metodologi pengumpulan sirah

47
1.0 KONSEP SIRAH 1.1 Konsep Umum Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan erti as-sirah menurut bahasa adalah kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Sebahagian pendapat yang lain pula mengatakan sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Jadi, secara amnya, perkataan Sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah SAW (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi nasab iaitu keturunan baginda, keadaan baginda semasa di dalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain lagi keadaan yang berkaitan sehinggalah kepada kewafatan serta penyempurnaan jenazah baginda S.A.W. Sesungguhnya di dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W tercermin sebuah gambaran kehidupan manusia yang sangat agung dan mulia. Ia bukan sahaja sekadar menjadi sebuah kajian sejarah yang asyik dan mempesonakan untuk dipelajari, bahkan ia lebih daripada itu. Sirah Nabawiyah merupakan gambaran global tentang hakikat Islam dan ajarannya bagi seorang Muslim. Berkata Zainal `Abidin bin Ali : Kami dahulu mempelajari sirah atau sejarah Rasulullah S.A.W sebagaimana kami mempelajari surah al- Quran. Berkata Muhammad bin Sa`ad bin Abi Waqas : “ Dahulu ayahku mengajarkan sirah dan peperangan Rasulullah S.A.W dan mengatakan : Ini kemuliaan orang tuamu terdahulu, maka jangan sekali-kali kamu melupakannya.” Perbincangan mengenai sirah bertujuan membentuk kefahaman yang 1

Upload: nurul-shahida-mohd-azilah

Post on 08-Feb-2016

179 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

metodologi pengumpulan sirah

TRANSCRIPT

Page 1: metodologi pengumpulan sirah

1.0 KONSEP SIRAH

1.1 Konsep Umum

Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan erti as-sirah menurut bahasa adalah

kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Sebahagian pendapat yang lain pula mengatakan

sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Jadi, secara amnya, perkataan Sirah ini

dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang

kisah hidup Rasulullah SAW (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi nasab iaitu keturunan

baginda, keadaan baginda semasa di dalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain

lagi keadaan yang berkaitan sehinggalah kepada kewafatan serta penyempurnaan jenazah

baginda S.A.W.

Sesungguhnya di dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W tercermin sebuah

gambaran kehidupan manusia yang sangat agung dan mulia. Ia bukan sahaja sekadar

menjadi sebuah kajian sejarah yang asyik dan mempesonakan untuk dipelajari, bahkan ia

lebih daripada itu. Sirah Nabawiyah merupakan gambaran global tentang hakikat Islam dan

ajarannya bagi seorang Muslim.

Berkata Zainal `Abidin bin Ali : Kami dahulu mempelajari sirah atau sejarah

Rasulullah S.A.W sebagaimana kami mempelajari surah al-Quran.

Berkata Muhammad bin Sa`ad bin Abi Waqas : “ Dahulu ayahku mengajarkan sirah

dan peperangan Rasulullah S.A.W dan mengatakan : Ini kemuliaan orang tuamu terdahulu,

maka jangan sekali-kali kamu melupakannya.”

Perbincangan mengenai sirah bertujuan membentuk kefahaman yang mendalam

dan terperinci bahawa Rasulullah S.A.W tidak mengangkat dirinya sebagai pemimpin di

tengah-tengah masyarakat kerana kebijaksanaannya (Nik Abdul Aziz Nik Mat). Memahami

sirah adalah untuk menyangkal dakwaan orientalis, yang bertujuan menjatuhkan martabat

seorang Rasul yang di pimpin ALLAH secara langsung dengan berusaha menyenaraikan

Nabi Muhammad S.A.W sebaris dengan pemimpin dunia lain seperti Mahatma Gandhi,

Abraham Lincoln dan lain-lain untuk menutup kenabian Baginda S.A.W.

Tujuan mempelajari sirah adalah agar setiap Muslim memahami dan mengenal dengan

baik keperibadian Rasulullah S.A.W melalui rangkaian peristiwa yang dialaminya, konflik-

konflik yang diselesaikannya, tentangan yang dihadapinya, bahkan peristiwa-peristiwa kecil

seperti hubungannya dengan para sahabatnya, kaum kerabatnya dan musuh-musuhnya.

1

Page 2: metodologi pengumpulan sirah

Dengan itu, setiap Muslim boleh mendapatkan contoh ideal dalam setiap aspek kehidupan.

Seperti yang di firman oleh ALLAH S.W.T dalam al-Quran :

(Al-Ahzab : 21)

Mafhumnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) ALLAH dan (balasan

baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam

masa susah dan senang)

Antara tujuan lain mempelajari Sirah Nabi Muhammad S.A.W ialah supaya

memperoleh sokongan padu untuk memahami dan mengecapi roh al-Quran. Menghayati

sirah adalah penting kerana ia menjadi perantara untuk mengumpulkan seberapa banyak

sumber maklumat dan pengajaran Islam dalam masalah yang berhubung dengan aqidah,

hukum-hakam termasuklah pembentukan akhlak.

Justeru, fiqhus sirah ini tidak harus dipelajari oleh untuk mengetahui tentang peribadi

Rasulullah dan peristiwa yang indah semata-mata, tetapi ia termasuklah segala gerak-geri,

tindak-tanduk, tutur-bicara dan juga perangai Nabi S.A.W. ia jauh lebih luas daripada

sekadar tarikh dan masa bahkan ia mencakupi sikap dan tindak-tanduk baginda yang bukan

sahaja menafsirkan, malah melaksanakan al-Quran atau Islam itu sendiri.

Dalam konteks pendidik, sirah Nabi S.A.W boleh dijadikan sumber pedoman bagi guru

tentang cara pendekatan pendidikan dan tarbiyyah yang penuh dengan kebijaksanaan.

Baginda tidak pernah berhenti mencari formula terbaik dan berkesan dalam mendidik

manusia. Jelaslah, sirah Nabi ini menggambarkan bahawa baginda S.A.W bukanlah sekadar

menyampaikan atau mengajar bahkan yang lebih penting adalah mentarbiyyah, mendidik,

mengasuh dan memberi bimbingan yang memerlukan waktu yang panjang, kesabaran yang

tinggi dan keilmuan yang luas.

Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa antara tujuan mempelajari Sirah Nabawiyah adalah

untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang hakikat Islam yang terlaksana dalam

hidup Rasulullah S.A.W. selain meneliti, mendalami serta memahami isu-isu yang berkait

dengan syakhsiyyah yakni peribadi Rasulullah juga dalam situasi kehidupan harian baginda.

Peranan akidah, syariat dan akhlak yang terpancar pada diri Nabi S.A.W boleh diselusuri

melalui sirah baginda.

2

Page 3: metodologi pengumpulan sirah

1.2 Metodologi Penulisan Sirah

Jika seorang pemidato dikagumi dengan bahasa dan pertuturannya yang indah dan lancar,

seorang penulis dikagumi dengan penulisan yang indah dan tepat. Ibarat masakan dari

bahan yang sama, akan tetapi berbeza rasanya jika cara masaknya yang berbeza. Begitulah

boleh diibaratkan dengan penyampaian sirah dari segi penulisan mahupun penceritaan.

Bagi umat Islam, penglibatan mereka dalam bidang penulisan ialah dimulai dengan

pencatatan sejarah.

Perkara utama yang mendorong seseorang untuk menulis Sirah Nabawiyyah ialah

kerana kewajipan menyampaikan sesuatu ilmu yang sangat dituntut oleh Islam. Sebahagian

mereka berusaha meneliti dan mengkaji daripada pihak-pihak yang dianggap mempunyai

sumber yang sahih bagi mengelakkan daripada wujudnya kesilapan. Oleh itu, bagi

memastikan dan menentukan kebenaran sesuatu sumber terutamanya hadis, maka banyak

faktor mesti diberikan perhatian.

Orang-orang Arab khasnya dan orang-orang Islam amnya, mereka memiliki suatu ilmu

yang disebut sebagai “Fann ar-Riwayah”. Dengan penguasaan ilmu tersebut menjadikan

mereka kaum yang berjaya menguasai satu bidang ilmu bagaimana sesuatu kisah atau

riwayat di himpun dan ditapis dari pelbagai sumber yang dianggap sahih dan tepat.

Akhirnya, mereka berjaya menghimpun dan mencatat pelbagai kisah atau peristiwa

bersejarah yang berlaku di Jazirah Arab dan negara-negara sekitarnya.

Penulisan bagi sirah dan perjuangan Rasulullah S.A.W secara umumnya adalah

terlewat jauh masanya berbanding dengan penulisan hadis Rasulullah S.A.W. Bagi

kebanyakan ahli sejarah mendapati, boleh jadi Urwah bin Zubir yang meninggal pada tahun

92 Hijrah adalah orang yang mula-mula menukilkan sirah Rasulullah S.A.W. Ini

menunjukkan bahawa pembukuan sirah Nabi Muhammad S.A.W telah dilakukan sejak lebih

1200 tahun yang lalu (Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2004)

Tokoh-tokoh sejarawan Islam yang muncul kira-kira 90 tahun selepas dari wafat

Rasulullah S.A.W selain daripada Urwah bin Zubir ialah antaranya Abban bin Usman

(meninggal tahun 105 Hijrah), Wahab bin Munabbih (meninggal tahun 110 Hijrah), Syurahbil

bin Saad (meninggal tahun 123 Hijrah) dan Ibnu Syihab az-Zuhri (meninggal tahun 124

Hijrah).

3

Page 4: metodologi pengumpulan sirah

Walaupun sirah Nabi S.A.W dan para Rasul yang terdahulu sememangnya telah

termuat dalam al-Quran, tapi dari segi penulisan yang dilakukan oleh ahli sejarah Islam,

merekalah generasi pertama ahli sejarawan Islam yang mula-mula muncul dan terbabit

dalam penulisan sirah Rasulullah S.A.W. Para penulis yang muncul kemudian itu

merupakan anak-anak murid daripada tokoh-tokoh itu.

Bagaimanapun, pencerobohan oleh puak-puak kuffar melalui peperangan dan

penjajahan adalah antara penyebab hasil kerja yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh

berkenaan lesap dan lupus. Mereka bukan sahaja mengaut mahsul sesuatu negara, tetapi

mereka juga melarikan begitu banyak manuskrip berharga tulisan ulama’ dan sejarawan

Islam yang kini tersimpan di dalam muzium seperti di Perancis dan Britain.

Bangsa penjajah Eropah sesetengahnya membina tamadun mereka hasil daripada

penelitian kita ulama’ Islam yang mereka rampas itu. Ada yang berguru dengan para

ilmuwan Islam pada zaman silam, tetapi mereka cuba membuang fakta itu supaya rahsia

mereka mendapatkan ilmu pengetahuan daripada Islam ditutup seterusnya mereka akan

dianggap pelopor kepada ilmu berkenaan.

Meskipun hasil sejarawan Islam peringkat awal yang muncul 90 tahun selepas

kewafatan Rasulullah S.A.W telah hilang dan hanya tinggal cebisan-cebisan lembaran yang

tidak sempurna, generasi kedua tokoh penulisan sirah telah berusaha menghimpun dan

menyalin apa yang tertinggal daripada cebisan itu.

Angkatan kedua tokoh-tokoh sejarawan itu berusaha memanfaatkan catatan dan

nukilan yang terdahulu. Orang yang paling ulung menulis semula tinggalan catatan itu ialah

Muhammad bin Ishaq (meninggal tahun 152 Hijrah) yang tulisannya terkenal dengan nama

“Sirah Ibnu Ishaq”. Walaupun ramai yang muncul sezaman dengan beliau, ahli sejarah yang

kemudiannya telah sepakat bahawa catatan beliau mempunyai kekuatan dan nilai yang

sangat kukuh.

Muhammad bin Ishaq juga telah menulis sebuah kita sejarah yang berjudul “Al-

Maghazi”, namun tidak sampai sepenuhnya kepada umat Islam mutakhir ini. Mujurlah ketika

itu muncul seorang yang bernama Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai “Ibnu Hisham”

telah berusaha mengemaskinikan catatan Muhammad bin Ishaq untuk dihurai dan

diperjelaskan semula ke dalam sebuah catatan yang lain. Jarak antara Ibnu Ishaq dan Ibnu

Hisham ialah kira-kira 50 tahun.

Seorang penulis lain, iaitu Ibnu Harkan telah menyatakan dalam catatannya bahawa

Ibnu Hisham adalah orang yang bertanggungjawab menulis kitab Sirah Nabawiyyah yang

4

Page 5: metodologi pengumpulan sirah

disusun dan dikemaskini bersumberkan dari kitab al-Maghazi, kitab yang dikenal sebagai

“Sirah Ibnu Hisham” masih wujud dan dapat dibaca oleh umat Islam sehingga kini.

Seharusnya kita mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa tokoh seperti

beliau yang membolehkan kita membaca dan menghayati sirah Rasulullah S.A.W.

Gaya dan cara penulisan sirah Rasulullah S.A.W yang terbahagi kepada dua cara

iaitu penulisan sejarah secara maudhu’ atau mutlak yakni mencatat semua fakta dengan

sempurna tanpa sebarang tokok tambah dan ulasan penulisnya dan penulisan yang menulis

segala fakta sejarah dengan sempurna dan jelas serta turut memberi komen terhadap

sesuatu peristiwa sejarah yang ditulisnya itu.

Sejarawan Islam yang terbabit dalam pencatatan dan pengumpulan bahan sejarah

sememangnya mempunyai disiplin yang tinggi dan manhaj yang sempurna. Hasil kerja

mereka dapat diyakini kesahihannya kerana mereka mempunyai panduan yang khusus bagi

menelusuri suatu kebenaran fakta berasaskan sifat-sifat seperti amanah, adil dan jujur.

Kejujuran dan amanah dalam penulisan sejarah menjadi kuncinya, supaya tidak terdapat

unsur-unsur pembohongan dalam sejarah kerana bohong itu keji adalah ajaran Islam.

Justeru, para penulis sirah Rasulullah S.A.W. berharap agar mereka juga memiliki

saham dalam menyediakan kunci utama bagi memahami al-Quran. Sesungguhnya,

pentafsir wahyu ALLAH yang pertama ialah Rasulullah, lantaran itu para pencatat sejarah

berlumba-lumba mencatat sirah Nabi S.A.W bagi memudahkan orang memahami al-Quran.

Semoga usaha murni itu diberkati oleh ALLAH S.W.T.

5

Page 6: metodologi pengumpulan sirah

1.3 Rumusan

6

Page 7: metodologi pengumpulan sirah

7

Page 8: metodologi pengumpulan sirah

2.0 TOPIK-TOPIK BIDANG SIRAH

2.1 Analisis Tajuk Tahun 1 hingga 6

8

Menyebut nama-nama wanita yang menyusukan Nabi Muhammad S.A.W. tempoh penjagaannya.

Menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad S.A.W. sebelah bapa dan ibu.

Menyatakan keistimewaan keturunan Nabi Muhammad S.A.W.

Menyatakan tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan peristiwa semasa dan selepas Baginda dilahirkan.

Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad disusukan oleh orang lain.

KETURUNAN MULIAMenyatakan salasilah

keturunan Nabi Muhammad S.A.W. dan tanda-tanda kenabian

Baginda.

PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Menyatakan kisah penyusuan

Nabi Muhammad S.A.W.

TAHUN 1

Page 9: metodologi pengumpulan sirah

9

BATU DARI SYURGA

Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa berkaitan Hajr al-

Aswad.

Menyebut pengenalan Hajr al-Aswad.

Menyatakan suasana masyarakat Arab ketika berlakunya meletakkan Hajr al-Aswad.

Menyebut nama puak arab yang berselisih faham tentang meletakkan Hajr al-Aswad.

o Bani Quraisyo Bani ‘Aufo Bani Abd Daro Bani Makhzum

Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad dipilih menjadi hakim.

Menerangkan cara Rasulullah menghakimi perletakan Hajr al-Aswad

TAHUN 2

IKATAN KASIH RASULULLAH S.A.W.

Memahami dan mengambil iktibar daripada perkahwinan nabi.

Menyatakan sejarah perkahwinan nabi dengan Khadijah.

Menyatakan sifat nabi sebagai seorang suami.

Menyatakan beberapa nama isteri nabi yang lain selepas perkahwinan dengan Khadijah.

Menyatakan iktibar daripada perkahwinan Nabi Muhammad.

PEKERJAN NABI MUHAMMAD

Memahami dan mengambil iktibar daripada pekerjaan Nabi sebelum

dilantik menjadi Rasul.

Menyatakan pekerjaan Nabi semasa kecil mengikut peringkat umur.

Menyatakan faktor-faktor yang mendorong nabi menjalankan pekerjaan.

Menyatakan akhlak nabi dalam melaksanakan pekerjaan.

Menyatakan iktibar yang boleh diambil daripada cara nabi bekerja.

Page 10: metodologi pengumpulan sirah

10

Menyatakan sebab, tarikh dan bilangan orang yang berhijrah ke Habsyah kali pertama

TOKOH PEMBELA ISLAMMemahami Dan Mengambil Iktibar

Daripada Penerimaan Orang Mekah Yang Berpengaruh

Terhadap Dakwah Rasulullah

Menyatakan peristiwa menyebabkan orang Mekah yang berpengaruh memeluk Islam :

i. Abu Bakar as-Siddiq

ii. Umar al-Khattabiii. Hamzah bin

Abdul Mutalib

Menyatakan kesan daripada peristiwa pengislaman orang Mekah yang berpengaruh

Menyatakan iktibar daripada peristiwa pengislaman orang Mekah yang berpengaruh

Menerangkan bentuk dakwah Rasulullah secara sulit dan terang

WAHYU PERTAMA Memahami Dan Mengambil Iktibar

Daripada Peristiwa Gua Hira’

Menerangkan kedudukan Gua Hira’

Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad ke Gua Hira’

Menceritakan peristiwa wahyu pertama diturunkan

Menceritakan peristiwa yang berlaku selepas menerima wahyu pertama

Menyatakan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa di Gua Hira’

Menyatakan sebab-sebab Rasulullah berdakwah secara sulit dan terang

Menyatakan kesan dakwah Rasulullah secara terang

Menyenaraikan nama orang yang mula menerima dakwah Rasulullah secara sulit

Menyatakan iktibar daripada dakwah Rasulullah secara sulit dan terang

Menyenaraikan beberapa orang yang berhijrah ke Habsyah kali pertama

Menceritakan kesukaran perjalanan ke Habsyah

Menyatakan sebab, tarikh dan bilangan orang yang berhijrah ke Habsyah kali kedua

Menjelaskan secara ringkas layanan Raja Habsyah terhadap orang Islam yang berhijrah

PERANCANGAN DAKWAH NABI MUHAMMAD

Memahami Dan Mengambil Iktibar Daripada Dakwah

Rasulullah

MENCARI KEAMANAN DI HABSYAH

Memahami Dan Mengambil Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah

Ke Habsyah

TAHUN 3

Page 11: metodologi pengumpulan sirah

11

Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa

penentangan terhadap dakwah Rasulullah bagi

melahirkan rasa kecintaan terhadap baginda

Memahami dan mengambil iktibar daripada Peristiwa

perjanjian aqabah pertama dan kedua bagi melahirkan rasa

kecintaan terhadap Rasulullah.

Menerangkan sebab. tarikh dan bilangan orang yang terlibat dalam perjanjian aqabah pertama.

Menganalisis isi perjanjian aqabah pertama.

Menerangkan sebab, tarikh dan bilangan orang yang terlibat dalam perjanjian aqabah kedua.

Menganalisis isi perjanjian aqabah kedua.

Merumuskan iktibar daripada perisitiwa perjanjian aqabah pertama dan kedua.

Membuktikan kecintaan terhadap Rasulullah melalui ketaatan kepada baginda.

Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa

Hijrah Rasulullah ke Madinah bagi melahirkan rasa kecintaan terhadap

Rasulullah

Menerangkan pengertian hijrah.

Menjelaskan tarikh dan sebab-sebab berlaku hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.

Menganalisis peristiwa sebelum dan semasa hijrah.

Merumuskan iktibar daripada peristiwa Hijrah.

Melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.

TAHUN 4

Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa

Israk Mi’raj bagi melahirkan ketaqwaan kepada Allah

Menjelaskan pengertian Israk Mi’raj.

Menerangkan dalil naqli Israk Mi’raj serta ertinya.

Menganalisis peristiwa semasa Israk dan Mi’raj.

Merumuskan iktibar daripada peristiwa israk dan mi’raj.

Membuktikan ketaqwaan kepada Allah melalui tindakan dalam kehidupan seharian.

Menjelaskan bentuk penentangan terhadap dakwah Rasulullah.

Menganalisis tindakan Rasulullah terhadap penentangan dakwahnya.

Mengaplikasikan akhlak Rasulullah dalam menghadapi penentangan terhadap dakwahnya.

Membuktikan kecintaan terhadap Rasulullah melalui tindakan dalam kehidupan seharian.

Page 12: metodologi pengumpulan sirah

12

Aras 1 : Murid dapat menyatakan :

Maksud Hijrah. Tarikh berlaku.

Aras 2 : Menyatakan kesukaran yang dihadapai oleh Rasulullah dan umat Islamsemasa hijrah.

Aras 3 :Menghubungkaitkan pengertian dan peristiwa hijrah dalam pelbagai bidangkehidupan seharian

PEMBINAAN MASJID YANG PERTAMA

Aras 1 : Menyatakan nama masjid yang pertama.

Aras 2 :Menyatakan fungsi masjid :

Pusat ibadat. Pusat ilmu / pendidikan. Pusat kemasyarakatan. Pusat pentadbiran.

Aras 3:Mengambil iktibar daripada pembinaan masjid :

Memupuk minat dalam bidang seni.

Menjadi usahawan dan dermawan.

Semangat kerjasama dan perpaduan

Aras 1 :Menyatakan isi perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua.

Aras 2 :Menghuraikan isi Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua.

Aras 3 :Mengambil iktibar daripada peristiwa Perjanjian Aqabah : Taat kepada ketua. Menepati janji. Bekerjasama.

ISRAK DAN MIKRAJ

Aras 1 :Menyatakan pengertian : Israk Mikraj

Aras 2 : Menceritakan peristiwa Rasulullah s.a.w. menerima perintah ibadah solah.

Aras 3 :Menyenaraikan pengajaran yang didapati daripada peristiwa Israk dan Mikraj.

PERJANJIAN AQABAH HIJRAH KE MADINAH

TAHUN 5

PERSAUDARAAN ANTARA MUHAJIRINDAN ANSAR

Aras 1 :Menyatakan pengertian Muhajirin dan Ansar.

Aras 2 :Menyenaraikan bentuk bantuan yang diberikan oleh golongan Ansar.

Aras 3 :Menceritakan semula kisah persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.

PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH

Aras 1 :Menyatakan latar belakang Madinah dari segi :-Kedudukan -Nama asal -Penduduk

Aras 2 :Menerangkan suasana Madinah sebelum dan selepas pembentukan Negara

Aras 3 :Rela berkorban mempertahankan maruah negara.

Aras 1 :Menyatakan sebab-sebab perlunya mempertahankan Madinah.

Aras 2 :Menerangkan kedudukan Madinah sebagai pusat perkembangan dakwahIslam.

ARAS 3 :Menyatakan cara mempertahankan negara di masa kini.

MEMPERTAHANKAN MADINAH

Page 13: metodologi pengumpulan sirah

13

Aras 1 :Murid dapat menyatakan peristiwa berlakunya Pembukaan KotaMakkah.

Aras 2 :Murid dapat menghuraikan kesan daripada pembukaan Kota Makkah.

Aras 3 :Murid dapat menyenaraikan pengajaan daripada Pembukaan Kota Makkah

PERKEMBANGANISLAM PADA ZAMANRASULULLAH S.A.W.

Aras 1 :Murid dapat menyatakan pembesar Quraisy yang memeluk Islam.

Aras 2 :Menyatakan pengajaran daripada :

Peperangan Hunain ( حنين )

Peperangan Tabuk ((تابوك

Aras 3 : Murid dapat menghuraikan strategi dakwah Rasulullah s.a.w. :

Terhadap pembesar Musyrikin Quraisy.

Pembesar negara luar yang dihubungi untuk menyampaikan dakwah.

Aras 1 :Murid dapat menyatakan fakta asas Perjanjian Hudaibiah : Tarikh berlaku. Pihak yang terlibat.Aras 2 :

Murid dapat menghuraikan isi Perjanjian Hudaibiah.

Aras 3 :Murid dapat menyatakan kesan Perjanjian Hudaibiah.

PIAGAM MADINAH

Aras 1 : Murid dapat menyatakan fakta asas Piagam Madinah : Pihak yang terlibat. Sebab dinamakan

Piagam Madinah.

Aras 2 :Murid dapat menghuraikan isi Piagam Madinah .

Aras 3 :Menyatakan pengajaran Piagam Madinah.

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH PEMBUKAAN KOTA MEKAH

TAHUN 6

HAJI WIDAK ( وداع )

Aras 1 :Peristiwa berlakunya Haji Widak.

Aras 2 :Isi kandungan khutbah perpisahan.

Aras 3 :Menjelaskan reaksi para sahabat terhadap Rasulullah..

Aras 1 :Menyatakan peristiwa sebelum kewafatanRasulullah s.a.w.

Aras 2 :Reaksi para sahabat terhadap kewafatan Rasulullah

ARAS 3 :Kesan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w..

KEWAFATAN RASULULLAHS.A.W.

Page 14: metodologi pengumpulan sirah

2.2 Analisis Topik Sirah Tahun 1

Terdapat dua tajuk bagi Sirah Tahun Satu dalam Pendidikan Agama Islam. Tajuk berkenaan

adalah pelajaran 20 iaitu Keturunan Mulia dan pelajaran 21 iaitu Penyusuan Nabi

Muhammad S.A.W. Kedua-dua tajuk ini merupakan tajuk permulaan bagi pembelajaran

sirah dan akan diikuti oleh tajuk yang seterusnya pada tahun dua, tiga , empat, lima dan

enam. Dalam konteks pembelajaran Pendidikan Agama Islam, sirah merupakan satu

cabang daripada enam perkara di dalam buku teks mengikut sukatan pembahagian

pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Islam iaitu Al-Quran, Jawi, Ibadat, Akidah, Adab

dan Sirah.

Pembahagian tajuk pada bahagian isi kandungan buku teks bagi Sirah.

Maklumat salasilah Rasulullah S.A.W. di dalam buku teks.

Bagi pelajaran 20 iaitu Keturunan Mulia, standard kandungan bagi tajuk ini adalah

menyatakan salasilah keturunan Nabi Muhammad S.A.W. dan tanda-tanda kenabian

Baginda S.A.W. Terdapat tiga standard pembelajaran di dalam Dokumen Standard

Pengajaran. Pertama adalah menyatakan salasilah keturunan nabi Muhammad S.A.W.

sebelah bapa dan ibu. Kelebihan pembelajaran ini adalah pelajar dapat mengenali siapa

14

Page 15: metodologi pengumpulan sirah

Nabi Muhammad S.A.W. dengan lebih dekat di peringkat yang masih muda. Pelajar juga

mungkin akan lebih tertarik untuk mempelajari kisah hidup Rasulullah S.A.W. kerana mereka

juga mempunyai salasilah keluarga mereka sendiri.

Bagi menarik minat pelajar, guru boleh menggunakan kaedah dekat kepada jauh

dalam tajuk ini iaitu dengan mengaitkan keluarga pelajar dengan keluarga Rasulullah S.A.W.

Kelemahan tajuk ini pula bagi pelajar tahun satu adalah berkemungkinan mereka akan keliru

antara keturunan Rasulullah S.A.W. sebelah bapa mahupun sebelah ibu baginda S.A.W.,

masa yang diperuntukkan bagi guru memastikan pelajar dapat menguasai topik juga agak

terhad dan pelajar cepat bosan jika kaedah yang digunakan tidak bertepatan dengan aras

pemikiran mereka.

Standard pembelajaran kedua pula adalah menyatakan keistimewaan keturunan

Nabi Muhammad S.A.W. Sub topik ini dapat menambah pengetahuan pelajar tentang

mulianya Nabi Muhammad S.A.W. pada peringkat awal lagi. Jika guru gagal menyampaikan

perbezaan keistimewaan keturunan Nabi Muhammad S.A.W. dengan manusia biasa, pelajar

akan salah faham dan keliru. Kaedah bercerita atau teka teki mampu menarik minat pelajar

berfikir dan memahami konsep keistimewaan keturunan Baginda S.A.W.

Di samping itu, guru perlulah kreatif dalam memastikan pelajar faham dan minat

untuk mengetahui perkara yang diajar oleh guru. Maklumat yang diberikan di dalam buku

teks juga merupakan kelebihan bagi subtopik ini di mana ia boleh digunakan oleh guru

sepenuhnya. Walau bagaimanapun, guru juga perlu mencari maklumat tambahan berkaitan

keistimewaan keturunan Rasulullah S.A.W. kerana maklumat di dalam buku teks tidak

begitu mencukupi dan ia perlulah bersesuaian dengan aras pemikiran pelajar.

Standard pembelajaran yang terakhir adalah menyatakan tanda-tanda kenabian Nabi

Muhammad S.A.W. berdasarkan peristiwa semasa dan selepas Baginda S.A.W. dilahirkan.

Hal ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang kelainan atau

keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W. melalui tanda-tanda kelahiran Baginda S.A.W..

Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah yang menarik seperti nasyid lagu “Lahirnya

Nabi” atau mana-mana nasyid yang berkaitan. Maklumat berkaitan tanda-tanda kelahiran

Nabi Muhammad S.A.W. juga turut terdapat di dalam buku teks dan guru boleh

menggunakannya bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Jika maklumat di dalam buku teks kurang, maka guru perlulah menambah maklumat

berdasarkan sumber lain sesuai dengan aras pelajar. Subtopik ini mungkin agak tinggi bagi

aras pelajar tahun satu jika ingin memahami kesemua tanda dengan terperinci jika guru

gagal menggunakan kaedah yang menarik. Guru juga perlu bijak menyatakan maklumat

15

Page 16: metodologi pengumpulan sirah

antara tanda sebelum atau selepas kelahiran Baginda S.A.W. agar pelajar tidak keliru dan

dapat hayati dengan yakin.

Tajuk kedua bagi Sirah tahun satu adalah pengajaran 21, Penyusuan Nabi

Muhammad S.A.W. Berpegang pada standard kandungan iaitu menyatakan kisah

penyusuan Nabi Muhammad S.A.W.. Manakala standard pembelajaran pula ada dua,

pertama adalah menyebut nama-nama wanita yang menyusukan Nabi Muhammad S.A.W.

dan tempoh penjagaannya. Berlandaskan subtopik ini, pelajar dapat menambah ilmu

pengetahuan tentang kiash Rasulullah S.A.W. sejak kecil lagi. Kelebihan lain pula adalah

maklumat berkaitan dengan nama-nama ibu susuan dan tempoh penjagaan lengkap

terdapat di dalam buku teks. Tajuk ini juga memberi ruang kepada pelajar tahun 1 berfikir

tentang kesusahan Rasulullah S.A.W. berbanding diri mereka kini.

Kelemahan pula adalah kemungkinan pelajar kurang tertarik pada isi pembelajaran

ada jika guru gagal menyedia atau melakukan set induksi yang menarik sebagai umpan

menarik perhatian pelajar. Guru juga perlu pandai menggunakan kaedah dan teknik bagi

membantu pelajar mengingati nama ibu-ibu susuan Rasulullah S.A.W.. selain itu, pelajar

juga mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘ibu susuan’, guru perlu

memberi penjelasan yang menepati aras fikiran mereka agar tidak berlaku kecelaruan.

Antara aklumat di dalam buku teks.

Standard pembelajaran kedua bagi tajuk Penyusuan Nabi Muhammad S.A.W. pula

adalah menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad S.A.W. disusukan oleh orang lain.

Melalui sub topik ini, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan akan perbezaan antara

zaman Rasulullah S.A.W. dengan zaman kini. Hal ini kerana pelajar mungkin tertanya-tanya

kenapa dan mengapa. Jika guru gagal menjawab dengan tepat, maka pelajar akan keliru

dan tidak berminat untuk belajar. Guru hanya perlu menggunakan maklumat yang telah

16

Page 17: metodologi pengumpulan sirah

disediakan di dalam buku teks seperti sub topik yang lain kerana ia mampu membantu

semua pelajar memahami dengan lebih mendalam.

Di samping itu, guru hanya perlu mengolah maklumat yang terdapat di dalam buku

teks dalam bentuk yang menarik dan pelbagai agar pelajar berminat untuk belajar dan

keadaan kelas terkawal. Guru juga perlu bijak memberi ruang kepada pelajar mengenali

riwayat hidup Rasulullah S.A.W. dari kecil lagi agar mereka terdedah kepada cinta terhadap

Rasulullah S.A.W. Cara penyampaian guru juga perlulah strategik agak setiap isi

pembelajaran dapat dicerna oleh pemikiran pelajar. Gaya penyampaian juga haruslah

berkesan san sistematik bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Setiap sesuatu di dunia mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri, begitu juga

bagi pengajaran Sirah bagi pelajar tahun satu ini. Pro atau kelebihan yang terdapat di dalam

sesebuah perkara itu akan menjadi kelemahan jika tidak dapat digunakan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan kontra atau kelemahan, jika kelemahan sesuatu perkara itu dapat diatasi

dengan bijak maka ia akan menjadi sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna bagai

sesuatu perkara.

Dalam sistem kurikulum pengajaran dan pembelajaran Sirah, guru perlu memahami

konsep pengendalian kelas yang bijak di mana guru perlu arif dalam tahap pencapaian

pelajar dalam akademik agar apa yang disampaikan guru selaras dengan pemikiran pelajar.

Alat bantu mengajar juga merupakan salah satu aspek terpenting bagi menarik perhatian

murid agar tertarik terhadap pengajaran dan pembelajaran jika teknik dan kaedah yang

diguna pakai itu bertepatan dengan pelajar. Bagi seorang guru, setiap sesuatu perlu dikaji

dan di nilai agar hasil pada masa akan datang lebih bermutu. Barulah pro dan kontra dapat

diraih dan diatasi dengan bijak.

17

Page 18: metodologi pengumpulan sirah

Rumusan

PELAJARAN 20 : KETURUNAN MULIA

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Pro Kontra

4.1

Menyatakan salasilah

keturunan Nabi Muhammad

S.A.W. dan tanda-tanda

kenabian Baginda S.A.W..

4.1.1

Menyatakan salasilah

keturunan nabi Muhammad

S.A.W. sebelah bapa dan

ibu.

Pelajar dapat mengenali siapa Nabi

Muhammad S.A.W. dengan lebih dekat

di peringkat yang masih muda.

Berkemungkinan pelajar akan keliru

antara keturunan Rasulullah S.A.W.

sebelah bapa dan sebelah ibu.

Pelajar akan tertarik kerana mereka juga

memiliki salasilah keluarga mereka

sendiri.

Masa yang diperuntukkan bagi guru

memastikan pelajar dapat menguasai

topik mungkin tidak mencukupi.

Guru boleh menggunakan kaedah dekat

kepada dalam tajuk ini iaitu dengan

mengaitkan keluarga pelajar dengan

keluarga Rasulullah S.A.W..

Pelajar cepat bosan jika kaedah yang

digunakan tidak bertepatan seperti

pembawaan cerita yang meleret-leret.

4.1.2

Menyatakan keistimewaan

keturunan Nabi Muhammad

S.A.W..

Dapat menambah pengetahuan pelajar

tentang mulianya Nabi Muhammad

S.A.W. diperingkat awal lagi.

Jika guru gagal menyampaikan

perbezaan keistimewaan keturunan

Nabi Muhammad S.A.W. dengan

manusia biasa, pelajar akan salah

faham dan keliru.

Kaedah bercerita atau teka teki mampu

menarik minat pelajar berfikir dan

memahami konsep keistimewaan

Guru perlu kreatif dalam merangka

kaedah bagi memastikan pelajar faham

18

Page 19: metodologi pengumpulan sirah

keturanan Baginda S.A.W.. dan minat untuk tahu apa yang diajar.

Guru boleh menggunakan maklumat

yang telah diberikan di dalam buku teks

bagi membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

Guru perlu mencari maklumat

tambahan berkaitan keistimewaan

keturuanan Rasulullah S.A.W. kerana

maklumat di dalam buku teks tidak

mencukupi tetapi perlulah bersesuaian

dengan aras pelajar.

4.1.3

Menyatakan tanda-tanda

kenabian Nabi Muhammad

S.A.W. berdasarkan

peristiwa semasa dan

selepas Baginda S.A.W.

dilahirkan.

Memberi pendedahan awal kepada

pelajar tentang kelainan atau

keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W.

melalui tanda-tanda kelahiran Baginda

S.A.W.

Mungkin sedikit tinggi bagi aras pelajar

tahun satu ingin memahami kesemua

tanda dengan terperinci jika guru gagal

meggunakan kaedah yang menarik.

Pelajar mungkin lebih mudah mengikuti

topik ini jika disertakan dengan nasyid

“Lahirnya Nabi”.

Guru perlu bijak menyatakan maklumat

antara tanda sebelum atau selepas

kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. bagi

mengelak pelajar keliru.

Telah terdapat di dalam buku teks

perkara yang berkaitan dengan tanda-

tanda kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Maklumat di dalam buku teks kurang

dan guru perlu menambah maklumat

berdasarkan sumber lain sesuai

dengan aras pelajar.

19

Page 20: metodologi pengumpulan sirah

PELAJARAN 21 : PENYUSUSAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pro Kontra

4.2

Menyatakan kisah penyusuan

Nabi Muhammad s.a.w..

4.2.1

Menyebut nama-nama wanita

yang menyusukan Nabi

Muhammad s.a.w. dan tempoh

penjagaannya.

Dapat menambahkan pengetahuan

pelajar terhadap kisah Rasulullah

S.A.W. sejak kecil lagi.

Pelajar mungkin kurang tertarik

pada isi pembelajaran jika guru

gagal melakukan set induksi yang

menarik sebagai umpan menarik

perhatian pelajar.

Maklumat seperti nama ibu-ibu

susuan dan tempoh penjagaan

lengkap terdapat di dalam buku

teks.

Guru perlu pandai menggunakan

kaedah dan teknik bagi membantu

pelajar mengingati nama ibu-ibu

susuan Rasulullah S.A.W..

Memberi ruang kepada pelajar

tahun 1 berfikir tentang kesusahan

Rasulullah S.A.W. berbanding diri

mereka kini.

Pelajar mungkin tertanya-tanya

apakah yang dimaksudkan

dengan ‘ibu susuan’, guru perlu

memberi penjelasan yang

menepati aras fikiran mereka agar

tidak berlaku kecelaruan.

4.2.2

Menyatakan sebab-sebab Nabi

Muhammad s.a.w. disusukan

oleh orang lain

Dapat menambah ilmu pelajar akan

perbezaan antara zaman

Rasulullah S.A.W. dengan zaman

kini.

Pelajar mungkin tertanya-tanya

kenapa dan mengapa. Jika guru

gagal menjawab dengan tepat

maka pelajar akan keliru dan tidak

berminat untuk belajar.

20

Page 21: metodologi pengumpulan sirah

4.2.2

Menyatakan sebab-sebab Nabi

Muhammad s.a.w. disusukan

oleh orang lain

Maklumat telah disediakan di dalam

buku teks dengan ringkas dan

padat.

Guru perlu mengolah maklumat di

dalam buku teks dalam bentuk

yang menarik dan pelbagai agar

pelajar berminat dan kelas

terkawal.

Memberi peluang kepada pelajar

mengenali riwayat hidup Rasulullah

S.A.W. dari kecil lagi agar mereka

terdedah kepada cinta terhadap

Rasul.

Guru perlu bijak menyampaikan isi

maklumat kepada pelajar agar

mereka berminat mengetahui dan

mendalami riwayat hidup Nabi

Muhammad S.A.W..

21

Page 22: metodologi pengumpulan sirah

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN

HARIAN

رانجاغن فغاجران هارين

( :نام ضورو صبرى امينوردين بنت هانيس ايدا 930722-11-5872 )

-011-930712محم&&&د ص&&&فوان بن ص&&&بري (5289)

-02-930722نورالشهيدا بنت محمد عزيل&&ه ( 5922)

عاريف1: كلس(٣٥: بيالغن موريد أورغ دان ٢٢ لالكي ١٣

فرمفوان( / ثالث٢٠١٤ اوضوس ٢٣: هارييخ / تار

فاضي 8.45 – 8.15 : ماسسيرة(علوم شرعية ( : بيدغ

: سالسيلة كتورونن مولياتاجوق:كندغنستندارد نبيمثاتاكن 4.1 كتورونن سالسيلة

باضيندا كنبين ۲محمد دان تندا

22

Page 23: metodologi pengumpulan sirah

مثاتاكن4.1.1: فمبالجارنستندارد كتورونن سالسيلة دان ايبوبافنبي محمد سبله

كت&&ورونن ن&&بيمثات&&اكن كأيس&&تيميواءن 4.1.2محمد

فمبالجرن اين موريدخير: فد ا فمبالجراناوبجيكتيفدهارفكن دافت:

سالسيلة كتورونن نبي محمد مثاتاكن4.1.1 غن ايجاءن نام يغ دان ايبو برسرتا دبافسبله بتول

كت&&ورونن ن&&بيمثات&&اكن كأيس&&تيميواءن 4.1.2محمد

: موريد مغنالي نبي محمد ماللوءيفغتاهوان سديا ادخريتا د رومه دان سكوله

: بهاس عرب ، عقيدةضابوغ جالين

: شرحن, ثاثيان, فرماءينن قاعدة

: سيؤيك دان مورال فثرفن علمو

تكون ، يقين دان فاتوه: برادب ، فنرفن نيالي

: ؤيديو كلبف, كد نام, كومفوتر, فمبسرباهن بنتو مغاجرسوارا

: ايغت سموالفيكيركماهيرن بر23

Page 24: metodologi pengumpulan sirah

: تبكنولوضي معلوماتا. م. ك

24

Page 25: metodologi pengumpulan sirah

25

خاتتن /الت

اكتيويتي ايسي فالجرن لغكه /ماس

فنرفن :نياليبرادب

كماهيران حفظ:

تاغن مناده ٢موريد.1 دعاء ممباخ اونتوق ضورو برسام

برسديا٢موريد.2اونتوق بالجر

منوليسضورو.3 هاري ،تاريخ دان

فالجران دمات فافن فوتيه

بخاءن دعاء.

فندهولوان

)٢ مينيت

)

فنرفن تكون: نيالي

۲ضورو ممينتا موريد.1 كآتس نبيبرصلوات

براماي-راماي

صلوات كأتس نبي سيتايندوكسي

)٣ مينيت

)

كماهيرن :فيكير بر

ايغت سموال

: قاعدةشرحن

موريد دخريتاكن.1 سالسيلةبركناءن

كتورونن نبي محمد دان ايبوبافسبله

ضورو ممبوات.2 فربنديغن دغن

مغاءيتكن سالسيلهكلوارض موريد

سالسيلة كتورونن نبي دانبافمحمد سبله

ايبو

1لغكه

)٦ مينيت(

Page 26: metodologi pengumpulan sirah

ضورو فالتيه : فليكسي ر____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

اوالسن فنشاره/ ضورو فمبيمبيغ

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.0 PENUTUP

Micheal Hart dalam bukunya yang bertajuk “The 100 : A Ranking of the Most Influence

Persons in History” telah menempatkan baginda Rasulullah S.A.W sebagai tokoh pertama

paling berpengaruh dengan mengambil kira kejayaan luar baginda baik dari ukuran agama

mahupun ruang lingkup duniawi. Beliau juga menulis bahawa, Rasulullah sendiri menjadi

perancang dan pembangun dalam pendidikan serta pengajaran agama Islam. Pendek kata,

keteladanan Rasulullah S.A.W menggambarkan keperibadian beliau yang suci.

Pembelajaran sirah merupakan sesuatu yang penting bagi pelajar kerana semuanya

adalah perkara berkaitan dengan pemimpin yang teragung iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

dan beberapa kisah permulaan dalam pembentukan Islam yang utuh. Setiap sesuatu yang

berkaitan Islam harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri seseorang Muslim agar tidak

26

Page 27: metodologi pengumpulan sirah

mudah terpesong dan yakin dengan pegangan iaitu mentauhidkan ALLAH S.W.T. dengan

melakukan segala suruhan-Nya sebaik mungkin dan meninggalkan semua larangannya.

Dalam sistem kurikulum di sekolah, Sirah merupakan pembelajaran yang berterusan

daripada tahun satu sehingga tahun enam mengikut kesesuaian aras pelajar. Ini

membuktikan bahawa Sirah merupakan salah satu cabang dalam Pengajian Islam yang

ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan teras sebuah negara Islam.

Setiap sesuatu perkara mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri dan bagi mengatasi

masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah ini, guru seharusnya bijak mengatur dan

merancang strategi yang dinamik dan sistematik.

Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2002, strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu memberikan pertimbangan

seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan

aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar.

perubahan yang dapat membawa kepada pencapaian standard yang diharapkan dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam dapat dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu

pelaksanaan model pengajaran simulasi.

Kesimpulannya jika dilihat kepada tuntutan terhadap perkembangan pendidikan dan

komitmen pihak kerajaan sendiri terhadap perkembangan kualiti pendidikan negara,

semestinya para pendidik sama-sama menyahut cabaran tersebut untuk membentuk

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, inovatif dan kreatif agar pelajar yang

dihasilkan nanti juga akan bersifat kreatif dan inovatif.

5.0 REFLEKSI

NAMA :AIDA HANIS BINTI AMINORDIN SABRI

NO K/P : 930722-11-5872

Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya dan

ahli kumpulan yang lain menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan tepat pada masa

yang telah ditetapkan. Saya merasa berbesar hati menerima kerja kursus ini kerana ia dapat

menambah pengetahuan saya sistem pengajaran dan pembelajaran Sirah malahan saya

dapat mengisi masa yang terluang dengan benda yang berfaedah. Antara ilmu yang saya

dapat melalui kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai

27

Page 28: metodologi pengumpulan sirah

pengajaran dan pembelajaran Sirah tahun satu serta perkara-perkara yang berkaitan

dengannya.

Bersama ahli kumpulan iaitu saya sendiri, Aida Hanis binti Aminordin Sabri, Nurul

Shahida binti Mohd Azilah dan Mohd Safwan bin Sabri telah membahagikan tugas secara

adil dan mengikut kemampuan masing-masing. Saya dan Nurul Shahida binti Mohd Azilah

bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan ini agar hasil yang kami dapat nanti baik dan

sempurna. Pelbagai perkara telah kami kongsi bersama antaranya cara-cara menganalisis

tajuk-tajuk tahun satu dan bagaimana mahu merumuskannya dalam bentuk grafik seperti

yang diingini oleh soalan tugasan.

Walaupun kurang mendapat kerjasama yang baik daripada salah seorang ahli

kumpulan, kami tetap berlapang dada dan telah merangka sebarang kemungkinan agar

tugasan ini tidak terjejas dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Hal ini

merupakan kekuatan bagi saya sepanjang menyiapkan tugasan ini kerana kerjasama antara

saya dan Nurul Shahida binti Mohd Azilah sangat baik dan saling bertoleransi sesama kami.

Terdapat beberapa kelemahan bagi saya dalam melaksanakan tugasan ini,

antaranya adalah kekurangan maklumat dan kekeliruan yang timbul antara ahli kumpulan

yang lain tentang skop tugasan sesuatu soalan yang diberikan. Walau bagaimanapun,

kelemahan ini dapat di atasi apabila saya sendiri telah pergi bertanya kepada pensyarah

subjek iaitu, Ustaz Mohd Nor bin Jusoh secara terperinci dan jelas. Kelemahan yang lain

adalah kurangnya kerjasama daripada salah seorang ahli kumpulan yang membuatkan saya

dan Nurul Shahida binti Mohd Azilah terpaksa merancang jalan keluar terhadap sebarang

kemungkinan. Alhamdulillah, masalah ini dapat selesai apabila saya dan Nurul Shahida binti

Mohd Azilah berbincang dan bersama-sama mengatasinya.

Dalam menyiapkan tugasan ini, pelbagai peluang telah saya peroleh iaitu meraih

ilmu baru yang selama ini kurang ditekankan oleh saya sendiri. Antara ilmu yang saya

peroleh daripada dapatan saya sendiri adalah pro dan kontra sesuatu tajuk dalam Sirah dan

kepentingan skop pengajaran Sirah bagi pelajar-pelajar. Setelah saya menganalisis sub-sub

topik dalam pengajaran Sirah barulah saya dapat fahami bahawa guru perlu bijak

menangani kelemahan topik bagi aras pelajar tahun satu agar mereka dapat memahami apa

yang diajar dan dapat mengaplikasikannya sebaik mungkin.

Manakala bagi ancaman pula adalah jarak antara saya dan ahli kumpulan yang jauh

dek kerana kami melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di negeri yang

berbeza. Walau bagaimanapun, ancaman ini dapat diatasi dengan adanya kemudahan alam

28

Page 29: metodologi pengumpulan sirah

siber seperti Facebook, Yahoo dan WhatsApp. Saya dan ahli kumpulan berhubung dan

menyampaikan maklumat sepenuhnya menggunakan kemudahan-kemudahan ini mengikut

keperluan. Walaupun kaedah ini agak rumit tapi ia cukup membantu kami mengatasi

ancaman yang di hadapi ini.

Selain itu, dengan adanya kerja kursus ini saya juga dapat menambah dua

kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi dan mencari maklumat tentang sirah Rasulullah.

Sebelum ini saya seorang yang sukar berkomunikasi dengan orang lain, kini saya telah

berubah sepenuhnya. Malahan dahulu hanya disuap atau disumbatkan oleh guru sahaja

sewaktu di sekolah, tetapi kini barulah saya lakukan semuanya sendiri. Sedikit sebanyak

saya merasa bangga kepada diri saya kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan

keupayaan kendiri.

Alhamdulilah, akhirnya kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya setelah bersusah payah dalam mengatur waktu untuk menyiapkan kesemua

tugasan yang diberi oleh setiap pensyarah. Alhamdulillah.

NAMA : MOHD SAFWAN BIN SABRI

NO K/P : 930712-11-5289

Syukur Alhamdulillah dengan berkat pertolongan dari beberapa pihak, segala

masalah menjadi semakin mudah. Sekalung penghargaan buat atas kesudian pensyarah

penasihat yang memberikan tunjuk ajar dan bimbingan. Tidak dilupakan jua kepada ibu

bapa saya serta keluarga atas sokongan dan harapan yang tidak berbelah bagi. Sejujurnya,

ibu bapa sayalah yang banyak mendorong saya serta memberi semangat tatkala hati

dihimpit perasaan jemu dan putus asa. Tidak dilupakan jua buat rakan-rakan seperjuangan

terutamanya warga PISMP PAI 2 yang sentiasa bersama berjihad di jalan-Nya.

Kesimpulannya jika dilihat kepada tuntutan terhadap perkembangan pendidikan dan

komitmen pihak kerajaan sendiri terhadap perkembangan kualiti pendidikan negara,

29

Page 30: metodologi pengumpulan sirah

semestinya para pendidik sama-sama menyahut cabaran tersebut untuk membentuk

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, inovatif dan kreatif agar pelajar yang

dihasilkan nanti juga akan bersifat kreatif dan inovatif.        

Ya ALLAH, tambahkanlah dan berkatilah ilmu kami. Tetapkanlah hati kami dengan

agamaMu, sunnah NabiMu dan segala yang KAU perintahkan kepada kami. Semoga kami

tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmatMu. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sekian, terima kasih

NAMA : NURUL SHAHIDA BINTI MOHD AZILAH

NO K/P : 930722-02-5022

Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya terus mencari maklumat dalam kadar

yang segera memandangkan masa yang agak pendek selain dituntut untuk menyelesaikan

pelbagai tugasan yang lain lagi. Kembara saya bermula di Perpustakaan Ibnu Sina iaitu di

mana saya memulakan pencarian maklumat dengan mencari bahan berkaitan dengan

subjek Pendidikan al-Quran.

30

Page 31: metodologi pengumpulan sirah

Namun begitu, saya agak kurang bernasib baik apabila kebanyakkan bahan rujukan

telah habis dipinjam oleh penuntut lain. Meskipun begitu, saya masih sempat meminjam

buku sirah yang dikarang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Bagi saya buku

tersebut cukup memberi banyak info dan pengetahuan baru untuk dibaca dan dikaji. Saya

gemar dan seronok membaca buku yang di karang beliau. Bahasa yang digunakan,

meskipun kadang kala agak tinggi, namun mudah difahami dan ulasan yang ditulis dangat

teliti serta mendalam.

Selain itu, saya dan beberapa orang rakan turut bertukar-tukar fikiran dalam

meletakkan contoh yang sesuai dalam penulisan kami. Alhamdulillah, dengan bantuan

rakan-rakan seperjuangan, tugasan terakhir ini dapat disempurnakan dengan jayanya

meskipun saya bukanlah seorang yang kreatif dalam membentuk peta minda yang menarik.

Oleh yang demikian, peta minda yang dihasilkan tidak sebegitu menarik seperti kebanyakan

peta minda yang dihasilkan oleh rakan-rakan lain.

Sepanjang menyiapkan Kerja Kursus ini, saya telah mendapat banyak ilmu baru

terutamanya dari segi metod pengumpulan sirah dan strategi mengendalikan pembelajaran

dan pengajaran sirah di sekolah kelak. Saya akui, saya sangat berminat menelusuri

perjalanan kisah hidup Nabi dan tugasan ini memerlukan saya banyak membaca dan

mengkaji untuk menghasilkan tulisan yang baik. Mujurlah rakan sekumpulan sudi

memberikan kerjasama. Ternyata, menyiapkan tugasan ini telah menambah pengetahuan

saya mengenai Sirah Nabi terutamanya dari segi penulisan sirah yang dilakukan oleh Urwah

bin Zubir. Tanpa orang seperti beliau, mungkin kita tidak dapat membaca dan mengkaji sirah

Rasulullah seperti sekarang.

Sebelum ini, saya langsung tidak mengenali tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung

dalam menulis sirah Nabi. Pada saya, sudah cukup sekiranya saya mengetahui Sirah

Nabawiyyah tanpa mengenal atau mengetahui individu yang bertungkus-lumus menulis

kisah hidup Rasulullah. Tetapi, semasa menyiapkan tugasan ini, barulah saya sedar, bukan

mudah bagi seseorang tokoh dalam mengumpul dan menulis semula sirah ini sehinggalah

apabila tulisan itu sampai kepada kita untuk di fahami dan di kaji. Rupa-rupanya, usaha

yang dilakukan bukanlah mudah. Oleh itu, seharusnya kita mengenal dan mengenang jasa

yang dilakukan oleh mereka.

Jika diimbas semula, saya tidak ingat bagaimana saya mempelajari Sirah Nabawiyyah

pada zaman sekolah rendah dahulu. Saya rasa, saya tidak ditekankan sangat untuk

memahami dan menghayati Sirah Nabawiyyah ketika masih di sekolah. Maklumat yang saya

peroleh ketika itu adalah melalui pembacaan koleksi atau himpunan kisah para nabi dan

31

Page 32: metodologi pengumpulan sirah

rasul yang di beli oleh ibu bapa saya. Ketika di sekolah menengah, barulah saya mengenali

peribadi Rasulullah S.A.W dengan lebih mendalam sedikit berbanding sewaktu di bangku

sekolah rendah.

Saya sama sekali tidak menyalahkan para guru. Mungkin kerana saya sendiri yang

tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas ataupun kaedah dan teknik

yang digunakan oleh guru tidak dapat menarik minat murid seperti saya. Seingat saya, saya

lebih mengingati pelajaran yang di ajar oleh guru lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains. Hal ini membuatkan saya berazam, supaya setiap topik yang

di akan di ajar oleh saya dalam bidang Pendidikan Islam, dapat difahami dan diingati

dengan baik oleh murid-murid kelak. In shaa ALLAH, bi iznillah.

Pendidikan Sirah adalah sangat penting dan perlu ditekankan sewaktu kecil lagi.

Kanak-kanak zaman sakarang lebih cenderung memilih para artis dari dalam mahupun luar

negara seperti K-pop berbanding pemimpin teragung bagi umat Islam. Malah, lebih

menyayat hati, terdapat juga murid dalam kalangan orang Islam sendiri, langsung tidak

kenal Rasulullah.Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak mengenal Rasulullah mahupun

para sahabat dengan baik dan tidak menyedari bahawa Rasulullah adalah orang yang

paling layak untuk menyadang gelaran idola mereka bukannya seperti artis K-pop, Bruno

Mars, Avril Lavigne dan sebagainya.

Jadi, sebagai seorang bakal guru yang mungkin akan berhadapan dengan situasi

seperti ini, saya haruslah bersedia dalam menyampaikan atau memperkenalkan peribadi

Rasulullah S.A.W. kepada murid-murid agar mereka kenal dan cinta kepada baginda S.A.W.

Untuk itu, saya juga perlu menjadi tauladan yang baik dalam membawa syiar Islam serta

mempamerkan tingkah laku yang sesuai seperti ajaran Rasulullah kepada kita. Saya tidak

mahu menjadi seperti yang digambarkan oleh peribahasa kita ‘guru kencing berdiri, anak

murid kencing berlari’ ataupun ‘bagai ketam mengajar anak berjalan lurus’. Nauzubillahi min

zalik.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung seperti para pensyarah dan rakan-rakan atas tunjuk ajar

dan bimbingan. Begitu juga kepada ibu bapa dan kaum keluarga yang memberi sudi

memberikan idea dan sokongan moral di saat saya hampir berputus asa kerana perlu

menyiapkan tujuh tugasan secara serentak. Semoga ALLAH membalas jasa kalian.

Akhir kalam, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun

tidak langsung yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya. Segala

apa yang diberikan akan saya manfaatkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

32

Page 33: metodologi pengumpulan sirah

terima kasih. Diharapkan Kerja Kursus ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada

semua orang khususnya para pelajar untuk mencari dan menggali ilmu pengetahuan

khususnya berkenaan subjek Pendidikan Sirah Sekolah Rendah.

33