model assure

5
Model Assure Model ini diasaskan oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Model ini banyak digunakan oleh guru-guru di seluruh dunia kerana sifatnya yang praktikal dan efektif dalam menentukan dan mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Praktikal yang dimaksudkan di sini ialah mudah dijalankan dan dilaksanakan manakala efektif pula ialah keberkesanannya apabila diamalkan. Praktikal dan efektifnya sesuatu model reka bentuk pengajaran boleh menyumbang kepada perubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkah laku inilah yang merujuk kepada berlakunya pembelajaran dalam kelas. Model Assure ini mempunyai 6 langkah mudah bagi memudahkan guru mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 6 langkah tersebut ialah : 1. A (Analyses learner) – Analisis pelajar 2. S (State objectives) – Nyatakan objektif 3. S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber 4. U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber 5. R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar 6. E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula Langkah 1 : Analisis Ciri-Ciri Pelajar (Analize Learner Characteristics) Langkah pertama yang harus seorang guru lakukan ialah menganalisis ciri-ciri pelajarnya. Kuncinya di sini bagi guru ialah kenal pasti terlebih dahulu ciri-ciri pelajarnya. Guru boleh menganalisis berdasarkan ciri-ciri umum pelajarnya dan ciri-ciri kesediaan dan pengetahuan sedia ada berdasarkan topik dan kandungan pelajaran. Ciri- ciri umum pelajar merangkumi jantina, umur, bakat, taraf sosioekonomi, dan kebolehan pelajar tersebut. Ciri-ciri umum ini penting dianalisis

Upload: fahmi2010

Post on 22-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Model Assure

Model Assure

Model ini diasaskan oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Model ini banyak digunakan oleh

guru-guru di seluruh dunia kerana sifatnya yang praktikal dan efektif dalam menentukan dan

mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Praktikal yang

dimaksudkan di sini ialah mudah dijalankan dan dilaksanakan manakala efektif pula ialah

keberkesanannya apabila diamalkan. Praktikal dan efektifnya sesuatu model reka bentuk

pengajaran boleh menyumbang kepada perubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkah

laku inilah yang merujuk kepada berlakunya pembelajaran dalam kelas.

Model Assure ini mempunyai 6 langkah mudah bagi memudahkan guru mereka bentuk

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 6 langkah tersebut ialah :

1. A (Analyses learner) – Analisis pelajar2. S (State objectives) – Nyatakan objektif 3. S (Select method, media and materials) – Pilih kaedah, media & bahan sumber 4. U (Utilise media and materials) – Gunakan media & bahan sumber 5. R (Require learner response / participation) – Libatkan pelajar 6. E (Evaluate and revise materials)- Nilai & semak semula

Langkah 1 : Analisis Ciri-Ciri Pelajar (Analize Learner Characteristics)

Langkah pertama yang harus seorang guru lakukan ialah menganalisis ciri-ciri pelajarnya.

Kuncinya di sini bagi guru ialah kenal pasti terlebih dahulu ciri-ciri pelajarnya. Guru boleh

menganalisis berdasarkan ciri-ciri umum pelajarnya dan ciri-ciri kesediaan dan pengetahuan

sedia ada berdasarkan topik dan kandungan pelajaran. Ciri-ciri umum pelajar merangkumi

jantina, umur, bakat, taraf sosioekonomi, dan kebolehan pelajar tersebut. Ciri-ciri umum ini

penting dianalisis guru sebagai gambaran awal “siapa sebenarnnya pelajarnya”. Ciri-ciri

kesediaan dan pengetahuan sedia ada berdasarkan topik dan kandungan pelajaran pula

merangkumi pengetahuan sedia ada, kemahiran dan sikap pelajarnya. Perkara ini juga penting

kerana boleh menunjukkan tahap keupayaan pelajar dalam menerima isi pembelajaran. Justeru

itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai untuk pelajarnya.

Langkah 2 : Menyatakan Objektif (State Objective)

Langkah dua ini memerlukan guru menyatakan apakah objektif yang diharapkan dapat dicapai

oleh pelajarnya. Pernyataan objektif haruslah khusus dan boleh dicapai (boleh diukur/dicerap

pencapaiannya (dalam bentuk tingkah laku). Hasil pembelajaran dapat ditentukan oleh objektif

pembelajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Leishin, Pollock dan Reigeluth (1992)

Page 2: Model Assure

berpendapat keputusan untuk memilih media hanya dibuat setelah domain pembelajaran,

tugasan dan peristiwa pengajaran ditetapkan manakala Gropper (1976) berpendapat media

dipilih kerana keupayaannya untuk melaksanakan strategi pengajaran (dicatat dari Yusup

(1994)).

Lima (5) jenis hasil pembelajaran yang perlu ialah berdasarkan Gagne', Briggs dan Wager, (1988)

1. Kemahiran intelek2. Maklumat lisan3. Strategi kognitif4. Kemahiran motor5. Sikap

Langkah 3 : Memilih, Mengubahsuai Atau Mereka Bentuk Bahan. (Select, Modify Or Design materials)

Dalam langkah ketiga, guru memilih beberapa kaedah atau strategi pengajaran yang sesuai

dengan isi kandungan pelajaran. Guru juga boleh memilih media yang sesuai dengan isi

kandungan pelajaran yang akan diajar. Bahan pengajaran yang sesuai dan efektif boleh

menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menarik.

Langkah 4 : Menggunakan Bahan (Utilize materials)

Semasa melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan media

pengajaran yang sesuai supaya membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran

disamping menarik minat untuk belajar.

Sediakan persekitaran atau tempat

Persediaan tempat lebih awal akan melancarkan pengajaran. Contoh, sekiranya pengajaran

dan pembelajaran akan dilakukan di makmal sains, guru perlu bersedia dengan peralatan yang

lengkap dan berfungsi dengan baik. Biasanya peralatan teknologi pendidikan ditempatkan di

sebuah bilik khas seperti bilik tayang atau pusat sumber sekolah. Guru perlu mempastikan

persekitaran dan tempat untuk melakukan pengajaran telah ditempah dan peralatan yang

terdapat dalam bilik tersebut berfungsi dengan sempurna.

Page 3: Model Assure

Sediakan pelajar

Guru perlu memberikan maklumat mengenai isi kandungan pengajaran sebelum pengajaran

tersebut dilakukan. Maklumat yang penting adalah seperti latar belakang, istilah penting,

vokabulari, objektif dan rasional.

Persembahan

Guru perlu dapat mengawal tumpuan perhatian pelajar dan berkeupayaan untuk mengubah

perhatian melalui beberapa kaedah seperti;

Pergerakan badan

Kedudukan badan

Menjadikan suasana sentiasa ceria - unsur kecindan (humour)

Mengawal tumpuan pelajar – seperti tumpuan mata (eye contact) penggunaan OHP

dapat menghasilkannya

Membuat kejutan (surprise) pelajar dengan membuat kesimpulan yang tidak diduga dan

sebagainya

Sinkronisasi suara dan visual sentiasa diambil perhatian

Langkah 5 : Memerlukan Tindak Balas Pelajar (Require learner response)

Pembelajaran tidak akan berlaku jika tidak ada tindak balas daripada pelajar. Aktiviti yang

diberikan kepada pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan dapat menghasilkan tindakbalas.

Guru juga perlu bertindak balas terhadap tindak balas pelajar seperti memberikan kata pujian,

rangsangan dan dorongan serta pengukuhan. Memberikan latihan dan aktiviti yang lebih

mencabar juga merupakan rangsangan kepada pelajar.

Fikirkan rangsangan yang dapat dihasilkan oleh pelajar dari media yang akan di hasilkan.

Apakah deria yang terlibat? rasa, bau, sentuhan, pendengaran, penglihatan.

Ciri-ciri fizikal seperti warna, bentuk, reka bentuk, penghurufan dan ketahanan adalah dapat

merangsang tindak balas pelajar semasa media digunakan.

Langkah 6 : Penilaian (Evaluate)

Apakah objektif tercapai?

Adakah media itu membantu proses pengajaran pembelajaran?

Page 4: Model Assure

Adakah semua pelajar menggunkan media dengan cara yang betul?

Adakah suasana pembelajaran selesa?

Adakah guru dapat memberikan perhatian individu?

Penilaian boleh dijalankan secara formatif atau sumatif sama ada bentuk lisan atau bertulis.