model dick

5
kpt6043 TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web (1996) Model Reiser & Dick Perancangan pengajaran : *Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996) 1. Mengenalpasti matlamat pengajaran Matlamat pengajaran diperolehi daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran. Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasil pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar iaitu dengan melihat perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran matapelajaran yang diajar. 2. Menganalisa pelajar Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran. Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berbeza. Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar dianalisa dengan melihat tahap pencapaian yang diperolehi dalam ujian lepas. Oleh itu, guru dapat mengenalpasti tahap murid di dalam kelas yang diajar iaitu samada murid pintar, sederhana, dan lemah. Dengan ini, guru dapat menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap kognitif murid. 1

Upload: ainalita-zazni-adnan

Post on 02-Jul-2015

523 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model dick

kpt6043

TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web

(1996)Model Reiser & Dick

Perancangan pengajaran :

*Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)

1. Mengenalpasti matlamat pengajaran

• Matlamat pengajaran diperolehi daripada huraian sukatan pelajaran,

taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah

pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan

pelajaran.

• Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran.

Matlamat yang penting ialah dari segi hasil pembelajaran yang

diperolehi oleh pelajar iaitu dengan melihat perubahan tingkahlaku dan

sikap pelajar dalam pembelajaran matapelajaran yang diajar.

2. Menganalisa pelajar

• Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu

pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum

pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu

diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran.

• Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula.

Analisis pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya

dapat membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian

pembelajaran yang berbeza.

• Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, pelajar dianalisa

dengan melihat tahap pencapaian yang diperolehi dalam ujian lepas.

Oleh itu, guru dapat mengenalpasti tahap murid di dalam kelas yang

diajar iaitu samada murid pintar, sederhana, dan lemah. Dengan ini,

guru dapat menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap kognitif

murid.

1

Page 2: Model dick

kpt6043

3. Mengenalpasti objektif

• Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat

pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-

mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa

perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai

oleh pelajar.

• Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk tajuk Tamadun Awal Asia

Tenggara bagi Sejarah Tingkatan 4 ini ialah memastikan murid dapat

mengetahui cirri-ciri kedua-dua kerajaan iaitu Kerajaan Agraria dan

Kerajaan Maritim. Selain itu, murid juga diharap dapat menyenaraikan

perbezaan cirri-ciri binaan kedua-dua candi di dalam kerajaan tersebut

iaitu candi Angkor Wat dan Candi Borubudur.

4. Merancang aktiviti pengajaran

• Aktiviti pengajaran yang berkesan dapat memastika pengajaran

pada hari tersebut dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

Strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih

media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran.

• Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran,

persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan

aktiviti susulan.

• Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan

berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar

yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya

adalah penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran

disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu

objektif pembelajaran yang telah ditentukan.

• Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti

berikut :

2

Page 3: Model dick

kpt6043

i. Set Induksi – Guru member gambaran awal pengajaran dengan

menayang klip video candi Angkor Wat dan candi Burubudur.

Murid bersoal jawab mengenai bentuk fizikal kedua-dua candi.

http://www.youtube.com/watch?v=708wKcMVvFA

http://www.youtube.com/watch?v=N23NEY_oKvQ&feature=related

ii. Langkah 1 - Guru menunjukkan peta kedua-dua kerajaan dan

murid menyatakan bentuk-bentuk kerajaan aw al di Asia

Tenggara melalui gambar/carta yang ditunjukkan.

Menyenaraikan ciri-ciri kerajaan agrarian Menyenaraikan ciri-

ciri kerajaan maritim. Murid menyaksikan video mengenai candi

Angkor Wat dan candi Borubudur dan membuat perbandingan

dari segi ciri-ciri binaan kedua-dua candi tersebut.

http://www.youtube.com/results?search_query=MTAMAT&aq=f

iii. Langkah 2 - .Murid diberi masa untuk mencari maklumat

mengenai Candi Angkor Wat dan Candi Burubudur di dalam

internet. Guru memberi peluang murid menjawab soalan

pengukuhan di dalam laman web: http://proprofs.com

iv. Penutup - Guru menyoal semula semula mengenai perbezaan

yang terdapat di antara dua kerajaan yang telah dipelajari.

Pelajar merumuskan semua isi pengajaran yang telah dipelajari

secara perbincangan kelas. Guru membuat kesimpulan topik

dan menunjukkan semula video mengenai kedua-dua kerajaan.

5. Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)

• Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru

dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk

membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan

pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari

segi kepakaran dan kewangan.

3

Page 4: Model dick

kpt6043

• Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran.

Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak

tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya

bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran

yang menarik dan bermakna sekaligus membantu pencapaian

matlamat pembelajaran.

• Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses

pengajaran bagi tajuk Tamadun Awal Asia Tenggara, media yang

digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah dan dimanipulasi

dari laman-laman web yang berkaitan seperti Youtube.

6. Membina alat penilaian

• Ujian sememangnya amat penting di dalam melihat samada proses

pengajaran itu berkesan atau tidak. Ujian yang menekankan fakta yang

menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu

penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran.

• Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung

dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap

pencapaian pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada

guru untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah

dilaksanakan.

• Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah ujian

berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar menghuraikan dan

menyenaraikan jawapan-jawapan yang betul.

7. Melaksanakan pengajaran

• Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan

pengajaran yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan

perancangan yang teliti di mana pengenalpastian matlamat

pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran, perancangan

aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat

pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan

kawalan/bimbingan guru yang baik.

4

Page 5: Model dick

kpt6043

• Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Tamadun Awal

Tenggara ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran

telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru menjayakannya.

8. Menyemak semula pengajaran

a. Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui

pemerhatian /penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan

selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil

dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah

seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan

dalam pembelajaran murid.

5