minit mesyuarat pendidikan khas

6
MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI KE- 1 TAHUN 2015 SMK SELANDAR Tarikh : 29 Januari 2015 Maa : 01!0 " 1500 T#$%a& : 'i(ik P#n)i)ikan Kha * SMK S#(an)ar+ K#ha)iran : 11 ,ran + Na$a Yan Ha)ir: Pn. Lim Hong Ting Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Ismail En. Nordin bin Abdul En. Mohd Ilham bin Abdullah Pn. Noorhafida binti Mohamed Pn. Nor Maheran bt Mohamad Hashim Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh Pn. Nor Aini bt Hassan Pn. Nor arifah bt Abu Pn. !hu"aimah binti Noh En. Muhammad Na"im bin Ab !adil Na$a Ti)ak Ha)ir: Pn. unairiah #t !astamin $%uti #ersalin& 1+ U.APAN KATA ALU-ALUAN PEN/ERUSI '.'. Pengerusi dengan rasminya memula(an mesyuarat dengan u)a*an salam dan terim (asih (e*ada semua yang hadir. '.+. ,)a*an terima (asih dan taniah atas (ejayaan mengada(an Mesyuarat Agung #ad !ebaji(an !elas Pendidi(an !has !ali !e - . 2+ MEM'ENTAN/KAN DAN MEN/ESAHKAN MINIT MESYUARAT YAN/ LEPAS +.'. Pn. Noorhafida binti Mohamed sela(u setiausaha membentang(an minit mesyuara lalu. +.+. En. Mohd Ilham bin Abdullah men)adang(an minit mesyuarat disah(an. So(ongan oleh Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh.

Upload: noorhafida

Post on 07-Oct-2015

300 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat pertama pendidikan khas 2015

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS KALI KE- 1 TAHUN 2015SMK SELANDARTarikh : 29 Januari 2015Masa : 0130 1500Tempat : Bilik Pendidikan Khas , SMK Selandar.Kehadiran : 11 orang.Nama Yang Hadir: Pn. Lim Hong Ting Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Ismail En. Nordin bin Abdul En. Mohd Ilham bin Abdullah Pn. Noorhafida binti Mohamed Pn. Nor Maheran bt Mohamad Hashim Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh Pn. Nor Aini bt Hassan Pn. Nor Zarifah bt Abu Pn. Khuzaimah binti Noh En. Muhammad Nazim bin Ab KadilNama Tidak Hadir: Pn. Zunairiah Bt Kastamin (Cuti Bersalin)

1. UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi dengan rasminya memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.1.2. Ucapan terima kasih dan taniah atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas Kali Ke -5.

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS2.1. Pn. Noorhafida binti Mohamed selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.2.2. En. Mohd Ilham bin Abdullah mencadangkan minit mesyuarat disahkan.Sokongan oleh Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh.

3. PERKARA BERBANGKIT3.1. Tiada

4. LAPORAN DAN PERBINCANGAN4.1. BUDAYA BERSALAMANEn. Nordin bin Abdul memaklumkan supaya semua murid lelaki dikehendaki bersalaman dengan semua guru dan ppm lelaki dan ucapkan terima kasih kepada semua guru dan ppm perempuan akhir waktu kelas. Manakala murid perempuan bersalaman dengan guru perempuan dan mengucapkan terima kasih kepada guru dan ppm.Tindakan : Semua guru dan PPM

4.2. PENGESAHAN PUNGUTAN YURAN PIBG DAN YURAN BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS4.2.1. En. Nordin bin Abdul memaklumkan bahawa pengesahan dan kebenaran kutipan yuran PIBG bagi murid-murid pendidikan khas akan dimohon oleh Pengetua dari Unit Perhubungan Jabatan Pendidikan Melaka.

Tindakan : Makluman.

4.2.2. En. Nordin bin Abdul memaklumkan kutipan yuran Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas juga perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran kutipan dari Unit Perhubungan Jabatan Pendidikan Melaka.

Tindakan : Setiausaha BKPK.

4.2.3. Tn. Hj. Sulaiman bin Ismail memaklumkan bahawa semua ibu bapa murid Pendidikan Khas bersedia membayar RM 60.00 sebagai yuran Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas, termasuk waris Mohammad Nasriq dan Mohamad Riszuan.Surat untuk pungutan wang yuran juga perlu dikeluarkan.

Tindakan : Tn. Hj. Sulaiman

4.2.4. Pn. Maheran mencadangkan supaya murid inklusif aliran perdana juga akan mendapat faedah yang sama seperti murid Pendidikan Khas yang lain dapat dari Badan Kebajikan Pendidikan Khas ekoran waris bayar RM 60.00.

Tindakan : Setuju sebulat suara.

4.3. PROJEK KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN4.3.1. En. Nordin bin Abdul mencadangkan untuk membina Taman Mini Herba di Kolam Ikan Pendidikan Khas dan memohon guru-guru yang berminat untuk menyumbangkan pokok-pokok herba bagi membantu menceriakan lagi Taman Mini Herba itu nanti.Tindakan : En. Nordin bin Abdul.

4.3.2. Kertas kerja perlu diwujudkan bagi membentuk Jawatankuasa serta perancangan bagi memulakan Projek Kemahiran Hidup Perkebunan dan Taman Mini Herba.Selain itu, jawatankuasa bagi projek Kemahiran Hidup Masakan dan Kraf juga perlu dibentuk. Oleh itu, satu mesyuarat khas perlu diadakan pada masa hadapan untuk membincangkan semua senarai semak dan kriteria yang diperlukan bagi projek khas Kemahiran Hidup.Tindakan : Semua guru.4.3.3. En. Nordin juga mencadangkan memulihara Kolam Ikan Pendidikan Khas dan meminta En. Mohammad Nazim membeli ikan yang bersesuaian dan ikan perhiasan untuk diletakkan ke dalam kolam dan akuarium.Tindakan : En. Muhammad Nazim.4.3.4. En. Nordin juga memaklumkan bahawa telah memohon kerjasama pengawal keselamatan untuk pengurusan Kolam Ikan Pendidikan Khas dan juga Taman Herba Pendidikan Khas. Tindakan : Makluman.4.4. LAWATAN4.4.1. En. Nordin bin Abdul mencadangkan supaya pada tahun ini Program lawatan Luar Negara dibatalkan memandangkan murid perlu membayar yuran untuk Program Transisi dan terapi renang dan boling. Namun lawatan sambil belajar dalam negeri boleh dijalankan. Tindakan : Semua guru.4.4.2. Satu jawatankuasa lawatan akan diwujudkan dan mesyuarat akan diadakan untuk merancang lawatan pada tahun ini.Tindakan : Semua guru.

4.5. KEWANGAN4.5.1. Bahan bantu mengajar hanya akan diberikan kepada guru baru iaitu Pn. Noorhafida binti Mohamed, manakala guru yang sudah mendapat bahan bantu mengajar pada tahun lepas dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar tahun lepas dan menggantikan kembali sekiranya hilang.

Tindakan : Semua guru dan PPM

4.5.2. Pn Khuzaimah akan mengenal pasti alat tulis yang perlu dibeli. Tindakan : Pn Khuzaimah.4.5.3. Pn. Noorhafida memaklumkan masih tidak mempunyai kunci bilik Kelas Pendidikan Khas, jadi mohon En. Muhammad Nazim untuk membuat kunci pendua. Tindakan : En. Muhammad Nazim.

4.5.4. En. Nordin memaklumkan akan membeli mesin laminated baru.

Tindakan : Makluman.

4.6. PROGRAM TRANSISI MINDA PELANGI DAN TERAPI RENANG/ BOLING4.6.1. Pn. Siti Fidya memaklumkan bahawa satu perbincangan bersama wakil Kolej komuniti telah diadakan pada 28 Januari 2014. Hasil perbincangan Program akan bermula pada 11 Febuari 2015, Rabu , bermula dari jam 0740 sehingga 1600. Kelas pertama ialah Teknik membuat cup cake. Senarai Jawatankuasa kerja, bidang tugas dan jadual program adalah seperti Lampiran 1.Tindakan : Makluman.4.6.2. Jawatankuasa Perhubungan perlu mengesahkan bilangan dan menghantar faks senarai nama kepada wakil Kolej Komuniti, Pn Suriani dan Unit Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka setiap kali program sehari sebelum murid dan guru keluar untuk ke Kolej Komuniti.Tindakan : Tn. Hj. Sulaiman.

4.6.3. Surat kebenaran mengeluarkan duit dari bank perlu disediakan dan diedarkan kepada murid supaya guru-guru dapat mengiringi murid mengeluarkan wang dari bank untuk mengeluarkan wang bagi membayar yuran program dan juga kelengkapan bagi kelansungan program.

Tindakan : Pn. Siti Fidya

4.6.4. Pn. Nor Aini memaklumkan Jawatankuasa, bidang tugas dan jadual program Terapi Renang seperti dalam lampiran 2.

Tindakan : Makluman.

4.6.5. Bayaran bagi sewa kolam MBMB adalah RM 20 untuk satu hari dan tidak menyediakan jurulatih. Kolej komuniti bersedia menyediakan jurulatih tetapi murid perlu didaftarkan dibawah kursus Kolej Komuniti.Tindakan : Makluman.

5. HAL HAL LAIN5.1. Tn. Hj. Sulaiman memaklumkan seramai 11 orang murid dari aliran perdana telah mendapat persetujuan ibubapa akan di bawa ke klinik bagi proses mendapatkan kad OKU.Tindakan : Makluman

5.2. Tn. Hj. Sulaiman memaklumkan jawatankuasa yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung Badan Kebajikan SMK Selandar seperti Lampiran 2.

Tindakan : Makluman

5.3. Pn. Siti Fidya mencadangkan supaya semua guru terlibat dalam Jawatankuasa Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas dan disokong oleh Pn. Nor Aini.

Tindakan : Pn. Nor Aini.

5.4. En. Nordin memaklumkan sekiranya terlibat dengan tanggungjawab di Pendidikan Khas pada hari Selasa, guru sila maklumkan kepada GPK Ko-Kurikulum dan sertakan hitam putih bagi memohon kelonggaran untuk keluar.

Tindakan : Makluman.

5.5. Nama bagi kelas sudah diubah PPKI 1 menjadi Anggerik, PPKI 2 menjadi Mawar, PPKI 3 menjadi Tulip, PPKI 4 menjadi Teratai, PPKI 5 menjadi Dahlia.

Tindakan : Semua guru.

5.6. Semua guru dikehendakki membawa wang sebanyak RM 60 bagi membayar duit baju batik Pendidikan Khas.

Tindakan : Semua guru dan PPM

6. UCAPAN PENUTUP1. 2. 3. 4. 5. 6. 6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih buat semua guru dan PPM bersama-sama berusaha bersama-sama mendidik murid-murid pendidikan khas dan hadir dalam mesyuarat ini.

Tindakan : Makluman.

Dicatat oleh:Disemak oleh:

PN. NOORHAFIDA BINTI MOHAMED PN. LIM HONG THING(SETIAUSAHA PENDIDIKAN KHAS) (GPK PENDIDIKAN KHAS)

Disahkan oleh: