minit mesyuarat panitia sains_1_2014

5

Click here to load reader

Upload: nim-ishak

Post on 14-Apr-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Sains_1_2014

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

BIL. 1/2015

TARIKH : 26 JANUARI 2015HARI : ISNINTEMPAT : BILIK MESYUARAT (PEJABAT)MASA : 1.30 PETANG

KEHADIRANEN. SAAD BIN TAIB (PK 1)EN. AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID (KETUA PANITIA)CIK NOR HANIM BINTI ISHAK (SETIAUSAHA PANITIA)EN. IMRAN BIN MAHMUD (AJK PANITIA)PN. WAN YUSLIANA BT WAN ZAINUDDIN (AJK PANITIA)

TIDAK HADIR EN. GHAZALI BIN MUSA (CUTI SAKIT)

AGENDA MESYUARAT1.0 ALUAN PENGERUSI MAJLIS2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU3.0 PERKARA BERBANGKIT4.0 MAKLUMAN KPM/JPN/PPD5.0 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN6.0 PERANCANGAN STRATEGIK AKADEMIK7.0 HAL-HAL LAIN

BUTIRAN MESYUARAT1.0 ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru mata pelajaran Sains kerana sudi hadir pada mesyuarat panitia kali pertama ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dalam program kecemerlangan UPSR yang dijalankan pada tahun lepas. Peratus kelulusan Sains UPSR bagi tahun 2014 ialah sebanyak 74.4%. Walaupun terdapat penurunan peratus kelulusan berbanding tahun 2013 (79.2%) namun berdasarkan TOV murid tahun 2014, terdapat peningkatan yang ketara iaitu daripada … kepada ….

1.3 Pengerusi turut berharap peratus kelulusan UPSR Sains 2015 akan mencapai sasaran iaitu sebanyak 82.1% .

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU2.1 Minit Mesyuarat Bil. 4/2014 dibentangkan oleh Setiausaha untuk disahkan :

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Sains_1_2014

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

Pencadang : Pn. Wan Yusliana bt Wan ZainuddinPenyokong : En. Ahmad Shukri bin Abd. Majid

Makluman : Semua AJK

3.0 PERKARA BERBANGKIT3.1 Merujuk kepada perkara 4.1, program ‘Mastery Science’ akan diteruskan seperti biasa

dan akan diterapkan dalam Kelas Semarak Minda dan Impian Gemilang UPSR.Tindakan : Guru Sains Tahun 5 dan 6

3.2 Merujuk kepada perkara 6.2, pengisian prestasi murid ke dalam SPPBS ditangguhkan kerana masalah sistem yang ditutup untuk diselenggara sehingga April nanti. Pengerusi mengingatkan guru Tahun 1 dan 2 untuk memasukkan prestasi murid ke dalam Rekod Transit terlebih dahulu. Semua dokumen perlu diselenggara dengan baik dan teratur.Tindakan : Guru Sains Tahun 1 dan 2

3.3 Perancangan untuk membeli ‘banner’ Sains akan diteruskan seperti yang dirancang setelah wang peruntukan panitia diperolehi.

Makluman : Semua AJK

4.0 MAKLUMAN KPM/JPN/PPD4.1 Pengerusi memaklumkan tentang dapatan Jemaah Nazir. Antara isu yang timbul ialah :

i) Penglibatan murid tidak menyeluruhii) Kesilapan semakan guruiii) RPT dan RPH tidak lengkapiv) Jangkaan yang terlalu tinggiv) Tiada unsur didik hibur dalan PdP guruvi) Bahan BBM tidak disediakanvii) Pentaksiran yang dijalankan tidak menyeluruh

4.2

5.0 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN5.1 Pengerusi memaklumkan tentang penulisan RPH Sains adalah seperti biasa.5.2 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran

Tahunan, Dokumen Standard dan Dokumen Standard Prestasi (Tahun 1,2,3) serta Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun 4) sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Modul yang dibekalkan juga boleh dicetak dan digunakan.

Makluman : Semua Guru Sains

6.0 PERANCANGAN STRATEGIK AKADEMIK6.1 Berikut adalah perancangan aktiviti panitia bagi tahun 2013 :

i) Penggunaan modul Tahun 4,5 dan 6.ii) Kelas Semarak Minda

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Sains_1_2014

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

iii) Kelas Impian Gemilang UPSRiv) ‘Morning Drilling’ (setiap Selasa)v) Motivasivi) Minggu Sainsvii) Bengkel Menjawab Soalan Sains (Tahun 5)viii) Bengkel Menjawab Soalan Sains UPSR (Tahun 6)ix) ‘Mastering Science’ (pendedahan Bahagian B- Tahun 4,5)

Makluman : Semua Guru Sains

7.0 KEWANGAN7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat baki peruntukan panitia pada tahun lepas iaitu

sebanyak RM 190.93.7.2 Cik Nor Hanim mencadangkan agar lebihan wang tersebut digunakan untuk membeli

‘banner’ tentang peraturan bilik sains.

8.0 HAL-HAL LAIN8.1 Pengerusi mengingatkan semua AJK untuk bekerjasama mengemaskini sudut sains

(laluan ke kantin), makmal sains dan sudut mata pelajaran di kelas untuk menarik minat murid ke arah membudayakan sains.Tindakan : Semua AJK

8.2 Semua guru Tahun 5 dan 6 diingatkan untuk membuat analisis item bagi setiap ujian bulanan dan peperiksaan yang dijalankan pada tahun ini.Tindakan : Guru Sains Tahun 5 dan 6

8.3 Ujian Pra untuk Tahun 6 akan dilaksanakan semasa kelas tambahan Impian Gemilang.8.4 Ujian Bulan Mac akan diadakan untuk murid Tahun 5 sahaja iaitu bermula pada 10 Mac

nanti. Murid Tahun 6 pula akan menjawab soalan Modul Latihan Serentak.8.5 Bagi murid Tahun 1, 2, 3 dan 4 pula tiada ujian bulanan. Murid ditaksir mengikut

penguasaan band atau tahap penguasaan. Namun, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun akan diadakan bagi menentukan pencapaian murid secara sumatif untuk tujuan penyampaian hadiah dan kenaikan kelas.

Makluman : Semua Guru Sains

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh :…………………………………..(CIK NOR HANIM BT ISHAK)Setiausaha Panitia Sains

Disemak oleh :

…………………………………………….(EN. AHMAD SHUKRI B. ABD. MAJID)Ketua Panitia Sains

Disahkan oleh :

………………………………………(TN. HJ. CHE OMAR BIN ZAINAL)

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Sains_1_2014

PANITIA SAINS SK WAN SULAIMAN SIDIQ

Guru BesarSK Wan Sulaiman Sidiq