minit mesyuarat panitia matematik

4
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BILANGAN 3/2012 SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG JALAN ILMU 31600 GOPENG, PERAK DARUL RIDZUAN TARIKH : 18 JULAI 2012 MASA : 12.30 TENGAH HARI TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH KEHADIRAN : 8/9 1. En. Rosli Bin Khalid ( Guru Besar ) 2. Pn. Nor Adila bt Ghazali ( Pengerusi ) 3. En. Amir Hamzah bin Shamsuddin 4. Pn. Rosnita bt Kassim 5. Pn. Chin Mei Foong 6. En. Mak Ping Lim 7. Pn. Jane Sarah A/P Chelliah 8. Pn. Nurul Farhana bt Abdullah ( Setiausaha ) TIDAK HADIR: 1. En. Muzaffaruddin bin Anuar ( Bersebab ) AGENDA 1 UCAPAN PENGERUSI ( Pn. Nor Adila bt Ghazali ) 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kerana Guru Besar dan semua guru dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini. - Makluman AGENDA 2 UCAPAN PENASIHAT ( En. Rosli bin Khalid ) 1

Upload: nurulfarhana261288

Post on 30-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat untuk rujukan.

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIKBILANGAN 3/2012SEKOLAH KEBANGSAAN GOPENG JALAN ILMU31600 GOPENG, PERAK DARUL RIDZUAN

TARIKH :18 JULAI 2012

MASA:12.30 TENGAH HARI

TEMPAT :PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN:8/9 1. En. Rosli Bin Khalid ( Guru Besar )2.Pn. Nor Adila bt Ghazali ( Pengerusi )3.En. Amir Hamzah bin Shamsuddin4.Pn. Rosnita bt Kassim5.Pn. Chin Mei Foong6.En. Mak Ping Lim7.Pn. Jane Sarah A/P Chelliah8.Pn. Nurul Farhana bt Abdullah ( Setiausaha )TIDAK HADIR:1. En. Muzaffaruddin bin Anuar ( Bersebab )

AGENDA 1 UCAPAN PENGERUSI ( Pn. Nor Adila bt Ghazali )

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kerana Guru Besar dan semua guru dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada kali ini.

Makluman

AGENDA 2 UCAPAN PENASIHAT ( En. Rosli bin Khalid )

2.1Guru besar bersyukur kerana dapat menjalankan mesyuarat panitia ini dan mengucapkan tahniah kepada guru yang dapat menghadiri mesyuarat ini.2.2 Guru besar berharap perbincangan dalam mesyuarat memberi tumpuan dalam perbincangan hal-hal profesion terutamanya dalam pedagogi.2.3Guru besar memaklumkan bahawa guru-guru perlu sentiasa menilaikan keberkesanan P&P dari masa ke masa. Kesan kekuatan dan kelemahan dalam P&P dan rancang untuk penambahbaikan kaedah pengajaran supaya murid lebih memahami isi pelajaran yang disampaikan. 2.4 Guru diminta merancangkan program untuk murid yang masih belum berjaya. Dengan menyemak post mortem, guru dapat mengesan sebab atau punca murid yang masih belum berjaya.2.5Guru besar berharap guru-guru akan menambahkan usaha dan memenuhi tanggungjawab serta mencapaikan sasaran yang ditetapkan.

Makluman dan tindakan

AGENDA 3 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn. Nor Adila bt Ghazali dan disokong oleh Pn. Rosnita bt Kassim.

Makluman

AGENDA 4 PERKARA BERBANGKIT

4.1Tiada

Makluman

AGENDA 5 HEADCOUNT, ANALISIS & POST MORTEM UJIAN PKSR 1/ PERTENGAHAN TAHUN

5.1 HEADCOUNT, ANALISIS MATEMATIK ( Rujuk Lampiran )

Guru membentangkan headcount dan analisis matematik tahun 1-5( Sila rujuk lampiran ANALISIS DAN HEADCOUNT PKSR 1 Tahun 2012)

Makluman dan tindakan

AGENDA6PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK / MATA PELAJARAN / PANITIA

6.1PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK ( Rujuk Lampiran )

Pn. Nor Adila telah membentangkan program yang akan dijalankan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik. Program tersebut melibatkan murid dari tahun 1 hingga tahun 6. ( Sila rujuk lampiran PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA MATEMATIK 2012 )6.2Pn. Nor Adila juga mencadangkan agar bengkel pendekatan pengajaran dan pembelajaran diadakan bersama guru panitia untuk berkongsi pelbagai kaedah pengajaran masing masing.

Makluman dan Tindakan

AGENDA 7HAL HAL LAIN

7.1Guru besar memaklumkan bahawa semua data dan lampiran yang berkenaan perlu diperbanyakkan dan di edarkan kepada semua guru supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

Makluman dan Tindakan

AGENDA 8UCAPAN PENANGGUHAN

8.1Guru besar berharap semua guru akan melaksanakan tanggungjawab mereka dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi sekolah. Semua guru digalakkan mengadakan perbincangan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa.

Makluman dan Tindakan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

. .........(Pn.Nurul Farhana Abdullah) (Pn. Nor Adila bt Ghazali) (En. Rosli bin Khalid)Setiausaha Ketua Panitia Matematik Guru Besar SK Gopeng, Jalan Ilmu SK Gopeng, Jalan Ilmu2