minit mesyuarat pertama 2010

Upload: mustaffa

Post on 10-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat pertama 2010

    1/2

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

    70300 SEREMBAN

    MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK PUSAT AKSES TAHUN 2010

    TARIKH : 20 FEBRUARI 2010

    HARI : RABU

    MASA : 3.00 petangTEMPAT : BILIK PUSAT AKSES

    KEHADIRAN : HADIR

    1. Mohd Mustaffa B. Hj. Mobarak Ali (Ketua)

    2. En. Tajol Anuar B. Md. Yusof -AJK

    3. En. Chia Sen Chun AJK4. Cik Sharifah Nora -AJK

    5. Pn. Roazween Rini

    TIDAK HADIR -

    AGENDA MESYUARAT

    1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

    En. Mohd Mustaffa mengalu-alukan kehadiran AJK baru dan lama dalammesyuarat.

    Beliau berterima kasih di atas kerjasama AJK menjaga Pusat Akses.

    2.0 PENGESAHAN MINIT

    Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang sah oleh En. Chiadan disokong sebulat suara.

    3.0 PERKARA BERBANGKIT

    Masalah sama iaitu masih ada pelajar tidak catat nama, merosakkanperalatan komputer dan kurang menjaga kebersihan. En Tajolmembangkitkan hal itu.

    Ketua meminta juruteknik catat dalam buku log kerosakan peralatan danfailkan laporan. Tindakan juruteknik yang selalu menghubungi Vendor untukurusan membaikpulih PC adalah dihargai.

    Pelajar yang tidak menurut peraturan boleh diminta keluar.TINDAKAN: Ketua dan J/K

    4.0 JADUAL BERTUGAS GURU PENGAWAS.

    Ketua akan membuat jadual berdasarkan masa lapang guru dan GuruSandaran Tidak Terlatih juga akan bergilir-gilir bertugas sebagaimana arahanpengetua. Perkara yang dikesalkan ialah hanya 2 guru GSTT yang membantubertugas di Pusat Akses iaitu Cik Nazriah dan Cik Faridza tahun lepas, walaupundah dimaklumkan dan diberi taklimat.

    TINDAKAN: Ketua

    5.0 PENGURUSAN PUSAT AKSES

    1

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat pertama 2010

    2/2

    1.Ketua mengharapkan kerjasama semua AJK seperti biasa dalam menguruskanPusat Akses. Beliau berterima kasih kepada En. Tajol yang sentiasa mengawaldisiplin pelajar di Pusat Akses dan En. Chia yang sentiasa membantumemastikan sambungan internet dibuat. Begitu juga Cik Nora yang selalumengambil berat sambungan internet dan penjagaan keceriaan Pusat Akses.2. Ketua mengucapkan terima kasih kepada Cik Sharifah Nora keranamemformat kesemua PC sekali lagi semasa cuti akhir tahun. Tahun ini Cik Nora

    diberi kelonggaran dari bertugas atas permintaan Pengetua kerana ada urusanlain hendak diselesaikan.TINDAKAN: Ketua dan AJK

    6.0 SUDUT-SUDUTKetua memberitahu Sudut Pameran, sudut CD/DVD dan sudut bahan bacaansudah diwujudkan dan ditambah banyak bahan baru. Beliau beriterima kasihkerana Cik Nora membantu buat inventori bahan bacaan setiap tahun. Beliauberharap pelajar tidak akan mencuri bahan di sudut.

    TINDAKAN: En. Tajol dan AJK

    7.0 HAL-HAL LAIN Guru boleh menggunakkan Pusat Akses pada masa relief dengan syarat

    menjaga peraturan dan keselamatan serta kekemasan Pusat Akses.

    Cik Sharifah Nora memaklumkan vendor lama masih beroperasi..

    En.Chia memaklumkan pendawaian elektrik di makmal komputer sedangdibuat dan telah makan masa lebih dari sebulan. Jadi sambungan internettiada selama itu. Mungkin sehingga awal bulan March baru selesai.

    En. Tajol syor mohon tikar getah baru untuk Pusat Akses dan kalau dapatbuat permohonan untuk penghawa dingin.

    Meja untuk Pn. Rini sudah diusahakan. Pn. Rini akan sentiasa bertempatdalam Pusat Akses kecuali waktu beliau mengajar di kelas dan padang.

    TINDAKAN: GPM, J/K dan guru

    8.0 UCAPAN PENUTUP

    En. Mustaffa mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha semua AJKmenjaga Pusat Akses sehingga mendapat pujian dari banyak pihak.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 p.m.sehingga ke masa yang akan dimaklumkankelak.

    Disediakan oleh,

    ...(EN. MOHD MUSTAFFA BINTI MOBARAK ALI)Ketua Unit Pusat AksesSMK Mambau

    2