senarai komponen latihan yang boleh … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ......

56
1 SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK PEMBERIAN MATA BAGI PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL BERTERUSAN KAUNSELOR BERDAFTAR A) Komponen Umum 1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia a) Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang merentasi kehidupan sepanjang hayat. b) Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti. c) Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan, krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling dan situasi yang mempengaruhi tingkahlaku normal dan bilazim. d) Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat. 2. Perhubungan Menolong a) Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses kaunseling dan perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkahlaku lisan dan bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran kaunselor. b) Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan perhubungan terapeutik untuk membina matlamat kaunseling yang sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil kaunseling dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.

Upload: others

Post on 06-Aug-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

1

SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK

PEMBERIAN MATA BAGI PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL BERTERUSAN

KAUNSELOR BERDAFTAR

A) Komponen Umum

1. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

a) Teori pertumbuhan dan perkembangan individu dan keluarga yang

merentasi kehidupan sepanjang hayat.

b) Teori pembelajaran dan perkembangan personaliti.

c) Tingkah laku manusia merangkumi kefahaman tentang perkembangan,

krisis, ketidakupayaan, psikopatologi, faktor alam sekeliling dan situasi yang

mempengaruhi tingkahlaku normal dan bilazim.

d) Strategi yang memudahkan perkembangan kehidupan sepanjang hayat.

2. Perhubungan Menolong

a) Ciri dan tingkahlaku kaunselor yang mempengaruhi proses kaunseling dan

perundingan seperti umur, jantina, perbezaan ras, tingkahlaku lisan dan

bukan lisan, ciri, orientasi teori dan kemahiran kaunselor.

b) Kemahiran temubual dan kaunseling supaya pelajar dapat mewujudkan

perhubungan terapeutik untuk membina matlamat kaunseling yang

sesuai, mengkonseptualisasi kes, merangka strategi tindakan, menilai hasil

kaunseling dan menamatkan perhubungan kaunseling dengan berkesan.

Page 2: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

2

c) Teori kaunseling yang membantu pelajar menggunakan model yang tekal

untuk memahami masalah klien dan memilih tindakan kaunseling yang

sesuai. Pengalaman yang diperolehi pelajar hendaklah meliputi sejarah

perkembangan teori kaunseling, dan penerokaan teori afektif, kognitif dan

tingkahlaku. Pelajar wajar diberikan peluang untuk menerapkan teori

tersebut dalam kajian kes di samping didedahkan kepada model

kaunseling mutakhir berdasarkan penyelidikan dan amalan terkini serta

digalakkan membina model kaunseling sendiri.

d) Perspektif sistem untuk membantu pelajar memahami sistem keluarga dan

teori sistem yang lain serta model utama intervensi keluarga dan intervensi

yang berkaitan. Pelajar juga hendaklah didedahkan kepada rasional

memilih teori keluarga dan teori sistem lain sebagai modaliti yang sesuai

untuk penaksiran dan kaunseling keluarga.

e) Penyediaan kerangka umum untuk memahami dan mengamalkan

perundingan dalam kaunseling. Pelajar dikehendaki meneliti sejarah

perkembangan perundingan, penerokaan peringkat dan model utama

perundingan dan menerapkan teori dalm pembentangan kes. Pelajar

digalakkan membina model perundingannya sendiri.

f) Pengintegrasian strategi teknologi serta penggunaannya dalam proses

kaunseling dan perundingan.

3. Kepelbagaian Sosial dan Budaya

a) Tren pelbagai budaya dan masyarakat majmuk seperti ciri dan kepekaan

sesuatu kumpulan dan antara kumpulan di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa.

Page 3: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

3

b) Sikap,kepercayaan, kefahaman dan pengalaman seperti aktiviti

pembelajaran melalui pengalaman khusus berkaitan faktor budaya,etnik,

keturunan, umur, gender,orientasi seksual, ciri mental dan fizikal,

pendidikan, nilai keluarga, nilai agama dan kepercayaan, status sosio-

ekonomi dan keunikan individu, pasangan, keluarga, dan komuniti.

c) Teori kaunseling pelbagai budaya, pembangunan identiti dan keadilan

sosial.

d) Strategi perhubungan individu, pasangan, keluarga, kumpulan dan

komuniti dalam masyarakat majmuk.

e) Peranan kaunselor dalam memupuk keadilan sosial, advokasi dan resolusi

konflik, kesedaran swadiri dalam konteks budaya. Juga, peranan kaunselor

dalam menangani sifat prejudis, proses penindasan serta diskriminasi yang

disengaja dan tidak disengajakan serta tingkah laku lain yang didukungi

oleh budaya yang merugikan perkembanagn semangat, fikiran atau

jasmani manusia.

4. Kerja Kelompok

a) Prinsip dinamika kelompok, termasuk tahap proses kelompok, teori tahap

perkembangan, peranan dan tingkahlaku ahli kelompok dan faktor

terapeutik dalam kelompok.

b) Cara gaya dan pendekatan kepemimpinan kelompok termasuk pelbagai

jenis pemimpin kelompok dan gaya kepemimpinan.

Page 4: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

4

c) Teori kaunseling kelompok merangkumi aspek persamaan dan aspek yang

membezakan antara teori itu serta penyelidikan dan bahan bacaan yang

berkaitan.

d) Kaedah kaunseling kelompok termasuk orientasi dan tingkahlaku

pemimpin, kriteria dan kaedah saringan, pemilihan ahli serta cara menilai

keberkesanan kelompok.

e) Pendekatan yang digunakan untuk jenis kelompok yang lain termasuk

kelompok petugas, kelompok terfokus, kelompok sokongan, kelompok

pencegahan, kelompok psiko-pendidikan dan kelompok terapi.

f) Piawai latihan pemimpin kelompok.

5. Pengujian dan Pengukuran Psikologi

a) Perspektif sejarah berkaitan sifat dan makna penaksiran.

b) Konsep asas berkaitan piawaian dan bukan piawaian alat ukuran dan

teknik penaksiran lain termasuk penaksiran rujukan–norma dan rujukan–

kriteria, penaksiran persekitaran, penaksiran prestasi, kaedah inventori dan

ujian individu dan kelompok, pemerhatian tingkahlaku dan kaedah yang

diurus dan dibantu komputer.

c) Konsep statistik termasuk skala pengukuran, pengukuran kecederungan

memusat, penanda variabiliti, bentuk dan jenis taburan dan korelasi.

d) Kebolehpercayaan:Teori keralatan pengukuran, model

kebolehpercayaan dan penggunaan maklumat kebolehpercayaan.

Page 5: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

5

e) Kesahan: Bahan bukti kesahan, jenis kesahan dan hubungan antara

kebolehpercayaan dan kesahan.

f) Penaksiran tentang umur, gender, orientasi seksual, kaum, bahasa,

ketidakupayaan, budaya, spiritualiti, dan faktor lain berkaitan penaksiran

dan penilaian individu, kelompok dan populasi tertentu.

g) Strategi untuk memilih, mengendali, dan menginterpretasi alat penaksiran

dan penilaian serta teknik dalam kaunseling. Penggunaan bahan

penaksiran mesti ditumpukan kepada bahan ujian atau inventori yang

piawaian dan telah diterima pakai secara sejagat mengikut piawaian

akademik dan diterbitkan di dalam jurnal berwasit yang diiktiraf dalam

bidang berkaitan.

h) Kefahaman mengenai prinsip umum dan kaedah membuat

pengkonsepsian kes, penaksiran, dan/atau membuat diagnosis status

mental dan emosi.

6. Penyelidikan dan Penilaian Program

a) Kepentingan penyelidikan dalam memajukan profesion kaunseling.

b) Kaedah penyelidikan seperti kuantitatif, kualitatif, reka bentuk kajian kes,

penyelidikan tindakan dan penyelidikan menguji keberkesanan.

c) Penggunaan teknologi dan kaedah statistik dalam menjalankan

penyelidikan dan penilaian program serta kemahiran asas analisis perisian

statistik.

Page 6: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

6

d) Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan, penilaian program dan

penggunaan dapatan kajian untuk pengubahsuaian program.

e) Penggunaan penyelidikan untuk menunjukkan amalan berdasarkan bukti.

7. Identiti Profesional

a) Sejarah dan falsafah profesion kaunseling.

b) Peranan, fungsi dan perhubungan profesional dengan perkhidmatan

kemanusiaan yang lain.

c) Kemahiran asas menggunakan ICT dalam perkhidmatan kaunseling.

d) Kepentingan dan fungsi lembaga kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998

(Akta 580). Peranan dan kepentingan organisasi profesional berkaitan

amalan kaunseling.

e) Pengiktirafan profesional termasuk pensijilan, pendaftaran dan perlesenan,

amalan pengakreditasian, kepiawaian dan kesan polisi awam ke atas isu

ini. Penekanan diberikan terhadap peranan Lembaga Kaunselor.

f) Proses polisi awam dan swasta seperti peranan kaunselor profesional

dalam menjaga kewibawaan profesion.

g) Proses membantu klien dan pengamal yang menghadapi halangan

institusi dan sosial daripada memperolehi perkhidmatan, kejayaan, dan

kemajuan.

h) Piawaian etika kaunselor dan hal yang berkaitan, dan aplikasi

pertimbangan etika dan perundangan dalam profesion kaunseling.

Page 7: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

7

B) Komponen Pengkhususan

1. Kaunseling Ketagihan

1.1 Pengetahuan Asas

a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling

ketagihan.

b) Memahami pertimbangan-pertimbangan etika dan undang-

undang khususnya yang berkaitan dengan amalan kaunseling

ketagihan.

c) Mengetahui peranan, fungsi dan persekitaran kaunselor

ketagihan, serta hubungan antara kaunselor-kaunselor ketagihan

dengan profesional kesihatan mental yang lain.

d) Mengetahui organisasi profesional, kecekapan, piawai

persediaan, dan kelayakan yang berkaitan dengan amalan

kaunseling ketagihan.

e) Memahami pelbagai model dan teori ketagihan yang berkait

dengan penggunaan bahan dan ketagihan-ketagihan lain.

f) Mengetahui tingkah-laku, psikologi, kesihatan fizikal, dan kesan

sosial bahan psikoaktif serta gangguan ketagihan terhadap

pengguna dan orang-orang terdekat.

g) Mengenali potensi gangguan ketagihan yang menyamai

pelbagai gangguan psikologi dan perubatan serta potensi

Page 8: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

8

pelbagai gangguan psikologi dan perubatan untuk wujud

bersama-sama dengan ketagihan dan penyalahgunaan bahan.

h) Memahami faktor yang meningkatkan kemungkinan seseorang

individu, ahli masyarakat, atau kumpulan menghadapi risiko atau

berupaya bertahan daripada gangguan psikoaktif lantaran

penggunaan bahan.

i) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa-peristiwa

penyebab trauma kepada orang yang ketagihan.

j) Memahami operasi sistem pengurusan kecemasan dalam

agensi-agensi ketagihan dalam masyarakat.

k) Menguasai kemahiran menggunakan dan mematuhi piawai

etika dan undang-undang dalam kaunseling ketagihan.

l) Menggunakan pengetahuan dasar penyalahgunaan bahan,

pembiayaan, dan proses pengawalan bagi menambah baik

perkhidmatan dalam kaunseling ketagihan.

1.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi

a) Mengetahui prinsip-prinsip ketagihan, pencegahan, intervensi,

dan perundingan.

b) Mengetahui model rawatan, pencegahan, pemulihan,

pencegahan relaps, dan penjagaan berterusan bagi gangguan

ketagihan serta masalah-masalah yang berkaitan.

Page 9: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

9

c) Mengenali pentingannya keluarga, jaringan sosial, dan sistem

komuniti dalam proses rawatan dan pemulihan.

d) Memahami peranan kerohanian dalam proses pemulihan.

e) Mengetahui pelbagai strategi bantuan bagi mengurangkan

kesan negatif penggunaan, penyalahgunaan, kebergantungan,

dan gangguan ketagihan bahan.

f) Memahami prinsip dan falsafah program bantu mandiri yang

berkait dengan ketagihan.

g) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan

kaunseling ketagihan.

h) Memahami prinsip-prinsip intervensi orang yang ketagihan

semasa krisis, bencana, dan peristiwa-peristiwa penyebab

trauma.

i) Menggunakan prinsip-prinsip dan amalan diagnosis, rawatan,

dan rujukan ketagihan serta gangguan emosi dan mental yang

lain bagi memulakan, mengekalkan dan menamatkan

kaunseling.

j) Melaksanakan strategi bantuan dan model rawatan bagi setiap

klien menurut tahap kebergantungan, perubahan, atau

pemulihan secara individu.

k) Menyediakan strategi kaunseling yang sesuai semasa bekerja

dengan klien yang mengalami ketagihan dan gangguan.

Page 10: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

10

l) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi

menilai dan mengurus risiko bunuh diri.

m) Mempamerkan kemampuan bagi menyediakan kaunseling dan

pendidikan tentang gangguan ketagihan kepada keluarga dan

orang lain yang terkesan dengan ketagihan klien.

n) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan rujukan bagi

bantu mandiri dan kumpulan-kumpulan sokongan yang lain

apabila sesuai.

o) Mempamerkan kemampuan bagi menyediakan program

pendidikan yang relevan mengikut budaya yang dapat

meningkatkan kesedaran dan menyokong pencegahan

ketagihan dan penyalahgunaan bahan serta proses pemulihan.

p) Menggunakan piawaian simpan rekod semasa yang berkait

dengan kaunseling ketagihan.

q) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor ketagihan serta mendapatkan

penyeliaan atau merujukkan klien apabila sesuai.

1.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat berbilang

budaya menjejaskan klien yang mengalami ketagihan.

Page 11: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

11

b) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,

pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan apabila

bekerja dengan populasi atau klien yang spesifik yang

mengalami ketagihan.

c) Mengetahui dasar awam di peringkat tempatan, negeri, dan

negara yang memberi kesan kepada kualiti dan akses kepada

perkhidmatan ketagihan.

d) Memahami strategi yang berkesan yang membantu sokongan

klien dan mempengaruhi dasar awam serta hubungan kerajaan

di peringkat tempatan, negeri, dan negara bagi meningkatkan

ekuiti, dan pembiayaan, serta menggalakkan program-program

yang menjalankan kaunseling ketagihan.

e) Menyenggara maklumat berkaitan sumber-sumber komuniti bagi

tujuan membuat rujukan yang sesuai bagi klien yang ketagihan.

f) Menyokong dasar, program, dan/atau perkhidmatan yang

saksama dan responsif untuk keperluan unik klien yang ketagihan.

g) Mempamerkan kemampuan untuk mengubahsuai sistem, teori,

teknik, dan intervensi kaunseling agar sesuai mengikut budaya

bagi pelbagai populasi klien yang ketagihan.

1.4 Penilaian

a) Memahami pelbagai model dan pendekatan penilaian klinikal

gangguan ketagihan dan kesesuaian penggunaannya,

Page 12: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

12

termasuk saringan dan penilaian ketagihan, temu bual diagnosis,

pemeriksaan status mental, inventori simptom, dan penilaian

personaliti.

b) Mengetahui pendekatan penilaian yang khusus bagi

menentukan tahap penjagaan yang sesuai bagi gangguan

ketagihan serta masalah-masalah yang berkaitan.

c) Memahami penilaian sejarah bio-psikososial dan kerohanian.

d) Memahami klasifikasi asas, indikasi, dan kontraindikasi ubat-

ubatan psikofarmakologi yang biasa diberi agar kesan

sampingan ubat-ubatan tersebut dapat dikenal pasti.

e) Memilih penilaian yang komprehensif, intervensi yang sesuai bagi

membantu diagnosis dan perancangan rawatan, dengan

kesedaran tentang bias budaya dalam melaksanakan dan

menginterpretasi protokol penilaian.

f) Mempamerkan kemahiran melaksanakan temu bual

pengambilan, penilaian status mental, sejarah bio-psikososial,

sejarah kesihatan mental, dan penilaian psikologi bagi

rancangan rawatan dan pengurusan kes.

g) Menyaring ketoksikan bahan psikoaktif, kemabukan, simptom

sarak/gian; keagresifan atau tingkah laku yang membahayakan

orang lain; berpotensi memudaratkan diri sendiri atau membunuh

diri.

Page 13: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

13

h) Membantu klien mengenal pasti kesan ketagihan ke atas

masalah kehidupan dan bahaya akibat penggunaan atau

penyalahgunaan yang berterusan.

i) Menggunakan penilaian gangguan ketagihan klien untuk tahap-

tahap kebergantungan, perubahan atau pemulihan bagi

menentukan model rawatan dan kriteria penempatan yang

sesuai dalam kontinum penjagaan.

1.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami cara-cara untuk menilai penyelidikan yang berkaitan

dengan amalan kaunseling ketagihan secara kritis.

b) Mengetahui model-model program penilaian bagi rawatan

kaunseling ketagihan dan program-program pencegahan.

c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti serta strategi asas

bagi menilai hasil kaunseling dalam kaunseling ketagihan.

d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi

menerangkan amalan kaunseling ketagihan.

e) Menggunakan hasil penyelidikan yang dapat diukur bagi

membangunkan program-program kaunseling ketagihan,

intervensi dan rawatan.

f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan

keberkesanan program-program kaunseling ketagihan.

Page 14: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

14

1.6 Diagnosis

a) Mengetahui prinsip proses diagnosis dan penggunaan alat

diagnostik terkini, seperti Diagnostic and Statistical Manual of

Mental Disorders (DSM).

b) Mengetahui kesan serentak gangguan ketagihan ke atas

gangguan perubatan dan psikologi.

c) Memahami diagnostik yang ditetapkan dan kriteria klinikal bagi

gangguan ketagihan dan menerangkan model rawatan serta

kriteria penempatan dalam kontinum penjagaan.

d) Memahami hubungan dan potensi bias budaya bagi alat

diagnostik yang biasa digunakan untuk klien yang mengalami

gangguan ketagihan dalam populasi berbilang budaya.

e) Memupukkan kemahiran penggunaan alat diagnostik yang

sesuai, termasuk edisi terkini DSM, bagi menerangkan simptom

klinikal klien yang mengalami gangguan ketagihan dan mental

serta gangguan emosi.

f) Berupaya mengkonseptualisasi diagnosis gangguan berbilang

paksi dengan tepat yang ditunjukkan oleh klien dan berbincang

dengan rakan profesional.

Page 15: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

15

2. Kaunseling Kerjaya

2.1 Pengetahuan Asas

a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling

kerjaya.

b) Memahami pertimbangan-pertimbangan etika dan undang-

undang khususnya yang berkaitan dengan amalan kaunseling

kerjaya.

c) Mengetahui peranan, fungsi dan persekitaran kaunselor kerjaya,

termasuk agensi dan institusi swasta dan awam.

d) Mengetahui organisasi profesional, kecekapan, piawaian

persediaan, dan kelayakan yang berkaitan dengan amalan

kaunseling kerjaya serta program pembangunan kerjaya.

e) Memahami pelbagai model dan teori kaunseling dan

pembangunan kerjaya.

f) Memahami dasar, undang-undang, dan peraturan yang

berkaitan dengan kaunseling kerjaya dan program

pembangunan kerjaya.

g) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi

piawaian etika dan undang-undang dalam kaunseling kerjaya.

Page 16: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

16

h) Mempamerkan kemampuan untuk menjelaskan pembangunan

kerjaya sebagai subset yang penting dalam pembangunan

manusia.

i) Falsafah teori perkembangan kerjaya dan model membuat

keputusan kerjaya.

j) Kerjaya dan kerja sampingan, sumber maklumat pasaran buruh,

media visual dan cetak tentang kerjaya, sistem maklumat kerjaya

berasaskan komputer, dan media elektronik lain.

k) Program perancangan kemajuan kerjaya dan pendidikan,

perkembangan, pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan,

penempatan, susulan, dan penilaian kerjaya.

l) Perhubungan antara kerja, keluarga dan cara gaya kehidupan,

peranan kehidupan yang lain termasuk faktor kepelbagaian

gender berkaitan dengan perkembangan kerjaya.

m) Perancangan kerjaya dan pendidikan, penempatan, susulan

dan penilaian.

n) Teknik dan alat penaksiran yang berkaitan dalam membuat

perancangan dan keputusan kerjaya.

o) Strategi, aplikasi dan perkembangan kerjaya berasaskan

teknologi termasuk sistem maklumat dan bimbingan kerjaya

berkomputer dan cara melayari laman web yang berkaitan

dengan kerjaya.

Page 17: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

17

p) Proses, teknik dan sumber kaunseling kerjaya, termasuk yang

boleh diaplikasikan kepada populasi yang khusus.

q) Kefahaman tentang perkembangan semasa sosioekonomi

negara dan dunia termasuklah kefahaman tentang rancangan

Malaysia.

2.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi

a) Memahami teknik pembangunan kerjaya, kaunseling kerjaya,

pilihan kerjaya, pemprograman kerjaya, serta penghantaran

maklumat yang berkaitan.

b) Memahami teori, strategi, dan model kaunseling yang berkaitan

dengan kaunseling kerjaya.

c) Memahami kesan krisis, kecemasan, dan bencana, kepada

perancangan dan pembangunan kerjaya seseorang.

d) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti dan

memahami ciri-ciri peribadi, keluarga, dan budaya klien yang

berkaitan dengan pembangunan kerjaya mereka.

e) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti dan

memahami sikap klien terhadap pekerjaan dan pekerja, serta

proses membuat keputusan kerjaya mereka.

Page 18: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

18

f) Mempamerkan kemampuan bagi menyokong dan mencabar

klien menyediakan serta memulakan peralihan peranan kerja-

hidup, termasuk yang berikut:

i. Mencari, memperoleh, dan menginterpretasi sumber

maklumat dan pengalaman kerjaya yang berkaitan;

ii. Mendapatkan kemahiran yang diperlukan dalam peralihan

peranan kerja dan kehidupan.

iii. Meneliti peranan kerja-kehidupan, termasuk

menyeimbangkan kerja, senggang, keluarga, dan komuniti

dalam kerjaya mereka.

g) Mempamerkan kemampuan membantu klien mendapatkan

suatu set kebolehgajian dan mencari pekerjaan.

h) Mempamerkan kemampuan untuk membina dan memelihara

perhubungan perundingan dengan orang yang dapat

mempengaruhi kerjaya klien.

i) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor kerjaya dan mendapatkan penyeliaan

atau merujukkan klien apabila sesuai.

2.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami peranan isu-isu kepelbagaian budaya dalam

kaunseling kerjaya.

Page 19: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

19

b) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, kuasa, keistimewaan,

dan penindasan dalam kehidupan dan kerjaya seseorang serta

klien.

c) Memahami kuasa sosiopolitik dan sosioekonomi yang memberi

kesan kepada peluang kerjaya etnik dan budaya minoriti, seperti

imigresen, perkauman, dan pengstereotaipan.

d) Memahami perubahan peranan dan tanggungjawab wanita

dan lelaki, dan implikasi perubahan ini terhadap pekerjaan,

pendidikan, keluarga dan kesenggangan.

e) Memahami kesan globalisasi terhadap peranan hidup, kerjaya

dan tempat kerja.

f) Mempamerkan kemampuan menyesuaikan keperluan kerjaya

dalam budaya dan populasi yang pelbagai, seperti berikut:

i. Mengenal pasti pendekatan alternatif bagi memenuhi

keperluan perancangan kerjaya klien;

ii. Mereka bentuk dan melaksanakan program-program dan

bahan-bahan pembangunan kerjaya kepada populasi yang

sukar di hampiri; dan

iii. Mempamerkan kemampuan menyokong pembangunan

kerjaya dan pekerjaan klien.

g) Mempamerkan kemampuan membantu anggota pekerja,

profesional, dan anggota masyarakat memahami keperluan/ciri-

ciri unik pelbagai budaya dan populasi yang berkaitan dengan

Page 20: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

20

penerokaan kerjaya, harapan pekerjaan, dan isu-isu

ekonomi/sosial.

h) Mempamerkan kemampuan untuk menerangkan, menyatakan,

dan menyokong kepentingan kaunseling kerjaya, pembangunan

kerjaya, perancangan kerja-hidup, dan perancangan tenaga

kerja terhadap penggubal undang-undang, pembuat dasar

dan/atau orang ramai.

2.4 Penilaian

a) Memahami strategi penilaian untuk program-program

pembangunan kerjaya dan kaunseling kerjaya.

b) Memahami bagaimana untuk memilih alat dan tenik penilaian

kerjaya yang sesuai.

c) Memahami bias dalam penilaian dan interpretasi kerjaya

(termasuk budaya dan ciri-ciri linguistik klien).

d) Mempamerkan kemampuan untuk mengenal pasti, memilih, dan

menyediakan alat penilaian kerjaya yang sesuai untuk klien.

e) Mempamerkan kemampuan untuk mengendalikan, skor, dan

melaporkan hasil laporan daripada instrumen penilaian kerjaya

yang melibatkan isu seperti minat kesenggangan, gaya

pembelajaran, peranan dalam kehidupan, konsep kendiri,

kematangan kerjaya, identiti vokasional, kebimbangan kerjaya,

Page 21: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

21

keutamaan persekitaran kerja [contoh: kepuasan bekerja], dan

isu-isu pembangunan kerjaya-hidup yang berkaitan.

f) Mempamerkan kemampuan untuk menilai keadaan

persekitaran kerja [contoh: tugas, jangkaan, norma, kualiti fizikal

dan aspek persekitaran kerja].

2.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang

berkaitan terhadap amalan kaunseling kerjaya dan

pembangunan kerjaya secara kritis.

b) Mengetahui model-model program penilaian bagi program

pembangunan dan kaunseling kerjaya.

c) Mengetahui strategi asas untuk menilai hasil kaunseling dalam

kaunseling kerjaya.

d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi

menjelaskan tentang amalan kaunseling kerjaya.

e) Menggunakan hasil penyelidikan bagi membangunkan

program-program kaunseling kerjaya.

f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan

keberkesanan program kaunseling kerjaya dan intervensi.

Page 22: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

22

g) Mempamerkan penggunaan pelbagai jenis reka bentuk

penyelidikan yang sesuai bagi kaunseling kerjaya dan

pembangunan penyelidikan.

2.6 Promosi, Pengurusan, dan Perlaksanaan Program

a) Memahami teori-teori organisasi, tingkah laku, perancangan,

komunikasi, dan pengurusan yang berguna dalam

melaksanakan dan mentadbir program pembangunan kerjaya.

b) Memahami sumber-sumber yang dapat digunakan dalam

membuat ramalan pekerjaan, merancang, menganalisis dasar,

dan peruntukan sumber.

c) Memahami teori dan pendekatan kepimpinan bagi penilaian

dan maklum balas, perubahan organisasi, membuat keputusan,

dan penyelesaian konflik.

d) Mengambil bahagian dalam merancang dan menubuhkan

pusat sumber kerjaya yang lengkap.

e) Mempamerkan kemampuan untuk melaksanakan program

pembangunan kerjaya dengan kerjasama pihak-pihak lain.

f) Mempamerkan kemampuan menggunakan teknologi yang

sesuai bagi maklumat dan rancangan kerjaya.

g) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan penyeliaan

yang berkesan kepada fasilitator pembangunan kerjaya.

Page 23: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

23

h) Mempamerkan kemampuan untuk memulakan dan

melaksanakan kempen pemasaran dan perhubungan awam

bagi pihak aktiviti dan perkhidmatan pembangunan kerjaya.

2.7 Sumber Maklumat

a) Memahami pendidikan, latihan, dan trend pekerjaan serta

tenaga buruh, maklumat pasaran dan sumber-sumber yang

menyediakan maklumat tentang tugas kerja, fungsi, gaji,

keperluan, dan tinjauan masa depan yang berkaitan dengan

bidang-bidang pekerjaan yang luas dan pekerjaan individu.

b) Memahami sumber dan kemahiran yang digunakan klien dalam

perancangan dan pengurusan kerjaya-kehidupan.

c) Mengetahui sumber-sumber komuniti/profesional yang ada

dalam membantu klien merancang kerjaya, termasuk pencarian

kerja.

d) Mempamerkan kemampuan untuk mengurus sumber maklumat

kerjaya, pendidikan dan peribadi-sosial.

e) Mempamerkan kemampuan untuk menilai dan menyebarkan

maklumat kerjaya dan pendidikan.

Page 24: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

24

3. Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal

3.1 Pengetahuan Asas

a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling

kesihatan mental klinikal.

b) Memahami etika dan undang-undang yang berkaitan dengan

amalan kaunseling kesihatan mental klinikal.

c) Memahami peranan dan fungsi kaunselor kesihatan mental

klinikal dalam pelbagai persekitaran amalan dan kepentingan

hubungan antara kaunselor dan profesional lain, termasuk

pasukan rawatan pelbagai disiplin.

d) Mengetahui organisasi profesional, piawai persediaan, dan

kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling kesihatan

mental klinikal.

e) Memahami pelbagai model dan teori yang berkait dengan

kaunseling kesihatan mental klinikal termasuk kaedah, model,

dan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.

f) Mengenali potensi gangguan penggunaan bahan yang

menyamai dan hadir bersama-sama dengan pelbagai

gangguan perubatan dan psikologi.

g) Sedar terhadap isu-isu profesional yang memberi kesan kepada

kaunselor kesihatan mental klinikal (cth., status pembekal utama,

Page 25: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

25

status saksi pakar, akses dan keistimewaan amalan dalam sistem

jagaan yang diuruskan).

h) Memahami pengurusan perkhidmatan dan program kesihatan

mental, termasuk bidang-bidang seperti pentadbiran, kewangan

dan akauntibiliti.

i) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa penyebab

trauma kepada orang.

j) Memahami operasi sistem pengurusan kecemasan dalam agensi

kesihatan mental klinikal dan dalam komuniti.

k) Mempamerkan kemampuan mematuhi piawai etika dan

undang-undang dalam kaunseling kesihatan mental klinikal.

l) Menggunakan pengetahuan dasar kesihatan mental awam,

pembiayaan, dan proses kawal selia bagi meningkatkan

perkhidmatan dalam kaunseling kesihatan mental klinikal.

3.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervensi

a) Menerangkan prinsip-prinsip kesihatan mental, termasuk

pencegahan, perundingan, pendidikan, dan sokongan, serta

operasi program dan jaringan bagi menggalakkan kesihatan

mental dalam masyarakat pelbagai budaya.

b) Mengetahui etiologi, proses diagnostik dan tatanama, rawatan,

rujukan, dan pencegahan gangguan mental dan emosi.

Page 26: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

26

c) Mengetahui model, kaedah, dan prinsip pembangunan program

dan penyampaian perkhidmatan (cth., kumpulan sokongan,

latihan rakan sebaya, pendidikan ibu bapa, bantuan swadiri).

d) Mengetahui konsep penyakit dan etiologi pendidikan dan

gangguan berlaku-serempak.

e) Memahami pelbagai khidmat kesihatan mental yang disediakan-

misalnya pesakit dalam, pesakit luar, rawatan sebahagian dan

jagaan lanjutan-serta jaringan khidmat kaunseling kesihatan

mental klinikal.

f) Memahami prinsip intervensi krisis semasa orang sedang

menghadapi krisis, bencana, dan peristiwa penyebab trauma.

g) Mengetahui prinsip, model, dan format dokumentasi sistem

biopsikososial bagi pengkonseptualisasi kes.

h) Mengakui kepentingan keluarga, jaringan sosial, dan sistem

komuniti dalam rawatan mental dan gangguan emosi.

i) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan

kaunseling kesihatan mental klinikal.

j) Menggunakan prinsip dan amalan diagnosis, rawatan, rujukan,

dan pencegahan gangguan mental dan emosi bagi

memulakan, mengekalkan, dan menamatkan kaunseling.

Page 27: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

27

k) Menggunakan kecekapan berbilang budaya bagi kaunseling

kesihatan mental klinikal termasuk pengkonseptualisasi kes,

diagnosis, rawatan, rujukan, dan pencegahan gangguan mental

dan emosi.

l) Menggalakkan pembangunan manusia yang optimum,

kesejahteraan, dan kesihatan mental melalui pencegahan,

pendidikan, dan aktiviti sokongan.

m) Menggunakan strategi yang berkesan bagi menggalakkan

kefahaman klien dan akses kepada pelbagai sumber komuniti.

n) Mempamerkan penggunaan individu yang responsif di segi

budaya, pasangan, keluarga, kumpulan, dan sistem model yang

bersesuaian bagi memulakan, mengekalkan, dan menamatkan

kaunseling.

o) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi

menilai dan mengurus risiko bunuh diri.

p) Menggunakan piawaian menyimpan rekod semasa yang

berkaitan dengan kaunseling kesihatan mental klinikal.

q) Menyediakan strategi kaunseling yang bersesuaian semasa

bekerja dengan klien yang ketagihan dan gangguan berlaku-

serempak.

r) Mempamerkan kemampuan mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor kesihatan mental klinikal dan

mendapatkan penyeliaan atau merujukkan klien apabila sesuai.

Page 28: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

28

3.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat pelbagai

budaya memberi kesan kepada klien yang ingin mendapatkan

khidmat kaunseling kesihatan mental klinikal.

b) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, seksime, kuasa,

keistimewaan, dan penindasan dalam kehidupan dan kerjaya

seseorang serta klien.

c) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,

pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan semasa

bekerja dengan populasi atau klien yang spesifik yang

mengalami gangguan mental dan emosi.

d) Memahami strategi yang berkesan bagi membantu sokongan

klien dan mempengaruhi dasar awam serta hubungan kerajaan

di peringkat tempatan, negeri, dan negara bagi meningkatkan

ekuiti, meningkatkan pembiayaan, dan menggalakkan program-

program yang menjalankan kaunseling kesihatan mental klinikal.

e) Memahami implikasi konsep-konsep seperti internalisasikan

penindasan, perkauman yang berakar umbi, serta sejarah dan

iklim politik semasa yang berkaitan dengan imigresen, kemiskinan

dan kebajikan.

f) Mengetahui dasar awam di peringkat tempatan, negeri, dan

negara yang memberi kesan kepada kualiti dan akses

perkhidmatan kesihatan mental.

Page 29: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

29

g) Mengekalkan maklumat yang berkaitan sumber komuniti bagi

tujuan rujukan yang sesuai.

h) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama

dan responsif bagi keperluan unik klien.

i) Mempamerkan kemampuan mengubahsuai sistem kaunseling,

teori, teknik, dan intervensi agar sesuai mengikut budaya bagi

populasi yang pelbagai.

3.4 Penilaian

a) Mengetahui prinsip dan model penilaian, pengkonseptualisasi

kes, teori pembangunan manusia, dan konsep kenormalan serta

psikopatologi bagi memulakan diagnosis dan merancang

rawatan yang sesuai.

b) Memahami pelbagai model dan pendekatan penilaian klinikal

dan kesesuaian penggunaannya, termasuk, temu bual diagnosis,

pemeriksaan status mental, inventori simptom, dan penilaian

pendidikan-psiko serta personaliti.

c) Memahami klasifikasi asas, indikasi, dan kontraindikasi ubat-

ubatan psikofarmakologi yang biasa diberi agar kesan

sampingan ubat-ubatan tersebut dapat dikenal pasti.

d) Mengenal pasti penyaringan piawai dan instrumen penilaian

untuk gangguan penggunaan bahan serta proses ketagihan.

Page 30: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

30

e) Memilih penilaian yang komprehensif dan yang sesuai bagi

membantu diagnosis dan rancangan rawatan, serta sedar akan

bias budaya dalam melaksanakan dan menginterpretasi

protokol penilaian.

f) Mempamerkan kemahiran melaksanakan temu bual

pengambilan, penilaian status mental, sejarah bio-psikososial,

sejarah kesihatan mental, dan penilaian psikologi bagi

rancangan rawatan dan pengurusan beban kes.

g) Menyaring ketagihan, keagresifan, dan bahaya kepada diri

sendiri dan/ atau orang lain serta gangguan mental yang berlaku

serentak.

h) Menggunakan penilaian tahap kebergantungan klien,

perubahan, atau pemulihan bagi menentukan model rawatan

serta kriteria penempatan yang sesuai dalam kontinum

penjagaan.

3.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang

berkaitan dengan amalan kaunseling kesihatan mental dan

klinikal secara kritis.

b) Mengetahui model-model program penilaian bagi rawatan

kaunseling kesihatan mental dan klinikal.

Page 31: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

31

c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti serta strategi asas

bagi menilai hasil kaunseling dalam kaunseling kesihatan mental

dan klinikal.

d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi

menerangkan amalan kaunseling kesihatan mental klinikal.

e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program-program

kaunseling kesihatan mental klinikal, intervensi dan rawatan.

f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan

keberkesanan intervensi dan program-program kaunseling

kesihatan mental klinikal.

3.6 Diagnosis

a) Mengetahui prinsip proses diagnosis, termasuk diagnosis

pembezaan, dan penggunaan alat diagnostik semasa, seperti

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) dan

International Classification of Diseases.

b) Memahami kriteria diagnostik yang ditetapkan bagi gangguan

mental dan emosi, serta menerangkan model rawatan dan

kriteria penempatan dalam kontinum penjagaan.

c) Mengetahui kesan gangguan penggunaan bahan ke atas

gangguan perubatan dan psikologi.

Page 32: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

32

d) Memahami hubungan dan potensi bias alat diagnostik yang

biasa digunakan dalam populasi pelbagai budaya.

e) Memahami kesesuaian penggunaan diagnosis semasa berlaku

krisis, bencana, atau peristiwa penyebab trauma.

f) Mempamerkan kesesuaian penggunaan alat diagnostik,

termasuk edisi semasa DSM, bagi menerangkan simptom klinikal

klien yang mengalami kecacatan mental serta emosi.

g) Berupaya mengkonseptualisasikan diagnosis gangguan

berbilang paksi dengan tepat yang dinyatakan oleh klien dan

membincangkan dengan rakan profesional.

h) Membezakan antara diagnosis yang sesuai apabila berlaku krisis,

bencana, dan peristiwa penyebab trauma.

4. Kaunseling Perkahwinan Dan Keluarga

4.1 Pengetahuan Asas

a) Mengetahui sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling

perkahwinan dan keluarga.

b) Memahami pertimbangan etika dan undang-undang khususnya

yang berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan

keluarga.

Page 33: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

33

c) Mengetahui peranan dan fungsi kaunselor perkahwinan dan

keluarga dalam pelbagai persekitaran amalan yang berkaitan

dengan profesional lain yang membantu.

d) Mengetahui organisasi professional dan kelayakan yang

berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan

keluarga.

e) Memahami pelbagai model dan teori kaunseling perkahwinan

dan keluarga.

f) Memahami pembangunan keluarga dan kitaran hidup, sosiologi

keluarga, fenomenologi keluarga, keluarga semasa,

kesejahteraan keluarga, keluarga dan budaya, isu keluarga dan

penuaan, keganasan keluarga dan yang berkaitan

kebimbangan keluarga.

g) Memahami kesan krisis, bencana, dan peristiwa penyebab

trauma terhadap perkahwinan, keluarga dan isi rumah.

h) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi

piawai etika dan undang-undang dalam kaunseling

perkahwinan dan keluarga.

i) Mempamerkan kemampuan untuk memilih model atau teknik

yang sesuai.

Page 34: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

34

4.2 Kaunseling, Pencegahan, dan Intervens

a) Memahami isu perkahwinan dan kedinamikan kitaran hidup

keluarga; fungsi keluarga sihat; struktur keluarga dan asal-usul

keluarga serta pengaruh antara generasi dalam masyarakat

pelbagai budaya.

b) Mengenali masalah khusus (cth., tingkah laku ketagihan,

keganasan rumah tangga, risiko bunuh diri, imigresen) dan

intervensi yang dapat meningkatkan fungsi keluarga.

c) Memahami seksualiti manusia (cth., gender, fungsi seksual,

orientasi seksual) dan kesannya ke atas fungsi keluarga.

d) Memahami isu-isu profesional yang berkaitan dengan amalan

kaunseling perkahwinan dan keluarga.

e) Menggunakan pendekatan pencegahan, pembangunan dan

kesejahteraan semasa mengendalikan kaunseling dengan

individu, keluarga, dan dengan sistem lain seperti kaunseling

praperkahwinan, latihan kemahiran keibubapaan dan

peningkatan hubungan.

f) Menggunakan teori sistem bagi mengkonseptualisasi isu-isu

dalam kaunseling perkahwinan dan keluarga.

g) Menggunakan teori sistem untuk melaksanakan strategi rawatan,

rancangan dan intervensi.

Page 35: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

35

h) Mempamerkan kemampuan untuk menggunakan prosedur bagi

menilai dan mengurus risiko bunuh diri.

i) Mematuhi tanggungjawab kerahsiaan, tanggungjawab undang-

undang dan liabiliti amalan dan penyelidikan klinikal, undang-

undang keluarga, menyimpan rekod dan pembayaran balik.

j) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor perkahwinan, pasangan, dan keluarga

serta mendapatkan penyeliaan atau merujukkan klien apabila

sesuai.

4.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami bagaimana kehidupan dalam masyarakat pelbagai

budaya memberi kesan kepada keluarga.

b) Mengenali trend masyarakat dan isu rawatan yang berkaitan

dalam pengendalian sistem keluarga yang berbeza-beza dan

pelbagai budaya (cth., keluarga dalam peralihan, pasangan

dwi-kerjaya, keluarga gabungan/blended family).

c) Memahami literatur semasa yang menggariskan teori,

pendekatan, strategi, dan teknik yang terbukti berkesan dalam

menangani sistem keluarga yang pelbagai.

d) Memahami kesan perkauman, diskriminasi, seksime, kuasa,

keistimewaan, dan penindasan ke atas kehidupan seseorang

serta klien.

Page 36: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

36

e) Memahami kesan dasar, program, dan perkhidmatan tempatan,

negeri, dan negara ke atas sistem keluarga yang pelbagai.

f) Mempamerkan kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan

yang berkesan kepada klien dalam masyarakat pelbagai

budaya.

g) Menyimpan maklumat yang berkaitan sumber komuniti bagi

tujuan rujukan yang sesuai.

h) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama

dan responsif bagi keperluan unik pasangan dan keluarga.

i) Mempamerkan kemampuan mengubahsuai sistem kaunseling,

teori, teknik, dan intervensi agar sesuai mengikut budaya bagi

keluarga yang pelbagai.

4.4 Penilaian

a) Mengetahui prinsip dan model penilaian, serta

pengkonseptualisasian kes, daripada perspektif sistem, termasuk

temu bual diagnostik, pemeriksaan status diagnostik mental,

inventori simptom, dan penilaian psiko-pendidikan dan

personaliti.

b) Memahami alat penilaian berkaitan perkahwinan dan

kekeluargaan yang sesuai bagi keperluan klien dalam

masyarakat pelbagai budaya.

Page 37: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

37

c) Memahami kesan ketagihan, trauma, psikofarmakologi,

kesihatan fizikal dan mental, kesejahteraan dan penyakit ke atas

fungsi perkahwinan dan keluarga.

d) Menggunakan kemahiran dalam temu bual, penilaian dan

pengurusan kes semasa bekerja dengan individu dan keluarga

daripada perspektif sistem.

e) Menggunakan model dan prosedur penilaian sistem bagi menilai

fungsi keluarga.

f) Menentukan anggota sesebuah sistem keluarga yang patut

terlibat dalam rawatan.

4.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang

berkaitan dengan amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga

secara kritis.

b) Mengetahui model-model program penilaian yang berkaitan

bagi amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga.

c) Mengetahui rawatan yang berasaskan bukti dan strategi asas

bagi menilai hasil kaunseling perkahwinan dan keluarga.

d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi

memaklumkan amalan kaunseling perkahwinan dan keluarga.

Page 38: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

38

e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program-program

kaunseling perkahwinan dan keluarga, intervensi dan rawatan.

f) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan

keberkesanan intervensi dan program-program kaunseling

perkahwinan dan keluarga.

5. KAUNSELING SEKOLAH

5.1 Pengetahuan Asas

a) Mengetahui sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling

sekolah dan sistem pendidikan.

b) Memahami etika dan undang-undang yang berkaitan dengan

amalan kaunseling sekolah.

c) Mengetahui peranan, fungsi, persekitaran dan identiti profesional

kaunselor sekolah yang berkaitan dengan hubungan peranan

pegawai sokongan dan profesional lain di sekolah.

d) Mengetahui organisasi profesional, piawai persediaan, dan

kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling sekolah.

e) Memahami model semasa program kaunseling sekolah dan

hubungan erat mereka dengan seluruh program pendidikan.

f) Memahami kesan (a) pertumbuhan dan perkembangan atipikal,

(b) kesihatan dan kesejahteraan, (c) bahasa, (d) tahap

Page 39: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

39

kebolehan, (e) isu-isu pelbagai budaya dan (f) faktor resilien

pembangunan dan pembelajaran pelajar.

g) Memahami operasi rancangan dan peranan pengurusan

kecemasan sekolah serta tanggungjawab kaunselor sekolah

semasa krisis, bencana dan peristiwa penyebab trauma.

h) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi

piawai etika dan undang-undang dalam kaunseling sekolah.

i) Mempamerkan kemampuan untuk menyatakan, membentuk

dan menyokong identiti dan program kaunseling sekolah yang

sesuai.

5.2 Kaunseling, Pencegahan dan Intervensi

a) Mengetahui teori dan proses kaunseling yang berkesan dan

kesejahteraan program bagi pelajar-pelajar secara individu dan

berkumpulan.

b) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,

mengurus dan menilai program bagi meningkatkan

pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi/sosial pelajar.

c) Mengetahui strategi bagi membantu pelajar mengenal pasti

kekuatan dan mengatasi masalah persekitaran dan

pembangunan.

Page 40: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

40

d) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,

mengurus, dan menilai program peralihan, termasuk sekolah-ke-

bekerja, kaunseling rancangan lepasan sekolah menengah dan

kemasukan ke kolej/universiti.

e) Memahami kedinamikan kumpulan termasuk kaunseling, psiko-

pendidikan, tugas, dan kumpulan bantuan rakan sebaya, dan

pemudahan pasukan bagi membolehkan pelajar mengatasi

halangan dan rintangan pembelajaran.

f) Memahami potensi kesan krisis, kecemasan dan bencana ke atas

pelajar, pendidik dan sekolah serta mengetahui kemahiran yang

diperlukan untuk intervensi krisis.

g) Mempamerkan kesedaran diri, kepekaan terhadap orang lain

dan kemahiran yang diperlukan untuk berhubung dengan

pelbagai individu, kumpulan dan bilik darjah.

h) Menyediakan kaunseling individu dan kumpulan serta panduan

bilik darjah bagi menggalakkan pembangunan akademik,

kerjaya, dan peribadi/sosial pelajar.

i) Merekabentuk dan melaksanakan rancangan pencegahan dan

intervensi yang berkait dengan kesan (a) pertumbuhan dan

perkembangan atipikal, (b) kesihatan dan kesejahteraan, (c)

bahasa, (d) tahap kebolehan, (e) isu-isu pelbagai budaya dan (f)

faktor resilien pembangunan dan pembelajaran pelajar.

Page 41: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

41

j) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur bagi

menilai dan mengurus risiko bunuh diri.

k) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor sekolah dan mendapatkan penyeliaan

atau merujuk klien apabila sesuai.

5.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami isu-isu budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan

politik yang berkaitan dengan kepelbagaian, kesaksamaan,

kecemerlangan pembelajaran pelajar.

b) Mengenal pasti peluang komuniti, persekitaran, institusi yang

meningkatkan dan menghalang pembangunan akademik,

kerjaya, peribadi/sosial pelajar.

c) Memahami bahawa dasar, program, dan amalan pendidikan

dapat dibangunkan, diadaptasi dan diubahsuai agar lebih

sesuai dengan keperluan pelajar dan keluarga mereka mengikut

budaya.

d) Memahami isu kaunseling pelbagai budaya, juga kesan tahap

kemampuan, pengstereotaipan, keluarga, status ekonomi sosial,

gender, dan identiti seksual serta kesannya terhadap

pencapaian pelajar.

Page 42: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

42

e) Mempamerkan kecekapan berbilang budaya dan kaitannya

dengan kepelbagaian, kesaksamaan, dan peluang

pembangunan dan pembelajaran pelajar.

f) Menyokong pembelajaran dan pengalaman akademik yang

diperlukan bagi menggalakkan pembangunan akademik,

kerjaya, peribadi/sosial pelajar.

g) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan sekolah yang

meningkatkan iklim sekolah yang positif dan saksama serta

responsif terhadap populasi pelajar berbilang budaya.

h) Melibatkan ibu bapa, penjaga dan keluarga bagi memajukan

tahap akademik, kerjaya dan peribadi, atau perkembangan

pelajar.

5.4 Penilaian

a) Memahami pengaruh pelbagai faktor (cth.,penderaan,

keganasan, kecelaruan makan, gangguan kurang

tumpuan/hiperaktif, kemurungan kanak-kanak) yang mungkin

memberi kesan kepada peribadi, sosial dan pemfungsian

akademik pelajar.

b) Mengetahui tanda dan simptom yang disebabkan oleh bahan

pada kanak-kanak dan remaja serta tanda dan simptom berada

di rumah di mana penyalahgunaan bahan berlaku.

Page 43: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

43

c) Mengenal pasti pelbagai bentuk keperluan penilaian

pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi/sosial.

d) Menilai dan menginterpretasi kekuatan dan keperluan pelajar,

serta menerima keunikan budaya, bahasa, nilai, latar belakang

dan kemampuan.

e) Memilih strategi penilaian yang sesuai yang dapat digunakan

untuk menilai pembangunan akademik, kerjaya, dan peribadi/

sosial pelajar.

f) Menganalisis maklumat penilaian yang dapat menghasilkan

inferens yang sah dan menilai keperluan pelajar secara individu

serta menilai keberkesanan program pendidikan.

g) Membuat rujukan kepada sumber sekolah dan masyarakat

mengikut kesesuaian.

h) Menilai rintangan yang menghalang perkembangan akademik,

kerjaya dan peribadi sosial pelajar.

5.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang

berkaitan dengan amalan kaunseling sekolah secara kritis.

b) Mengetahui model-model program penilaian bagi program

kaunseling sekolah.

Page 44: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

44

c) Mengetahui strategi asas bagi menilai hasil kaunseling dalam

kaunseling sekolah (cth.,pemerhatian tingkah laku, penilaian

program).

d) Mengetahui kaedah semasa dalam menggunakan data untuk

membuat keputusan secara akauntabiliti (cth.,rancangan

pembaikan sekolah, kad laporan sekolah).

e) Memahami hasil data penyelidikan dan amalan terbaik yang

dikenal pasti dalam sorotan kajian kaunseling sekolah.

f) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan bagi

menjelaskan amalan kaunseling sekolah.

g) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi program, aktiviti,

intervensi dan pengalaman kaunseling sekolah.

h) Menganalisis dan menggunakan data untuk meningkatkan

program-program kaunseling sekolah.

5.6 Pembangunan Akademik

a) Memahami kaitan program kaunseling sekolah dengan misi

akademik sekolah.

b) Memahami konsep, strategi asas, program dan amalan yang

direka bentuk untuk mengurangkan jurang pencapaian,

menggalakkan kejayaan akademik pelajar dan mengelakkan

pelajar tercicir daripada sekolah.

Page 45: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

45

c) Memahami reka bentuk kurikulum, pembangunan rancangan

pengajaran, strategi pengurusan bilik darjah dan strategi

pengajaran yang berbeza bagi kaunseling pengajaran dan

panduan bahan yang berkaitan.

d) Menjalankan program yang direka bentuk untuk meningkatkan

pembangunan akademik pelajar.

e) Melaksanakan strategi dan aktiviti bagi menyediakan pelajar

dengan pilihan dan peluang lepasan sekolah menengah yang

lebih luas.

f) Melaksanakan strategi pengajaran yang berbeza yang menjurus

kepada pengetahuan dan kemahiran terhadap bahan

pelajaran dan kandungan pedagogi bagi meningkatkan

pencapaian pelajar

5.7 Kerjasama dan Perundingan

a) Memahami pembangunan pelajar, kesejahteraan, dan

pembelajaran dapat ditingkatkan oleh kerjasama keluarga-

sekolah-komuniti.

b) Mengetahui strategi untuk menggalakkan, membangunkan,

meningkatkan kerja pasukan yang berkesan di sekolah dan di

dalam komuniti.

Page 46: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

46

c) Mengetahui bagaimana untuk membina pasukan bekerja yang

berkesan yang terdiri daripada staf sekolah, ibu bapa dan

anggota masyarakat untuk meningkatkan pembangunan

akademik, kerjaya, dan peribadi / sosial.

d) Memahami teori, model, dan proses sistem perundingan, dalam

sistem sekolah.

e) Mengetahui strategi dan kaedah bekerja dengan ibu bapa,

penjaga, keluarga dan masyarakat bagi memperkasakan

mereka untuk bertindak bagi pihak anak-anak.

f) Memahami pelbagai program intervensi rakan sebaya

(cth.,meditasi rakan sebaya, pementoran rakan sebaya, tunjuk

ajar rakan sebaya) dan bagaimana untuk menyelaraskan

mereka.

g) Mengetahui model kerjasama sekolah dan komuniti bagi

kesediaan dan tindak balas krisis/ bencana.

h) Bekerja bersama-sama dengan ibu bapa, penjaga dan keluarga

yang bertindak bagi pihak anak-anak mereka bagi menangani

masalah yang memberi kesan pada kejayaan pelajar di sekolah.

i) Mengesan sumber dalam komuniti yang dapat digunakan di

sekolah untuk memperbaiki pencapaian dan kejayaan pelajar.

Page 47: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

47

j) Berunding dengan guru, staf dan organisasi komuniti bagi

meningkatkan pembangunan akademik, kerjaya dan peribadi /

sosial pelajar.

k) Menggunakan strategi bantuan rakan sebaya dalam program

kaunseling sekolah.

l) Menggunakan prosedur rujukan dengan bantuan agen dalam

komuniti (cth.,pusat kesihatan mental, badan perniagaan,

kumpulan pekhidmatan) untuk mendapatkan bantuan bagi

pelajar dan keluarga mereka.

5.8 Kepemimpinan

a) Mengetahui kualiti, prinsip, kemahiran dan gaya kepemimpinan

yang berkesan.

b) Mengetahui strategi reka bentuk kepemimpinan bagi

meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah.

c) Mengetahui bagaimana untuk membentuk, melaksanakan,

mengurus, dan menilai program kaunseling sekolah yang

menyeluruh.

d) Memahami peranan penting kaunselor sekolah sebagai agen

perubahan sistem.

Page 48: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

48

e) Memahami peranan kaunselor sekolah dalam membantu

program kepemimpinan sekolah, kurikulum dan mesyuarat

penasihatan.

f) Turut serta dalam membentuk, melaksana, mengurus, dan

menilai pembangunan program kaunseling sekolah yang

menyeluruh.

g) Merancang dan membentangkan program pendidikan yang

berkait dengan kaunseling sekolah untuk kegunaan ibu bapa

dan guru (cth., bahan program pendidikan ibu bapa untuk

digunakan sebagai panduan dalam bilik darjah dan program

penasihat/nasihat untuk guru-guru.)

6. Kaunseling Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

6.1 Pengetahuan Asas

a) Memahami sejarah, falsafah, dan trend dalam kaunseling hal

ehwal pelajar kolej dan universiti.

b) Memahami pertimbangan etika dan undang-undang khususnya

yang berkaitan dengan amalan kaunseling hal ehwal pelajar

kolej dan universiti.

c) Memahami hubungan peranan pendidikan, peribadi / sosial dan

kerjaya dan tanggungjawab pelajar dan entiti lain dalam

komuniti pembelajaran.

Page 49: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

49

d) Mengetahui pelbagai peranan, fungsi dan persekitaran

profesional dan kaunselor hal ehwal pelajar yang bekerja dalam

pendidikan institusi pengajian tinggi.

e) Mengetahui piawaian penyediaan organisasi profesional, dan

kelayakan yang berkaitan dengan amalan kaunseling hal ehwal

pelajar institusi pengajian tinggi.

f) Memahami teori pembangunan pelajar termasuk kesejahteraan

holistik dan penyelidikan yang berkaitan terhadap pembelajaran

pelajar dan pembangunan peribadi.

g) Mengiktiraf trend semasa di pendidikan tinggi dan kepelbagaian

ciri serta pendidikan dan persekitaran institusi pengajian tinggi.

h) Memahami teori dan amalan organisasi, pengurusan dan

kepemimpinan.

i) Memahami strategi dan kepemimpinan diperlukan untuk

perkhidmatan yang terangkum dalam pembangunan pelajar

kolej dan universiti dalam aspek kemasukan, kewangan,

bantuan, penasihatan akademik, khidmat kehakiman, sukan

rekreasi, khidmat ketakupayaan, hal ehwal antarabangsa dan

khidmat kesihatan.

j) Biasa dengan konsep budaya organisasi, belanjawan dan

kewangan serta amalan kakitangan dalam pendidikan di

peringkat institusi pengajian tinggi.

Page 50: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

50

k) Memahami kesan krisis, bencana dan peristiwa penyebab

trauma ke atas komuniti pendidikan peringkat institusi pengajian

tinggi.

l) Memahami operasi institusi kecemasan, pelan pengurusan, dan

peranan kaunselor dan profesional hal ehwal pelajar dalam

pendidikan institusi pengajian tinggi semasa krisis, bencana dan

peristiwa penyebab trauma.

m) Mempamerkan kemampuan menggunakan dan mematuhi

piawaian etika dan undang-undang dalam kaunseling hal ehwal

pelajar di institusi pengajian tinggi.

n) Mempamerkan kefahaman tentang saling hubungan dalam

peranan pendidikan, peribadi/ sosial dan kerjaya serta

tanggungjawab pelajar dan pihak-pihak lain dalam komuniti

pembelajaran.

o) Mempamerkan kemampuan untuk memahami bantuan dan

menyokong pembangunan dan pembelajaran pelajar di institusi

pengajian tinggi.

p) Menggunakan pengetahuan tentang isu-isu yang memberi

kesan amalan hal ehwal pelajar (cth., dasar awam tadbir urus

kewangan, budaya, konteks, persefahaman global pendidikan

antarabangsa).

Page 51: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

51

q) Mempamerkan kefahaman tentang kepemimpinan, amalan

organisasi dan pengurusan yang membantu institusi mencapai

misinya.

r) Turut serta membentuk, melaksanakan pengurusan dan

penilaian bagi program hal ehwal pelajar, dan sedar bahawa

kepelbagaian sistem dan konteks persekitaran memberi kesan

kepada peserta.

s) Mempamerkan dan memahami kesan krisis, bencana dan

peristiwa penyebab trauma terhadap psikologi pelajar di institusi

pengajian tinggi.

6.2 Kaunseling, Pencegahan dan Intervensi

a) Mengenal pasti faktor-faktor khusus yang berkait dengan

pembangunan dan perancangan peribadi, sosial, pendidikan,

dan kerjaya yang sesuai bagi pendidikan pelajar di institusi

pengajian tinggi.

b) Memahami kedinamikan individu dan kumpulan dalam

penasihatan, kaunseling, pengajaran, perantaraan, dan

memudahkan peluang pelajar dalam pendidikan di institusi

pengajian tinggi.

c) Mengetahui prinsip-prinsip intervensi ketagihan, perundingan,

pendidikan, dan bantuan pelajar dalam pendidikan di institusi

pengajian tinggi.

Page 52: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

52

d) Memahami prinsip-prinsip intervensi bagi mereka yang berada di

dalam komuniti pembelajaran semasa krisis, dan bencana dalam

pendidikan di institusi pengajian tinggi.

e) Mempamerkan keupayaan untuk mengenal pasti kemampuan

sendiri sebagai kaunselor kolej dan universiti atau profesional hal

ehwal pelajar dan mendapatkan penyeliaan atau merujukkan

klien apabila sesuai.

f) Menggunakan kecekapan pelbagai budaya terhadap amalan

kaunseling di sekolah, kolej dan universiti.

g) Mempamerkan kemahiran yang perlu bagi membantu kejayaan

akademik, sosial dan kerjaya pelajar di institusi pengajian tinggi.

h) Mempamerkan kemahiran dalam membantu pelajar di institusi

pengajian tinggi mengatasi masalah peribadi dan antara

perseorangan, serta kemahiran dalam intervensi krisis dalam krisis

peribadi, pendidikan dan komuniti.

i) Mempamerkan kemampuan menggunakan prosedur yang

sesuai untuk menilai dan mengurus risiko bunuh diri.

j) Mempamerkan pemahaman umum prinsip dan model penilaian

biopsikososial dan pengkonseptualisasi kes yang membawa

kepada kaunseling yang bersesuaian bagi pelajar pendidikan di

institusi pengajian tinggi.

Page 53: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

53

k) Turut serta dalam membentuk, melaksana dan menilai program-

program yang menggalakkan kesejahteraan serta perkhidmatan

pencegahan dan intervensi bagi pelajar dalam pendidikan di

institusi pengajian tinggi.

6.3 Kepelbagaian dan Sokongan

a) Memahami pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi

dalam masyarkat pelbagai budaya termasuk ciri-ciri seperti status

imigran, ketakupayaan, kemampuan atau bakat ekstrim, latar

belakang budaya, kerohanian dan situasi keluarga.

b) Memahami gaya pembelajaran serta rintangan institusi, sistemik,

dan antara perseorangan terhadap pembelajaran pendidikan di

institusi pengajian tinggi.

c) Mengetahui kuasa utama sosiopolitik dan sosioekonomi yang

memberi kesan kepada semua pelajar.

d) Memahami kesan diskriminasi dan penindasan dalam pendidikan

di institusi pengajian tinggi.

e) Mengenali keperluan khusus pelajar dalam pendidikan di institusi

pengajian tinggi, termasuk penduduk, pelajar jarak jauh, pelajar

kurang upaya, pelajar dewasa dan pelajar atlet.

f) Memahami isu-isu budaya, etika, ekonomi, undang-undang dan

politik yang berkait dengan kepelbagaian, kesaksamaan dan

kecemerlangan pembelajaran pelajar.

Page 54: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

54

g) Mempamerkan bagaimana peluang pembelajaran pelajar

dipengaruhi oleh ciri-ciri yang ada pada pelajar dan persekitaran

di institusi pengajian tinggi.

h) Menganalisis keperluan pelajar di institusi pengajian tinggi bagi

peluang pembangunan dan pembelajaran yang sesuai.

i) Bekerjasama dengan komuniti di institusi pengajian tinggi bagi

membantu warga pelajar lain menggunakan sumber komuniti

untuk memperbaiki pembangunan dan pembelajaran mereka.

j) Menggunakan kecekapan berbilang budaya untuk berkhidmat

kepada pelbagai populasi pelajar di institusi pengajian tinggi.

k) Menangani isu-isu kaunseling berbilang budaya kerana ia berkait

dengan pembangunan dan kemajuan pelajar pendidikan di

institusi pengajian tinggi (cth., diskriminasi, kuasa, keistimewaan,

penindasan, nilai).

l) Menyokong dasar, program, dan perkhidmatan yang saksama

dan responsif dengan keperluan unik pelajar di institusi pengajian

tinggi.

6.4 Penilaian

a) Mengetahui prinsip dan model penilaian bagi pembangunan

pelajar lepasan menengah, pengkonseptualisasi kes, teori

pembangunan manusia, dan konsep kenormalan serta

Page 55: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

55

psikopatologi yang membawa kepada rujukan atau

pembangunan rancangan rawatan kaunseling yang sesuai.

b) Mengetahui teori dan kaedah semasa dalam menggunakan

data penilaian, khususnya program penilaian dan model

penilaian persekitaran, untuk menyokong pembuatan keputusan

berdasarkan data/maklumat.

c) Menilai dan menginterpretasi keperluan pelajar di institusi

pengajian tinggi, menerima keunikan budaya, bahasa, nilai, latar

belakang dan kemampuan.

d) Menganalisis dan menggunakan pelbagai sumber data,

termasuk data institusi, bagi membuat keputusan dalam

memperbaiki program pelajar yang berbeza-beza.

6.5 Penyelidikan dan Penilaian

a) Memahami bagaimana untuk menilai penyelidikan yang

berkaitan dalam amalan kaunseling hal ehwal pelajar di kolej

dan universiti secara kritis.

b) Mengetahui model program penilaian bagi kaunseling hal ehwal

pelajar di kolej dan universiti termasuk ukuran bagi proses dan

hasil pembelajaran serta penilaian organisasi dan persekitaran di

institusi pengajian tinggi.

Page 56: SENARAI KOMPONEN LATIHAN YANG BOLEH … · 2019. 11. 6. · terapeutik dalam kelompok. b) ... Piawai latihan pemimpin kelompok. 5. ... Prinsip, model, aplikasi taksiran keperluan,

56

c) Mengetahui strategi asas untuk menilai hasil kaunseling dan /

atau hasil program kaunseling hal ehwal pelajar kolej dan

universiti.

d) Menggunakan hasil penyelidikan yang berkaitan untuk

menjelaskan amalan kaunseling hal ehwal pelajar di kolej dan

universiti.

e) Membangunkan hasil yang dapat diukur bagi aktiviti

pembangunan kaunseling pelajar kolej dan universiti.

f) Menganalisis dan menggunakan data bagi meningkatkan

program kaunseling hal ehwal pelajar kolej dan universiti.

g) Mempamerkan kemampuan menyediakan cadangan

penyelidikan untuk penilaian.