model pemprosessan maklumatdocx

3
4.0 Model Pemprosesan Maklumat Model ini bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input- output. Maklumat merupakan input yang diperoleh oleh murid daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrievel. Maka, pemprosesan maklumat adalah sebagai satu operasi mental bagaimana murid belajar melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Oleh itu, model pemprosesan maklumat amat berkait rapat dengan pemikiran murid-murid dalam bilik darjah Model ini bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengajar dan langkah- langkah mengajar yang lebih berkesan. Ia juga dapat membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk pengajar seterusnya menjadi panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran selanjutnya.

Upload: hanna-ryha

Post on 17-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mpm

TRANSCRIPT

4.0 Model Pemprosesan MaklumatModel ini bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output.

Maklumat merupakan input yang diperoleh oleh murid daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrievel. Maka, pemprosesan maklumat adalah sebagai satu operasi mental bagaimana murid belajar melibatkan proses menerima, mengenkod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994). Oleh itu, model pemprosesan maklumat amat berkait rapat dengan pemikiran murid-murid dalam bilik darjah

Model ini bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengajar dan langkah-langkah mengajar yang lebih berkesan. Ia juga dapat membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk pengajar seterusnya menjadi panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran selanjutnya.

Soalan: Bagaimana model ini membantu murid dalam pencapaian akademik? Jelaskan kaedah / maksud/ ciri2.

Penyerapan dan pemahaman bahan pembelajaran (input) oleh murid tentang pembelajaran adalah amat penting untuk menjamin pencapaian akademik yang mampan. Aliran penyampaian input haruslah disusun atur dengan baik supaya minda pelajar dapat menerima dan memahami bahan pembelajaran dengan lebih baik.

Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.