main/minit/minit_jkks... · web viewpengetua mengarahkan panitia matematik dan panitia sains...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
PK17/2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 3/2011
Tarikh
: 4 Julai 2011(Isnin)
Masa
: 2.00 petang
Tempat
: Bilik Gerakan
Pengerusi
: Cik Rusnani binti Sharuddin
Kehadiran(Bilangan)
: 34/40
Nama Yang Hadir :
1
Cik Rusnani bt Sharuddin
18
Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy
2
Pn. Azizah bt Mat Cha
19
Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim
3
Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi
20
Pn. Selambu Chelvi a/p Chellapan
4
Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli
21
Pn. Jamidah bt Sandang
5
Pn. Asmah bt Abu Bakar
22
Pn. Hjh. Mariam bt Ismail
6
Pn. Biby Dayana bt Abdullah
23
Pn Saadiah bt Mohamed
7
Pn. Suraine bt Muhmad Noordin
24
Pn. Rozitah bt. Hassan
8
Cik Zaiton bt Bakar
25
Pn Noraini bt Nordin
9
Pn Umaimah bt Harith
26
Cik Zuridah bt Ahmad
10
Pn. Wong Nyook Ngor
27
Pn. Nurain bt Ali
11
Pn. Rohana bt Adnan
28
Pn. Fong Ee Lin
12
Pn. Mashitah bt Mohamed Tahir
29
Pn. Suriani bt Noordin
13
Pn. Julaila bt Yahya
30
Pn. Sabrina bt Latib
14
Pn. Zaleha bt M. Saufi
31
Pn. Robitah Nordin
15
Pn. Mah Yi Fun
32
Pn. Hawa Nurliza Mohd Yussof
16
En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar
33
Pn. Saliza bt Othman
17
Cik Sellam a/p Paramanathan
Setiausaha : Pn. Asmawati bt Razalli
Nama Yang Tidak Hadir (Bersebab):
1. Pn. Norlaila bt Abd Ghani
2. Pn. Latipah bt Ahmad Sudan
3. Pn. Yip Pei Yian
4. Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar
5. Pn. Saidatul Nadiah Shamsuddin
6. Pn. Shashafarah Ibrahim
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali ketiga sesi persekolahan tahun 2011.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sasaran akademik SMK Raja Perempuan adalah ke arah keputusan yang "luar biasa". Oleh itu usaha semua guru juga hendaklah "luar biasa". Semua guru mesti berfikir cepat dan bertindak cepat. Saranan tersebut juga ditekankan oleh pihak JPN Perak di peringkat negeri.
Tindakan : Makluman
1.3 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Semua Ketua Panitia dikehendaki menegaskan dalam mesyuarat panitia masing-masing bahawa fokus hendaklah diberikan kepada semua kelas dan semua tingkatan, bukan hanya kepada kelas-kelas peperiksaan. Ketegasan mesti ada dalam melaksanakan setiap program yang dirancang.
Tindakan : Semua Guru Kanan, Semua Ketua Panitia dan semua guru
1.4 Semua Ketua Panitia dikehendaki memikirkan dan melaksanakan cara bagaimana untuk mencapai outcome atau keputusan yang berkualiti. Ranking, Block Time Table & Construct Base Teaching(RBC) menjadi program induk P & P di dalam bilik darjah. Fokuskan kepada melatih tubi item-item peperiksaan berdasarkan kelemahan yang dihadapi oleh para pelajar.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
1.5 Bagi tempoh setengah tahun kedua ini, semua guru dikehendaki memperbanyak latih tubi dan menggunakan semua masa yang ada. Namun begitu latih tubi tidak akan berkesan jika pelajar tiada kefahaman. Oleh itu semua Ketua Panitia/guru harus tahu dan mengenal pasti setiap masalah mengikut topik , kumpulan pelajar malahan mengikut individu pelajar itu sendiri. Cara menanganinya hendaklah berbeza mengikut pelajar.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Bil 2/2011
Cadangan : Pn. Rohana bt Adnan
Sokongan : Pn. Julaila bt Yahya
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Merujuk Agenda 7.1 berkaitan pengurusan panitia yang melibatkan tahap kecemerlangan guru panitia - Semua Ketua Panitia dikehendaki memastikan sebarang masalah yang dihadapi dikomunikasikan sama ada dengan Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan atau sesama Ketua Panitia dan ahli panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman
3.2 Merujuk Agenda 7.4 berkaitan klinik mata pelajaran teras sesi petang - Penolong Kanan Petang, Puan Hjh Emsakiah memaklumkan bahawa klinik tersebut telah dijalankan tiga minggu sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun. Hasilnya, didapati program tersebut berkesan untuk kumpulan pelajar yang kecil. Untuk itu, perancangan yang rapi dan terperinci hendaklah dilaksanakan selanjutnya oleh panitia-panitia berkenaan.
Tindakan : Ketua Panitia berkenaan
4.0 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1 Secara umum pencapaian keputusan peperiksaan untuk kelas-kelas tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 menunjukkan paten yang hampir sama dengan GPK lebih kurang 2.0.
Tindakan : Makluman
4.2 Semua guru hendaklah lebih "agresif " dan terus berusaha bagi tempoh setengah tahun kedua ini. Sebarang masalah hendaklah dikenalpasti dan diatasi. Guru-guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan soalan-soalan adalah berkualiti terutama bagi semua mata pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada peningkatan kualiti akademik kelas-kelas Rancangan Khas.
Tindakan : Semua Guru Kanandan Semua guru
4.3 Peratus lulus semua mata pelajaran SPM ialah 96.53%. Analisis SPM mengikut mata pelajaran – Sila rujuk Lampiran Analisis Mata Pelajaran.
Tindakan : Makluman
4.4 Peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu SPM ialah 97.50%. Lima orang pelajar dari Tingkatan 5 Gardenia Gagal mata pelajaran tersebut. Mereka ialah Shalini a/p Vesudevan, Nurul Syahira bt Ahmat Samsuri, Uma Devi a/p Raja Segar, Nurul Syahirah bt Mohd Azman dan Sherylnaann a/p Raja Segar. Ketua Panitia dan guru mata pelajaran diminta mengambil tindakan bagi memastikan pencapaian tersebut boleh diperbaiki.
Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
5.0 Pelaporan Panitia/Status Pelaksanaan Program Panitia dan Tindakan Susulan
5.1 Ketua Panitia melaporkan status pelaksanaan program panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman
5.2 Panitia Matematik – Ketua Panitia memaklumkan tindakan susulan untuk pelajar-pelajar PMR antaranya ialah:
5.2.1 program latihan kendiri untuk empat kelas yang pertama
5.2.2 Uji sifir untuk pelajar kritikal – sepuluh minit pertama P & P di dalam bilik darjah
5.2.3 Bengkel mata pelajaran untuk topik-topik Tingkatan 2 pada setiap hari Rabu
5.2.4 Ulang kaji soalan-soalan daripada negeri-negeri lain.
Tindakan : Makluman
5.3 Panitia Sains – Ketua Panitia melaporkan bahawa antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan ialah RBC - untuk bulan Julai 2011 membincangkan 8 set soalan-soalan peperiksaan percubaan PMR daripada negeri-negeri lain. Latih tubi semasa WPK juga dilaksanakan dengan memberikan fokus kepada soalan-soalan nombor 4, 5 dan 6.
Tindakan : Panitia Sains
5.4 Pengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada hari Rabu dan Khamis.
5.5 Latih tubi juga (Matematik dan Sains PMR) diberikan kepada pelajar-pelajar 3 Begonia (pelajar asrama) yang dilaksanakan pada waktu prep asrama pada sebelah malam. Latihan tersebut dikumpul dan diserahkan kepada PK HEM serta disemak oleh guru mata pelajaran berkenaan keesokan harinya.
Tindakan : Guru Panitia Matematik dan Sains
5.6 Panitia Fizik – Ketua Panitia Fizik melaporkan bahawa antara tindakan yang telah dan sedang dijalankan ialah :
5.6.1 P & P dan latih tubi berfokus kepada soalan-soalan yang berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan/fokus soalan esei mengikut topik tertentu di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
5.6.2 Learning Through Diagrams
5.6.3 Bengkel Score A – Paper 2 (Section B dan C) serta Paper 3 (Section A dan B)
Tindakan : Makluman
5.7 Panitia Perdagangan – Program Mentor-Mentee dilaksanakan untuk menangani kelemahan mengingat fakta. Lima minit pertama P & P digunakan melalui ujian yang dilakukan oleh pelajar terhadap rakannya sendiri.
Tindakan : Makluman
5.8 Panitia Bahasa Inggeris - Guru-guru memberikan fokus kepada
5.8.1 bahagian Guided Writing untuk pelajar-pelajar PMR dan bahagian Continuous Writing untuk pelajar-pelajar SPM.
5.8.2 Pelajar-pelajar Cemerlang dan Sederhana
Tindakan : Makluman
5.9 Pengetua mengarahkan semua panitia melaksanakan program RBC sebagaimana seperti yang telah ditetapkan bagi tempoh setengah tahun kedua tahun 2011. Semua Ketua Panitia hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada mana-mana guru mata pelajaran yang tidak hadir semasa jadual waktu blok ini dilaksanakan. Penyelarasan dari segi bahan dan konstruk hendaklah dibuat oleh semua Ketua Panitia.
Tindakan : Semua Ketua Panitia dan semua guru
5.10 Satu cara untuk membantu para pelajar ialah dari segi ketegasan terutama semasa P & P di dalam bilik darjah. Ketua-ketua Panitia hendaklah mengingatkan semua guru supaya tegas dari segi nada suara dan arahan yang diberikan kepada pelajar . Wujudkan suasana serius untuk belajar dalam kalangan pelajar.
5.11 Semua panitia dikehendaki membincangkan masalah pelajar mengikut kumpulan pelajar dan mengikut individu pelajar dalam mesyuarat panitia masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Panitia dan semua guru
6.0 Pelaporan Jawatankuasa Merealisasikan Sasaran Akademik(MSA)
6.1 Semua panitia hendaklah mendokumentasikan semua program akademik yang dilaksanakan oleh panitia masing-masing.
6.2 Pelaporan yang dibuat adalah berdasarkan strategi yang sama seperti yang digunakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (PPD Kinta Utara) iaitu berdasarkan NKRS atau berdasarkan Near miss, Kumpulan, Ranking dan SP Chart.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
7.0 Hal-hal lain
7.1 PK HEM memaklumkan bahawa pelajar bernama Sakinah bt Rohaizat dari tingkatan
3 Eugenia telah berhenti sekolah.
Tindakan : Makluman
8.0 Ucapan Penangguhan
8.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali ini. Diharap semua guru berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan sasaran yang diharapkan tercapai.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang
Disediakan oleh :
Disemak oleh
ASMAWATI BT RAZALLI
RUSNANI BINTI SHARUDDIN, AMN
Setiausaha JKKS
Pengerusi JKKS/
Pengetua, SMK Raja Perempuan, Ipoh
(Tanda tangan tidak diperlukan untuk cetakan komputer)
Tarikh Keluaran
No Keluaran
No Pindaan
4 Jan 2010
01
00
�
�
�
�
�
CERTIFIED TO ISO 9000:2008, CERT NO : AR 4501
5