metodologi sumber sejarah

2
METODOLOGI SUMBER SEJARAH KRITIKAN SUMBER SEJARAH : MENGENALI SUMBER SUMBER SEJARAH PENGERTIAN: 1. Muhd. Yusof Ibrahim (1997) mengatakan bahawa sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. 2. Sekumpulan bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya dan boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan. 3. Merupakan bahan-bahan sejarah yang amat luas meliputi sifat mengenai peristiwa sejarah masa lampau. 4. Sesuatu perkara atau peristiwa yang sudah terjadi. 5. R. G. Collingwood (1963) mengatakan bahawa sumber ialah 2 JENIS SUMBER PRIMER SUMBER SEKUNDER Asli, belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi. Merupakan bahan rujukan utama; mencatatkan peristiwa yang Hasil tafsiran daripada sumber primer. Digunakan oleh sejarahwan untuk mengukuhkan hujah mereka.

Upload: isabelle-pathricia

Post on 08-Feb-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengantar Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI SUMBER SEJARAH

METODOLOGI SUMBER SEJARAH

KRITIKAN SUMBER SEJARAH : MENGENALI SUMBER

SUMBER SEJARAH

PENGERTIAN:

1. Muhd. Yusof Ibrahim (1997) mengatakan bahawa sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan.

2. Sekumpulan bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya dan boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan.

3. Merupakan bahan-bahan sejarah yang amat luas meliputi sifat mengenai peristiwa sejarah masa lampau.

4. Sesuatu perkara atau peristiwa yang sudah terjadi.5. R. G. Collingwood (1963) mengatakan bahawa sumber ialah teks yang

mempunyai kenyataan-kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah.6. Louis Gottschalk (1969) mengatakan sumber sejarah adalah bahan bukti dalam

bentuk tulisan, catatan, dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa sejarah.

2 JENIS

SUMBER PRIMER SUMBER SEKUNDER

Asli, belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi.

Merupakan bahan rujukan utama; mencatatkan peristiwa yang sebenarnya.

Hasil tafsiran daripada sumber primer.

Digunakan oleh sejarahwan untuk mengukuhkan hujah mereka.

Contoh: Catatan, diari, dokumen.

Contoh: Majalah, surat khabar, tesis.

Page 2: METODOLOGI SUMBER SEJARAH

TAFSIRAN SUMBER

TAFSIRAN SUMBER

TUJUAN: Untuk merungkai segala isi kandungan sumber. Ia juga digunakan untuk mengenalpasti status dan kandungan sumber dalam penyelidikan.

TAFSIRAN VERBAL

- Untuk mengetahui makna perkataan-perkataan, ayat, dan tatabahasa dalam sesuatu dokumen.

- Pengetahuan dari pelbagai sudut bahasa amatlah penting.

- Digunakan untuk menterjemahkan sesuatu dokumen.

TAFSIRAN TEKNIKAL

- Untuk menjelaskan kenapa penulisan sumber dilakukan oleh penulis dan mengenal pasti sebarang pembacaan spesifik ke atas sumber sejarah yang digunakan.

TAFSIRAN LOGIK

- Digunakan untuk membuat kronologi dalam peristiwa sejarah yang dikaji.

TAFSIRAN PSIKOLOGI

- Untuk melihat keadaan persekitaran, social dan keintelektualan penulis sesuatu sumber yang diperolehi.

- Digunakan untuk melihat sejarah dari sudut pandangan penulis.

TAFSIRAN FAKTA

- Digunakan untuk mentafsir sesuatu dokumen setelah selesainya mengkaji dokumen sejarah.

- Dengan itu, ahli sejarah akan dapat mengemukakan fakta kenapa sesuatu kejadian atau peristiwa berlaku.

- Merupakan gabungan aplikasi antara tiga kaedah tafsiran.