model pengurusan kelompok kounin

52

Click here to load reader

Upload: enchik-mazli

Post on 29-Nov-2015

2.004 views

Category:

Documents


81 download

DESCRIPTION

professionalisme guru

TRANSCRIPT

Page 1: Model Pengurusan Kelompok Kounin

1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion

keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu

guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru

dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar

dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba

serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.

Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani

untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid

dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti

punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana

masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal

lagi melalui pendidikan di sekolah.

Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi

Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts,

Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh

dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah

dengan lebih berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin

merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus

bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.

Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan

rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk

menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang

guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka.

1

Page 2: Model Pengurusan Kelompok Kounin

2.0 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan

guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik

dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial

dan akademik yang baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan

mengurangkan ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa teknik atau

pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru

dalam aspek pengurusan bilik darjah. Model ini memberi fokus kepada pencegahan

disiplin dengan menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakan kesalahan

tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah masalah di peringkat permulaan.

Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada pengurusan kelas

yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah ‘ripple effect’. Ripple effect ialah

teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan

mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang

menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah.

2.1 Kounin

Jacob kounin (1971) seorang pakar psikologi dari Wayne State University. Kajian

beliau adalah berfokuskan terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan

pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah.

Pengurusan tingkah laku di bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyelian

teliti guru didalam bilik darjah. Faktor utama dalam pengurusan tingkah laku di dalam

bilik darjah ialah keupayaan guru mengawasi semua perkara yang berlaku didialam

bilik darjahnya dan menangani masalah yang berlaku. Perkara ini disebut withitness

oleh kounin.

Kemahiran lain yang perlu ada ialah keupayaan guru untuk menangani lebih

daripada satu situasi dengan serentak. Kounin juga menggelarkannya sabagai

pertindaan (overlapping). Teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang

melakukan kesalahan akan turut memberikan kesan kepada murid-murid lain di dalam

2

Page 3: Model Pengurusan Kelompok Kounin

bilik darjah. Kesan ini pula disebut sebagai kesan gelombang (ripple effect). Tindakan

ini dapat memberikan iktibar dari teguran tersebut dimana ia akan menjadi

gelombang. Guru juga perlu melaksanakan hukuman jika kesalahan yang ditegur itu

diulang-ulang. Ini dapat menunjukkan yang guru tersebut tegas dalam sesuatu

perkara.

Kounin juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti didalam bilik

darjah. Ketidaklancaran aktiviti akan menyumbang kepada perasaan bosan murid

yang menyebabkan murid melakukan aktiviti yang salah. Tumpuan utama terhadap

pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid sentiasa

mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik darjah. Strategi yang pelbagai

perlu digunakan untuk menarik perhatian murid dan mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran.

Secara keseluruhannya, model Kounin ini dapat dapat ditakrifkan atau dapat

diringkaskan seperti : Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang

pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group

Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan.

Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid

lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin

dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan

disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model

Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah: Bertindih

(overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih

aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.

Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru

membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh

dikawal. Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk

menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Kelancaran

(smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan. Fokus kumpulan

(group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons

3

Page 4: Model Pengurusan Kelompok Kounin

seorang murid sedang diberikan. Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada

komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang

diperhatikan dan ditaksir.

2.2 Kelemahan Model

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah

seperti berikut: Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan

mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena

ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus sedar semua aktiviti

yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah

dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.

Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan

momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan

kumpulan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan

kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam

pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Kebosanan murid

boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah

pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.3 Definisi disiplin

Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan

supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi

keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa

disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan

yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku.

Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang

bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Seterusnya dalam model

pengurusan tingkah laku terdapat tiga perspektif utama yang ditekankan. Perspektif

tersebut adalah pertama, pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin. Kedua,

pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem dan ketiga, pengurusan bilik darjah sebagi

4

Page 5: Model Pengurusan Kelompok Kounin

satu pengajaran. Ketiga-tiga perspektif ini adalah saling berkaitan dan amatlah ditekan

dalam model-model pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut ahli-ahli pendidik,

terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan

kepada guru-guru sekolah. Model-model tersebut ialah, modifikasi Tingkah Laku,

model Disiplin Asertif Canter, model Akibat Logikal Dreikurs, model Pengurusan

Kelompok Kounin dan terapi Realiti Glasser.

Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner.

Beliau mengutarakan model ini adalah berasaskan prinsip bahawa semua tingkah laku

boleh dipelajari dan dikekalkan melalui pengukuhan. Pengukuhan ini boleh berbentuk

positif atau negatif. Beliau juga menekankan pengukuhan kontingensi iaitu hubungan

antara tingkah laku dan konsekuan yang membawa kepada kawalan tingkah laku

secara berkesan. Manakala model Disiplin Asertif Canter pula diutarakan oleh Lee

dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya respon

seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku

apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada murid jika

melakukan sesuatu salah laku.

Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dalam nada tegas dan

meminta murid menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif

pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan

hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap

authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya adalah berkaitan

dengan model Akibat Logikal Dreikurs atau dikenali juga sebagai Model Disiplin

Sosial. Model ini telah diajukan oleh Dreikurs. Model ini menekankan empat prinsip

asas iaitu manusia ingin dimiliki atau menjadi anggota sesuatu kelompok, semua

tingkah laku adalah bersebab, manusia boleh membuat keputusan dan realiti

dipersepsikan oleh manusia. Bagi model Pengurusan Kelompok Kounin yang

diutarakan oleh Jacob Kounin pula berasaskan konsep “kesan riak”.

Konsep ini bermaksud bahawa apabila guru menegur seorang murid, murid yang

lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu salah laku. Antara teknik yang

5

Page 6: Model Pengurusan Kelompok Kounin

dicadangkan oleh beliau adalah seperti with-itness, bertindan-tindih, kelicinan,

momentum, dan kepekaan kelompok. Akhirnya adalah melibatkan Terapi Realiti

Glasser yang dipelopori oleh Glasser pada tahun 1965. Model ini ditukar kepada teori

kawalan dan kemudiannya kepada teori pilihan. Prinsip-prinsip yang ditekankan

adalah dengan menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab atas tingkah

laku masing-masing serta berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan jika

bimbingan dan sokongan diberikan. Selain itu, prinsip model ini juga mengkehendaki

setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu mengikut kehendak masing-

masing.

2.4 Asas keberkesanan

Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyelian yang teliti guru dalam

pengurusan bilik darjah

2.5 Faktor dalam menguruskan tingkah laku

Terdapat beberapa faktor pengurusan tingkah laku yang diketengahkan oleh kounin.

Faktor yang pertama ialah, kebolehan guru untuk mengawal semua perkara yang

berlaku dalam bilik darjag pada setiap masa. Kedua, cara guru menangani masalah

sebelum menjadi masalah disiplin. Ketiga, kesedaran dan kepekaan guru dalam

mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. Dan keempat, dapat menangani lebih

daripada satu situasi,. Menurut kajian kounin, terdapat tiga ciri daripada kesan

gelombang secara aktif iaitu jelas, tegas dan serius.

Menurut kounin lagi, teguran yang diberikan kepada murid mestilah jelas. Guru

harus nyatakan teguran dengan spesifik bukan secara umum sebagai contoh : Haikal,

berhenti bercakap dengan adam! buka muka surat 17 dan buat latihan A?. Memberi

teguran terhadap salah laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku

tersebut dalam arahan. Contoh, Suraya duduk ditempat awak, atau pun cikgu akan

potong markah kumpulan awak 5 markah. Guru perlu menjalankan akibat yang telah

dinyatakan sekirannya murid masih melakukan salah laku tersebut. Seterusnya,

6

Page 7: Model Pengurusan Kelompok Kounin

arahan guruu haruslah tegas dan bernada serius. Contoh, saya mahu awak lakukan

sekarang!. Seterusnya guru harus mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap

masa, selain itu, pilih masa yang sesuai untuk memberi teguran dan jangan melengah-

lengahkan teguran. Kounin

juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan ajtiviti dalam bilik darjah. Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar, tertangguh, arahan yang tidak jelas

menyumbang kepada maslah pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kounin juga

menyatakan dengan jelas bahawa guru harus mengelak daripada tersekat-sekat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.. Contohnya, pengajaran meleret-leret sehingga

keluar daripada sukatan sebenar. Kedua, memberikan arahan-arahan yang tidak wajar

atau tidak difahami. Ketiga, selalu menukar-nukar tugasan. Penyebab kepada

gangguan kelancaran pengajaran dan pembelajaran adalah penerangan yang meleret

dan fragmentasi. Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan dan

mengulang perkara-perkara yang telah lama difahami oleh murid-murid.

Fragmentasi, guru

memecahkan kepada beberapa bahagian kecil aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid. Kounin juga memberikan

tumpuan utama terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan

strategi yang pelbagai untuk menarik perhatian murid seperti : guru perlu

mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum memberikan arahan

atau membuat penerangan, guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti

yang berpusatkan murid. Dan, selalu memanggil murid untuk memberikan maklum

balas, menjawab soalan, membuatkan demonstrasi atau memberikan penerangan.

3.0 BANDING BEZA TEORI DISIPLIN KOUNIN DAN GLASSER

PENGURUSAN KELOMPOK –

(KOUNIN)

TERAPI REALITI – ( WILLIAM

GLASSER)

Diasaskan oleh Jacob Kounin Diasaskan oleh William Glasser.

7

Page 8: Model Pengurusan Kelompok Kounin

Model ini hubung kait dengan

pengurusan efektif dan pengajaran

efektif.

Konsepnya : individu tingkah laku

tidak diingini tidak perlu pembelaan,

tetapi harus belajar untuk berkelakuan

yang boleh diterima dan produktif.

Menekan organisasi dan perancangan

adalah kunci kepada pengurusan bilik

darjah yang baik.

Haruslah seiring dengan tindakan

yang proaktif guru dan penglibatan

aktif murid.

Menekan setiap individu perlu

memenuhi keperluan dan kehendak

sendiri tanpa ganggu atau

menjangkaui keperluan dan kehendak

individu lain.

Ada 5 faktor

1. Dalam jangkauan (withitness)

2 Serentak (overlapping)

3 Pergerakan (momentum)

4 Kelancaran (smopthness)

5 Kepekaan kumpulan (group alerting)

Faktor yang menjadi asas dalam teori

Glasser

1. Berfokus kepada semasa bagi elakkan

bincang perkara lalu.

2. Galakkan individu untuk hakimi diri

mereka sendiri dengan pertanyaan.

3. Perancangan spesifik bagi bantu

melaksanakan dan menilai kemajuan

diri.

Aplikasinya :

1 Guru peka dengan keadaan dalam bilik

darjah dan memerhati masalah yang

berlaku di kalangan murid.

2 Keupayaan guru tangani masalah di

dalam dan luar bilik darjah yang

Aplikasinya :

1 Pelajar dilihat sebagai berpotensi

bukanya perosak.

2 Guru yakinkan pelajar bagi tambah

kualiti hidup.

3 Guru sediakan suasana belajar yang

8

Page 9: Model Pengurusan Kelompok Kounin

ganggu sesi PnP semasa.

3 Guru mesti buat persediaan supaya

proses PnP lancar

4 Guru tidak ganggu murid semasa laku

aktiviti tetapi bantu secara individu

yang bermasalah.

5 Terangkan masalah jika pelajar tidak

faham tanpa perasaan marah dan

menyakitkan hati dan terus kembali

pengajaran dengan cepat.

6 Meninjau hasil kerja murid.

7 Minta murid bagi respons terhadap

sesatu perkara.

menyeronokkan.

4 Guru mewujudkan hubungan baik

dengan pelajar bantu mereka

bertanggungjawab terhadap diri

mereka sendiri.

4.0 KEPELBAGAIAN DALAM PENGAJARAN

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani

masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah

ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa

seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah

tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan.

Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada

berlakunya salah laku murid.

Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik

darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap

murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan

9

Page 10: Model Pengurusan Kelompok Kounin

pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan

mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P

dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke

kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak

dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi

kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu

untuk berbuat apa dengan murid-murid.

Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada

timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum

pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam

aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru

memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran

dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu

dengan berkesan.

Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru

perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat

merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang

minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk

melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh

mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti

menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu

digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak

memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar.

Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka

dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang

membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan

murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab

itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah

10

Page 11: Model Pengurusan Kelompok Kounin

pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori

pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif,

pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam membentuk

teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan

pelbagai.

5.0 MASALAH DAN HALANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah

untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik

di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam

memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada

relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan

salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya

dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam

pengurusan bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada

beberapa kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi.

Disamping itu terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan

disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan

persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak

dijangka. Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat

disruptif seperti tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan

tidur didalam kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak

membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli,

melepak, berlari, menjerit di koridor.

Termasuk juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalah masalah

kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku

panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut panjang.Selain dari disiplin, soal

11

Page 12: Model Pengurusan Kelompok Kounin

tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan halangan dalam

pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa jua tingkah

laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi

mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan seperti

kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada

arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar bercakap, menganggu

rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah,

kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agrasif.

Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme,

kumpulan liar, klik atau geng. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi

antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang

bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat

juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar

itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan

mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek

tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains.

Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada

setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain

itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru

Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar

tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan

sepenuhnya. Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan

efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan

dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak

bertindak balas.

Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media,

interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya

berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk

berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik

12

Page 13: Model Pengurusan Kelompok Kounin

perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat memadankan bahan – bahan pelajaran

yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan

pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan

pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang

efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang

kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan

nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada

atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar

menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan

perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan

kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai

juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah.

Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar

terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada

pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar

oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut.

Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan

melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

6.0 KONSEP BILIK DARJAHSemasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam

bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar

kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru

mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia

merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana

sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau

pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya,

guru bermakna seseorang yang: Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi

13

Page 14: Model Pengurusan Kelompok Kounin

pendidikan atau menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di

sesebuah sekolah gaya pos.

7.0 AMALAN PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

7.1 Merancang

Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau

sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan

pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta

jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi

menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan

bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam

keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan

masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan. Sebagai

kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran

atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang

dibuat oleh seseorang guru.

7.2 Mengurus

Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi

mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa

untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian

seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan

dijalankan dengan teratur. Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan

14

Page 15: Model Pengurusan Kelompok Kounin

meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya.

Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah

dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan

memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa

memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan

muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus

yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah

jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin

kendri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu

pengajaran-pembelajaran.

7.3 Mengelola

Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya.

Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:

Pertama, memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran. Kedua menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan

penyertaan murid-murid. Ketiga, memastikan segala bahan, peralatan serta

kelengkapan mencukupi. Keempat, menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang

mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

Kelima, memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar. Keenam, menyediakan jenis penilaian dan

melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.

Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi

menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.

7.4 Mengarah

Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan

memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang

berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran

15

Page 16: Model Pengurusan Kelompok Kounin

dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal.

Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru

adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai

pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah

organisasi kecil yang dipimpinnya.

7.5 Mengawal

Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan

yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran.

Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku

disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang

dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru

sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan

berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif

umpamanya objektif pembelajaran. Guru juga dikaitkan dengan orang yang

berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan

membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan

berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.

8.0 PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan

suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah

begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih

sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang

16

Page 17: Model Pengurusan Kelompok Kounin

guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan

kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.

Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di

dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi

lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka

serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru

untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-

satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah

menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak

berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk

menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu

diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah

sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.

Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan

menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak

keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar,

mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai

rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan

sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan

dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses

pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik

darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu

pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil

kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di

peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada

menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.

17

Page 18: Model Pengurusan Kelompok Kounin

Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di

dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang

untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa

atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian

anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan. Terkini, guru

perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka

jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya

hasilnya benar- benar menepati objektif yang telah ditetapkan.

9.0 KESIMPULAN

Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap

aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai

aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak

menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting

yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum

bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat

maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu

sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.

Persediaan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi) guru yang

lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya,

ceria dan cemerlang. Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan

sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi

kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus

bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara

kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah

yang berkesan. Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini

diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan

kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas

18

Page 19: Model Pengurusan Kelompok Kounin

kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.

10.0 RUJUKAN

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah

Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah

Pendidikan 2005, Universiti Malaya.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar

dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan

Kesannya di Malaysia.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI

Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’.

Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan

Praktis. Kuala Lumpur:

19

Page 20: Model Pengurusan Kelompok Kounin

11.0 LAMPIRAN

Jacob Kounin (1971) seorang pakar psikologi dari Wayne State University

20