Down syndrome

Terencat akal ringan

Hyperaktif

Cerebral Palsy

- Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian

dan ke tandas sendiri.

Pencalonan

4

Page 5: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan

khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana

2. Bersosialisasi

3. Menduduki peperiksaan awam

Konsep dan Dasar Pendidikan Inklusif

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:

i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan

ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.

iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang

tinggi.

iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

murid/“childcentered”.

Keperluan Individu Murid Berkeperluan Khas

Untuk memenuhi keperluan individu,program pengajaran dan pembelajaran yang

dibentuk adalah fleksibel, selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan

(pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai

kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan

susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan

dan matlamat pendidikan Khas”.

Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematikuntuk

menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.

Falsafah pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan

kualiti pelajar berkeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada negara

maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja.

Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu

disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah

5

Page 6: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yang ada pada

program pendidikan khas integrasi tersebut.

Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh

pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh

menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan

kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di sekolah inklusif terdiri

daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa

kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.

1.1 Ahli Jawatankuasa Pendidikan Inklusif

(a) Pengerusi: Pengetua/ Guru Besar

(b) Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Kurikulum/ Guru penolong kanan

Pendidikan Khas

(c) Setiausaha : Guru Pendidikan Khas

(d) Ahli Jawatankuasa:

(i) Guru Kelas

(ii) Guru Mata pelajaran

(iii) Guru Pembimbing (Guru Pendidikan Khas)

(iv) Guru Bimbingan dan Kaunseling

(v) Ibu bapa/penjaga

1.2.2 Peranan dan tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa:

(a) Pengetua/ guru besar

(i) Pengerusi jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah

(ii) Bertanggungjawab terhadap pentadbiran,pengurusan dan ikhtisas

program pendidikan inklusif

6

Page 7: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(iii) Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif

(iv) Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan

pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah

(v) Ketua Penilai dan pemantau semua hasil kerja guru, dan murid

program pendidikan inklusif di sekolah.

(vi) Ketau bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program

pendidikan inklusif di sekolah

(vii) Merancang dan melaksana program motivasi murid program

pendidikan inklusif

(b) Guru Penolong kanan pendidikan Khas (GPKPK)

(i) Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah

(ii) Bertanggungjawab terhadap pentadbiran,pengurusan dan ikhtisas

program pendidikan inklusif

(iii) Bertanggungjawab terhadap Polisi dan objektif

(iv) Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan

pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.

(v) Penolong ketua Penilai dan pemantau semua hasil kerja guru, dan

pelajar program pendidikan inklusif di sekolah.

(vi) Penolong Ketua bimbingan bagu semua guru yang terlibat dengan

program pendidikan inklusif di sekolah.

(vii) Merancang dan melaksana program motivasi pelajar program

pendidikan inklusif

(c) Guru Kelas

(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

(ii) Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan

rancangan dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

(iii) Menerimakemasukan pelajar berkeperluan khas.

(iv) Membuat penilaian

(v) Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

(d) Guru mata pelajaran

(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

7

Page 8: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(ii) Bersamaguru pendidikan khas merancang dan menyediakan

rancangan dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

(iii) Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.

(iv) Membuat penilaian

(v) Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

(e) Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing)

(i) Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif

(ii) Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa

bersama guru mata pelajaran.

(iii) Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk

ditempatkan di pra inklusif.

(iv) Merancang dan melaksana P&P di pra inklusif

(v) Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang

sewajarnya.

(vi) Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau

berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas

pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.

(vii) Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar

berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran

perdana.

(viii) Mendapatkan kebenaran bertulis dan ibu bapa/ penjaga

berhubung dengan penempatan ke program pendidikan inklusif.

(f) Murid Berkeperluan Khas

(i) Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)

(ii) Tiada masalah tingkah laku berat.

(iii) Bersedia belajar di kelas aliran perdana

(iv) Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik

(e) Rakan pembimbing

(i) Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas

(ii) Rakan Pembimbing

(iii) Menjadi “role model”

8

Page 9: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(f) Ibu bapa

(i) Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas

(ii) Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas

(iii) Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah

(iv) Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan

inklusif

Dalam pada itu ahli jawatankuasa perlu :

• Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian murid

berkeperluan khas.

• Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa.

• Merancang dan membina instrumen penilaian.

• Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar

berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

Saringan:Instrumen

Saringan kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi beberapa peringkat

iaitu Peringkat Pertama, Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga. Penceramah

juga akan menjelaskan instrumen-instrumen yang berkaitan iaitu sebelum

program, semasa program dan selepas program inklusif dilaksanakan.

1.1.1 Saringan kanak-kanak berkeperluan khas

(A) Peringkat Pertama

(i) Semua murid pendidikan khas akan memulakan sesi

persekolahan mengikut pengajaran dan pembelajaran di

Program Pendidikan Khas integrasi (PPKI) bermula pada

bulan Januari

(ii) Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan

penempatan murid pendidikan khas ke PPKI atau Program

Pendidikan Inklusif (PPI).

9

Page 10: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(iii) Senarai pendek murid pendidikan khas yang lulus dalam

UPI akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa.

Bagi murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan

ditempatkan ke PPKI.

(B) Peringkat Kedua

(i) Semua murid pendidikan khas yang lulus ini dalam UPI

mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada

minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun.

(ii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki

peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian

Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan

Peperiksaan Akhir Tahun.

(C) Peringkat Ketiga

(i) Murid pendidikan khas yang gagal dalam UPI akan

ditempatkan di PPKI

(ii) Murid pendidikan khas akan mengikuti pengajaran dan

pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI

(iii) Semua murid pendidikan khas ini akan menduduki

peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian

Pengesanan 2, Peperiksaan pertengahan Tahun dan

Peperiksaan Akhir Tahun.

(iv) Bagi murid pendidikan khas yang lulus bagi setiap Ujian

Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau

Peperiksaan akhir tahun akan di senarai pendekkan ke

Mesyuarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke

PPI.

10

Page 11: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(v) Bagi murid pendidikan khas yang belum layak ke PPI, akan

meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.

1.3.2 Instrumen-instrumen yang berkaitan dalam Program Inklusif:

(A) Sebelum Program

(i) Penubuhan Jawatankuasa Program pendidikan Inklusif

(ii) Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah

membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian

pencapaian sera ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru

yang telah dipertanggungjawabkan.

(iii) Mengumpul, menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang

akan mengikuti Program Inklusif.

(iv) Jawatanluasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan

semua guru Pendidikan khas dan PPM.

(v) Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan

dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.

Setiap guru telag mendapat taklimat yang jelas dan telah

menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar

Pendidikan Khas tersebut.

(vi) Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga. Ibu

bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program

terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta

menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak

mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

(vii) Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.

(viii) Menyediakan sebuah kelas persediaan iaitu di kelas pendidikan

khas.

(ix) Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.

(x) Penolong kanak PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran

perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.

Penerangan dan taklimat telah diberikan secara formal dan tidak

formal. Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa

melalui PIBG mengenai implemantasi Program inklusif dijalankan.

11

Page 12: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(xi) Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling

sesuai. Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan

bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih. Namun

demikian, guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor

kepada mereka.

(xii) Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian

hadapan dalam satu-satu kelas. Penglihatan mereka tidak

terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan

mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.

(xiii) Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan

(xiv) Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

(xv) Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas

semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

(B) Semasa Program

(i) Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa

(ii) Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan perbincangan

dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

(iii) Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas

digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang

dianjurkan oleh sekolah.

(iv) Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu

mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan

yang sama. Pelajar pendidikan khas yang tiada masalah akan

terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada

mentor. Ini membuktikan pelajar pendidikan khas ini tidak

bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka

telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas

sekiranya diperlukan.

(v) Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini

sudah berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh

12

Page 13: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

bersosialisasi dengan aktif. Komunikasi dua hala sentiasa berlaku

di sekolah malah di luar sekolah.

(vi) Sikap toleransi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah

memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan

khas.

(C) Selepas Program

(i) Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan

pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan

perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.

(ii) Penilaian keberkesanan program terhadap pendidikankhas

sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.

(iii) Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling

kepada pelajar.

(iv) Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada

ibu bapa atau penjaga.

(v) Keputusan peperiksaan pelajar pendidikan khas berkenaan

dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.

(D) Program Mentor Mentee

(i) Program mentor Mentee diadakan bagi membantu pelajar

berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

(ii) Guru Pendidikan khas bertindak sebagai pendamping dan mentor

kepada pelajar.

(iii) Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta

penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas

tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI.

(iv) Guru Pendidikan Khas sebagai mentor juga membantu pelajar ni

menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar, buku

rujukan,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi

memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan

dengan lancar.

13

Page 14: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(v) Di samping itu, penerangan kaunseling dan motivasi oleh mentor

sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang

mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam

membentuk masa depan yang cemerlang.

1.2 Penempatan

Penempatan murid-murid untuk tujuan kelas inklusif adalah berdasarkan model-

model pendidikan inklusif seperti di bawah:

1. Model A : Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan

pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P.

2. Model B : Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan

mendapat khidmat nasihat/ bimbingan Guru Pendidikan

Khas.

3. Model C : Penempatan dalam kelas biasa bagi mata pelajaran

tertentu sahaja dan dalam kelas Khas dengan kemudahan

bilik resos / pusat sumber

Pra Inklusif di kelas Pendidikan Khas

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas

sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek :

Kurikulum perdana

Masa pembelajaran

Asas kemahiran

1.3 Peranan dan Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru

mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) amat

penting dalam pembangunan diri setiap pelajar. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi

guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran.

14

Page 15: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Oleh yang demikian,penyesuaian pihak guru juga amat penting demi memenuhi

keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas.

Penyesuaian ini pastinya dapat mengubah corak interaksi sedia ada dan

sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan

Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif

kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut

rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negetif

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M.2006).

Pelan Induk pembangunan Pendidikan,yang dirancang kementerian

Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI dalam kalangan murid-

murid berkeperluan khas,maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu

dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi perlaksanaan program

tersebut.Guru-guru juga disarankan untuk melaksanakan tentatif program di

bawah untuk kejayaan murid-murid berkeperluan khas ini:

(i) Perancangan Bersama

(a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

(b) Merancang dan melaksanakan penilaian

(c) Dedikasi dan komitmen yang tinggi

(d) Layanan dan bimbingan yang adil

(ii) Kemudahan asas untuk pelajar khas

(a) Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal

(b) Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

(c) Bahan bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan jawatankuasa akademik.

(d) Bahan rujukan. Peralatan tambahan – atas kebijaksanaan/inisiatis pihak sekolah.

(e) Bilik resos- perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu kaunseling

15

Page 16: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

(iii) Pengurusan

(a) Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

(b) Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

(c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.

(d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pembelajaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

(e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dan menyalurkan maklumat pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

(iv) Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

(a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum

(b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibu bapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah

(c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi

(d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah

(e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

1.4 Rumusan

Oleh yang demikian, cadangan dan garis panduan ini adalah satu usaha untuk

melihat pelaksanaan Program pendidikan Inkluis (PPI) murid berkeperluan khas.

Di harap pelaksaan program yang telah dirancang ini dapat memberikan

kejayaan yang sangat cemerlang kepada pihak sekolah terutamanya murid-murid

berkeperluan khas ini. Penulis yakin dan percaya bahawa usaha yang berterusan

ini pastinya membuahkan kejayaan yang sangat cemerlang. Murid-murid

berkeperluan khas ini akan menjadi aset penting kepada negara dan bukannya

suatu liabiliti seterusnya dapat menjadi insah yang bersahsiah suatu masa nanti.

Rujukan

16

Page 17: Modul Peraturan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif[1]-1

PERATURAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Abdul Rahim Selamat. (1994). Strategi-strategi bagi Pelaksanaan Pendidikan

Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel

Langkawi.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed). (2002). Making Special Education Inclusive.

London: David Fulton Publisher.

Dyson, A & Millward, A. (2000) Schools and Special Need: Issues of Innovation

and Inclusion.London:SAGE Publications Inc.

Garguilo.R.M.(2006). Special Education In Contemporary Society. (2nd Ed). USA

Thomson Wadsworth.

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang Yang Sama dan Penyertaan

Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk

Semua.Primula Beach Resort, Terengganu.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-

kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala

Lumpur.Tesis master yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Rujukan Dalam Talian

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html

http://penselcikgu.blogspot.com/2011/12/garis-panduan-perlaksanaan-program.html

17