1.0 rancangan pengajaran harian

12
TUGASAN PROJEK: EDU 3105 TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 مديدقن إس فن ا دب دان ا ة ميق إس خجرن مات ف تاهون3 جوجور كلس51 ي جو3153 / إ ثن تاريخ/ هاري01 مينيت/ 0331 0331 ماس برخاكف ادب تاجوق51 كي ل31 رمفوان فغن موريد بي033 برخاكفغملكن ادبي دان مهم دوغنرد كن ستند03335 برخاكفكن ادب مثاتا03333 رايكن مثنا فاءيدة برخاكفغملكن ادب م03333 برخاكفغملكن ادببة تيدق ميكن عاقرا مثناجرنرد فمب ستند دافت موريد: 5 . مثاتاكن3 برخاكف دغن بتول أدب3 . برخاكفوكن ادب دان برا ادبنتاكن فربذاكن ا مثاتا3 . مثاتاكن3 فاءيدة برخاكف دغن بتولغملكن ادب مجرن فمبيكتيف اوليليغ مركن اورغ دسككاسي دغ سوده بياسا بركوموني موريد. ادن سدياهوا فغتاة س( ق اخ اورغ إ ستيك م يغ بايق كخكف مثببكن راج بريان حبشه م مرك دغن بايق.) ضابوغ جاليو بهاس م( ليسنن كماه, وض دغن بتول مثبوت ديال.) ي ني: دان فرخكدقن تين جوجور دا ا فن. فثرافن5 . س: نكون به ي ني: إي. م. ك1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1

مات فلاجرن خلاق إسلاميّةادب دان ا –فنديدقن إسلام

كلس جوجور 3تاهون

هاري/ تاريخ ثنين إ/ 3153جولاي 51 ماس 0331 – 0331/ مينيت 01

تاجوق ادب برخاكف بيلاغن موريد فرمفوان 31للاكي 51 ستندرد كندوغن ممهمي دان مغملكن ادب برخاكف 033

مثاتاكن ادب برخاكف 03335 مغملكن ادب برخاكف فاءيدةمثنارايكن 03333 مثنارايكن عاقبة تيدق مغملكن ادب برخاكف 03333

ستندرد فمبلاجرن

: موريد دافت أدب برخاكف دغن بتول 3مثاتاكن .5

مثاتاكن فربذاكن انتارا ادب دان بوكن ادب برخاكف .3

مغملكن ادب برخاكف دغن بتول فاءيدة 3مثاتاكن .3

اوبجيكتيف فمبلاجرن

فغتاهوان سديا اد . موريد سوده بياسا بركومونيكاسي دغن اورغ دسكليليغ مركبرخكف مثببكن راج م يغ بايق كتيك سلااورغ إ اخلاق)سيرة

(.مرك دغن بايق حبشه ملايان ضابوغ جالين

(. مثبوت ديالوض دغن بتول, كماهيرن ليسن)بهاس ملايو . فناجوجور دالم تيندقن دان فرخك: نيلاي

فثرافن

ك .م.إي: نيلاي تمبه لاكونن : سني .5

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 2: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2

اتتنخ خاداغن اكتؤيتي سي فلاجرنيا لغكه فغاجرن 3)فندهولوان

(مينيت :باخاءن دعأ

ر ش ان و ك ت م ك ا ح ين ل ع ح ت اف م له ل ا

م ح ر ا أ ي ك ت ح ر ن ائ ز ن خ ا م ين ل ع

.ين ح الر

ن أ د ه ش أ اله و ل إ ه ل إ ل ن ا د ه ش أ

سكنضدتو غي ٢موريد .1 دعأ ممباخ موريد. دعأ ممباخ

.لاجرنف

ين برسام لأ ٢موريد .2 دعأ باخأن يكوتيغم وروض موريد اوليه لفظكند غي

.أمينكنغم سمبيل ترسبوت،

: نيلاي - ادب بردعاء

دان سلايد فاور فواين ؤيديو : تيكنولوضي .5

كماهيرن برفيكير ممبوات كفوتوسن/ منيلاي/ فنجاناءن ايديا ؤيديو .3

سلايد فاور فواين .3

بوكو تيكس .4

لمبارن كرجا .1

باهن بنتو مغاجر

سوال جواب لمباران كرجا

ف &فنيلاين ف

Page 3: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3

اله ول س ر د م م

فاسا فرسدياءن 535

فمرهاتين (مينيت 3)

فربوالن يغ بايق دان يغ سلايد 5 .تيدق بايق

:سلايد فريبهاسا ملايو . 3

بيناس سبب فولوت سنتن سبب مولوت بادن بيناس

ضورو منايغكن دوا سلايد . 5فربوالن يغ بايق دان يغ تيدق

.بايق

ضورو منايغكن سلايد . 3 :فريبهاسا ملايو

سبب فولوت سنتن بيناس سبب مولوت بادن بيناس

: كخردسن ؤيسوال

كوضنيتيف: باهن بنتو

فاور سلايد .فواين

533 اناليسيس

(مينيت 4)

: سوالن اكهيغ مان, برداسركن سلايد .5

فربوالن يغ بايق؟يغ ماناكه فربوالن يغ تيدق . 3

بايق؟ ؟ افاكه مقصود فريبهاس اين. 3سيلا خريتاكن بضايمانكه . 4

كامو برخاكف دغن كلوارض . كامو

ضورو برتاثاكن سوالن -5

كفد موريد بردسركن سلايد يغ .دتونجوقكن

ضورو برسوال جواب دغن -3 انق موريد

فاسا ايماضيناسي 533

فنجاناءن .كفاؤيديو لاكونن أدب برخ -

ضورو منايغكن ؤيديو لاكونن - .أدب برخاكف

ضوناكن LCD

Page 4: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

4

ايديا (مينيت 51)

موريد مثبوت اضورو ممينت-كف ارماي ادب برخ –برماي

. يغ دتونجوقكن ددالم ؤيديو534

سينتسيس ايديا

(مينيت 51)

موريد بربينخغ اونتوق - لمبارن كرجا -ممبذاكن انتارا ادب دان بوكن

. ادب برخاكفضورو ملقسانكن فرتنديغن -

يغ دغن مننتوكن كومفولن مان لمبارن فاليغ خفات مثيافكن

مغوجي تاهف فماهمن . )لنسوا (. موريد

بهاضيكن كومفولن مغيكوت

. ميجا

فاسا فركمبغن531

فنمبهباءيقن (مينيت 51)

لاكونن -

موريد دمينتا ملاكونكن -ساتو لاكونن برداسركن ديالوض

موك سورة )بوكو تيكس 533 .)

ضورو ممبري بيمبيغن كفد - دةءيفاموريد دالم مغنلفستي

كف دان امغملكن ادب برخ . عقيبة تيدق مغملكنث

منيلاي 530 (مينيت 1)

ت راماي كاونفاكن مندا - اللهد فلا دراهفت فمندا -

دةءيفاموريد دافت مثاتاكن مغملكن ادب برخاكف دان

. عقيبة تيدق معملكنث

Page 5: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

5

اخيرةان يا د دنيا دضبها -ي غسنتياس دحرمتي دان دساي

لاين غاوليه اور

فاسا تيندقن531

فلقسانأن (مينيت 1)

فنوتوف كوضنيتيف

موريد ترفيليه ديمينتا . 5ادب –مثنارايكن ادب

. فافن توليس كف دبرخاموريد دمينتا ممبوات . 3

.روموسن دغن بنتوان ضورو

فافن - توليس

-

عملن برتروسن

(مينيت 1)

فنوتوف سوسيال

ضورو ممبريكن هديه كفد . 5كومفولن يغ ممناغي فرتنديغن يغ

. دجالنكن تادي

فنضوهن - سيتيففو

Page 6: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

6

2.0 REFLEKSI

1. Mohd Amiruddin bin Seri.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah atas petunjuk dan

hidayahnya. Dengan keizinannya kita mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab

yang telah diamanahkan kepada kita.

Dalam usaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan, kami telah diarahkan

oleh Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Pendidikan Islam untuk menjalankan

satu tugasan projek bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU

3105). Untuk tujuan itu, saya dan rakan setugas saya Abdul Rahman bin Jamain telah

mengembleng tenaga dan berkolaboratif untuk menyelesaikan tugasan yang telah

diarahkan.

Tugasan ini telah banyak menyediakan saya pengalaman dan pengajaran yang

berguna untuk saya kutip dan simpan sebagai persediaan saya menghadapi tugas

mendatang sebagai seorang guru. Kami diarahkan untuk menyediakan bahan bantu

belajar yang berbentuk video pendidikan. Seperti mana yang kita tahu, untuk

menghasilkan satu video yang menarik dan berkesan bukanlah satu kerja yang mudah.

Banyak perkara yang harus diambil kira dan perancangan yang rapi mestilah dilakukan.

Disinilah peranan subjek EDU 3105 ini dalam membimbing kami untuk menghasilkan

video yang baik.

Pengetahuan asas mengenai jenis – jenis kamera perakam video, jenis – jenis

shot penggambaran, jenis – jenis format video dan banyak lagi teramatlah penting

dalam pembikinan video pendidikan. Saya telah memastikan dengan sedaya upaya

perkara itu diambil kira supaya proses pembikinan video saya berjalan lancar. Dalam

memilih tajuk video tersebut, saya telah membuat proses pembincangan yang teliti

dengan rakan saya dengan mengambil kira kesesuaian video tersebut dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah merancang waktu penggambaran kami

supaya video kami disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya amat bersyukur

ianya berjalan dengan lancar dari proses pengambaran hinggalah penyuntingan.

Page 7: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

7

Yang keduanya pula adalah kami dikehendaki menyediakan Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan subjek major atau minor kami. Oleh yang

demikian itu, kami telah bersepakat untuk memilih subjek minor kami iaitu Pendidikan

Islam untuk tugasan ini. Saya dan rakan saya telah mengadakan perbincangan lanjut

untuk memilih apakah topik yang akan kami pilih. Setelah perbincangan dijalankan,

kami bersetuju untuk memilih topik Adab Bercakap yang mana ianya merupakan

standard pembelajaran bagi tahun 3. Sesungguhnya, amalan menyediakan rancangan

pengajaran harian merupakan sesuatu yang penting dan perlu dilakukan oleh guru.

Perancangan merupakan kunci kejayaan, individu yang gagal merancang bukanlah

seorang yang berjaya.

Untuk memastikan RPH yang kami buat betul dan mengikut standard, rujukan

yang teliti telah kami buat dari kebanyakan dokumen – dokumen penting bagi Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kami perlu mengkaji secara terperinci standard

kandungan dan standard pembelajaran. Selepas itu barulah kami boleh merangka

perancangan pengajaran harian kami. Selain daripada pada itu, aspek pedagogi perlu

ditekankan dalam penghasilan RPH. Kami haruslah tahu pendekatan, strategi dan

teknik yang hendak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek

pemilihan bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai juga perlu ditekankan. Ini kerana,

penggunaan (BBB) yang sesuai akan memaksimumkan keberhasilan proses P&P kita.

Namun begitu yang bulat itu tidak datang bergolek, yang pipih itu tidak datang

melayang. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menyiapkan tugasan ini. Salah

satu daripadanya adalah dari segi ketetapan atau format rancangan pengajaran harian

yang berbeza. Ini menimbulkan kekeliruan pada diri saya untuk menentukan yang mana

satu format yang sahih. Oleh yang demikian itu, saya dan rakan saya telah berjumpa

dengan pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam untuk mendapat ketetapan yang paling

sahih. Berbanyak terima kasih diucapkan kerana membantu kami menyelesaikan

masalah ini. Selain dari itu, saya juga telah membuat semakan silang (cross check)

dengan kumpulan lain supaya dapat saya membaiki hasil kerja saya dan mendapatkan

maklum balas daripada mereka.

Page 8: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

8

Selain itu, banyak juga masalah terpaksa kami hadapi dalam pembikinan video

pendidikan kami. Antaranya adalah masalah dalam jadual dan masa penggambaran

video. Kekangan dihadapi terutamanya apabila berlaku pertindihan dengan aktiviti lain

yang diwajibkan oleh pihak institut. Oleh itu, kami terpaksa menjadualkan semula jadual

pengambaran tersebut. Kebanyakan aktiviti penggambaran dijalankan pada waktu

lewat malam kerana pada masa itu, ada masa luang untuk kami melakukan

penggambaran. Biarpun banyak kali mengorbankan masa rehat, namun saya tidak

pernah merasa menyesal. Inilah dikatakan pengorbanan demi manfaat yang

mendatang. Terdapat banyak lagi cabaran yang kami hadapi, namun semua itu dapat

diatasi dengan usaha. Berjuta syukur atas keizinan dan bantuan dari Allah.

Sesungguhnya, tugasan ini memberikan impak yang besar pada diri saya

terutama nya dari segi ilmu dan pemahaman. Sebagai guru, kita haruslah mempunyai

pemahaman yang jitu terhadap perkembangan kognitif individu. Ahli – ahli kognitivis

seperti Chomsky, Kohler, Bruner dan Ausubel selalu menekankan bahawa murid –

murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi latar belakang dan tahap motivasi

masing – masing. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang berlainan

walaupun pengalaman mereka sama. Oleh yang demikian itu, dengan merancang

pengajaran (RPH), kita boleh memandu anak murid kita mendapatkan apa yang kita

ajar dengan betul. Selain dari itu, penggunaan bahan bantu belajar yang berkesan juga

akan membantu meningkatkan keberkesanan P&P. ini semua akan membantu kita

dalam memandu perkembangan kognitif anak murid kita.

Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini mampu memberikan manfaat yang

besar kepada saya dan juga kepada kami semua. Semoga semua usaha kita ini

mendapat berkat dan rahmat daripada Allah yang maha pemurah lagi maha

penyayang.

Page 9: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

9

2. Abdul Rahman bin Jamain

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah

memberikan kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam. Dengan limpah

dan kurnianya juga kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan,

bulan yang penuh berkat. Dengan sifat PengasihNya juga saya dan rakan saya iaitu

Mohd Amiruddin B Seri mampu untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada

waktunya.

Pada kali ini, kami pelajar Pismp dikehendaki untuk menghasilan sebuah bahan

bantu mengajar (BBM) berbentuk video pendidikan dan menghasilkan satu rancangan

pengajaran harian (RPH) berdasarkan tajuk yang dipilih. Setelah berfikir secara

mendalam, saya dan rakan saya telah memilih tajuk dalam subjek Pendidikan Islam

iaitu Adab Bercakap.

Sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak

faedah. Antaranya ialah, saya mampu untuk mengetahui dan memahami lebih

mendalam mengenai konsep, teori dan amalan perkembangan teknologi pendidikan.

Sebelum ini, saya tidak begitu jelas mengenai kepentingan dan faedah teknologi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Namun akhirnya saya menyedari peranan

teknologi yang merupakan antara kaedah yang paling berkesan dalam menarik minat

murid-murid pada masa sekarang . Ilmu ini sangat penting kerana sebagai seorang

guru, salah satu cara untuk menarik perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran

adalah menggunakan teknologi. Ini kerana dalam zaman teknologi ini, seorang guru

tidak boleh ketinggalan dalam arus kemodenan. Kita seharusnya mengikuti

perkembangan semasa dan jangan sampai kita sendiri ketinggalan berbanding anak

murid yang mungkin jauh lebih mahir daripada kita.

Selain itu, melalui tugasan ini juga saya telah memperoleh banyak ilmu baru.

Contohnya, saya mampu untuk membuat rancangan pengajaran (RPH) dengan format

dan cara yang sebenar. Memang tidak dinafikan sebelum ini saya pernah membuat

RPH untuk tugasan yang lain, namun saya sebenarnya tidak berapa faham apa yang

sebenarnya saya buat. Alhamdulillah, melalui tugasan ini, saya telah berusaha

Page 10: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

10

memahami dengan bersungguh-sungguh cara dan kaedah yang sebenar dalam

membuat RPH agar dapat memenuhi kehendak dan tujuan RPH itu sendiri.

Kerja kursus ini juga berjaya mendekatkan lagi diri saya dengan dunia teknologi.

Jujur saya katakan, sebelum ini saya langsung tidak mengetahui applikasi-aplikasi yang

boleh digunakan untuk membuat video ataupun tayangan yang menarik. Bahkan saya

langsung tidak ambil peduli apatah lagi ingin mencuba membuatnya sendiri. Tapi,

semua itu berubah apabila saya sekarang semakin berminat untuk terus meneroka dan

mempelajari ilmu-ilmu di dalam bidang ini. Contohnya ilmu di dalam penggunaan

“Cyberlink Power Director”, “Adobe Photoshop” dan banyak lagi.

Tugasan ini juga memberikan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya

mengenai kaedah-kaedah pengajaran yang patut dilaksanakan ketika hendak mengajar

di sekolah nanti. Ini terbukti melalui penghasilan video pendidikan dan RPH sebagai

salah satu bahan bantu mengajar (BBM) berdasarkan tajuk yang kami pilih iaitu Adab

Bercakap yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam. Ia mendatangkan faedah yang

amat besar kepada kami kerana saya dan rakan saya mendapat gambaran yang jelas

mengenai kaedah dan teknik yang boleh digunakan ketika hendak mengajar nanti. Dan

salah satu daripada kaedah tersebut adalah dengan menggunakan video pendidikan

yang mampu menarik perhatian murid untuk belajar.

Tugasan ini juga mendatangkan banyak kenangan manis untuk saya. Antaranya

ialah pengalaman semasa menjadi pelakon dan pengarah bagi filem pendek untuk

dimuatkan ke dalam video pendidikan. Terdapat banyak babak yang lucu kerana aksi

kaku kami semasa berlakon. Namun, ia tetap merupakan pengalaman yang manis

kerana pada masa inilah kita dapat mengenali hati budi rakan kita yang lain dan

berusaha untuk melakukan yang terbaik demi kejayaan dalam kumpulan.

Perjalanan untuk menyiapkan tugasan ini tidaklah semudah yang disangkakan

kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan yang harus kami tempuhi demi

mendapatkan hasil yang terbaik. Antaranya ialah tugasan ini telah diberikan serentak

dengan tugasan bagi subjek yang lain. Ini membuatkan saya berasa amat risau dan

pening kepala. Namun masalah ini saya selesaikan dengan menyusun jadual dan

Page 11: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

11

aturan perjalanan masa yang betul agar saya dapat menyiapkan semua tugasan yang

diberi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan tersusun.

Selain itu, saya dan rakan saya menghadapi masalah yang amat besar apabila

kami berdua tidak begitu arif dan mahir dalam menggunakan applikasi “Cyberlink Power

Director” untuk menghasilkan video yang bermutu. Kami berusaha menangani masalah

ini dengan banyak bertanya kepada rakan lain yang pakar dan belajar dengan mereka.

Kami juga sering melayari “Youtube” bagi mendapatkan tutorial penghasilan video yang

menarik dan cantik. Dan berkat usaha dan pertolongan daripada Allah, kami berjaya

menghasilkan sebuah video yang kami harap dapat mendatangkan faedah kepada

sesiapa yang melihatnya nanti.

Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah dan input-

input baru yang amat berguna kepada saya. Sebagai seorang bakal, guru kita

hendaklah bersedia daripada sekarang agar kita dapat menjadi teladan yang baik

apabila berada di sekolah nanti. Saya berharap tugasan seperti ini akan diteruskan di

masa akan datang kerana ia sangat membantu dalam menambahkan pengetahuan

pelajar. Akhir kata, semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan daripadaNya.

Semoga kita semua mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Amin..

Page 12: 1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TUGASAN PROJEK: EDU 3105 – TEKNOLOGI PENDIDIKAN

12

3.0 RUJUKAN

Mohd Zaini bin Yahya, Zarina binti Mahyuddin, Mohd Taufid bin Kasim, Zulhazmi bin

Umar @ Mohd Salih. (2012). Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Pustaka.

Choong Lean Keow (2012). Murid dan Alam Belajar Edisi Ke-2. Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norasiah bt Abdullah, Nor Risah bt Mat Lazim, Rosnah bt Ahmad Zain. (2013).

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.