modul 1.0 240215b.doc

29
Draf 240215 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR 1

Upload: ahmad-sharimi

Post on 12-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 Mengenal Komputer Dan Fungsinya

Draf

240215

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KSSR

Standard kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan

Standard pembelajaran:

1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.

Masa:60 minit

NOTA RUJUKAN

Atur cara adalah satu senarai arahan atau tatacara untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai. Contoh 1 : Set atur cara memain DVDPilih DVD yang ingin ditonton.

Pastikan televisyen dan pemain DVD telah dipasang.

Klik pada butang open untuk mengeluarkan tray DVD.

Letakkan DVD pada tray dan klik butang close.

Pilih play pada paparan menu.

Jika semua langkah-langkah untuk memainkan DVD telah diikuti, tetapi masih gagal untuk ditontoni. Mengapa? Bincangkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURIDMurid biasa menggunakan perkakasan digital dalam aktiviti seharian KEPERLUAN PERKAKASAN1) Model mesin basuh

5) sticky note2) Model televisyen

6) manila kad3) Model microwave

4) Model DVD

AKTIVITI 1 Dunia MesinAktiviti drama/ main peranan

Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut:

i) Watak utama ( Amir )

ii) Watak kedua (Ibu Amir)

iii) Mesin basuh

iv) Televisyen

v) Ketuhar gelombang mikro

vi) DVD

Contoh situasi : Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan kerja rumah iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan. Ibu Amir hendak pergi menziarahi jiran yang kurang sihat.

Contoh dialog:

Ibu: Amir..Amirbangun nak.

Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu?

Ibu: Amir.ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir tolong basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari nanti ye.

Amir : Baiklah ibunanti amir buat ya.

(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan bersiap. Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula melaksanakan tugas yang telah dipesan oleh ibu.)

Amir: Hurmmmbanyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari ini.

(Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh.Tiba-tiba)

Amir: Aikkk.kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi seperti biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh dengan tangan.

(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir terasa lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk)Amir: Laaakenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke? makan makanan sejuk la nampak gayanya hari ini.

(Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan menonton televisyen)

Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je terpasang, tengahari ni dah rosak pula. Huhuapa la nasib saya hari ini.Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak dalam

situasi tersebut.

Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki memberikan

pengajaran / moral daripada cerita tersebut.

(Moral: Peralatan digital yang mengandungi atur cara

komputer sangat penting dalam membantu memudahkan

tugasan seharian)

Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika tiada

atur cara komputer di dalam perkakasan harian yang

terdapat dalam lakonan tadi.Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer dalam

perkakasan harian atas kertas pelekat dan tampal di atas kad

manila di papan kenyataan.Contoh jawapan murid:

PENILAIAN 1

Telefon bimbitMesin Fotostat

Standard kandungan:

1.0 Memahami Pengaturcaraan

Standard pembelajaran: Masa:

1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer.

1.3 Menulis satu set arahan yang menggambarkan aktiviti harian60 minit

NOTA RUJUKAN

Atur cara komputer adalah satu set arahan bertertib yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan komputer.Contoh 1 : Masuk ke makmal komputer Situasi:

Amin ingin mencetak tugasan yang telah diberikan kepadanya di makmal komputer sekolah.

Tanda tangan pada buku log

Hidupkan komputer

Cari dokumen yang dikehendaki

Hidupkan pencetak

Cetak dokumen

Matikan pencetak

Matikan komputerContoh 2: Atur cara mencuci pakaian menggunakan mesin basuhKumpul pakaian yang ingin dicuci

Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh

Masukkan serbuk pencuci ke dalam bekas cucianHidupkan mesin basuh

Timbang berat pakaian Anggar tahap air yang diperlukan

Anggar masa cucian yang diambil

Masukkan air ke dalam mesin basuh

Lakukan kerja cucian

Membilas

Keringkan pakaian

Masukkan air ke dalam mesin basuhLakukan kerja cucian

MembilasKeringkan pakaianMatikan suis mesin basuhKeluarkan pakaian yang telah dicuci

Sidai pakaian yang telah siap dicuci

Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan (langkah-langkah yang tertib) dan ini mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer. Contoh Set Arahan Aktiviti Harian : Perhimpunan Pagi

Beratur mengikut kelas

Luruskan barisan

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu negeri

Nyanyian lagu sekolah

Doa

Ucapan guru bertugas

Berbaris masuk ke kelasPENGETAHUAN SEDIA ADA MURIDMurid telah mempelajari kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harianKEPERLUAN PERKAKASAN 1)Life wheel2)Sampul soalan

3)Kertas mahjong

4)Pen marker

5)Stop watchAKTIVITI 1 Roda Kehidupan Aktiviti kumpulan

Arahan : Murid mendengar penerangan guru berkaitan perkaitan antara langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam komputer. Kemudian, murid dibahagikan mengikut kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan akan tampil ke hadapan dan memutar roda kehidupan.

Langkah 2: Setiap kumpulan akan kembali ke kumpulan bersama dengan tugasan yang terdapat di dalam sampul.Langkah 3: Setiap kumpulan akan mula menyusun langkah aktiviti harian dan set arahan dalam komputer. Guru akan merekod waktu tugasan dilaksanakan.

Langkah 4: Kumpulan yang paling pantas menyelesaikan tugasan, dikira sebagai pemenang.Contoh Life Wheel:Contoh soalan tugasan:

Membeli tiket LRT1) Anda hendak pergi ke KLCC untuk menonton wayang bersama rakan-rakan. Anda merancang untuk pergi ke KLCC dengan menaiki LRT. Senaraikan langkah untuk membeli tiket lrt dari rumah anda yang terletak di stesen LRT Damai ke stesen lrt KLCC.2) Tuliskan set arahan komputer untuk tugasan tersebut.

Contoh penyelesaian tugasan:

Langkah-langkah aktiviti harianSet arahan komputer

Saya bersiap awal untuk menontong wayang di KLCC. Kemudian saya berjalan kaki ke stesen lrt. Sampai sahaja di stesen lrt, saya terus membeli tiket untuk ke KLCC. Setelah membeli tiket, saya menaiki lrt ke stesen KLCC. Setibanya di stesen KLCC, saya turun menuju ke panggung wayang.Berjalan ke stesen lrt

Naik lif/tangga/eskelator ke tempat penjualan tiket

Pilih stesen yang hendak dituju (stesen KLCC)

Masukkan wang

Ambil tiket

Naik lrt

Turun di stesen KLCC

PENILAIAN 1 Arahan: Sila isi ruang kosong persamaan dan perbezaan antara atur cara dengan atur cara komputer

Persamaan

Perbezaan

Atur caraAtur cara komputer

PENILAIAN 2 Situasi: Alexandar mengajak kawan-kawannya bermain konda kondi di taman.

Arahan: Anda dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah aktiviti tersebut mengikut tertib.

1. ___________________________________________________________

2. ___________________________________________________________

3. ___________________________________________________________

4. ___________________________________________________________

5. ___________________________________________________________

6. ___________________________________________________________

7. ___________________________________________________________

8. ___________________________________________________________

9. ___________________________________________________________

LAPORAN PENCAPAIAN MURIDNama Murid:

Tahun:

Kelas

Modul:Pengaturcaraan

Standard Kandungan:1.0 Memahami Pengaturcaraan.

Standard Pembelajaran:1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer.1.3 Menulis satu set arahan yang mengambarkan aktiviti harian.

BilPerkara yang dinilaiPencapaianCatatan

YaTidak

1Murid dapat membezakan atur cara dengan atur cara komputer

2Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah aktiviti harian mengikut tertib

3Murid dapat menyusun semula set arahan dan atur cara komputer

KEPUTUSAN(CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Guru:Tandatangan & Tarikh

Disahkan oleh:Tandatangan & Tarikh

Standard Kandungan:1.0Memahami pengaturcaraan

Standard Pembelajaran:1.4Menulis satu set arahan bagi satu

peralatan digital dalam melakukan

tugasan

1.5Membina arahan-arahan tambahan

dalam atur cara bagi menambah fungsi

sesuatu peralatan digital

Masa:60 minitNOTA RUJUKANContoh set arahan peralatan digital dalam melakukan tugasan:

Pembersih hampagas robotik

Mula

Mesin pembersih hampagas bergerak

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika tiada permukaan lantai di hadapan

Mesin pembersih hampagas akan berundur

Mesin pembersih hampagas menyedut

Tamat

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURIDMurid telah mempelajari langkah aktiviti harian dan set arahan dalam atur cara komputerKEPERLUAN PERKAKASAN1. Radio

2. Kotak beracun

3. Kertas mahjong4. Pen marker

AKTIVITI 1 Kotak Arahan BeracunLangkah 1: Murid mendengar penerangan guru berkaitan set arahan komputer dalam peralatan digital.Langkah 2: Murid duduk di dalam bulatan untuk permainan kotak arahan beracun.Langkah 3: Guru akan memasangkan muzik. Kotak arahan beracun akan diedarkan sehingga muzik diberhentikan.Langkah 4: Murid yang memegang kotak arahan beracun akan mengambil satu kertas dari kotak tersebut.Langkah 5: Murid akan menulis set arahan komputer untuk peralatan digital yang tertera pada kertas tersebut di papan putih.Langkah 6: Murid lain akan memberi pendapat tentang set arahan tambahan untuk menambah fungsi peralatan digital tersebut.Contoh hasil aktiviti:

Pembersih hampagas robotik

Mula

Mesin pembersih hampagas bergerak

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika tiada permukaan lantai di hadapan

Mesin pembersih hampagas akan berundur

Mesin pembersih hampagas menyedut

Jika ada permukaan yang basah

Mesin pembersih hampagas keringkan

Tamat

Mari kita kaji.Senaraikan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas perkakasan harian tersebut.

Contoh:

PENILAIAN 1Situasi:Puan Wong ingin mencetak dokumen penting dari komputer peribadinya.

Arahan:Anda diminta menyusun semula set arahan dengan betul mengikut situasi di atas ke dalam jadual yang disediakan di bawah.Matikan pencetak

Cari dokumen

Cetak

Matikan komputer

Hidupkan komputer

Hidupkan pencetak

LAPORAN PENCAPAIAN MURIDNama Murid:

Tahun:

Kelas

Modul:Pengaturcaraan

Standard Kandungan:1.0 Memahami Pengaturcaraan.

Standard Pembelajaran:1.4 Menulis satu set arahan atur cara komputer dalam melakukan tugasan.

1.5 Mencadangkan penambahbaikan arahan-arahan dalam atur cara bagi sesuatu peralatan dalam melaksanakan tugas.

BilPerkara yang dinilaiPencapaianCatatan

YaTidak

1Murid boleh menulis satu set arahan atur cara komputer dalam melakukan tugasan

2Murid boleh mencadangkan penambahbaikan arahan-arahan dalam atur cara bagi sesuatu peralatan dalam melaksanakan tugas

3Murid boleh menjelaskan kegunaan pengatur caraan dalam kehidupan seharian

KEPUTUSAN(CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH

Nama Guru:Tandatangan & Tarikh

Disahkan oleh:Tandatangan & Tarikh

MODUL P1

Apa itu atur cara?

Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja manusia untuk membasuh, membilas dan mengeringkan pakaian.

Sekiranya tiada arahan komputer dalam mesin basuh automatik tersebut, manusia perlu melakukan semua kerja tersebut secara manual.

Senaraikan fungsi peralatan digital tersebut

MODUL P2

Atur cara Komputer

Apa itu aturcara komputer?

Atur cara komputer berlaku di sini

Pencetak menerima arahan mencetak

Pencetak melakukan tindakan mencetak

Atur cara komputer dalam mesin basuh

Set Arahan Aktiviti Harian

Membeli tiket lrt

Memanaskan lauk menggunakan ketuhar gelombang mikro

Membeli air dari mesin penjualan air

Membuat kopi menggunakan mesin pembancuh kopi

Membezakan di antara atur cara dengan atur cara komputer

Menyenaraikan langkah-langkah aktiviti harian

MODUL P3

arahan tambahan

Self-timer untuk off bagi tempoh masa yang tertentu

Pengesan eye contact akan off televisyen sekiranya tiada lagi eye contact

Televisyen

Touch screen kaca televisyen

Membezakan di antara atur cara dengan atur cara komputer

18