1.0 sej awal tma

60
1.0 SEJARAH AWAL TANAH MELAYU

Upload: sahrul-fahmi

Post on 02-Nov-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota presentation

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH AWAL TANAH MELAYU

1.0 SEJARAH AWAL TANAH MELAYUISI KANDUNGAN1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA1.2 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU1.3 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU1.1 Kesultanan Melayu Melaka

PengasasMelaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 Masihi.Beliau ialah putera raja dari Palembang, Sumatera.Parameswara lari ke Temasik apabila kerajaan Majapahit bertindak menyerang Palembang.Parameswara mengasaskan Melaka sempena nama pokok Melaka.

Sistem Pemerintahan MelakaSistem pentadbiran Melaka yang diasaskan oleh Parameswara adalah baik dan teratur.Kestabilan dan keamanan dapat diwujudkan.Keselamatan pedagang dan pengembara terjamin.Pelbagai kemudahan pentadbiran, pelabuhan dan perhubungan disediakan.

Sistem Pembesar Empat Lipatan5

Undang-undang MelakaHukum Kanun MelakaUndang-undang Laut MelakaHukum Kanun MelakaMengandungi 44 fasal.Bidang kuasa yang diberikan merangkumi pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun dan tertakluk kepada negeri.Undang-undang keluarga.Kesalahan jenayah dan awam.Kebanyakan hukuman berdasarkan undang-undang Islam Mazhab Syafie dan adat Termenggung.Terdapat 18 fasal yang memberikan hukuman mengikut undang-undang Islam.Undang-undang Laut MelakaMengandungi 25 fasal.Peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal.Aturcara pelayaran.Perniagaan.Bidang kuasa nakhoda kapal.Hukuman kesalahan jenayah.Hanya satu fasal saja yang berlandaskan Islam.Perluasan WilayahMelaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur pada kurun ke-15.Perluasan jajahan takluk diusahakan oleh Bendahara Tun Perak.Barang-barang perdagangan seperti rempah, emas dan timah boleh didapati daripada jajahan tersebut.Kerajaan Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam, Negara China, India, Arab, Eropah dan Gugusan Kepulauan Melayu untuk mewujudkan kemakmuran dan kestabilan antarabangsa. Hubungan Melaka dengan Kerajaan ChinaHubungan Melaka-China bermula apabila Laksamana Yin Ching dari Kerajaan/Dinasti Ming melawat Melaka pada tahun 1403.Pada tahun 1405,Parameswara diiktiraf sebagai pemerintah sah Melaka oleh kerajaan China.Sultan Mansur Syah mengahwini puteri Maharaja China bernama Hang Li Po.Persahabatan dan Perlindungan China menguntungkan Melaka dari segi:PerdaganganMelaka menjadi pusat perdagangan utama di Asia Tenggara.Perdagangan Melaka-China menguntungkan kedua-dua pihak.Kekayaan Melaka membolehkannya meluaskan kekuasaan. Pentadbiran dan PolitikPolitik Melaka menjadi stabil.Pentadbiran dapat dikemaskinikan.Melaka menjadi sebuah empayar.Serangan Siam dan Majapahit dapat dihindarkan.Sosial Terbina pertempatan orang-orang China di Melaka seperti di Lubuk China dan Bukit China.Wujudnya masyarakat China peranakan di Melaka iaitu baba dan nyonya.Bahasa dan kebudayaan China meresepi kebudayaan tempatan.KesimpulanApabila diteliti secara halus tidak dinafikan bahawa Empayar Melaka yang dimiliki Kesultanan Melayu Melaka adalah penerus tradisi Kerajaan Srivijaya dari pelbagai aspek luaran mahupun dalaman. Namun tradisi itu disempurnakan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Tradisi ini tidak berhenti setakat itu sahaja apabila Melaka jatuh ditangan Portugis tetapi diteruskan oleh kerajaan-kerajaan lain yang pernah ditaklukinya.

1.2 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas, Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansursambunganKedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itusambunganManakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu

sambunganDari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

1.3 KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU

Kerajaan Negeri-negeri Melayu 1. Kerajaan -kerajaan Melayu Tua ialah kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang dan Perak.

2. Kerajaan-kerajaan Melayu baru ialah kerajaan yang terbentuk selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Terengganu1. Catatan Cina : disebut "Tong Ya Nong' dan 'Teng Ya Nung'.

2. Nama Terengganu bermula dengan sebutan taring anu (harimau)

3. mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I.

4. menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan

5. negeri terawal menerima pengaruh Agama Islam. Buktinya ialah penemuan sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran dan prasati Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi. Kelantan

1. dikenali sebagai HO-lo-tan atau Kuo-lo-ton

2. merupakan gabungan antara perkataan 'kolam'(tanah) dengan 'autam'(sempadan) yang kemudian menjadi 'Kolantam' dan akhirnya menjadi Kelantan.

3. 1794,1795 dan 1800 : Long Yunus menghadapi serangan

4. Long Muhammad, putera Long Yunus berjaya membebaskan Kelantan daripada tawanan Terengganu dan mengisyiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I

5. menjalin hubungan diplomatik dengan Siam dengan menghantar bunga pada setiap tiga tahun Selangor1. Nama diperolehi daripada Sungai Selangor.

2. Raja Lumu dilantik sebagai sultan Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah.

3.Kemajuan Selangor sebagai pengeluar bijih timah menyebabkan penaklukan Belanda di Kuala Selangor.

4. Untuk menghadapi ancaman Belanda, perjanjian kerjasama antara kerajaan Selangor dan kerajaan Perak telah ditandatangani. Negeri Sembilan

1. gabungan sembilan daerah atau luak.

2. Kemajuan Melaka telah menarik kedatangan orang Minangkabau dari Pagar Ruyong ke Naning, Sungai Ujong dan Rembau.

3. 1773 - Yamtuan Besar yang pertama, Raja Melewar dari Pagar Ruyong

4. mengeluarkan bijih timah, beras dan hasil hutan untuk kegiatan perdagangannya. 1.4 SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAANISI KANDUNGAN1.4 PENJAJAHAN KUASA ASING1.4.1 Portugis1.4.2 Belanda1.4.3 Inggeris1.4.4 Jepun2.2 PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN(slide m/s baharu)2.3 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA(slide m/s baharu)Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun1.4 PENJAJAHAN KUASA ASING

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARAImperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara. Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.

Pada awalnya, imperialisme Barat berlaku secara tidak langsung dan bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja. Namun, apabila Revolusi perindustrian tercetus di eropah, persaingan antara kuasa Barat menjadi semakin sengit. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat.

FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN KUASA BARATEkonomi - memonopoli perdagangan rempah.Keagamaan - perang salibPerluasan Kuasa - menunjukkan pengaruh seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol.Galakkan - sokongan moral dan kewangan daripada Raja Portugis.Bahan Mentah - Revolusi Perindustrian di EropahSistem pengangkutan yang lebih moden - Kapal-kapal Berkuasa Wap (lebih laju).

sambunganPersaingan kuasa-kuasa Barat - Britain, Amerika, Belanda, Portugal, Perancis dan Sepanyol. Menyebarkan tamadun khususnya orang British dan Belanda - memandu masyarakat Timur kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan menganggap orang Timur tidak bertamadun dan ketinggalan.Revolusi Perindustrian - mengelakkan lambakan barangan maka negara Timur berpotensi sebagai pasaran baru untuk memasarkan produk-produk tersebut.

PENJAJAHAN PORTUGISTujuan untuk menguasai perdagangan dan mengembangkan agama Kristian.Tertumpu di Melaka dari tahun 1511 hingga 1641 iaitu selama 130 tahun.Kesan utama kewujudan adalah kewujudan masyarakat Serani hasil daripada perkahwinan campur.Memperkenalkan sistem tulisan rumi.Wujud perkataan pinjaman jendela, almari, garfu, tuala, palsu.Kejatuhan Melaka membawa kemunculan Kerajaan Melayu-Riau.Peristiwa penaklukan Portugis di Melaka :1460 : Portugis berjaya menjelajah pantai barat Afrika.1488 : Bartholomew Diaz berjaya membuat pelayaran hingga ke Tanjung Harapan di benua Afrika.1498 : Vasco Da Gama membuat pelayaran di Calicut, India. 1503 : Portugis membina sebuah petempatan perdagangan di Cochin.1509 : Alfonso d Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India. Beliau mengutuskan rombongan ke Melaka yang diketuai oleh Lopez de Sequiera.1510 : Portugis telah menakluk Goa, India dan membina pusat pentadbiran di wilayah timur.1511 : Portugis menakluki Melaka.PENJAJAHAN BELANDABelanda menubuhkan syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602 untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.Pusat utama ialah di Betawi (Jakarta).Belanda cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di Negeri-Negeri Melayu.1641 Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor.Belanda menyekat kapal dagang supaya berdagang di Betawi.Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824.

PENJAJAHAN INGGERISDalam menjelaskan penjajahan Inggeris di negara kita, khususnya dalan kurun ke-19, perkara-perkara yang lebih menjadi tumpuan ialah:

Pembukaan Singapura dan Pulau PinangPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Penubuhan dan pemindahan kuasa negeri-negeri selatPerkembangan perusahaan bijih timahPertambahan bilangan penduduk cinaGerakan campur tangan di negeri-negeri melayu yang bermula pada tahun 1874Kemajuan pentadbiran inggerisPengenalan sistem residenPembentukan negeri-negeri melayu bersekutu pada 1986Pembukaan ladang getah.

Kedatangan Inggeris1786 : Francis Light menduduki Pulau Pinang.1819 : Stamford Raffles menduduki Singapura selepas membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, Johor.Perjanjian tersebut telah menimbulkan kemarahan Belanda.Wujud persaingan Inggeris di Singapura dengan Belanda di Melaka.Satu rundingan dicapai dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris.British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan kawasan SHTI di Sumatera kepada Belanda.Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan Inggeris di Singapura.British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatan.Belanda tidak akan campur tangan di Tanah Melayu dan membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah tempatan.British tidak akan campur tangan atau membuat sebarang perjanjian dengan kawasan Sumatera, Pulau Karimun, Kepulauan Riau-Lingga dan mana-mana pulau di selatan Singapura.

sambunganAkan bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.Jika mana-mana pihak berundur, maka hak tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang satu lagi.Pemerintah tempatan dibenarkan membuat hubungan dengan kedua-dua kuasa atau sesama pemerintah tempatan.Belanda membayar hutang kepada Inggeris sebanyak 100, 000 paun (Sepanyol) iaitu hutang Perang Napoleon.

Kesan Perjanjian Inggeris-BelandaKepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh dan Selat Melaka dijadikan sempadan utama.Perpecahan Empayar Johor-Riau apabila Singapura dan Johor jatuh ke tangan British manakala Riau jatuh ke tangan Belanda.Persaingan kuasa antara British dengan Belanda semakin hebat terutama selepas perkembangan pelabuhan bebas di Singapura.

Negeri-negeri Selat

Negeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Negeri-negeri ini disatukan pada tahun 1826 dan Pulau Pinang menjadi ibu negeri yang pertama & dikuasai oleh seorang Gabenor.

Pada 1 April 1867, pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dari Calcutta di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London, dan dengan secara langsung Negeri-negeri Selat telah diisyhtiharkan sebagai tanah jajahan Inggeris.

Pemindahan pentadbiran ini sebenarnya memberikan kesan yang agak nyata kepada perkembangan sejarah tanah air antaranya:

Pentadbiran negeri-negeri selat semakin lebih cekap2.Pertanian niaga (seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih dan tebu) di kawasan3.Ini semakin berkembang pesat,4.Kegiatan lanun dapat dihapuskan5.British mula menunjukkan minat ke atas negeri-negeri Melayu.

PERLUASAN KUASA INGGERIS DI TANAH MELAYU

1786 : Francis Light menduduki Pulau Pinang.1819 : Stamford Raffles menduduki Singapura.1824 : Perjanjian Inggeris Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di Tanah Melayu. Inggeris mendapat Melaka melalui perjanjian ini.1825 : Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat pengaruh Siam di Perak dan Selangor.1826 : Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam.1826 : Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan di bawah Negeri-Negeri Selat (NNS).

1841 : James Brooke mengambil Sarawak.1874 : Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak.1874 : Campur tangan Inggeris di Selangor.1874 : Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.1875 : Brunei menyerahkan Sabah kepada British.1888 : Campur tangan Inggeris di Pahang.1896 : Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).1909 : Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris dan membentuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.1914 : Johor menerima Penasihat British yang pertama.Campur tangan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak

Pada peringkat awal iaitu sebelum 1873, kerajaan Inggeris tidak mempunyai dasar campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Namun demikian, sebelum tahun tersebut terdapat beberapa kes di mana Inggeris secara tidak langsung campur tangan dalam urusan negeri-negeri Melayu. Di antaranya ialah di dalam pertikaian anatara Raja Ali dan Temenggong Ibrahim di Johor di pertengahan abad ke Sembilan belas, Perang Naning 1831, dan masalah Selangor dan Perak pada.

Pada bulan September 1873 Lord Kimberley, Setiausaha Pejabat Tanah jajahan, mengambil keputusan untuk mempunyai dasar campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu. Sebelum itu Inggeris pernah campur tangan di Sarawak sahaja.

SISTEM RESIDENPerlaksanaan

Bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.Sistem Residen bererti pemerintahan British secara tidak langsung dan pengawasan penjajah Inggeris dilaksanakan melalui institusi politik yang sedia ada, yang dipelihara dan dipergunakannya.Matlamat utama ialah untuk menegakkan keamanan melalui undang-undang, mewujudkan sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang sistematik serta memajukan ekonomi melalui eksploitasi sumber asli yang ada.Residen bertanggungjawab menasihati sultan/raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Residen akan menerima arahan dari Kerajaan Inggeris dan bukannya dari Sultan atau Raja-Raja Melayu.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran dan masalah orang-orang Melayu.

TARIKHNEGERIRESIDENNOV 1874PERAKJ.W.W. BIRCHOGOS 1874SELANGORJ.G.DAVIDSON1874SUNGAI UJONGW.I TATHAM1888PAHANGJ.P RODGER1895N.SEMBILANMARTIN LISTERKelemahanArahan kepada Residen adalah dari Inggeris bukannya dari Raja.Gaji dibayar oleh Negeri-Negeri Melayu dan bukannya dari Inggeris.Tiada panduan atau peraturan khusus untuk Residen menjalankan tugasnya. Residen tidak mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari Inggeris. Perhubungan dengan Gabenor NNS adalah jauh dan menyebabkan kuasa Residen tidak dapat dikawal.Residen mengubah sistem pemerintahan tradisi. Sultan tidak mahu menerima nasihat Residen.Residen memerintah mengikut cara tersendiri dengan pengetahuan tentang Negeri-Negeri Melayu yang terbatas.Residen tidak memahami dan menghormati adat resam, sikap, pandangan hidup dan sistem sosial orang Melayu.Residen tidak pandai menjaga perasaan dan kedudukan Sultan serta para pembesar tempatan.Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu terpadam dengan perlaksanaan Sistem Residen.Wujud ketidakseimbangan dalam pembangunan di Negeri-Negeri Melayu.

NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU PembentukanNegeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) terbentuk melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909.Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah satu bumbung pentadbiran. Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut. NNMTB telah diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.Pada tahun 1914, Johor menerima penasihat Inggeris dan diserapkan ke dalam NNMTB.

Sultan di NNMTB diberikan kebebasan yang luas dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata.Segala urusan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan.Majlis Mesyuarat Negeri telah ditubuhkan yang berfungsi sebagai majlis penasihat. SistemTahun pengenalanNegeri-negeri terbabitNegeri-negeri Selat (NNS)1826Pulau Pinang, Singapura dan MelakaSistem Residen1874-1888Perak Selangor, Negeri Sembilan dan MelakaNegeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)1896Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan PahangNegeri-negeri Melayu Tidak Bersukutu (NNMTB)1909-1919Perlis,Kedah ,Kelantan, Terengganu dan JohorDisentralisasi1920-anSemua negeri di Semenanjung Tanah MelayuDASAR DESENTRALISASI KUASADasar ini dilaksanakan di NNMB kesan dari pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.Ia membawa maksud, kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri.Bertujuan untuk menarik minat NNMTB menyertai NNMB bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu dengan sistem yang lebih menarik.Pengagihan kuasa ini dijalankan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an.Dengan itu, kuasa sultan/raja, Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen telah dikembalikan.Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh Kerajaan Pusat. Sistem ini kekal sehingga tercetusnya P.Dunia II.PENJAJAHAN JEPUN Sejak gerakan 'Pemulihan Meiji' dilancarkan oleh Maharaja Jepun iaitu Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868 dan sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara Asia yang terkuat. Negara Jepun juga mempunyai angkatan tentera yang terkuat di Timur Jauh. Jepun mula-mula memperluaskan kuasanya pada tahun 1859 apabila

Memenangi peperangan di antara China-Jepun yang pertama.

Jepun berjaya pula menewaskan tentera Rusia di dalam perang Rusia-Jepun pada tahun 1905 yang telah menaikkan namanya sebagai sebuah kuasa yang besar.

Seterusnya, pada tahun 1910, Jepun berjaya menakluk Korea

Manchuria pada tahun 1932

Pada tahun 1937, Jepun berjaya lagi menewaskan negara China di dalam perang China-Jepun yang kedua.

KESAN PENDUDUKAN JEPUNOrang-orang Cina ditindas teruk dan lari ke hutan.Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa.Berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina.Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan.Wujud kesedaran politik pada penduduk Tanah Melayu.Muncul pelbagai pertubuhan seperti KRIS, MPAJA, PUTERA.Parti Komunis Malaya (PKM) muncul sebagai parti terkuat selepas pendudukan Jepun.Ekonomi Tanah Melayu merosot teruk.Penduduk Tanah Melayu dilanda pelbagai penyakit akibat kekurangan nutrisi dan bekalan ubat-ubatan.

Kekalahan Jepun

Menjelang tahun 1945, tentera bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan.

Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 8 ogos 1945 dan kemudiannya di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Kejadian ini telah menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral Seshiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menandatangani dokumen menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di Kuala Lumpur. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point, Labuan.

Sesudah penyerahan kalah tentera Jepun kepada Inggeris dalam Perang Dunia Kedua, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu, kelewatan ini menyebabkan Gerila Komunis telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.

PENJAJAHAN SARAWAK James Brooke, seorang pelayar Inggeris pertama kali datang ke Sarawak kerana diutuskan oleh Gabenor Inggeris di Singapura untuk menyampaikan kegembiraan Inggeris pada Kesultanan Brunei kerana membantu pelayar-pelayar Inggeris yang karam di perairan Sarawak.Raja Muda Hashim menawarkan kepada James Brooke negeri Sarawak sekiranya beliau dapat membantu menumpaskan rusuhan terhadap pemerintahan Brunei di Sarawak. James Brooke mendapatkan Sarawak sebagai hadiah kemenangan menumpaskan rusuhan pada 1841; setahun kemudian ditabalkan sebagai Raja Sarawak oleh Sultan Brunei. Keluarga Brooke memerintah Sarawak selama 100 tahun.TOKOHTAHUNJAMES BROOKE1841-1868CHARLES JOHNSON BROOKE1868-1917CHARLES VYNER BROOKE1917-194156Semua peristiwa-peristiwa peperangan tersebut adalah merupakan rentetan bagi bermulanya Perang Dunia Kedua yang telah menggoncang dunia terutamanya di Asia Tenggara.

Pada ketika itu, kuasa-kuasa besar di dunia iaitu Jerman, Itali dan Jepun telah membentuk Kuasa-kuasa Paksi. Perang besar di Eropah telah bermula sejurus selepas Perdana Menteri Britain pada ketika itu di mana telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 3 September 1939. Kuasa-kuasa Britain dan Perancis telah bersekutu untuk menentang kuasa Jerman yang menyebabkan kawasan jajahan Britain dan Perancis di Asia Tenggara tidak dapat di kawal dan di pertahankan.

Jepun telah mengambil peluang keemasan ini untuk meluaskan kuasanya di negeri-negeri di Asia Tenggara. Tambahan pula, pada ketika itu Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun kerana keenggananya berundur daripada China. Kekurangan bahan mentah telah mendorong Jepun untuk menakluk kawasan baru yang kaya dengan bahan-bahan mentah seperti di Asia Tenggara. Maka, setelah tercetusnya peperangan di antara Jerman, Perancis dan Britain, Jepun pun memulakan serangannya ke atas Asia Tenggara.

ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYUTARIKHTEMPAT8 Disember 1941Jepun menyerang Pearl Harbour, Aleutians, Midway, Guam, Filipina dan Hong Kong.8 Disember 1941Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan.16 Disember 1941Jepun berjaya menguasai Sarawak.11 Januari 1942Jepun berjaya menawan Kuala Lumpur.13 Januari 1942Jepun berjaya menguasai Sabah.15 Februari 1942Seluruh Tanah Melayu, Singapura, sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Jepun.12 September 1945Berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu.DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYUDasar PentadbiranCiri-ciriPolitikSultan tidak lagi menjadi pemerintah negeriSultan hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat MelayuTanah Melayu dijadikan sebagai tanah jajahan JepunMajlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalahEkonomiEkonomi tanah Melayu dieksplotasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperanganMata wang Jepun diperkenalkan (daun pisang)Pengenalan dasar ekonomi kawalanEkonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkanCatuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harianLayanan istimewa diberikan kepada 'Kaisha' (syarikat Jepun)Penjepunan & SosialPengaruh Barat dan Cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi menhapuskan pengaruh BaratKesetiaan kepada JepunKesetiaan penduduk tanah melayu ditumpu kepada maharajaKimigayo (lagu kebangsaan Jepun) dinyayikan pada setiap pagi disekolahGalakan budaya Jepun apabila Nippon-Go (bahasa Jepun) menjadi bahasa pengatar di sekolahCuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkanOrang melayu dilayan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi meneruskan pemerintahanOrang Cina dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam perang China-JepunOrang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama bagi mengusir British di India.KESIMPULAN60TM dijajah- Portugis, Belanda,Inggeris, Jepun Inggeris kembali.

Sakit & pahit dijajah- membuka ruang untuk mentadbir negara sendiri.

Kesan- ke arah pembentukan negara sendiri.