model assure.pdf

3
Model ASSURE Dalam perbincangan ini, Model ASSURE (Heinich, Molenda & Russel, 1889) akan disentuh dan dibincangkan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana merancang proses pengajaran pembelajaran. Model ini diasaskan oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Terdapat enam langkah yang perlu diikuti: 1. Analisis Ciri-Ciri Pelajar (Analize Learner Characteristics) Ciri-ciri umum pelajar: - jantina - umur - bakat - taraf sosioekonomi - kebolehan (membaca/menulis Ciri-ciri kesediaan dan pengetahuan sedia ada berdasarkan topik dan kandungan pelajaran: - pengetahuan - kemahiran - sikap 2. Menyatakan Objektif (State Objective) Nyatakan apakah objektif yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar. Pernyataan objektif haruslah khusus dan boleh dicapai (boleh diukur/dicerap pencapaiannya (dalam bentuk tingkah laku). Hasil pembelajaran dapat ditentukan oleh objektif pembelajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Leishin, Pollock dan Reigeluth (1992) berpendapat keputusan untuk memilih media hanya dibuat setelah domain pembelajaran, tugasan dan peristiwa pengajaran ditetapkan manakala Gropper (1976) berpendapat media dipilih kerana keupayaannya untuk melaksanakan strategi pengajaran (dicatat dari Yusup (1994)). Lima (5) jenis hasil pembelajaran yang perlu ialah; (Gagne', Briggs dan Wager, 1988) i) Kemahiran intelek ii) Maklumat lisan iii) Strategi kognitif iv) Kemahiran motor v) Sikap Kenalpasti

Upload: jagathisdaarsiitha

Post on 30-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • Model ASSURE

    Dalam perbincangan ini, Model ASSURE (Heinich, Molenda & Russel, 1889) akan

    disentuh dan dibincangkan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam

    bagaimana merancang proses pengajaran pembelajaran.

    Model ini diasaskan oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989).

    Terdapat enam langkah yang perlu diikuti:

    1. Analisis Ciri-Ciri Pelajar (Analize Learner Characteristics)

    Ciri-ciri umum pelajar:

    - jantina

    - umur

    - bakat

    - taraf sosioekonomi

    - kebolehan (membaca/menulis

    Ciri-ciri kesediaan dan pengetahuan sedia ada berdasarkan topik dan

    kandungan pelajaran:

    - pengetahuan

    - kemahiran

    - sikap

    2. Menyatakan Objektif (State Objective)

    Nyatakan apakah objektif yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar.

    Pernyataan objektif haruslah khusus dan boleh dicapai (boleh diukur/dicerap

    pencapaiannya (dalam bentuk tingkah laku).

    Hasil pembelajaran dapat ditentukan oleh objektif pembelajaran yang telah ditetapkan

    terlebih dahulu. Leishin, Pollock dan Reigeluth (1992) berpendapat keputusan untuk

    memilih media hanya dibuat setelah domain pembelajaran, tugasan dan peristiwa

    pengajaran ditetapkan manakala Gropper (1976) berpendapat media dipilih kerana

    keupayaannya untuk melaksanakan strategi pengajaran (dicatat dari Yusup (1994)).

    Lima (5) jenis hasil pembelajaran yang perlu ialah; (Gagne', Briggs dan Wager, 1988)

    i) Kemahiran intelek

    ii) Maklumat lisan

    iii) Strategi kognitif

    iv) Kemahiran motor

    v) Sikap

    Kenalpasti

  • 3. Memilih, Mengubahsuai Atau Mereka Bentuk Bahan. (Select, Modify Or

    Design materials)

    Pilihlah beberapa kaedah atau strategi pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan

    pelajaran anda. Guru juga boleh memilih media yang sesuai dengan isi kandungan

    pelajaran yang akan diajar.

    4. Menggunakan Bahan (Utilize materials)

    Semasa melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan

    media pengajaran yang sesuai supaya membantu pelajar memahami isi kandungan

    pelajaran disamping menarik minat untuk belajar.

    Sediakan persekitaran atau tempat

    Persediaan tempat lebih awal akan melancarkan pengajaran. Contoh, sekiranya

    pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan di makmal sains, guru perlu bersedia

    dengan peralatan yang lengkap dan berfungsi dengan baik. Biasanya peralatan

    teknologi pendidikan ditempatkan di sebuah bilik khas seperti bilik tayang atau pusat

    sumber sekolah. Guru perlu mempastikan persekitaran dan tempat untuk melakukan

    pengajaran telah ditempah dan peralatan yang terdapat dalam bilik tersebut berfungsi

    dengan sempurna.

    Sediakan pelajar

    Guru perlu memberikan maklumat mengenai isi kandungan pengajaran sebelum

    pengajaran tersebut dilakukan. Maklumat yang penting adalah seperti latar belakang,

    istilah penting, vokabulari, objektif dan rasional.

    Persembahan

    Guru perlu dapat mengawal tumpuan perhatian pelajar dan berkeupayaan untuk

    mengubah perhatian melalui beberapa kaedah seperti;

    o pergerakan badan

    o kedudukan badan

    o menjadikan suasana sentiasa ceria - unsur kecindan (humour)

    o mengawal tumpuan pelajar seperti tumpuan mata (eye contact)

    penggunaan OHP dapat menghasilkannya

    o Membuat kejutan (surprise) pelajar dengan membuat kesimpulan yang

    tidak diduga dan sebagainya

    o sinkronisasi suara dan visual sentiasa diambil perhatian

  • 5. Memerlukan Tindak Balas Pelajar (Require learner response)

    Pembelajaran tidak akan berlaku jika tidak ada tindak balas daripada pelajar. Aktiviti

    yang diberikan kepada pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan dapat menghasilkan

    tindakbalas. Guru juga perlu bertindak balas terhadap tindak balas pelajar seperti

    memberikan kata pujian, rangsangan dan dorongan serta pengukuhan. Memberikan

    latihan dan aktiviti yang lebih mencabar juga merupakan rangsangan kepada pelajar.

    Fikirkan rangsangan yang dapat dihasilkan oleh pelajar dari media yang akan di

    hasilkan. Apakah deria yang terlibat? rasa, bau, sentuhan, pendengaran, penglihatan!

    Ciri-ciri fizikal seperti warna, bentuk, reka bentuk, penghurufan dan ketahanan adalah

    dapat merangsang tindak balas pelajar semasa media digunakan.

    6. Penilaian (Evaluate)

    Apakah objetif tercapai?

    Adakah media itu membantu proses pengajaran pembelajaran?

    Adakah semua pelajar menggunkan media dengan cara yang betul?

    Adakah suasana pembelajaran selesa?

    Adakah guru dapat memberikan perhatian individu?

    Penilaian boleh dijalankan secara formatif atau sumatif sama ada bentuk lisan atau

    bertulis.

    Rujukan:

    Dick, W. and Reiser, R. (1989) Planning effective instruction. New Jersey: Prentice-

    Hall Inc.

    Heinich, R., Molenda, M. and Russell, J.D. (1991). Instructional Media and

    Technologies of instruction (4th ed.) New York: MacMillan Publisher Ltd.

    Kemp, J.E. (1989). Planning and Producing Audiovisual materials (5th. Ed.). New

    York: Harper and Row.

    Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

    Pencapaian Pelajar Proses Pembelajaran

    Penilaian Dibuat Terhadap