metodologi pengajaran rasulullah

Upload: adrie-zwan

Post on 14-Apr-2018

356 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    1/12

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    2/12

    Kaedah Role Model

    Rasulullah s.a.w. juga berperanan

    sebagai murabbi atau pembimbing yang

    menggunakan pendekatan modeling

    sebagai metode dalam mentarbiyyahjiwa-jiwa manusia amnya dan bangsa

    Arab jahiliyyah ketika zaman itu

    khususnya

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    3/12

    Kaedah Kuliah

    Kaedah kuliah atau syarahan merupakansalah satu corak penyampaian yang berbentukpenerangan sesuatu isi pengajaran secaralisan oleh guru dalam kumpulan yang ramai

    Rasulullah s.a.w. juga menggunakan kaedahini ketika mana Baginda s.a.w. diarahkan olehAllah s.w.t. untuk berdakwah secara terang-terangan. Rasulullah s.a.w. telah memintakaum Quraish untuk berkumpul di Bukit Safa

    dan di situlah Rasulullah s.a.w. berdakwahdalam bentuk kuliah yang ringkas. Begitu jugaketika Rasulullah s.a.w. menyampaikankhutbahnya yang terakhir di

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    4/12

    Kaedah Bercerita

    Kaedah bercerita merupakan salah satu

    daripada cara menyampaikan

    kandungan pengajaran yang bertujuan

    memberi itibar dan melibatkan intonasi

    suara, mimik muka, gaya tubuh,

    imaginasi dan peralatan tambahan

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    5/12

    Contoh

    Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. telah

    menceritakan kepada para sahabat r.a.

    tentang seorang penzina wanita yang

    telah diampunkan Allah s.w.t. keranaperbuatannya memberikan air kepada

    anjing yang sedang kehausan.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    6/12

    Kaedah Soal Jawab

    Kaedah bersoal jawab juga pernah digunakan pakaioleh Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan ilmukepada para sahabat r.a. Sebagai contoh hadis yangdiriwayatkan al-Bukhari(1987, no. hadis 1554)bahawa Rasulluh s.a.w. telah bertanya kepada para

    sahabat r.a. satu soalan bagi membuka mindamereka, yang bermaksud: Apakah pandangan kaliansekiranya terdapat sebatang anak sungai di depanpintu rumah kamu dan kamu mandi di sungaitersebut lima kali sehari, Akan adakah kekotoranpada badan kamu? Sahabat menjawab: tidak akan

    ada kekotoran sedikit pun. Nabi s.a.w. membalas:begitulah dengan solat lima waktu, akan terhapussegala dosa kalian.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    7/12

    Kaedah Penyilidikan

    Hadis-hadis Nabi s.a.w. menunjukkan bahawaRasulullah s.a.w. melakukan aktiviti dalampengajaran Baginda s.a.w. kepada para sahabat r.a.Antara aktiviti yang dilakukan Nabi s.a.w. dalammenyampaikan pengajaran dan ilmu kepada para

    sahabat r.a. ialah menggalakkan sahabat r.a.melakukan penyelidikan. Hadis Nabi s.a.w. yangdiriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 12697)menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. telahmenunjukkan kepada para sahabat r.a. seorangpemuda ahli syurga tanpa menjelaskan ciri-ciri ahli

    syurga. Sahabat r.a. yang tertanya-tanya lalumenyelidik sendiri perihal pemuda tersebut danmendapati bahawa pemuda tersebut tidak pernahberbohong dan berhasad dengki dengan orang lain.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    8/12

    Kaedah Lakaran

    Nabi s.a.w. melakukan teknik lakaran ataupunlukisan bagi memberikan kefahaman kepadasahabat r.a. Ini seperti yang dijelaskan dalam hadisyang diriwayatkan oleh Ahmad (t.th, no. hadis 2668)yang bermaksud:Rasulullah membuat empat garisan

    di atas tanah dan Baginda s.a.w. bertanya: Adakahkalian tahu mengapa aku melakarkan empat garisanini? Sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNyayang mengetahui. Lalu Baginda s.a.w. punbersabda: Semulia-mulia wanita dalam syurga kelakada empat orang: iaitu Sayyidah Khadijah binti

    Khuwaylid, Sayyidah Fatimah binti Muhammad,Sayyidah Maryam binti Imran dan Sayyidah Asiahbinti Muhazzim isteri Firaun

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    9/12

    Kaedah Perbincangan

    Rasulullah s.a.w. juga mengadakan aktiviti perbincangan danperdebatan dengan para sahabat r.a. bagi memberikankefahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkara. Hal iniseperti yang digambarkan dalam dialog Nabi s.a.w. bersamapara wanita, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1987,no. hadis 298) yang bermaksud: Wahai wanita! Hendaklah

    kalian bersedekah, kerana Aku telah diperlihatkan oleh Allahs.w.t. bahawa golongan wanita adalah teramai di neraka. Parawanita bertanya: Mengapakah wahai Rasulullah s.a.w.? JawabBaginda s.a.w.: kalian banyak melaknat dan mengingkarisuami. Nabi bersabda lagi: Aku tidak pernah melihat kaumwanita yang kurang akal dan agamanya yang mampumenewaskan golongan lelaki yang bijak di kalangan kamu.

    Mereka bertanya lagi: apakah kurang agama dan akal kamiwahai Rasulullah s.a.w.? Sabda Baginda s.a.w.: bukankahpenyaksian perempuan itu cuma menyamai setengahpenyaksian seorang lelaki? Mereka menjawab: benar! Itulahbukti kurangnya akal mereka, jelas Baginda s.a.w.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    10/12

    Kaedah Demonstrasi

    aktiviti lain yang dilakukan Rasulullahs.aw. dalam menyampaikan pengajaraniailah aktiviti demonstrasi. Ini seperti

    yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud(1980, no. hadis 109 ) bahwa SayyidinaUthman bin Affan r.a. telah menunjukkancara berwuduk kepada para sahabat r.a.

    yang lain dan memberitahu bahawabegitulah cara Rasulullah s.a.w.berwuduk.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    11/12

    Kaedah Permainan

    Rasulullah s.a.w. juga kadangkala melakukan aktivitipermainan yang diselitkan pengajaran di dalamnya.Rasulullah s.a.w. bermain teka teki dengan parasahabat bagi menyampaikan maksud pengajaranyang tersirat. Sebagai contoh hadis yang

    diriwayatkan al-Bukhari (1987, no. hadis 1735)bahawa Rasulluh s.a.w. telah memberikan satu tekateki kepada para sahabat dan meminta para sahabatberfikir akan jawapannya. Hadis tersebut yangbermaksud: Bagitahu daku apakah pokok yangbewarna hijau dan mempunyai keberkatan seperti

    seorang muslim, daunnya tidak gugur dan tidakbertaburan dan ia mengeluarkan buah sepanjangmusim dengan izin Allah s.w.t.

  • 7/27/2019 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

    12/12