minit moral1

Upload: jinggo-johan

Post on 08-Mar-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit moral1

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULANDESA CEMPAKA, 31400 IPOH, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA MORAL BILANGAN 1 / 2016

Tarikh: 13 Januari 2016

Hari: Rabu

Masa: 1.30 tengahari

Tempat: Bilik Guru SKRC

KEHADIRAN:

1. Puan Norazira binti Nordin

(Ketua Panitia)

2. Tuan Haji Syed Musa bin Haji Syed Hashim

3. Puan Normaisya binti Miaz

4. Puan Selvi A/P Subramaniam

5. Puan Zakiah binti Mohd Zahari6. Puan Idora binti Abd Wahab

(Setiausaha)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. Dasar Kurikulum

3. Pekeliling Terkini

4. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran

5. Persediaan Rekod Mengajar

6. Bahan Bantu Mengajar

7. Pemulihan dan Penggayaan

8. Penilaian dan Peperiksaan

9. Hal hal lain

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral kali pertama 2016.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Panitia kerana telah menjalankan tugas yang diberikan dengan baik pada tahun 2015.

2. DASAR KURIKULUM

2.1 Pendidikan Moral diajar mengikut sukatan pelajaran dan panduan yang diberi. 2.2 Guru guru yang telah menghadiri kursus diharap dapat memberi maklumat kepada guru lain.

2.3 Guru guru yang telah menghadiri Kursus KSSR telah pun menjalankan kursus dalaman (LDP).

3. PEKELILING TERKINI

Pekeliling terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

4. SUKATAN PELAJARAN

4.1 Pengerusi meminta agar semua guru dapat menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.4.2 Semua Dokumen Standard hendaklah lengkap dan terkini.5. PERSEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

5.1 Semua guru hedaklah melengkapkan semua maklumat yang terdapat dalam buku rekod mengajar.

5.2 Buku rekod mengajar perlulah dihantar pada setiap hari Jumaat. Rancangan pengajaran untuk hari yang berikutnya perlulah ditulis sebelum dihantar.

5.3 Format Rancangan Pengajaran Harian seperti berikut:-

-Tajuk

-Bidang

-Standard Kandungan

-Standard Pembelajaran

-Aktiviti

-BBM

-EMK

-Nilai Murni

6. BAHAN BANTU MENGAJAR6.1 Guru guru meminta supaya panitia membeli buku buku tambahan sebagai rujukan guru.6.2 Tidak mahu keluaran buku dari Syarikat Seri Cahaya dan Fargoes.

6.3 Semua guru mengunakan sebuah buku tulis sahaja dan hanya murid daripada Tahun 1 sehingga 5 sahaja yang menggunakan buku aktiviti.

7. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Semua murid dikategorikan mesti lulus.

8. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

8.1 Sepatutnya tiada peperiksaan untuk matapelajaran ini.8.2 Perbincangan yang telah dibuat dalam mesyuarat panitia kali ini bersetuju untuk mengadakan ujian (50%) dan sahsiah / sikap (50%).

8.3 Penggubal soalan adalah mengikut guru yang mengajar bagi setiap tahun.

9. HAL HAL LAIN

9.1 Sekiranya terdapat bahan yang hendak dibeli bolehlah dimaklumkan kepada setiausaha panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.........................................

.........................................(IDORA BINTI ABD WAHAB)

(NORAZIRA BINTI NORDIN)Setiausaha Panitia Pendidikan Moral

Ketua Panitia Pendidikan MoralSK Raja Chulan

SK Raja Chulan