merokok

Upload: zafarin-salleh

Post on 07-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengaruh rakan sebaya menyebabkan gejala merokok dalam kalangan remaja

TRANSCRIPT

MEROKOK

Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak kajian yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah menengah terlibat dengan gejala merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang mempengaruhi seseorang remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli keluarga di rumah yang merokok dan perasaan ingin tahu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa hampir 50% remaja tingkatan 5 adalah perokok dan hampir 40% pelajar tingkatan 4 terlibat dalam merokok. Ini adalah satu fenomena yang membimbangkan. Merokok pada usia muda boleh mendatangkan pelbagai masalah teurtamanya apabila rokok dijadikan sebagaigatewaykepada dadah yang lebih merbahaya seperti Ganja, Amphetamine dan Heroin. Kempen Tak Nak Merokok di Malaysia member fokus kepada golongan dewasa sahaja yang merokok dan tidak kepada remaja yang ingin berhenti merokok.

Di kalangan golongan pelajar sekolah rendah pula, masalah utama yang dialami oleh pelajar pelajar tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. Dalam satu kajian rentas sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, hampir 90% dari pelajar tahun 3 hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok. Di antara mereka, ada yang mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok. Ini menyebabkan kanak kanak tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitkan dengan rokok terutamanya masalah paru-paru. Golongan pelajar sekolah rendah ini juga didapati mempunyai kecenderungan untuk merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih mudah diperoleh disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok.

Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah mendapati bahawa hampir 20% daripada kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau adalah perokok aktif pada umur 11 tahun. Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-kanak sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya. Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya 50% daripada kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang terkandung di dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70% daripada kanak-kanak tersebut tidak tahu tentang ketagihan merokok.

Kita boleh membenteras gejala rokok di kalangan remaja dan kanak-kanak ini dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan, penguatkuasa denganpolicy makersdalam kerajaan kita. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok, malah, mereka juga membahayakan anak-anak yang bergantung dengan mereka. Ibu bapa adalahrole modelyang baik untuk anak-anak. Mereka seharusnya mencerapkan nilai-nilai keagamaan dan nilai-nilai murni yang membentuk susila anak-anak mereka dan bukan sebaliknya. Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan mengenalpasti remaja atau kanak-kanak yang bermasaalah dan segera mendapatkan bantuan dari pihak yang berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan sebelum terlambat. Penguatkuasaan harus dipertingkatkan lagi supaya remaja dan kanak kanak tidak memperoleh rokok dengan mudah dan pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan meningkatkan lagi cukai ke atas tembakau supaya dapat mengawal gejala rokok ini. Kempen-kempen tentang bahaya rokok juga harus diperkenalkan di peringkat sekolah dan dengan pengetahuan yang mencukupi, kanak-kanak juga boleh membantu untuk menasihati ibu bapa mereka supaya berhenti merokok. Kita boleh membenteras gejala rokok di kalngan pelajar sekolah rendah sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka masing masing demi masa depan anak-anak kita.