minit mesyuarat agong 2010

3
8/7/2019 MINIT MESYUARAT AGONG 2010 http://slidepdf.com/reader/full/minit-mesyuarat-agong-2010 1/3 MINIT MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KALI PERTAMA Tarikh : 24 Januari 2010 Masa : 2:30 petang Tempat : 37, Kg. Peserai Kecil, 83020 Simpang Lima, Batu Pahat, Johor. Kehadiran : 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PERTUBUHAN Encik Samson Bin Subari selaku pengerusi dan Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gagah GerakPanca telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan hasrat beliau supaya pertubuhan ini dikekalkan dan dikembangkan lagi ke serata Malaysia. Beliau juga menyatakan sokongan malah mengajak semua ahli untuk bersama menyokong dasar kerajaan dengan konsep Satu (1) Malaysia. 2. MELULUSKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Pengerusi telah membentangkan Minit Mesyuarat Penajaan Penubuhan yang lalu dan dicadangkan untuk disahkan oleh En. Azmi Bin Abd. Rahman. Cadangan ini disokong oleh En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar dan semua AJK yang hadir. 3. PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA BERAKHIR 31.12.2009 Bendahari iaitu En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar membentangkan Penyata Kewangan Pertubuhan dari April 2009 hingga Disember 2009. Penyata ini telah disahkan oleh dua orang Pemeriksa Kira-kira 1. En. Samson Bin Subari 2. En. Azmi Bin Abd. Rahman 3. En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar 4. En. Abd. Jalil Bin Subari 5. En. Syahrul Bin Mohamad 6. Pn. Nik Noryana Binti Nik Yusoff 7. En. Norazman Bin Abd. Wahid 8. En. Md. Jamaludin Bin Ibrahim 9. En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit 10. En. Mohd. Azfar Bin Alias 11. En. Nasirudin Bin Harun 12. Cik Siti Fatimah Bt. Ahmad 13. Puan Shahriza Bte Misnan 14. En. Mohd. Norfazli Bin Husin

Upload: syahrul

Post on 08-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT AGONG 2010

8/7/2019 MINIT MESYUARAT AGONG 2010

http://slidepdf.com/reader/full/minit-mesyuarat-agong-2010 1/3

MINIT MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KALI PERTAMA

Tarikh : 24 Januari 2010

Masa : 2:30 petang

Tempat : 37, Kg. Peserai Kecil,

83020 Simpang Lima,

Batu Pahat,

Johor.

Kehadiran :

1. UCAPAN YANG DIPERTUA PERTUBUHAN

Encik Samson Bin Subari selaku pengerusi dan Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gagah

GerakPanca telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini.

Beliau menerangkan hasrat beliau supaya pertubuhan ini dikekalkan dan dikembangkan lagi ke

serata Malaysia. Beliau juga menyatakan sokongan malah mengajak semua ahli untuk bersama

menyokong dasar kerajaan dengan konsep Satu (1) Malaysia.

2. MELULUSKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pengerusi telah membentangkan Minit Mesyuarat Penajaan Penubuhan yang lalu dan dicadangkanuntuk disahkan oleh En. Azmi Bin Abd. Rahman. Cadangan ini disokong oleh En. Ajaj Ahmad Bin

Zulkathar dan semua AJK yang hadir.

3. PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA BERAKHIR 31.12.2009 

Bendahari iaitu En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar membentangkan Penyata Kewangan Pertubuhan dari

April 2009 hingga Disember 2009. Penyata ini telah disahkan oleh dua orang Pemeriksa Kira-kira

1. En. Samson Bin Subari

2. En. Azmi Bin Abd. Rahman

3. En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar 

4. En. Abd. Jalil Bin Subari

5. En. Syahrul Bin Mohamad

6. Pn. Nik Noryana Binti Nik Yusoff 

7. En. Norazman Bin Abd. Wahid

8. En. Md. Jamaludin Bin Ibrahim

9. En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit

10. En. Mohd. Azfar Bin Alias

11. En. Nasirudin Bin Harun

12. Cik Siti Fatimah Bt. Ahmad

13. Puan Shahriza Bte Misnan

14. En. Mohd. Norfazli Bin Husin

Page 2: MINIT MESYUARAT AGONG 2010

8/7/2019 MINIT MESYUARAT AGONG 2010

http://slidepdf.com/reader/full/minit-mesyuarat-agong-2010 2/3

iaitu En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit dan En. Mohd. Azfar Bin Alias. Semua ahli yang hadir 

sebulat suara meluluskan Penyata Kewangan ini.

4. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN 2010 / 2012

Yang DiPertua dengan kuasa yang ada padanya, telah membubarkan Ahli Jawatankuasa

Penubuhan yang lalu dan pemilihan Jawatankuasa yang baru dibuka kepada undian para ahli yanghadir.

4.1 Pengerusi/Yang Dipertua

En. Jamaludin mencadangkan Jawatan Yang DiPertua dikekalkan kepada En. Samson Bin

Subari. Cadangan disokong oleh Puan Nik Noryana serta diterima sebulat suara oleh

semua ahli yang hadir.

4.2 Naib Pengerusi/Naib Yang Dipertua

En. Samson Bin Subari mencadangkan Jawatan Naib Pengerusi/Naib Yang Dipertua diberi

kepada. Cadangan ini disokong oleh En. Jamaludin. Cadangan diterima sebulat suara oleh

semua ahli yang hadir.

4.3 Setiausaha dan Penolong Setiausaha

En. Azmi Bin Abd. Rahman mencadangkan agar Jawatan Setiausaha dan Penolong

Setiausaha dikekalkan kepada En. Syahrul Bin Mohamad dan Pn. Nik Noryana Binti Nik

Yusoff. Cadangan ini disokong oleh En. Samson Bin Subari dan diterima sebulat suara oleh

semua ahli yang hadir.

4.4 Bendahari

En. Norazman Bin Abd. Wahid mencadangkan Jawatan Bendahari diberi kepada En. Azmi

Bin Abd. Rahman dan disokong oleh En. Samson Bin Subari. Cadangan disokong oleh

semua ahli yang hadir.

4.5 AJK Biasa

Ahli Jawatankuasa telah melantik lima (5) orang AJK Biasa yang terdiri daripada:

a. En. Md. Jamaludin Bin Ibrahimb. En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit

c. En. Mohd. Azfar Bin Alias

d. En. Nasirudin Bin Harun

e. En. Mohd. Norfazli Bin Husin

5. PERLANTIKAN PEMERIKSA KIRA-KIRA TAHUN 2010/2012

Ahli telah melantik Puan Shahriza Bte Misnan dan Cik Siti Fatimah Bte Ahmad sebagai Pemeriksa

Kira-kira.

6. PINDAAN PERLEMBAGAAN.

Yang DiPertua mencadangkan supaya dibuat pindaan kepada beberapa perkara yang dicatat di

bawah ini:

6.1 Nama Pertubuhan

Nama pertubuhan akan diubah kepada Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca.

Perubahan ini adalah pada perkataan ³Gagah´ dari nama pertubuhan yang lama kepada

³Gabungan´ disebabkan nama ini telah lama dikenali oleh semua ahli dan persilatan yang

lain sejak sebelum pendaftaran pertubuhan ini dibuat. Ianya juga adalah singkatan dari

Page 3: MINIT MESYUARAT AGONG 2010

8/7/2019 MINIT MESYUARAT AGONG 2010

http://slidepdf.com/reader/full/minit-mesyuarat-agong-2010 3/3

slogan ³Gagah Bunga Junjungan´ yang mempunyai falsafah tentang fizikal, mental dan

spiritual.

6.2 Pindaan kepada logo/lambang pertubuhan.

Fasal 3 Bendera, Lambang dan Lencana akan dipinda selaras dengan pindaan yang dibuat

kepada Nama Pertubuhan. Pindaan tersebut adalah pada tulisan yang tertera pada

Bahagian Tengah iaitu selempang berbentuk sfera berwarna kuning yang mempunyaitulisan berwarna biru dan tertera perkataan Pertubuhan Seni Silat Gagah GerakPanca

dipinda kepada Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca.

6.3 Tujuan dan Matlamat

Fasal 4(5) dalam Perlembagaan Pertubuhan dipinda kepada:

³Melatih ahli-ahli supaya aktif dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi

sehingga menjadi satu budaya hidup yang cemerlang´.

6.4 Penambahan kepada Tujuan dan Matlamat

Menjalankan aktiviti perniagaan yang bersesuaian setelah diputuskan oleh Jawatankuasa

untuk mengumpul dana bagi kepentingan pertubuhan dan kebajikan ahli.

En. Jamaludin menyokong semua pindaan dan penambahan di atas serta dipersetujui oleh semua

ahli sebulat suara.

7. HAL-HAL LAIN.

Yang DiPertua membuka ruang kepada semua ahli untuk mengajukan usul-usul atau hal-hal lain

sekiranya perlu. Tiada usul yang dikemukakan pada kali ini.

8. MESYUARAT DITANGGUHKAN.

En. Nasirudin mencadangkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan dan disokong oleh En. Faiz.

Semua ahli bersetuju mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6:00 petang.

9. Jamuan ringan dan bersurai.

«««««««««««««.

Yang Dipertua

Nama: En. Samson Bin Subari 

««««««««««««« .

S etiausaha

Nama: En. Syahrul Bin Mohamad