metodologi mazhab zahiri

22
PENGENALAN USUL FIQH (SHA 3023) METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN DISEDIAKAN OLEH: 1) NUR IZZAH BINTI MANSOR D1210736 2) NURUL HUSNA BINTI MOHAMED D1210519

Upload: nurul-husna

Post on 22-Jun-2015

1.977 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

PENGENALAN USUL FIQH

(SHA 3023)

METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN

DISEDIAKAN OLEH:

1) NUR IZZAH BINTI MANSOR D1210736

2) NURUL HUSNA BINTI MOHAMED D1210519

Page 2: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

BIODATANama sebenar : Daud ibn Ali ibn Khalaf al-AsfihaniTempat Lahir :KufahTahun lahir : 236H/851M• Ada pendapat mengatakan beliau lahir pada tahun

202H & ada pendapat yang mengatakan beliau

lahir pada tahun 200H.Guru : Imam al-Syafie

• Ahmad bin Hanbal• Ishaq bin Rahawaih, ulama Khurasan (Iran)

Page 3: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Meninggal dunia : Baghdad tahun 270H/883MMazhabnya didokongi Imam Ibn Hazm Gelaran : Abu Sulaiman al-Zahiri Ahli fiqh, mujtahid, ahli hadis, seorang hafiz, penyusun

kitab al-Musnad dan pemimpin golongan Mazhab al-ZahiriAyahnya pengikut Mazhab Abu HanifahPada mulanya, merupakan pengikut Mazhab al-Syafie• belajar daripada murid Imam Syafie dan sahabatnya

kerana Imam Syafie telah wafat ketika Imam Daud berusia 4 tahun.

Prinsip : menerima nas al-Qur’an dan al-Sunnah dalam bentuknya yang zahir tanpa ditakwil atau diqiyaskan.• Terkenal sebagai al-Zahiri yang berasal dari perkataan

‘zahir’.

Page 4: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

METODOLOGIAsas Mazhab Al-Zahiri : beramal dengan zahir Al-

Quran dan Sunnah selama tidak ada dalil menunjukkan ia mempunyai makna tersirat di sebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah

Berpegang kepada Ijmak para ulama dan para sahabat

Menolak qiyas, istihsan, al-maslahah al-mursalah, dan metod istinbat lainnya yang didasarkan pada ra’yi semata-mata.

Melarang bertaqlid

Page 5: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Pembinaan dan asas utama Mazhab Zahiri :

Al-Quran• Usul mazhab beliau merupakan zahir nas-nas yang

dipetik daripada al-Quran. Maka, terbit hujah dan alasan yang dikemukakan beliau kerana segala-segalanya telah lengkap dan dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis.

• Menurut Mazhab al-Zahiri, segala lafaz suruhan membawa erti wajib, melainkan jika terdapat dalil lain atau nas lain yang menunjukkan sebaliknya

Page 6: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Hadis• Usul mazhab tersebut juga ialah zahir nas-nas

yang dipetik daripada Hadis. Hadis dan al-Qur’an saling lengkap melengkapi dan menjelaskan terhadap sesetengah hukum yang perlu penjelasan• Perintah Rasulullah S.A.W. atau ditegah Baginda,

membawa erti tidak wajib serta tidak haram. Justeru, hukumnya menjadi harus. Untuk itu, tidak perlu kepada apa-apa dalil lain lagi seperti qiyas atau lainnya.

Page 7: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Ijmak• Mazhab al-Zahiri hanya menerima ijmak jika

tidak ada nas sahaja. • Penerimaan ijmak berdasarkan syarat :

hasil persepakatan daripada seluruh ulama dan mujtahid yang ada, bukannya persepakatan golongan dan di wilayah tertentu sahaja.

• Berdasarkan syarat yang amat ketat sebegitu seolah-olah menunjukkan bahawa Mazhab al-Zahiri bertindak menolak untuk berhujah dengan ijmak.

Page 8: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Ijtihad–Beliau membuka pintu ijtihad, tetapi bertindak

menolak segala sumber perundangan al-Ra’yi lain iaitu al-Qiyas, al-Istihsan, dan selain daripada kedua-duanya.

Page 9: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Qiyas.– Pada dasarnya, Imam Daud menolak

penggunaan qiyas dan ra’yi. –Berpendapat bahawa hukum yang dibentuk

dengan qiyas adalah hukum ‘aqliah (berdasarkan akal), sedangkan agama bersifat Ilahiah. Seandainya agama adalah ‘aqliah, tentu hukum yang berlaku akan berbeza dengan hukum yang dibawa oleh al-Qur’an dan al-Sunnah

–Kemudian menerapkan qiyas. Hal ini dilatarbelakangi oleh pengalamannya dalam menetapkan hukum. Pengalaman itu telah membuatkan beliau meneliti kembali metod yang digunakan oleh ahl al-hadits dan ahl al-ra’yi.

Page 10: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Peradilan menuntut adanya sumber lain seperti qiyas ketika rujukan daripada al-Quran dan sunah tidak memadai. Meskipun begitu, menurut pendapat beliau, qiyas boleh digunakan hanya apabila nas yang menyatakan pengharaman atau halalnya sesuatu serta menjelaskan ‘illat-nya. Namun, apabila nas tidak menjelaskannya, maka seorang mujtahid tidak berhak untuk membuatnya sendiri tetapi harus melakukan qiyas dengannya.

Page 11: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Taqlid• Beliau melarang taqlid secara mutlak. Orang

awam pun harus melakukan ijtihad. • Jika tidak mampu berijtihad, ia harus bertanya

kepada orang lain. Akan tetapi, ia baru boleh menerima pendapat orang lain itu jika disertai dengan dalil dari al-Qur’an, atau al-Sunnah, atau ijmak. • Jika orang itu tidak mengemukakan dalilnya,

maka dia harus bertanya kepada orang lain lagi.

Page 12: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

CONTOH HUKUMBeberapa pendapat Imam Daud Al-Zahiri yang

bertentangan dengan jumhur ulama dan imam mazhab empat antara lain ialah:• Membolehkan melihat anggota tubuh wanita waktu

melamarnya.• Isteri boleh bersedekah dengan harta suaminya.• Tindakan orang sakit yang membawa kematian sama

dengan orang sihat. (tidak ada ruhsah).• Hakim boleh membatalkan wasiat seseorang yang

dipandang merugikan sesuatu pihak.

Page 13: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Mengharamkan minum daripada bejana yang dibuat daripada emas dan perak. Ini hanyalah khusus untuk tujuan menggunakan emas dan perak untuk minum.

• Dalam masalah kulit babi dan anjing yang telah disamak, Mazhab Al-Zahiri mengharuskan memakainya sebagai kasut.

• Wajib qada puasa berturut-turut, tidak boleh berselang hari. Pendapat ini sama seperti Mazhab Hanafi.

• Orang yang dalam keadaan berjunub dan tidak mempunyai wudhu boleh menyentuh mushaf al-Quran. Pendapat ini mempunyai hubungan dengan pendapatnya tentang al-Qur’an.

Page 14: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Dalam masalah suami isteri, Mazhab Al-Zahiri berpendapat bahawa isteri yang kaya perlu menanggung perbelanjaan suaminya yang susah. Pendapat Mazhab ini adalah sama dengan pendapat Abu Thawr (Mazhab al-Thawriyy) iaitu seorang pengasas Mazhab Fiqh yang telah pupus.

• Begitu juga dengan kucing hutan, diharus memakannya dan tidak ada pengharaman yang jelas ke atasnya

• Membaca Basmalah ketika menyembelih haiwan untuk korban atau untuk dimakan adalah syarat dan syarat ini tidak tergugur dengan disebabkan terlupa, sengaja mahupun jahil.

Page 15: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

Selain itu, akibat daripada pendekatan ijtihadnya yang berbeza, maka banyak pula hasil pendapat hukumnya yang berbeza dengan pendapat hukum kebanyakan ulama. Beberapa pendapat tersebut adalah:• Imam Daud menolak pendapat fuqaha

mengenai hukum riba yang mengharamkan enam jenis riba yang disebut di dalam hadis Nabi SAW iaitu emas, perak, jelai, gandum, buah kurma, dan garam.

Page 16: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Kebijakan (tasarruf) yang berkaitan dengan hak waris dan hibah misalnya, yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan sakit. Dalam hal ini, sakit yang membawa kepada mati yang bersangkutan adalah sah dan memiliki akibat hukum sebagaimana orang yang sihat sedangkan menurut jumhur ulama, hal tersebut tidak dapat dinyatakan sah. Jumhur ulama mengajukan pendapat bahwa tasarruf yang demikian dikhuatiri hanya berdasarkan pertimbangan kasih sayang dan emosi yang akan menghalang hak waris bagi ahli waris kerana seluruh harta telah dihibahkan kepada orang yang dikasihi tersebut. Menurut ulama penganut Mazhab Zahiriyyah, pendapat yang dijadikan kelompok jumhur tersebut tidak dapat diterima berdasarkan pada nas tetapi hanya berdasarkan fikiran, dan tidak ada tempat bagi fikiran dalam menetapkan hukum Islam.

Page 17: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Tidak sah talak kecuali menggunakan lafaz “at-talak”, “as-sara” (melepaskan), “al-firaq” (memisahkan). Ini disebabkan kerana tiga jenis lafaz yang disebut nas dalam hal ini adalah Al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 229 dan ayat 241, Surah an-Nisa ayat 130, Surah al-Ahzab ayat ke- 49 dan Surah at-Thalaq ayat 2. Allah SWT tidak menyebut kecuali tiga lafaz ini, maka tidak boleh melepaskan ikatan perkawinan yang dilakukan menggunakan kalimah lain walaupun diniatkan atau tidak diniatkan. Untuk itu, ia menunjukkan bahawa talak secara sindiran atau kinayah tidak membawa apa-apa kesan hukum menurut mereka. Talak tidak harus sama sekali dilakukan secara perwakilan. Talak yang dilakukan secara bertulis atau surat tidak membawa apa-apa kesan

Page 18: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Jual beli, talak dan rujuk mestilah dilaksanakan dengan bersaksi. Ia dikira tidak sah jika berlangsung tanpa saksi yang adil.

Page 19: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

SUMBANGAN• Pada peringkat awal, mazhab al-Zahiri mendapat sambutan ramai

masyarakat. Namun pada kurun kelima hijrah mazhab ini telah merosot dan pada kurun kelapan mazhab tersebut lenyap. Di mana kesan-kesan peninggalan serta dasar mereka hanya termaktub dalam kitab-kitab Fiqh sahaja. 

• Mazhab al-Zahiri sebelumnya pernah tersebar di beberapa negara iaitu Baghdad, Iraq serta Parsi. Seterusnya Mazhab tersebut juga diikuti oleh segelintir masyarakat yang tinggal atau menetap dunia negara ini iaitu di Afrika dan Andalusia.

• Mengarang kitab berdasarkan bab Fiqh, antaranya yang utama adalah : Kitab Ibtal al-Taklid, Kitab Ibtal al-Qiyas, Khabar al-Wahid, Kitab al-Mujib lil al-'llm, Kitab al-Hujjah serta Kitab al-Mufassir wal al-Mujmal.

Page 20: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

KARYAKitab al-Hujjah (buku hujah)Kitab al-Khabar al-Mujib li al-‘Ilm (buku keilmuan)Kitab al-Khusus wa al-‘Umum (buku penjelasan

mengenai lafaz khusus dan umum)Kitab al-Mufassar wa al-Mujmal (buku lafaz yang

jelas dan tidak jelas pengertiannya)Kitab Ibthal al-Qiyas (buku membahas masalah

penolakan terhadap qiyas).Kitab Ibthal al-Taqlid (buku berisi penjelasan

larangan bertaqlid).Kitab Khabar al-Wahid (buku tentang Hadis Ahad).

Page 21: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

• Abu al-Faraj Muhammad bin Abi Ya’qub Ishaq al-Waraq al-Baghdadi yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Nadim, penyusun buku “al-Fihris” menyebutkan bahawa sejumlah besar topik fiqh karya Daud al-Zhahiri ialah seperti bersuci, haid, solat, haji, nikah, dan talak

Page 22: METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI

KESIMPULAN• Meskipun mazhab ini telah pupus namun sesetengah pandangan

beliau masih dirujuk oleh ulama• Mazhab Al-Zahiri ini berkembang luas di Andalusia pada kurun

yang kelima dan kemudiannya merosot dan pupus pada kurun yang kelapan hijrah. Ia bersesuaian dengan keadaan persekitaran masyarakat Andalusia ketika itu

• Atas kemunduran mazhab kecil ini, maka mazhab fiqh yang utuh dan dianuti oleh masyarakat Islam di berbagai wilayah Islam sehingga sekarang adalah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'i, dan Mazhab Hanbali, yang dalam fiqh disebut sebagai al-Mazahib al-Arba'ah (Mazhab yang Empat) atau al-Mazahib al-Kubra (Mazhab-Mazhab Besar)

• Penggunaa mazhab bergantung kepada suasana kemasyarakatan, kebudayaan, adat dan kenegaraan