banding beza model kounin - glasier

18
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KUMPULAN 6

Upload: e-lak

Post on 02-Jul-2015

388 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Banding Beza Model Kounin - Glasier

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

KUMPULAN 6

Page 2: Banding Beza Model Kounin - Glasier

BANDING BEZA MODEL

DISIPLIN KOUNIN DAN

GLASSER

Page 3: Banding Beza Model Kounin - Glasier

PENGENALAN

Model disiplin ini adalah merupakan salah satu cara untuk mengawal bilik darjah.Model disiplin yang akan diterangkan ialah:

- Model KOUNIN- Model GLASSER

Kedua-dua model ini mempunyai cara penyampaian yang berbeza.

SO, SILA BERI PERHATIAN !!!!!

Page 4: Banding Beza Model Kounin - Glasier

MODEL KOUNIN

Jacob S Kounin, 1970 ahli teoris bidang pengurusan bilik darjah.

Menulis buku berjudul ‘Discipline and Group Management in Classrooms’.

Menggabungkan antara disiplin dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 5: Banding Beza Model Kounin - Glasier

MODEL KOUNIN

Model ini memfokuskan kepada disiplin preventif.Teknik dan strategi yang direka adalah untuk mencegah terjadinya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah.Pengurusan bilik darjah yang baik bergantung kepada pengurusan P&P yang berkesan.

Page 6: Banding Beza Model Kounin - Glasier

PRINSIP PENGAJARAN KOUNIN

Guru mestilah memerhatikan semua aspek bilik darjah.Guru dapat mengajar secara efektif dan dapat membuat pelajar menumpukan perhatian dalam kelas.Guru seharusnya boleh melakukan 2 aktiviti dalam satu masa.Semua aktiviti yang dilakukan oleh guru mestilah mudah tetapi dapat mencabar minda pelajar.

Page 7: Banding Beza Model Kounin - Glasier

TEKNIK PENGURUSAN BILIK DARJAH KOUNIN

“With-itness”Bertindan-tindih

KelicinanMomentum

Kepekaan kelompok

Page 8: Banding Beza Model Kounin - Glasier

TEKNIK HURAIAN

RINGKAS

TINDAKAN GURU

“ With-itness” Kebolehan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa.

Peka terhadap bunyi dalam bilik

darjah.

Susun kerusi & meja murid supaya

tiada yang terselindung.

Maklumkan apabila mengesan salah

laku yang timbul agar dapat

mengawalnya sebelum bertambah

buruk.

Bertindan-tindih Kebolehan guru untuk menangani dengan berkesan 2 peristiwa pada 1 masa yang sama.

Sambil tumpukan perhatian pada 1

kumpulan, guru juga perlu prihatin

terhadap persekitaran. Misalnya lalu

lintas di koridor, gerak-geri murid

yang duduk di barisan belakang

kelas.

Page 9: Banding Beza Model Kounin - Glasier

TEKNIK HURAIAN

RINGKAS

TINDAKAN GURU

Kelicinan Kebolehan guru untuk membuat peralihan licin antara dua aktiviti pembelajaran.

Buat perancangan awal agar dapat

mengawal berlakunya perkara-

perkara yang tidak berkaitan.

Tidak mengganggu murid yang buat

kerja.

Bantu murid yang ada masalah.

Momentum Kebolehan guru memastikan pembelajaran berlaku pada kadar yang stabil.

Tidak mengulang konsep kecil yang

telah difahami murid.

Betulkan kesilapan murid secara

terus dan lanjutkan pengajaran.

Benarkan murid bergerak ke aktiviti

lain tanpa menunggu murid yang

lambat.

Page 10: Banding Beza Model Kounin - Glasier

TEKNIK HURAIAN

RINGKAS

TINDAKAN GURU

Kepekaan kelompok

Kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka .

Kemukakan soalan setelah pastikan

tumpuan semua murid.

Wujudkan minat murid melalui soalan

yang bercorak suspen.

Minta seluruh kelas menjawab

bersama-sama.

Mengelilingi kelas sambil minta murid

tunjukkan hasil kerja mereka.

Minta seorang murid menjawab

sambil memandang ke arah murid

lain.

Page 11: Banding Beza Model Kounin - Glasier

MODEL GLASSERDr William Glasser dilahirkan pada 11 Mei 1925 di Cleveland, Ohio.

Pelopor kepada Model terapi realiti dan teori pilihan.

Glasser mendirikan The Institute for Terapi Realiti pada tahun 1967, dan ditukar namanya kepada Institut Teori Kawalan, Terapi Realiti dan Pengurusan Kualiti 1994 dan kemudian William Glasser Institute pada tahun 1996.

Page 12: Banding Beza Model Kounin - Glasier

PRINSIP TERAPI REALITIIndividu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Ia tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki.

Page 13: Banding Beza Model Kounin - Glasier

PELAJAR MEMERLUKAN 4 KEPERLUAN :

1. Keperluan untuk memiliki

- kawan, terlibat aktiviti kelas bersama guru

2. Keperluan terhadap

kuasa/pengaruh .- rasa diri diperlukan,

disedari kehadirannya dan ingin bersaing

3. Keperluan terhadap kebebasan.

- bebas buat pilihan dan keputusan sendiri

4. Keperluan untuk berseronok.

-bilik darjah yang kondusif , menarik dan dapat

memotivasikan.

Page 14: Banding Beza Model Kounin - Glasier

b1. Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar)

2. Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas.

PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH GLASSER :

Page 15: Banding Beza Model Kounin - Glasier

• Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik• Membina hubungan baik dengan pelajar

3. Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan dua cara:

4. Guru perlu bertanyakan kepada murid “Apa yang kamu lakukan?” daripada bertanyakan “ Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?” bagi mengelakkan pelajar menjadi bingung. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya.

Page 16: Banding Beza Model Kounin - Glasier

5. Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut.

6. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik.

7. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedah “time-out” yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat perjanjian yang baru.

Page 17: Banding Beza Model Kounin - Glasier

8. Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan pelajar yang ditahan.

9. Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari.

10. Langkah terakhir ialah, pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut

Page 18: Banding Beza Model Kounin - Glasier

KESIMPULAN : MODEL KOUNIN MODEL GLASSER

- Menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik.

- Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa ganggu atau menjangkaui keperluan dan kehendak individu lain.

- Guru tidak ganggu murid semasa lakukan aktiviti tetapi membantu murid yang bermasalah secara individu.

- Guru wujudkan hubungan baik dengan pelajar dan bantu mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.