permainan tradisional 1.0-9.0

Upload: nell2492

Post on 04-Mar-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIODATA AHLI KUMPULANNAMAEPREDJOLLY JUSTIN

ANGKA GILIRAN2012251340076

NO KAD PENGENALAN920426-12-6359

NAMALAU HAO SEAN

ANGKA GILIRAN2012251340081

NO KAD PENGENALAN921202-12-5941

NAMAMOHAMAD SHAZWAN BIN SULAIMAN

ANGKA GILIRAN2012251340084

NO KAD PENGENALAN921010-11-5239

NAMANELLSON JOUMIN

ANGKA GILIRAN2012251340086

NO KAD PENGENALAN920402-12-6143

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Kursus : Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan SukanKod Kursus: PJM3112Kelas: P5DKumpulan:3Nama Permainan:Batu Seremban

BIL.NAMA PELAJARANGKA GILIRANKRITERIA

Kertas Cadangan (20%)Pelaksanaan (50 %)Pelaporan (30 %)Jumlah Markah (100 %)Wajaran (60 %)Catatan

1EPREDJOLLY JUSTIN2012251340076

2LAU HAO SEAN2012251340081

3MOHAMAD SHAZWAN BIN SULAIMAN2012251340084

4NELLSON JOUMIN

2012251340086

PERMAINAN TRADISIONAL : BATU SEREMBAN

1.0 PENGENALAN PERMAINANPermainan Batu Seremban ini memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu pada atas permukaan lantai yang rata. Pemain juga perlu duduk di atas lantai untuk memudahkan permainan tersebut dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hinggan lima orang. Dalam permainan batu seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINANPermainan batu seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Batu Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.3.0 MATLAMAT PERMAINANMatlamat pertandingan ini adalah untuk memberi peserta peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di samping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan permainan tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang Melayu. Secara keseluruhannya, pertandingan ini bertujuan untuk mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman.4.0 RASIONAL PERMAINAN1. Memenuhi keperluan kursus Pendidikan Jasmani semester 5.2. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih berkaitan dengan penganjuran, pengelolaan dan pelaksanaan pertandingan permainan tradisional. 3. Memupuk nilai kerjasama dan toleransi dalam kalangan guru pelatih sama ada penganjuran ataupun permainan.4. Menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.5. membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

5.0 OBJEKTIF PERMAINANPenganjur dan Pemain :-1. Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.2. Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.3. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar.4. Memupuk semangat berpasukan dan menyedari bahawa kerkerja dalam pasukan adalah penting dalam menghadapi cabaran.Permainan :-Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan tangan peserta.Kognitif : Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi.Afektif : Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kelas PISMP Semester 5 Pengajian Matematik Ambilan Januari 2012.

7.0 TARIKH

Karnival Permainan Tradisional 2014 PISMP Semester 5 ini akan diadakan pada 18 Mac 2014 dan 19 Mac 2014.8.0 MASA Pertandingan ini dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

9.0 TEMPAT PERMAINAN

Gelanggang Bola Jaring Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

10.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN10.1 Sebelum PertandinganPengerusi:Mohamad Shazwan B. Sulaiman

Naib pengerusi:Epredjolly Justin

Setiausaha:Nellson Joumin

Naib setiausaha:Lau Hao Sean

Bendahari:Wong Chun Xiang

Ajk Urusetia:Siti Nor Asmidar Bt. Zakaryansor

Ajk Teknikal:Wan Zul Azizi B. Wan AhmadMohamad Aqil Hifzhan B. Morad

Ajk Peralatan:Muhammad Najmi Bin Tajudin Nur Hayati Bt. Hamdin

Ajk Persiapan tempat:Muhammad Ikhwan B. SaaroniFatimah Azaharah Bt. Mohamad

Ajk Publisiti dan dokumentasi:Tan Kai KeeElsey Gani

Ajk Tugas Khas:Augustine Ak SinggaChua Soo Wey

10. 2 Semasa Pertandingan Ketua Hakim : Mohamad Shazwan Bin SulaimanHakim Mata : Nellson Joumin EpredJolly Justin Lau Hao Sean

11.0 PENGURUSAN PERMAINAN

11.1 Sebelum permainan: Mengetahui jenis permainan tradisional yang dilaksanakan. Mengetahui cara bermain dengan betul. Menyediakan borang keputusan pertandingan Menyediakan senarai nama peserta Menyediakan peralatan yang sesuai Menyediakan ukuran gelanggang yang sesuai Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan Menyediakan kertas kerja konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan. Membuat perbincangan dengan pensyarah tentang kesesuaian permainan tradisional. 11.2 Semasa Permainan : Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan Memastikan semua peserta berada dalam kumpulan masing-masing Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang cara-cara permainan Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat Memastikan semua peralatan permainan mencukupi Memastikan tidak berlaku penipuan dalam pertandingan dalam kalangan peserta Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang. Memastikan mata dikira dengan betul

11.3 Selepas Permainan : Membersihkan kawasanan permainan Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional Membuat post-mortem Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan permainan.

12.0 PERATURAN PERMAINAN 12.1 PENGENALANPertandingan ini dinamakan Pertandingan Batu Seremban Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Sultan Abdul Halim anjuran pelajar elektif Pendidikan Jasmani P5D semester 5/2014. 12. 2 PENSYARATAN PEMAIN1. Permainan ini dimainkan oleh 3 orang dalam satu pasukan, di mana 2 orang akan bermain dan seorang lagi sebagai simpanan. 2. Alatan yang digunakan ialah batu kelikir yang saiznya lebih kurang saiz guli.3. Permainan akan dilaksanakan di atas permukaan yang rata, iaitu di atas tikar yang disediakan oleh penganjur.4. Pemain hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan memenuhi syarat pemakaian IPG. Pemakaian pakaian tradisional adalah amat digalakkan.

12.3 PERATURAN PERMAINANPeraturan ini perlu dipatuhi oleh setiap pemain semasa pertandingan dilangsungkan. terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh pemain sebelum memulakan permainan. Antaranya :-1. Semasa mengambil batu yang diserakkan di atas lantai, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang lain.2. Pemain hendaklah menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh ke lantai.3. Melambung dan menyambut batu batu tanpa memungut batu yang diserakkan pada lantai dikira batal.4. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain sekiranya sesuatu kesilapan atau kesalahan telah dilakukan oleh pemain sebelumnya.5. Pemain hanya akan bermain selama SATU MINIT sahaja walaupun tidak melakukan kesilapan pada setiap pusingan.6. Pusingan yang telah ditetapkan adalah sebanyak DUA pusingan.7. Seseorang pemain menyambung permainan pada peringkat di mana seseorang itu mati.8. Pihak lawan dilarang untuk mengganggu pemain semasa melakukan lambungan. pemain lawan yang cuba mengganggu tumpuan pemain yang sedang bermain akan dikenakan tindakan.12.4 HUKUMAN DAN LARANGAN 12.4.1 Mati1. Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.1. Ketika memungut buah dilantai,pemain tersentuh buah lain.1. Pada langkah timbang. ketika menyambut semula ketapak tangan, jumlahnya tidak sama. Sebagai contoh, ketika berada di belakang tapak tangan ada tiga biji batu kecil, apabila menyambut ada dua biji batu kecil1. Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula. 12.4.2 Hukuman0. Pemain diarahkan keluar gelanggang jika mengganggu pemain lawan sebanyak 3 kali semasa pemain lawan sedang bermain.0. Pemain melakukan mati (3 & 4) berulang kali walaupun diberi amaran oleh pengadil boleh diarahkan keluar gelanggang.

13.0 CARA PERMAINANi. Setiap wakil kumpulan akan menimbang biji batu kecil untuk menentukan giliran. kumpulan yang mendapat giliran dahulu berhak memilih pilihan buah yang akan digunakan dalam permainan,ii. Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan kelima-lima biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.iii. Setelah dikumpulkan, batu-batu kecil tersebut diselerakkan di atas lantai atau tapak permainan.iv. Setelah diselerakkan, pemain tersebut perlu mengambil salah satu dari biji-biji batu kecil yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara.v. Pemain akan mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh. vi. Seterusnya, langkah yang sama diulangi sehingga habis buah lantai dengan menggunakan tangan yang sama.vii. Bagi buah dua pula, sebagaimana buah satu, pemain akan mengutip satu batu yang telah diselerakkan, kemudian melambung ke udara sambil mengutip dua biji batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh. viii. Bagi buah tiga pula, sama sebagaimana buah dua dan buah satu, tetapi yang membezakannya ialah buah tiga memerlukan pemain untuk mengutip 3 biji batu kecil setelah dilambungkan satu biji batu kecil ke udara sebelum batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama sebelum batu yang dilambungkan itu jatuhix. Kemudian, batu tersebut dilambungkan sekali lagi, pemain mengutip satu biji batu kecil terakhir di atas lantai sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh menggunakan tangan yang sama.x. Manakala bagi buah empat, sama seperti buah satu, buah dua dan buah tiga, tetapi yang membezakan ialah pemain perlu mengutip empat biji batu kecil setelah melambung satu biji batu kecil.xi. Pemain perlu mengutip kesemua biji batu (empat biji) sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh menggunakan tangan yang sama.xii. Terakhir, pemain perlu melakukan buah timbang untuk menentukan mata.xiii. Pemain perlu menimbang buah iaitu kesemua biji batu kecil (lima biji) ke belakang tapak tangan dan menangkap seberapa banyak biji batu kecil.xiv. Sekiranya pemain berjaya mendapat 5 biji batu, bersamaan dengan lima mata atau markah, 2 biji dikira 2 mata , 3 bji dikira 3 mata manakala 4 biji dikira 4 mata.xv. Pemain akan meneruskan dengan buah pertama sehingga tempoh masa yang ditetapkan tamat.xvi. Giliran akan digantikan oleh pemain seterusnya daripada pasukan lawan sekiranya tamat tempoh masa yang ditetapkan atau pemain itu mati giliran.

14. CARA PERTANDINGANi. Pertandingan batu seremban ini dijalankan di antara pasukan.ii. Setiap pasukan diminta untuk menghantar dua orang wakil dan seorang pemain simpanan.iii. Sekiranya, pasukan yang mendaftar adalah melebihi 6 pasukan, Pertandingan akan dijalankan secara liga pada peringkat awal. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat. iv. Johan dan naib johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya secara sistem kalah mati iaitu separuh akhir seperti Rajah 1.v. Sekiranya pasukan yang mendaftar kurang daripada 6 pasukan, maka pertandingan akan dijalankan bersistemkan kalah mati di mana separuh akhir terus dijalankan sebagaimana Rajah 2. Proses cabut undi akan dijalankan untuk menentukan susunan perlawanan dipertandingkan.Kumpulan APasukanMenangKalahMata

x

y

z

Kumpulan BPasukanMenangKalahMata

x

y

z

1. Juara Kumpulan A

Pemenang , x

Naib Juara kumpulan B

X vs y

Juara Kumpulan B

Pemenang , y

Naib juara kumpulan A

RAJAH 1 : Susunan jadual sekiranya penyertaan 6 atau lebih pasukan

x

Pemenang , z

y

PEMENANGz vs d

b

Pemenang , d

c

RAJAH 2 : Susunan jadual sekiranya kurang penyertaan daripada 6 pasukan15.0 CARA MENENTUKAN PEMENANG1. Pemenang ditentukan dengan pungutan markah kumpulan. Pasukan yang memungut markah terbanyak dikira pemenang.2. Jika permainan seri, permainan akan diteruskan sebanyak satu pusingan lagi.3. Keputusan pengadil pertandingan adalah muktamad. Sebarang masalah atau bantahan adalah tidak dilayan.

16.0 ORGANISASI PERMAINANRujuk Lampiran 1.

17.0 SENARAI PERALATANRujuk Lampiran 2.

ANGGARAN PERBELANJAANBil.KeteranganKuantitiHarga seunit (RM)Jumlah (RM)

1.Air Minuman 26 Botol1.3936.14

2.Pen3 Batang1.003.00

3.Pen Marker3 Batang2.006.00

4.Kertas Mahjong3 Helai0.501.50

5.Kertas Putih10 Helai0.50

6.Kertas Berwarna4 Helai0.200.80

JUMLAH KESELURUHAN47.94

19.0 PENUTUPDiharapkan dengan adanya perancangan yang teliti, program ini dapat dijayakan selaras dengan keperluan kursus PJM3112 selain memberi guru pelatih pengalaman dalam mengendalikan permainan tradisional yang telah diwarisi daripada nenek moyang kita dan seterusnya boleh diaplikasikan apabila berada di sekolah nanti. oleh itu, diharapkan agar kertas kerja ini mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan untuk mendapat kelulusan bagi membantu memudahkan proses pengurusan yang seterusnya.

LAMPIRAN 1ORGANISASIBerikut merupakan organisasi atau susunan tempat semasa pelaksanaan pertandingan :-PXX

Meja PenilaiPetunjuk :-

Kawasan Permainan Kumpulan

Pencatat skorPPengadilXPapan Skor Papan Kenyataan/makluman

LAMPIRAN 2SENARAI PERALATANBerikut merupakan senarai alatan yang diperlukan sepanjang pertandingan dijalankan :-BilPeralatanKuantiti

1. Batu 10 Biji

2.Papan Tulis mudah alih2 Buah

3.Meja2 Buah

4.Tikar2 Buah

5.White Board Marker2 Batang

6.Jam Randik2 Buah

7.Kertas A412 Keping

8.Pen3 Batang

9.Kerusi9 Buah

10.Kertas Berwarna4 Keping

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BATU SEREMBANKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

NAMA KUMPULAN :......KETUA PASUKAN : NO. TELEFON : .

Bil.NAMANO K/P

1.

2.

3.

Semua Salinan KAD MATRIK pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini.

PENGAKUAN DIRISaya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar dan mengetahui tindakan yang akan diterima sekiranya tidak mematuhi syarat yang diberikan.

.. Tarikh: (Tandatangan Ketua Kumpulan)

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BATU SEREMBANKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM PLAYOFF (SEKIRANYA ADA)NAMA PASUKANPUSINGAN 1PUSINGAN 2JUMLAH MATAKEDUDUKAN

SEPARUH AKHIR 1NAMA PASUKANPUSINGAN 1PUSINGAN 2JUMLAH MATAKEDUDUKAN

SEPARUH AKHIR 2NAMA PASUKANPUSINGAN 1PUSINGAN 2JUMLAH MATAKEDUDUKAN

AKHIRNAMA PASUKANPUSINGAN 1PUSINGAN 2JUMLAH MATAKEDUDUKAN

Sebarang perubahan keputusan tertakluk kepada penganjur dan perbincangan antara pegawai-pegawai yang bertugas.*Sebarang bantahan boleh dikemukakan sekiranya terdapat pasukan yang tidak berpuas hati.