mm panitia bm kali 3

Upload: david-rojas

Post on 10-Jul-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SM HOLY TRINITY MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 3/2011 Tarikh : 06 Mei 2011 Masa : 12.00 Tengahari Tempat : Bilik Ketua Bidang Kehadiran: 1. Pn. Buana Sapenah 2. En. Lee Ah Peow 3. Pn. Mariani Juding 4. Pn. Khahriah Kahar 5. Pn. Asmawati Sinluk 6. Pn. Sarifah Rubiah Ag.Hashim 7. Pn.Sitti Fatimang Lananti 8. Pn. Hapsiah Ambola

Pengerusi

Setiausaha

Agenda: 1. Ucapan Aluan Pengerusi (Ketua Panitia) 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

2. Sambutan Bulan Bahasa 2.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama guru-guru yang telah melaksanakan aktiviti sepanjang bulan bahasa. 2.2 Hadiah dan sijil penyertaan bagi setiap pertandingan akan diagihkan kepada pelajar pada tarikh yang akan ditetapkan. 2.3 Pengerusi juga mengharapkan agar aktiviti bulan bahasa pada masa akan datang dapat dipelbagaikan dan memastikan penyertaan pelajar lebih menggalakan.

3. Program Elit 3.1 Guru-guru yang bertanggungjawab diminta agar dapat meneruskan program/aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian pelajar yang terlibat. 3.2 Guru yang terlibat juga perlu menyediakan laporan perlaksanaan program elit masingmasing. Tindakan: Guru Penyelaras

4. PLBS/ULBS 4.1 Pengerusi meningatkan semula tentang PLBS/ ULBS dan mengharapkan perlaksanaan PLBS dan ULBS telah dijalankan mengikut masa dan tempoh yang telah ditetapkan.

Tindakan:Semua Guru Bahasa

5. Probim 5.1 Pengerusi memaklumkan terdapat sedikit percanggahan data pelajar dalam rekod sekolah dan PPD. Pihak PPD sangat mengambil berat akan hal ini. 5.2 Untuk itu guru-guru Probim perlu memastikan setiap data pelajar yang direkodkan adalah tepat terutama yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah: Bilangan pelajar Bilangan yang lulus/gagal dalam ujian pra dan pasca Jantina 5.3 Guru-guru juga akan diedarkan borang baru yang berkaitan dengan Probim

Tindakan : Guru Probim 6. Kursus Komsas 6.1 Berkaitan dengan kursus yang telah dihadiri,terdapat perubahan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan dua dan lima.Oleh yang demikian guru-guru diminta mendapatkan rancangan pelajaran tahunan sukatan baharu dan mengandungi tarikh terkini. 6.2 Guru-guru juga akan dibekalkan bahan pengajaran dalam bentuk modul dan cd bagi memudahkan pengajaran komsas di dalam kelas. Tindakan:Semua Guru Bahasa 7. Hal-Hal Lain: 7.1 Guru-guru diingatkan agar dapat menyediakan kertas soalan peperiksaan bagi peperiksaan semester 1 dan memastikan kertas soalan dapat dicetak sebelum tarikh peperiksaan dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengahari

Disediakan oleh, Setiausaha Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu SM Holy Trinity